Nuffnang Advertisement

Tuesday, November 29, 2016

Nak tambah duit baca ni


Sekarang ni semua harga barang naik. Gaji tahap tu jer tapi perbelanjaan semakin meningkat. Kadang2 nak beli barang kena fikir banyak kali. Perlu atau tidak. Kadang2 rasa nak sangat beli tapi terpaksa pendam kan sebab takut budget tak cukup. Buka sekolah pun nak dekat dah ni. Anak seorang masih boleh tanggung lagi. Buatnya anak 3-4 orang pitam jugak nak fikirkan.

Nak bercuti pun kena fikir banyak kali. Cukup tak duit kalau bawak anak2 bercuti? kalau tak pergi mana2 sian pulak kat anak2. Korang kena mulakan sesuatu untuk menambahkan pendapatan keluarga. Tak dapat banyak pun tapi dapat juga membantu mengurangkan bebanan keluarga.

Alhamdullilah so far ramai stokis dan agent Fame dan Ellfie dah boleh tambah pendapatan keluarga. Kitaorang sendiri lihat perubahan mereka. Kalau tak ada modal jadi dropship dulu. Walaupun keuntungan dropship ni tidak besar tapi kalau sehari boleh buat RM20.00 pun lepas duit pasar sehari kan.

Cuba kecil2 dulu kalau dah confident nanti korang bolah jadi agent ataupun stokis. Kami di Fame Cosmetics akan sentiasa membantu dari segi marketing. 


Fame akan berikan gambar2 menarik untuk korang repost. Tambah sedikit ayat untuk menarik perhatian customer. Especially hujung bulan ni lagi senang untuk berniaga. FB Ads, HQ naik kan sampai 5 iklan. Apa yang perlu korang buat hanya komen dan berikan contact no dan lokasi anda supaya senang untuk customer cari.

Semuanyer dihujung jari. Antara rajin atau tidak jer. Kalau rajin banyak lah customer korang dapat nanti. Korang hanya perlu aktif di FB dan IG sahaja. Cuba buat sesuatu perniagaan tu dengan bersungguh..insyallah korang akan dapat ganjarannya.



Fame HQ akan  mengeluarkan produk yang terbaik supaya senang untuk korang menjual kepada customer. Produk terbaru dari Fame adalah mascara dan eyeliner.

Mascara dari Fame dapat melentikan bulu mata, mesra solat dan sangat2 senang dibersihkan. Itu kelebihan Mascara dari Fame. 



Mascara dan eyeliner kita telah mendapat banyak pujian dari mua2 Malaysia. Banyak gambar2 yang mereka kongsi tentang keistimewaan Fame Mascara dan Fame Eyeliner. Gambar2 ini korang boleh guna dan repost untuk tujuan marketing. Jika korang berminat menjadi team Fame Cosmetics dan sebarang pertanyaaan mengenai syarat dropship, agent dan stokis korang boleh whatsapp 013-376 0466

Insyaallah Fame Cosmetics akan membantu korang untuk menambahkan pendapatan :)


Monday, November 28, 2016

Cuti Sekolah


Cuti sekolah dah bermula maknanya masa untuk anak2 sudah tiba..huaaaa. Masa untuk bersama anak2 dan holiday bersama. Alhamdulliah result anak2 Kak Elly sangat memuaskan hujung tahun ni. Yaya dapat tempat 3 dan adik dapat tempat ke 6 dalam kedudukan kelas. Satu pencapaian yang sangat bagus. Dan keseluruhan tingkatan 1, Yaya dapat tempat ketiga juga. Syukur tak sia2 bayar lebih sikit untuk Home Tuisyen. Mama tak kisah pun no atau kedudukan class yang penting mama nampak usaha anak2 mama. Kak Elly bukan jenis mak yang suka push2 anak kena dapat A, kena markah 90 keatas. Rasanya setiap Ibu tahu kemampuan anak masing2. Buat dan sediakan yang terbaik untuk mereka. Paling penting usaha anak2 itu sendiri untuk berjaya. Nasihat jer sampai diorang letih nak dengar...hahahaha.

