Nuffnang Advertisement

Thursday, December 29, 2016

Maldives - Day 1


Ya Allah berikan lah aku kekuatan untuk menulis sampai habis percutian di Maldives ni. Huaaaa akak malas dik tapi disebab kan ramai giler minta Kak Elly share pasal percutian ni Kak Elly akan cuba gigih kan diri jugak untuk menulis...hahaha

Ramai rasanya tahu ini tempat idaman Kak Elly sejak remaja lagi. Selalu berangan nak kawin kat pantai...ahaks. Nak honeymoon kat sini tapi tak terkumpul duit waktu tu. Kak Elly memang dari dulu suka pantai. En Win janji genap umur Kak Elly 40 tahun dia akan cuba tunaikan permintaan ni. Terus hati Kak Elly berbunga2...hahaha.

Alhamdullilah rezeki tahun ada lebih sikit jadi kitaorang decide bawak anak2 sekali sebab dua2 dah besar tak tergamak nak tinggalkan diorang, Budak berdua tu dah besar dan pandai menghargai percutian.

Kak Elly ambik masa hampir setahun untuk buat budget dan uruskan percutian ni. Lama giler kan. Of course Kak Elly nak percutian ni paling best dan diingati nanti.

Di Maldives ni ada 1100 pulau yang korang boleh pilih. Ada mahal dan ada murah. Ikut kemampuan masing2. Hampir sebulan ya Kak Elly cari resort di Maldives. Kebanyakan resort kat sana kalau nak duduk kat laut semua untuk couple yang honeymoon dan 18 tahun keatas. Kalau bawak anak2 kena duduk kat tepi pantai.

Memang tak nak lah duduk tepi pantai. Idaman Kak Elly nak duduk tengah2 laut tu. Jadi memang ambik masa sikit nak cari resort yang boleh stay dengan anak2 di tengah lautan....gitu. Ada lah Hilton tapi agak mahal dan tak termasuk package makanan sekali. Rasanya tak sesuai sebab mata wang yang digunakan kat sana USD. 

Kak Elly prefer package harga bilik dan makanan sekali. Jadi senang untuk buat bayaran dan senang nak buat budget nanti. Kalau tak ada package susah nak budget sebab Kak Elly tak boleh nak agak untuk bawak berapa budget dan berapa harga makanan disana. Lepas survey2 dan get informatian dari blogger Neena Anuar kitaorang memilih Centara Grand Island Resort

Sebelum Kak Elly teruskan cerita percutian ni mintak sangat jangan cakap Kak Elly riak atau menunjuk2. Sebenarnya Kak Elly decide tak nak share percutian ni sebab takut orang kata menunjuk2. Tapi di sebabkan ramai minta Kak Elly share tentang percutian Kak Elly cuba beri info selagi yang boleh. Macam Kak Elly cakap tadi tak semestinya korang pilih resort yang Kak Elly pilih ada 1100 Island yang korang survey di Maldives.



Macam biasa pilihan flight Air Asia. Tak ingat harga sebab dah lama sangat book. Rasanya ada 2 waktu korang boleh pilih. Perjalanan ambik masa 4 jam. Kak Elly ambik flight malam. 

Kenapa flight malam sebab Kak Elly akan bermalam di Male dan esok baru ke Resort. Centara Resort ni agak jauh dari Male memang tak ada transfer disediakan pada waktu malam.

Important Note 
Kak Elly cadangkan kalau sampai malam jangan terus check in di resort yang korang pilih. Bermalam dulu di Male. Rugi kalau korang check in awal sebab resort di kepulauan Maldives in USD jadi sayang kalau check in lambat.




Sepatutnya kitaorang sampai awal tapi Air Asia delay 2 jam...huh. Sampai di airport makesure korang tukar duit Rufiyaa untuk makan dan bayar tambang nanti. Jangan lah tukar banyak dalam USD100 cukup rasanya.

Important Note 
First time di airport tak ada teksi. Rupanya airport Male ni korang kena ambik transfer yang hotel sediakan. Kak Elly decide nak ambik teksi jer memandang kan dari airport ker Hotel hanya 15minit. Rupanya tak ada teksi dibenarkan masuk ke airport. Jadi kitaorang terpaksa ambik public transport untuk ke Hotel. Agak ngeri sebab tak ada siapa pun tahu dimana Hotel kitaorang duduk dan mana bus stop sepatutnya kena turun. Jadi terpaksa lah buka Waze. Nasib baik dekat jer dan hotel yang kita orang duduk berdepan dengan Beach.



