Nuffnang Advertisement

Friday, January 6, 2017

Maldives - Day 3


Cepat betul masa berlalu. Dah 3 hari kitaorang di Maldives. Esok petang dah nak balik. Rasa macam nak tambah sehari jer lagi stay kat sini. Memang ada kearah dan tambah sehari lagi tapi En Win tak setuju sebab dia sibuk nak jalan2 kat bandar Male. Bukan tak cukup tapi rasa sayang nak tinggalkan tempat secantik ni. Tak tahu bila boleh datang lagi kesini :( 

Kelainan bercuti kat pantai ni korang tak sibuk nak kesana sini. Percutian lebih tenang sebab tak kelam kabut nak melawat tempat sana sini. Tak sibuk nak shopping. Jadi masa dengan keluarga tu banyak lah terluang. Boleh lah makan lama2, lepak minum petang, swimming, buat aktiviti bersama dan macam2 lagi.

Cuma kat Maldives ni cuaca panas giler. Tapi kitaorang ok jer sebab boleh lepak mana2 restaurant untuk minum sambil budak2 swimming.



Pagi ni aktiviti snorkelling. 


Memang semua excited sebab pantai Maldives memang cantik jadi boleh bayangkan betapa cantik kat tengah laut nanti




Anak2 dah besar kalau dulu nak jalan pegang tangan memang tak dapat lah sebab masing berebut nak pegang En Win. Aku pun sama berebut ya...hahaha. Sekarang budak2 tu tak heran pun. Dulu aku selalu ugut anak2 kalau bagi mama pegang tangan papa nanti mama bagi swimming lama2...hahaha 



Dengan sekelip mata budak kecik ni menjadi hitam



Yaya ni susah sikit ajak bergambar sekarang sebab dia takut aku up gambar dia bila muka tak cantik...hahaha. Sebijik perangai aku tu. Dia kata Mama tak pandai edit. Mama kalau edit terus muka Yaya jadi kelabu...hahaha



Whale Shark Snorkeling Trip. Tapi sedih hari tu x ada whale shark pulak muncul kat kawasan tu. Dekat sejam lah kitaorang mencari. Elok lah tak jumpa akak bukan berani sangat pun. Terbayang jer Whale Shark tu gigit kaki anak aku...hahaha


Jadi snorkelling jer lah tgk ikan2 yang cantik giler kat situ. Aku jaga Yaya sebab En Win akan jaga adik. Tetiba Yaya hilang. Panik giler aku ya. Terjerit2 aku suh Win cari. Dekat 10 minit x jumpa Yaya. Serious semua panik sebab ramai kot berenang jadi tak boleh nak cari.



Rupanya dia ikut instructor kat situ. Gi tempat jauh. Nasib En Win nampak sebab dia naik atas boat untuk tengok dari atas. Lega giler waktu tu. 


Memang terbaik lah coral kat sini. Cantik giler yang buat aku terpegun. Terlalu cantik. Adik teruja tengok ikan colour2 macam Nemo tu. Terlalu cantik korang :)



Budak yang hilang tadi


Puas hati dapat snorkelling kat sini



Lepas snorkeling balik makan. Cantik kan gambar ni...haha



Ni pun cantik. Amboi bila gambar sendiri puji...hahaha



Hari ni kitaorang makan Japanese Restaurant. Lepas makan masing2 keletihan balik bilik bantai tidur berjam2.



Petang tu decide tangkap gambar banyak2 untuk dijadikan kenangan.


Irfan's family


Tak sangka sampai jugak kitaorang kat sini akhirnya. Bukan senang nak buat budget untuk datang kesini. Kena tahu apa kelebihan resort yang kita pilih sebab di Maldives hampir beratus resort korang boleh pilih. Kena cari yang terbaik dan apa yang korang belanjakan sangat berbaloi.


Ameera Danii


Kiddos


Wow topi besar berpisah tiada...hahaha




Kalau lah kaya macam Che Ta mesti i bawak photographer kat sini...hahaha



Waktu ni semua pujuk En Win untuk tambah sehari lagi stay kat sini. Semua tak sanggup nak tinggalkan tempat ni.


Me and Yaya


Tahun ni decide nak bercuti dekat2 jer tapi tinggalkan 1001 kenangan. Maksudnya nak percutian yang tak terkejar sana sini. Biar bayar sedikit mahal tapi berbaloi dengan apa yang kita akan dapat nanti.


Alhamdullilah dapat suami yang sangat memahami dan sentiasa support apa2 yang Kak Elly buat. 


Kalau ada rezeki memang nak bercuti setiap tahun dan di negara yang berlainan. Harap planning menjadi dan budget mencukupi...hahaha






cantik kan view kat sini


Gitu...hahaha



Lepas puas bergambar budak2 sambung swimming.


Sunset 


Malam ni budak2 bagi kitaorang peluang candle light dinner. Anak Kak Elly decide nak duduk bilik jer malam tu. So romantik sampai makan boleh tgk view yang cantik diiring dengan nyanyian yang merdu dari penyanyi kat situ. Terus akak jadi wonderland secara tiba2...hahaha

Nanti sambung lagi cerita hari terakhir di kepulauan Maldives.



































4 comments:

Fieda Zan said...

insyaallah nanti elfie dn fame maju kedepan lagi maybe kaya lagi kot dari che ta..amimmmm

sarah said...

kak elly..bgtau la brp bajet utk ke maldives ni...

Nurulhuda Abdul Latip said...

Memang bertuah kak elly...Dari fantasi jadi realiti, memang seronok kan...

Mrs Pip said...

Cik Elly, seronok read your entry about the maldives...rasa mcm nak pergi snorkelling ja right at this moment...what a stunning clear water sea...