Kak Elly memang akan plan setiap tahun percutian anak2. Kak Elly yang akan tentukan mana nak pergi. Nak harap kan En Win mmg sampai kesudah tak kemana. Konsep En Win ada duit mana pun boleh pergi. Konsep Kak Elly nak pergi bercuti kena ada target baru boleh buat simpanan...gitu. Insyaallah tahun ni kitaorang akan bercuti di pantai. Huaaaaa tak sabar sangat ni. Anak2 dah besar senang sikit nak uruskan. Tapi part baju pening sikit sebab masing2 dah pandai bergaya (mata keatas). 

Kak Elly memang dari dulu orang yang ikut jadual. Kak akan print kan setiap tahun jadual cuti sekolah, jadual dari sekolah anak2 untuk setahun aktiviti supaya senang tahu bila awal dan akhir tahun peperiksaan senang nak buat plan percutian nanti. Terutama sekali bila book flight ticket. Lagi awal korang book lagi murah dapat harga flight nanti. Contoh tahun depan adik UPSR jadi Kak Elly akan pastikan lepas dapat result baru boleh bercuti. Haritu Yaya Kak Elly siap call Kementerian sebab nak tahu date keluar result UPSR. Bila dapat anggaran date baru plan date bercuti...gitu. Macam tu jugak jadual gym dan training semua tu kena plan siap2.

Tahun depan dah ada target nak gi mana jadi boleh start search ticket2 yang murah. Kak Elly tak suka last minute percutian sebab Kak Elly tak reti nak budget nanti. Kak Elly suka uruskan satu2 dengan tenang. Jadi tak ada lah stress simpan duit. Uruskan pembayaran satu2. Bila dah ada company sendiri ni kena fikir kan kawan2 jugak. Jadi kitaorang akan plan siap2 siapa yang akan bercuti dahulu. Macam Peej anak masih kecil lagi jadi tak perlu tunggu cuti sekolah. Jadi Kak Elly kena discuss dengan Filla siapa yang akan bercuti dulu.





Busy macam mana pun masa untuk anak2 sangat penting. Kak Elly akan pastikan bila anak2 ada aktiviti Kak Elly kena luangkan masa. Especially kalau adik ada pertandingan Gymnastics. Kena support 100%. 

Seawal 6 pagi dah kena bangun untuk siapkan adik. Kalau ada pertandingan bermakna seharian Kak Elly kena duduk kat situ. 12 jam memang confirmed. Tapi kena bertahan sebab parent lagi pun bertahan jugak demi anak2....hahaha

Tak rajin sebenarnya tapi kena kuatkan semangat sebab siapa nak jerit bila adik buat persembahan nanti....hahaha




Next year ingatkan nak berhenti kan sekejap aktiviti ni. Perghhhh...bila cakap dia punya melenting tak ingat. Sayang sangat kat aktiviti ni. Lantak lah janji adik kena pandai seimbang kan pelajaran dan aktiviti.



Nak masuk sukan ni anak2 korang kena kuat semangat. Aktiviti ni sangat2 menduga mental dan fizikal. Weekend bersama anak2 memang tak ada ya. Setiap minggu Kak Elly dan En Win akan gilir2 hantar. Cuti sekolah memang akan ada full day training. Dari 8 pagi sampai 6 petang. Dengar pun dah letih kan. Tapi budak2 ni ok jer. Ceria jer lentuk2 kan badan.



Walaupun baru habis grading utk KL tapi minggu depan still ada full training dari pagi sampai petang untuk internal grading pulak. Tapi yang bagusnya korang tahu anak2 busy dengan aktiviti yang bagus.


Paling best bila anak2 join aktiviti ni self confident diorang tinggi. Bila tgk adik di tengah2 gelanggang seorang diri buat persembahan Kak Elly yang berdebar. Kadang terjatuh bola tu dia relax jer angkat balik dan sambung buat persembahan.

Macam tu jugak anak2 yang lain. Comel jer tengok budak2 seawal 6 tahun dan berani beraksi di tengah2 gelanggang. Ada jugak yang lepas persembahan lari kat cikgu menangis kalau tak dapat buat dengan baik. Tapi persembahan diorang akan teruskan sehingga habis.