Kitaorang bermalam di Loona Hotel. RM500 semalam. Makanan dan Hotel di Male ni mmg agak mahal kerana mengikut rate USD. Jadi dari segi kewangan memang kena bersiap sedia sikit..hehe



Centara Resort ni agak jauh sikit kitaorang terpaksa naik flight selama 20 minit dan boat tranfer selama 15 minit. Tapi kalau korang ada duit lebih boleh lah naik Sea Flight. Per person USD330.00 pitam kan....hahaha. Kalau naik sea flight tak perlu ambik boat transport lagi. Terus sampai ker hotel. Tapi kitaorang decide naik flight biasa jer.

Jap lagi Kak Elly explain kenapa Kak Elly pilih Centara Resort dah lah jauh kena naik flight dan naik boat tapi kepuasan tu boleh giler...hahaha

Ada jer resort dari Airport Male korang naik boat 15 minit dah sampai resort Maldives. Melambak jer yang cantik tapi untuk dapatkan resort yang mesra family ni agak sukar sikit. Kebanyakan orang pergi Maldives untuk honeymoon.



Seawal 7 pagi kitaorang dah naik flight pagi tu untuk pergi ker Airport Maamigili

Important Note:
Kalau korang book resort yang memerlukan naik flight makesure korang kena book direct from hotel. Jangan guna agoda or booking.com sebab susah nanti korang uruskan pasal transfer ni semua.



Naik boat pulak selama 15 minit


Gaya kena ada....muahahaha


Kitaorang terlalu sibuk bergambar sampai tak sempat pun tengok kiri kanan. Lepas tu sibuk dengan topi besar lagi...hahaha



Bila dah sampai terus rasa terkejut. Terus rasa 'eh betul ker ni? giler  ke apa ni. Sebijik macam dalam gambar website' macam jakun sekejap bila sampai.

Sebenarnya korang Kak Elly nangis bila keluar dari boat sampai terperanjat manager resort tu...hahaha. Nangis sebab tak sangka secantik ni resort yang Kak Elly pilih. En Win dan anak2 sampai tak terkata. Berlari2 ambik video.





Cantik kan korang. Terus rasa berbaloi tak sia2 Kak Elly ambik masa sebulan untuk pilih hotel. 

Reason Kak Elly pilih hotel ni sebab dia full package. Memang agak mahal tapi sangat2 berbaloi. Package inclusive Room, breakfast, lunch, afternoon tea, tour dan aktiviti. Paling best minibar free dan korang boleh minum berkali2 direstaurant tanpa sebarang bayaran pun. Maknanya korang tak perlu duit langsung pun kalau duduk kat sini. Aktiviti macam2 disediakan. Itu nanti Kak Elly cerita yek.

Restaurant banyak pilihan ada Thailand, Italian, Japanese dan restaurant biasa. Makesure bila sampai korang book tempat makan awal2 sebab takut penuh. Tapi kalau penuh boleh jer makan di restaurant yang menyediakan buffet. Jangan risau di Maldives ni 100% penduduknya beragama Islam.



Nasib baik bawak anak2 kalau tak mesti Kak Elly akan rasa menyesal sebab tak dapat share keindahan pantai ni dengan anak2.


A dream came true...alhamdullilah


Terus rasa romantik



harap korang tak muntah ya...muahahaha

Nampak tak laut tu, kenapa cantik sangat ni???



Yaya


Adik




Sebelum check in kitaorang sempat merayau tengok kawasan kat sini. Ni area swimming pool. Berdepan dengan laut.





Makan2 sebelum check in.




Deluxe Family Water Villa

Ada bunk bed dan king size bed. Memang sangat2 selesa dan paling best bilik idaman water villa. Boleh terjun laut jer dari bilik.




Air laut ni dalam jugak tapi jangan risau setiap bilik ada life jacket disediakan. Berkaca2 air laut Maldives ni sampai korang boleh nampak ikan berenang2.




Ehem2...hahaha


Petang tu kitaorang pilih aktiviti memancing di tengah laut. Dari pukul 6 ptg sampai 9 malam.



Aktiviti kesukaan En Win tapi satu ikan pun dia tak dapat...muahahah



Yaya dapat tangkap 2 ekor ikan 


Adik dan Kak Elly dapat tangkap sorang seekor ikan


Hasil tangkapan ramai2 malam tu. Ikan yang ditangkap boleh pilih untuk makan tenghahari esok.



