Nuffnang Advertisement

Friday, July 21, 2017

Gild Coast Day 4, 5 & 6 (Harbour Town, Currumbin Wildlife, Brisbane)


Waktu Kak Elly pergi cuaca best sangat. Chill2 macam best jer jalan sana sini. Kitaorang memang tak rushing langsung nak pergi sana sini. Bila drive sendiri senang sikit nak bergerak.

Dari hari pertama sampai ketiga bawak budak2 punya tempat berhibur, hari keempat decide untuk shopping pulak. Harbour Town ni macam Factory Outlet lah. Banyak giler barang kat sini. Dah lah anak Kak Elly ni dua2 perempuan. Siapa ada list datang sini. Aku perhati jer gelagat diorang.



Tak banyak snap gambar kat sini sebab malas nak keluarkan camera. Semua kedai kitaorang masuk. Serious murah lah. 




Dah lah murah siap ada sales pulak tu. Yaya memang borong adidas sebab dia memang peminat kasut sport. Kasut Skechers mmg berbaloi beli. Kalau kat KL dalam RM500 kat sana RM180.00 jer.

Kitaorang mmg lepak kat sini whole day. Semua kedai kitaorang masuk. Huaaa kasut Converse pun cantik2. Satu keluarga borong. Tempat ni wajib pergi kalau korang datang sini. Cuma Kak Elly terkilan tak dapat beli pinggan mangkuk. Abg Toyib tak bagi sebab dia kata susah bawak nanti...huh.

2 keping jer gambar sempat snap...hahaha. Tak boleh focus ya kalau sibuk bergambar sana sini.




Day 5 kitaorang pergi Currumbin Wildlife. Ini pun tempat wajib pergi. Boleh tengok binatang2 kat sini ala2 Zoo lah. Ticket kat Elly beli kat sana jer sebab tak payah beratur panjang. Ada family package dalam RM200 rasanya utk 2 Adult 2 Children




Pemalas Koala ni asyik tidur jer....hahaha




Kitaorang memang pemalas nak berjalan. Jadi naik train jer lah. Tak turun2 sampai tempat kangaroo baru turun. Lepas tu naik train balik buat 2 pusingan...hahaha 




Wow pecinta binatang. Bagi makanan guna tangan jer. Hebat kan..haha



Huh...guna cawan pulak.




Ni pun penakut. Terjerit2 bila suh pegang.




Paling penakut. Tak nak dekat langsung. Dia kata nanti Kangaroo ni boleh bagi penumbuk. Yaya kata dalam cite cartoon Kangaroo akan bagi penumbuk bertubi2 kalau kita kacau dia. Eh...betul ker?? lepas tu En Win kata betul lah kalau dia rasa tak selamat dia akan bagi penumbuk terus. Bahaya ni...hahaha




Ni tak berani sangat sebab suka mengejar orang.




Perghhh macam adik beradik setelah Kak Elly pakai Ellfie Gold Serum...haha. Eh...betul lah garisan halus dah tak ada diwajah ya. Tak caya cubalah.




Kat Currumbin kitaorang lepak 1/2 day jer. Lepas tu terus sambung shopping kat Target. Ini pun tempat wajib korang kena pergi. Murah kalau nak cari baju untuk budak2. Kak Elly suka borong baju tidur. Kat KL mahal. Kalau beli kat Forever ker atau Cotton On sepasang dalam RM70.00. Kat sini dalam RM30.00 boleh dapat. Borong 12 helai terus. Untuk anak2 sekali Kak Elly beli. Cantik sikit malam2 kalau nak tidur. 

Lagi satu panties dan bra budak2 pun murah dan banyak design..haha. Mak2 macam ni lah, itu jer dalam fikiran. Nak harap kan suami mmg tak lah dia peduli. Toys pun murah ya. Diorang kan ada list, eh...jumpa pulak tu. Serious murah berbaloi beli kat sini. Aku perati jer diorang bawak seorang satu trolley. Tapi macam Kak Elly cakap kan tadi murah sangat. Shopping banyak2 pun tak sampai RM500.00




Tempat wajib pergi jugak setiap malam lepas dinner 




Sedap lah Churros kat sini. Hidang panas2 lepas tu anak beranak berebut2. Memang lepak lama sikit sebab ini malam terakhir kitaorang kat sini. Esok nak bertolak Brisbane pulak.




Brisbane

Perjalanan dari Gold Coast ker Brisbane dalam 1 jam jer. Kalau guna waze cari Brisbane City Hall. Area sini memang tempat shopping lah.




Best jugak kat sini. Semua murah2 gak. Tempat pun cantik. Kesilapan Kak Elly sepatutnya stay one night kat sini. Barulah dapat berjalan kan. Ini pergi pagi malam dah nak bertolak balik dah.



Pelik sangat ni boleh terapung. Adik siap raba2 kat bawah tu. Eh...Kak Elly pun macam tak caya jer...haha.














Tak banyak gambar kali  ni nak share. Biasalah dah tua2 ni nak bergambar pun pemalas. Jadi kesimpulan nya, siapa yang ada anak bawak lah datang sini. Memang rekemen sangat...itu jer nak cakap.

Akhirnya selesai entry Gold Coast..hebatnyerrrrr.

No comments: