Nuffnang Advertisement

Monday, January 16, 2017

Maldives Day 4


Marah En Win aku tak habiskan entry Maldives. Amboi pembaca tegar dalam diam rupanya. Ker dia suka muka dia ada kat blog ni....hahaha.

Kecewa betul rasa hati bila dah menjelang pagi. 4 hari tak terasa langsung. Agaknya berapa hari lah kena stay kat sini baru rasa puas. First time budak2 pun tak nak balik. En Win lah ni tak sabar nak meneroka Bandar Male. Kalau dia setuju mesti kitaorang dah stay semalam lagi kat sini. :(

Sampai sekarang Yaya akan share gambar2 pantai di Maldives. Dia pun terlalu suka tempat ni. Tak tahu lah bila boleh datang lagi.



Sempat bangun awal pagi nak lihat Sunrise. Berkumpul kitaorang sekeluarga di Balcony luar untuk menikmati suasana pagi di Maldives. Terlalu cantik ciptaanNya

Kalau korang tanya Kak Elly tempat yang paling best setakat ni yang Kak Elly pernah bercuti, First of course Switzerland, Second Maldives dan Third Kota London. Percutian yang berbaloi dan meninggalkan 1001 kenangan walaupun agak mahal.

Kak Elly ada satu tempat yang nak sangat pergi iaitu Greece tapi bukan lah masa terdekat atau tahun ni. Perancangan untuk ketempat ni kena ambik masa setahun jugak....hahaha. Insyaallah....



Breakfast terakhir di Maldives. Setiap pagi kitaorang akan breakfast kat sini sampai memandang laut yang terlalu cantik. 



Sementara tunggu boat masing2 tak bercakap sebab bengang kena balik. First time kitaorang tak ada rasa teruja pun nak balik. Ini semua salah En Win tak ada extend stay.



Bye..Bye Centara Resort. Bye...Bye Maldives. Kalau korang inginkan kelainan datang lah kesini. Resort ni terlalu cantik. Berbaloi dengan duit yang dikeluarkan...hehe



Kitaorang sampai di bandar Male agak lewat. Jadi jalan2 dikawasan area hotel



Kak Elly stay di Loone Hotel. Semalam RM250.0 kalau tak silap. Depan pantai. Hotel biasa2 jer. Furniture agak antik dan agak berbau sikit...haha. 



Patutlah ramai ke Maldives akan terus balik. Tak ramai akan singgah di Bandar Male sebab barangan agak mahal. Semua barangan dalam USD. Macam tak masuk akal jer bila bayar secawan air yang berharga RM12.00



Untuk ke Bandar Male korang kena menaiki boat yang mengambil masa selama 15 minit. Cuaca memang panas lah. Tapi bezanya bila di resort tak rasa panas sebab permandangan cantik. Tapi di Kota Male rasa nak mengamuk jer....haha

Terus teringat office. Macam2 arahan akak bagi..haha. Mengamuk budak2 office "oooo kau kat Resort Maldives sikit pun tak whatsapp, sampai Male macam2 ya arahan suruh buat ya" hehehe



Ada dua pilihan sama ada nak naik boat biasa atau speed boat. Kitaorang pilih speed boat sebab tak banyak perbezaan dari segi tambang.





Macam ni lah rupa Kota Male. Tak ada apa yang special. Baju, perhiasan rumah pun tak ada yang cantik. Maka terjadi lah amukan sebab ini semua salah En Win sebab nak sangat kesini...haha

En Win rasa bersalah terus ajak kitaorang gi Pasar di Male untuk lihat ikan2 di pasar. Eh....pasar kat KL pun dia tak rajin nak pergi boleh pulak sibuk nak pergi pasar Male. Cuaca dah lah panas giler jadi kitaorang ambik keputusan balik ke Hotel.



Pujian harus diberikan. Bandar Male ni terlalu bersih. Tak ada baju pun tergantung2 kat setiap Apartment.


Bersihkan


Sampai jer hotel semua bantai tidur sampai petang. Flight kitaorang malam jadi sempat lah berehat2 di Pantai depan Hotel.


Seronok jugak lah walaupun kopi dia mahal...hahaha


Tamat lah sudah percutian kami Maldives. Percutian yang tidak akan kitaorang lupa sampai bila2. Percutian yang mengambil masa hampir setahun setengah untuk akak mengumpul budget.

Next percutian nak gi mana yek??






6 comments:

kingdom of chromo said...

Next tempat pilihan i yea...monaco...huhuhu

hunny bunny said...

kak elly..ce akk buat bdget g sana..total cost bape..tq

Fieda Zan said...

pasni pergi belanda ...

nadiah jaffar said...

salam k.elly.. blh buatkan entry untuk 'bajek' ke maldives x?? tq

Siti Rohaida Yusof said...

cantik laut dia kan..bestnya

Dya Yhy said...

suka baca entri kak elly kalau psl travel , lengkap