Malam tu kitaorang decide makan Thai food. Masing2 keletihan haritu sebab terlalu teruja. Nanti Kak Elly sambung day 2 pulak ya.







































Wednesday, December 14, 2016

Yehaaa dah boleh bercuti


Masa yang ditunggu anak2 termasuk juga ibubapa...hahaha. Semua dah settled. Grading adik dah berakhir Ahad lepas. Segala kerja kat office ni dah uruskan. Boleh lah kitaorang bercuti dengan tenang. Huaaaa tak sabar tunggu esok. Percutian yang dirancang selama setahun untuk pastikan duit mencukupi akhirnya tercapai....kahkahakah. Berpeluh nak settle bayaran ni. Kalau tak buat macam ni memang tak merasa lah nak jalan jauh2. 



Rasa lega bila Ahad lepas segala tugas berakhir. Gym class adik dah start bercuti. No more latihan lagi. Yaya jadi stress sebab pasal adik percutian ni terpaksa lambat sikit. 

Bila anak2 nak besar ni dari segi packaging agak stress sebab masing2 nak melawa jer termasuk mak dia...haha. Baju kena beli, seluar kena beli pitam laki aku. Bertabah lah Pa anak u semua perempuan. Anak2 dah besar jadi senang sikit nak bergerak sebab masing2 boleh jaga diri. 




Terus rasa ringan jer kepala ni sebab tak terkejar nak hantar anak sana sini. Kalau tak setiap pagi sorang kena hantar gi class dan sorang lagi kena hantar rumah nenek dia.

Pagi Isnin En Win ajak breakfast kat luar. Lama giler tak makan macam ni. Lepas makan beli lah barang2 apa yang patut untuk travel nanti. Kesian kat anak2 tahun depan bila mula sekolah semua busy balik sebab masing ada jadual yang Kak Elly sediakan. Tuisyen setiap hari dan weekend adik still nak continue class Gym setiap Ahad. Jadi masa kitaorang bersama pada hari Sabtu sahaja.

Jadi bila ada percutian macam ni dapatlah kitaorang luangkan masa bersama. Kak Elly suka rancang sesuatu percutian tu biar berbaloi dan menjadi kenangan sampai diorang besar nanti. Percutian ni sangat penting bagi kami sekeluarga. Jauh atau dekat janji perancangan penting untuk pastikan semua seronok nanti.

Kalau dulu masa diorang kecik2 Kak Elly suka rancang percutian yang dekat bagi memudahkan untuk kitaorang travel. Sekarang bila dah besar sikit Kak Elly prefer percutian yang jauh dan percutian ini akan terjadi hanya setahun sekali sahaja....hahahaha. Masing2 dah besar dan dah pandai menikmati keindahan dan akan simpan kenangan ni sampai tua nanti.

Setiap awal tahun Kak Elly akan ada senarai list untuk dibuat sepanjang tahun. Bila kena beli baju raya, beli kena book percutian, apa target yang nak capai, jadual cuti anak2, jadual exam anak2 semua Kak Elly akan list kan. En Win selalu jeling perangai aku...hahaha. Kak Elly bukan orang last minute. Kak Elly suka ikut jadual. Apa yang dibuat kena ada perancangam. List untuk bawak barang untuk percutian pun Kak Elly ada...hahaha. Jadi list tu Kak Elly akan ikut setiap kali percutian supaya barang tak tertinggal. Akak dah tua dik pelupa giler. 




Jarang dapat tengok diorang berdua baik macam ni. Sehari kalau tak bergaduh tak boleh ya. Ada jer benda tak puas hati. Kadang2 bila salah seorang mengadu aku buat tak layan jer. Asyik nak bocorkan rahsia jer. Malas lah nak dengar sebab kalau dapat tahu rahsia diorang kang mahu amukan terjadi. Jadi Kak Elly malas dengar sebab malas nak terjerit2 nanti.



Paling best dapat balik rumah mak. Dapat makan masakan mak. Ini tak tipu Kak Elly makan 3 pinggan. Huaaaa kenapa air tangan ibu ni sedapa sangat. Semua paberet Kak Elly mak masak. Abah dengan mak dah tak berapa kuat lagi. Tapi gigih masak untuk anak2. Licin semua lauk kat atas tu kitaorang makan.