Untuk ibu di luar sana jangan halang minat anak2 korang. Support apa yang mereka suka. Walaupun penat dan busy macam mana pun support minat anak2. Kak Elly dulu tak dapat merasa aktiviti ni semua sebab abah tak mampu. 

Kalau korang berkemampuan hantar dan sokong aktiviti yang mereka suka. Letih jangan cakap lah sebab setiap minggu kena hantar tapi kita sebagai ibu bapa tak boleh penting kan diri sendiri. Tengok anak2 happy kita pun jadi seronok.

Yaya kurang minat bersukan. Dia suka membaca novel2 jadi Kak Elly kena sediakan apa yang dia suka. Bukan manjakan anak2 tapi lebih kepada support minat mereka.



Kejayaan satu kepuasan bila anak2 berjaya dalam bidang yang mereka pilih. 



Tahniah anak mama walaupun mama kena bangun seawal pagi dan menunggu hampir 12 jam untuk melihar adik beraksi. Tinggal satu jer lagi grading lepas tu kita boleh bercuti dengan gembira...hahaha



Good Job Ms Dina and thank you so much.....







Friday, November 25, 2016

Move on



Kak Elly dah malas nak layan orang yang bersikap bermuka2 ni. Tak ada masa nak fikir pun. Masing2 dah besar dan tahu apa yang perlu dibuat. Apa yang terbaik 'Move On' dari mengamuk2 keluar segala quote. Siapa betul dan siapa salah sendiri faham jer lah. Dah bersemuka dan jelaskan apa yang terbuku diatas. Letak full stop besar2 dalam diri. MOVE ON please.....

Jangan jadi 'Fake Friend' sini kau sokong sana pun kau sokong. Tak dapat apa pun melaga2kan orang ni. Jadi kawan yang tak memihak kepada siapa sebab kita sendiri tak tahu apa yang terjadi antara mereka. Tak payah nak jadi penyibuk sangat kalau dalam masa yang sama si 'Fake Friend' ni mengeruhkan lagi keadaan.

Masing2 dah besar dan ada kehidupan sendiri. Dengki, marah, dendam ni letak kat tepi. Kalau rasa apa yang terbuku dihati suarakan dan jangan biar kan semakin parah. 

Kawan2 ni dah jatuh tempat ketiga dan keempat dah. Bukan macam zaman remaja dulu. Kawan2 nombor satu, mak dan abah dah jatuh no 2. Dah kawin ni kehidupan semakin berubah. Keluarga, kerjaya adalah tangga teratas. Masing2 dah ada kehidupan masing2. Jadi tak perlu rasanya bergatung sangat kepada kawan2 yang kita sendiri tidak tahu ketulusan setiap orang. 

Banyak benda lain nak fikir. Nak layan 'Fake Friend', kawan kaki sentap, kawan penipu, kawan yang kuat berdrama ni mmg Kak Elly tak boleh nak handle sikap2 macam ni. Anak punya drama pun Kak Elly malas nak layan ni kan pulak kawan2.

Lain orang lain caranya terhadap kawan2. Tapi cara Kak Elly kawan2 Kak Elly akan jumpa dan berborak bila time free sahaja. Kawan2 business masa di office sahaja. Lebih kepada family sebab masa untuk keluarga pun kadang2 sangat terhad. Jadi kurang masalah terhadap kawan2. Kurang kecik hati sebab jarang berjumpa. Nasib kawan2 Kak Elly pun satu kepala. Cuma 1-2 jer berperangai 'Fake Friend'.

Kawan berjaya happy untuk mereka. Kawan2 dalam kesedihan jadilah pendengar yang baik untuk tempat mereka luahkan perasaan, kawan tengah marah, redakan kemarahan mereka dengan memberi kata2 positif. 

Jangan jadi kanak2, think positive dan bersikap lebih dewasa. Apa yang terpendam luah kan jangan sampai jadi penyakit yang boleh menjadi semakin parah. Jika rasa tak perlu luahkan jadilah seorang pemaaf dan anggap suara2 ditepi itu hasutan syaiton...gitu

Rasa tak sesuai untuk berkawan jauhkan diri dan cari kawan yang lebih sesuai dengan kehidupan kita. Life is simple jangan suka susah kan kehidupan sendiri disebabkan kawan2. Ada masa kita perlu bersuara dan ada masa lebih elok mendiamkan diri. 

