Nuffnang Advertisement

Tuesday, January 3, 2017

Maldives - Day 2


Happy New Year uols!! Semoga azam korang terlaksana tahun ni. Macam biasa azam untuk berdiet ni tak pernah tercapai sebab selalu Kak Elly akan pandang remeh diet ni. Tak pernah pun buat bersungguh2. Tapi kalau azam bercuti kalau boleh Kak Elly akan laksana kan sampai berjaya. Maknanya azam ni korang kena sentiasa ingat dan jadikan ia realiti. Kalau setakat azam jer tapi tak ada kesungguhan apa pun azam korang rasanya agak sukar dicapai.

Untuk 2017 azam bercuti Kak Elly dan tulis dan akan cuba laksanakan. Azam diet tak tulis pun tapi asyik sebut jer...hahaha. Korang nampak tak beza kat situ. Kesungguhan ni penting jadi kita akan gigih laksanakan. Bagi Kak Elly percutian salah satu benda yang penting. Masa bersama keluarga dan masa kita untuk melihat dunia luar setelah penat bekerja.

Masing2 ada pendapat sendiri. Ada yang rasa bercuti dimana2 pun sama yang penting bersama keluarga. Dekat dan jauh ikut kemampuan masing2. Mana2 kita pergi yang penting kita dapat luangkan masa bersama keluarga....gitu.

Kak Elly terima banyak email mintak bagitau budget yang Kak Elly keluarkan bila bercuti di Maldives. Budget ni terpulang kat masing2. Kalau rasanya korang boleh keluarkan budget yang besar boleh duduk resort bertaraf 5 bintang. Kalau budget kecik banyak jer resort yang bertaraf 3 bintang. Di Maldives ni semua resort cantik2 cuma korang kena rajin survey jer. 

Jadi bila tempat impian ni memang Kak Elly akan keluarkan budget yang sedikit besar. Tapi macam biasa segala perbelanjaan dikongsi bersama. Alhamdullilah tahun ni rezeki anak2. 



Maldives ni awal 4 jam. Kalau Malaysia pukul 9 pagi kat sana baru pukul 5 pagi. Tapi kat sini matahari terbit awal kul 5.30 pagi kelam kabut Kak Elly bangun sebab nak tgk betapa cantiknya Sunrise kat sini. Nampak tak rambut En Win tengah kembang tu...hahaha. Lantak lah kembang janji ada gambar. Tak sempat salin baju pun. Baju tidur pun jadilah....hahahah



Fuyoo hebat sangat ni kaki silang dengan topi besar lagi...hahaha


Mana cukup satu gambar. Model kena 80 kali snap...muahahaha



En Win bukan pecinta laut. Di kurang suka pantai2 ni. Tapi kat sini dia jadi teruja sebab tempat ni terlalu cantik. Makan dan minum semua free. Bila2 masa jer boleh lepak sambil makan dan minum.



View



Panas terik Maldives ni tapi disebabkan terlalu cantik menitik2 peluh pun korang sanggup ya...haha



Ni pun impian tangkap gambar peluk2 macam ni. En Win layan jer perangai akak kat sana. Tak marah sikit pun. Eh..macam pelik ni...hahaa. Walaupun usia agak kertu tapi gambar tetap berjiwa muda. Anak2 pun rajin melayan tengok perangai mak bapak macam ni. Eh...biarlah bukan senang tau nak sampai sini. I peluk pun suami I...haha



Adik


Yaya


Eksyen tak nak duduk dengan kitaorang time breakfast. Nak berdua dengan kakak dia sambil tengok laut.



Ini lah sea flight yang Kak Elly cakap tu. Kalau korang mampu boleh jer cuba. Satu pengalaman yang menarik. 



Anak dah semakin membesar percutian ni tak rasa membebankan sangat. Masing2 pandai bawak diri. Masing2 pandai bersiap dan dah pandai borak2, buat kelakar dan main games sama2. Keseronokan tu lebih terasa. Tak perlu 24 jam kawal diorang. Jadi masa Kak Elly dengan En Win pun banyak jer untuk bersama.



Sebelum gambar upload kena dapat approval dulu. Payah betulah budak2 remaja sekarang ni.





Pagi tu kitaorang pilih untuk aktiviti Discovery Island. Tengok kehidupan rakyat Maldives



Melawat sekolah, rumah dan kedai2 disana








Lunch kitaorang makan hasil tangkapan semalam.


Waktu petang budak2 decide nak snorkeling area resort. Kat sini banyak jer aktiviti disediakan. Berkayak ada, jet ski ada. Pilih jer dan semua tu percuma ya.






Dah puas mandi laut sambung swimming pulak. 


Non stop berendam budak2 ni



Akak seperti biasa melayan perasaan sambil melihat keindahan...ahaks



Budak2 bila dah berenang memang tak pedulik lah kat kitaorang. Jadi masa ni lah kitaorang spend masa bersama. Sambil i cium tangan u dan u cium tangan i....aaauuuuwwww




Giler jernih kan air kat sini. Macam2 ikan boleh tengok. Besar dan jinak. Kali ni tak banyak nak celetoh hanya gambar jer lah boleh menceritakan betapa seronoknya kami disini.




7 comments:

Haffizul Iskandar said...

uish..ikan tu kalau kat malaysia, orang nampak cam gitu. dah habis dah beliau..hehehhe

www.ceritaejoy.com

Ziela said...

seronoknye kak elly....xsabar nak tunggu next entry

nurul harnani kasmari said...

Tgh gambar pon rasa mcm memanggil2 maldives. Insyaallah One day

fasha said...

akk..bestnya maldives kan?? okay boleh masuk dalam wishlist ni. kena plan awal ni..nak sampai sana bukan senang.hee

sejadahchenta said...

fuhhhh....teruja sy tgk pic tu...terus tetiba ada impian nk g sana...impian yer, bukan berangan lagi dah! sblm ni berangan jerk...ngeee

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

indahnya percutian tu, lebih indah bila apa yg kita impikan terlaksana.
Memang bestkan anak dah besar, dah pandai urus diri, kita cuma perhati dari kejauhan, hehehe.

norasiahnasir said...

aku tak nak baca blog ko pi maldives ni..aku dengkiiiii..hahahaa
tapi sebab ko cte nk tunjuk gambo macam2 ni..aku dah rasa 5% diri dah jejak sana..kah.kah.kah..

ni berapa episode ni..hope takde siaran tertunda dan iklan yer..


hehehehe