Kak Elly kalau boleh nak sampaikan semua hajat mak dan abah. Apa yang diorang nak kalau boleh Kak Elly nak tunaikan. Kalau boleh nak ajak diorang duduk bersama. Tapi memang tahu jawapan diorang. Haritu balik rumah mak abah memang ajak daorang keluar cari barang yang diorang suka. Kasut, baju apa2 sahaja yang diorang nak Kak Elly akan tunaikan. Duit boleh cari tapi Mak dan abah tiada penganti. 

Huaaaaa tak sabar nak cuti....yehaaaaaaa.



Thursday, December 8, 2016

GYMNASTICS DANCE CAMP


Ramai giler dm kat facebook tanya mana Kak Elly hantar Ameera untuk Gym Class. Ramai yang berminat tapi tak tahu nak hantar kat mana. Hari ni Kak Elly nak share information supaya senang korang nak cari nanti.

12 December - 16 December 2016 ni Kickstar Gymnastic ada buat Gymnastics Dance Camp untuk anak2 korang sertai. Apa kata korang join camp ni dulu dan jika anak2 korang suka dan minat baru register untuk class tahun depan. Ada macam2 aktiviti disediakan. Korang boleh pilih mengikut kesukaan anak2.

Pengalaman Kak Elly bersama Kickstart Gymnas ni mmg sangat2 bagus. Setiap hujung minggu hantar jer Ameera ker Gym ni dan Ameera akan dilatih dengan guru yang sangat profesional. Hari weekend masa anak korang tak terbuang macam tu jer. Atleast diaorang ada aktiviti yang dibuat.

Ameera terlampau suka aktiviti ni jadi Kak Elly ambik seminggu 2 kali. Setiap Sabtu dan Ahad selama 3 jam dan cuti sekolah Kak Elly akan hantar intensive class yang disediakan. Tak perlu risau sebab kita tahu anak2 menjalankan aktiviti yang sihat. Korang kena beri peluang kepada anak2 untuk kembangkan bakat mereka.

Kat bawah ada list2 camp yang korang boleh pilih:-



Strech Me LIMBER
(Ms Dina)

Age: 5 - 7 years Old
Mon - Tue
Time: 4pm - 6pm
Program Fee: RM60.00
Per Session: RM40.00

Age: 8 year above
Mon-Tue
4pm - 6pm
Wed - Fri
2pm - 4pm
Program Fee: RM150.00
Per Session: RM40.00

**********************************************

Apparatus Handling
(Ms Dina)

Age: 8 year above
Monday (Rope) - 2pm - 4pm
Tuesday (Ribbon) - 2pm - 4pm
Wednesday (Ball) - 9am - 11am
Thursdat (Club) - 9am - 11am
Program Fee: RM150.00
Per Session: RM40.00

**********************************************

Fun Fitness
(Cikgu Abas)

Age: 5 - 7 years Old
Wed - Fri
Time: 5pm - 6pm
Program Fee: RM40.00
Per Session: RM30.00

Age: 8 year above
Wed - Fri
4pm - 6pm
Program Fee: RM100.00
Per Session: RM40.00

**********************************************

Basic Ballet
(Ms Jane Mourad from Russia)

Age: 5 - 7 years Old
Wed - Fri
Time: 3.30pm - 4.30pm
Program Fee: RM100.00
Per Session: RM40.00

**********************************************

Acro
(Fiery Pixies From South Africa)

Age: 8 year above
Mon, Tue, Fri
9am - 10.30am
Program Fee: RM100.00
Per Session: RM40.00

**********************************************

Hop Dance & Games
(Fiery Pixies From South Africa)

Age: 5 - 7 years Old
Mon - Tue
Time: 2pm - 3pm
Program Fee: RM60.00
Per Session: RM40.00

Age: 8 year above
Mon - Fri
11am - 12.30pm
Program Fee: RM150.00
Per Session: RM40.00

**********************************************
Dance

Age: 5 - 7 years Old
Wed - Fri
Time: 2pm - 3pm
Program Fee: RM100.00
Per Session: RM40.00


Pilih jer mana2 aktiviti yang korang rasa sesuai untuk anak2 korang sertai. Bagi pendedahan kepada anak2. Serious aktiviti ni sangat2 bagus. Class akan bermula Isnin depan 12 December 2016. Kalau nak register cepat call or whatsapp 
Ms Dina 017-675 1240 dan tempat sangat2 limited. 

Venue: Destar Arena, Ampang.

Call sekarang!!!