Mintak sangat jangan jadi kawan seperti quote diatas sebab Kak Elly tak ada masa nak layan, nak fikir dan nak pujuk.


Wednesday, November 23, 2016

Idola


Sejak dulu lagi Kak Elly memang sentiasa ada Idola. Idola ni lah menjadi kekuatan dan salah satu pendorong utk Kak Elly menjadi lebih semangat untuk bekerja, berfesyen dan menjadi ibu yang lebih baik. Tapi Idola Kak Elly sentiasa bertukar2 mengikut masa....hahaha.

Kak Elly bukan seorang yang bijak jadi dengan melihat cara2 Idola ni bekerja, cara marketing yang mereka lakukan, cara mereka bawa diri di sesuatu majlis menjadi garis panduan untuk Kak Elly ikut. Ialah diorang ni belajar sampai overseas jadi cara dan pemikiran diorang agak berlainan, Jadi benda yang baik dan mendatang kan kebaikan kita ikutlah...gitu



Vivy Yusof

Semua orang tahu Vivy ni anak orang kaya giler vavi. Tapi semangat dia bekerja dan cara dia bekerja boleh buat Kak Elly leka. Setiap hari Kak Elly akan bukak IG Vivy Yusof utk tgk aktiviti yang dia lakukan. Macam mana dia bercakap dengan media, macam mana dia handle staff, jumpa orang sana sini, macam mana cara dia berpakaian ini semua mempengaruhi Kak Elly....hahahaha

Banyak jugak idea2 Vivy yang Kak Elly ceduk untuk Fame Cosmetics dan Ellfie Beauty. Kak Elly memang malas membaca tapi Kak Elly suka melihat dan memerhati. Marketing Vivy dia akan sentiasa menonjolkan diri supaya dunia luar kenal siapa itu Vivy dan dalam masa yang sama dia akan promosi kan produk2 yang digunakan. 



Neelofa

Huaaaa ni lagi hebat. Dalam masa setahun dia boleh buat keuntungan hampir 50 juta. Giler kan. Salah satu marketing Neelofa dia kedepan kan diri sendiri. Dia tak perlu menggunakan duta atau mendapatkan mana2 bantuan dari artis lain.

Maksudnya dia jadikan diri dia sebagai brand produk dia. Dia jadikan diri dia wanita hebat supaya wanita2 lain nak jadi macam dia. Satu strategi marketing yang sangat bagus. Dia mempengaruhi wanita kearah kebaikan. Penampilan diri sentiasa cantik membuat wanita diluar ingin menjadi seperti beliau.

Tapi persoalannyer macam mana kita nak jadi macam Neelofa. Dia dah terkenal dah ada nama pun. Agak mustahil kita boleh jadi macam dia. Tapi apa yang Kak Elly boleh ikut macam mana cara dia market kan produk. Macam mana dia mendapatkan agent dan stokis. Macam mana dia perkenalkan produk di seluruh negara. Sedikit sebanyak ia dapat membantu juga.



Scha

Mesti ramai dah tahu yang Kak Elly mmg suka giler dengan Scha. Jadikan dia Idola untuk Kak Elly berfesyen. Suka tengok cara Scha mengenakan sesuatu pakaian. Tapi Kak Elly tak mampu lah nak tempah kat designer. Sanggup beli kain dan tempah sebijik macam baju yang Scha pakai....hahahaha

Tak semua lah fesyen Scha Kak Elly ikut...hahaha. Kalau ikut semua boleh bankrap lah. Mana yang Kak Elly rasa sesuai Kak Elly ikut lah. Pakaian utk event atau pakaian santai2 ada lah tiru sikit2...hehehe.

Tapi confirm akan tgk ig Scha setiap hari sebab bila tgk cara Scha berpakaian boleh buat hati Kak Elly gembira dan terus rasa semangat nak cantik...gitu




TiaMia (Blogger)

Blogger TiaMia ni Kak Elly paling suka. Suka tengok dia masak kan untuk keluarga, cara dia besarkan anak2, cara dia menjaga ibu yang dah uzur, cara dia handle kerja, cara dia bercuti memang sangat mempengaruhi Kak Elly.

Kadang2 dari seorang pemalas Kak Elly akan otomatik menjadi rajin bila baca blog TiaMia ni. Walau letih macam mana pun memasak untuk keluarga ada lah satu kemestian. Suka tengok dia hias rumah. Walaupun cara yang sangat sederhana tapi suka tengok dan tak dinafikan dia banyak pengaruhi Kak Elly dalam kehidupan.

Cara dia melayan anak, suami dan ibu benar2 membuka minda Kak Elly. Tiada langsung istilah malas dan letih dalam diri dia. Nak jadi macam dia mmg satu kesukaran buat Kak Elly. Cukup lah menjadikan dia sebagai Idola supaya boleh pengaruhi Kak Elly sedikit demi sedikit.





Bila tengok gambar kat atas ni terus rasa diri ni macam idola2 Kak Elly kat atas...hahaha (harap jgn muntah) Walaupun tak berjaya sepenuh nya tapi Kak Elly dapat ceduk sikit demi sedikit cara mereka. Terus rasa bangga kat diri sendiri. Macam tak percaya selama ni Kak Elly baca tentang kehidupan orang di majalah now orang pulak baca tentang kehidupan Kak Elly. Harap dapat membantu orang2 diluar sana yang ingin berjaya juga. Kak Elly tak cakap lah dah berjaya macam mereka tapi alhamdullilah Kak Elly belajar sedikit demi sedikit.

Bukan sesuatu yang mudah nak jadi macam idola2 Kak Elly kat atas tu tapi semangat untuk bekerja  kuat tu sentiasa ada. Harap semangat aku, Filla dan Peej tak separuh jalan sahaja. Doa kan supaya kami terus kuat.











Monday, November 21, 2016

Fame Mascara & Fame Eyeliner


Alhamdullilah....dua lagi produk baru keluaran Fame Cosmetics. Fame Mascara dan Fame Eyeliner. Kitaorang ambik masa yang lama jugak nak cari betul2 yang berkualiti. Korang dah boleh dapatkan dari HQ, Stokis2 dan Agent2 Fame mulai hari ini dan seperti yang dijanjikan harga mampu milik...hehehe 





RM29.00

Kak Elly memang tak pandai sangat nak guna eyeliner ni. Memang prefer dari dulu bentuk pen macam ni supaya senang dibentuk. Tangan pun senang jer nak control nanti. Kalau guna pencil mesti sebelah besar sebelah kecik nanti...hahaha. 

Jenis ink ni cepat kering dan waterproof jadi tak ada masalah kalau menangis...eh! hahaha. Tapi...Tapi...Tapi...sangat mudah dicuci, mesra solat dan paling best tak comot langsung bawah mata kalau korang cuci. Tak tipu cuci guna wet tissue tak akan comot keliling mata. Dia akan keluar macam ketul2 gel tu.




Warna memang hitam sangat jadi memang cantik jer bila lukis kat mata



Terror sangat boleh buat dramatik macam ni...hehehe


Wow...ni lagi lentik hujung mata. Tapi kak elly tak pandai buat lentik2 mcm ni. Ada sebelah pendek sebelah panjang nanti...hahah. Tapi serious guna eyeliner dari Fame ni confirm senang korang nak bentuk nanti


Fame Mascara

RM45.00

Huaaaaaa...Mascara ni boleh lentik dan panjang kan bulu mata korang dah tak perlu pakai bulu mata palsu. Bulu mascara ni kitaorang memang request 100% fiber supaya senang utk apply dan lentik kan bulu mata. Korang kena cuba sebab memang meletup lah korang nanti kalau pakai mascara ni...hahaha

Macam Eyeliner jugak Mascara ni sangat mudah untuk dibersihkan dan tak akan comot jugak. Nanti kalau ada masa Kak Elly akan buat video yek. Jadi korang blh tengok betapa mudahnya mascara dan eyeliner ni bila di cuci.

Bukan nak puji produk sendiri tapi ini kenyataan...hahaha. Kadang2 bila kita pakai eyeliner dan mascara dalam jangka masa panjang confirm keliling mata korang nanti akan comot dan hitam. Especially kalau korang tertidur. Tapi serious Fame Mascara dan Fame Eyeliner tak akan buat mata korang comot dan sangat2 ringan bila dipakai




Cantik kan...boleh nampak bulu mata jadi panjang



Mua Ferra mmg terror bab lentik2 bulu mata ni. 



Mek Ja hanya pakai mascara dan eyeliner sahaja. Cantik kan sebab mata kelihatan besar.



Ini bukan bulu mata palsu. Bulu mata original ya. Hanya pakai Fame Mascara boleh jadi lentik macam gambar tu. Rugi lah siapa tak beli...hahaha





Korang dah boleh beli mulai hari ini :)

Harga
Eyeliner: RM29.00
Mascara: RM45.00

Postage
RM8.00 (SM) / RM12.00 (SS)

Pembelian
Whatsapp: 013-3760466


HAPPY SHOPPING!!










Monday, November 14, 2016

Weekend


Dah hampir 3 minggu kerja masa weekend. Hebat sangat busy ni...hahaha. Kadang2 nak cakap dengan anak2 kata mama tak ada pun takut. Nanti boleh tengok muka2 Yaya berubah. "mama ni asyik tak ada jer". Next week pun ada event. Minggu lagi satu dah kena gi Singapore. Pitam lah nak berdepan dengan budak berdua ni. Ingat nak bawak sekali gi Singapore. Tapi memandangkan duit mahal maka terpaksa pendamkan sahaja. 

Insyaallah bulan 12 nanti kita bercuti yek. Mama janji mama tak akan layan segala urusan office. Auntie Peej dan Auntie Filla call mama akan reject jer nanti...hahaha.



Last week kitaorang dapat jemputan dari Stokis KL, Usmi. Dia buat event untuk rewards agent2 yang capai target. Tak semua dapat hadir haritu. Bagus sangat event2 macam ni. Dapat kitaorang beramah mesra dengan agent2 yang banyak membantu menaikan nama Fame Cosmetics. Sessi soal jawab dan share segala pengalaman yang kita ada. Lawa2 semua agent2 ni...hahaha. Akak teruja tengok semua make up meletup haritu. 

Habis jer event aku, Filla dan Peej sambung discuss project2 akan datang. Bahagi kan tugas masing2 dan tour untuk 2017. Terus Kak Elly sekali lagi telan2 ailio sebab takut dengan anak...hahaha. Harap En Win blh ambik alih tugas aku sementara tengah busy ni.

Kak Elly rasa korang sendiri boleh tgk, orang jual Matte Lip Cream ni macam cendawan tumbuh. Bukak FB macam2 lipstick korang boleh tengok. Jadi Fame Cosmetics kena pantas bergerak dan sentiasa mencari kelainan.


Habis jer meeting terus ke Istana Budaya. Dating dengan Mak tgk theater Mok Cun. Huaaaaa...rindu giler kat mak. Dekat 3 minggu gaks tak jumpa. Terus cium2 sambil nangis. Tengok tangan mak dah kedut2 pun sayu jer hati. Ya Allah permudahkan lah urusan ku.

Kak Elly tak pandai nak bahagi masa lagi. Dalam satu masa banyak benda kena buat.  Kena handle kerja, suami, anak2, mak abah dan diri sendiri. Memang tak dapat lah nak bahagi kan masa untuk semuanya. Dapat dengar suara mak abah kat telefon terubat rasa rindu. Rasa bersalah ni memang sentiasa ada. Tapi nak buat macam memang sentiasa jer ada benda nak buat. Insyaallah selesai segala urusan nak ambik cuti untuk lepaskan rindu dengan mak dan abah.





Hari Ahad lepas tak ada apa2 aktivit. Pagi2 dah keluar gi Pasar beli barang2 dapur yang dah hampir licin dalam fridge. Breakfast dulu dengan anak2. Ceria sikit muka Yaya tu...hahaha.

Tak sangka kehidupan boleh berubah macam ni. Alhamdullilah...syukur sangat walaupun tak ada masa untuk anak2 dan keluarga. Tapi hasilnya sangat2 berbaloi. Bukan Kak Elly sahaja yang rasa kepenatan. Peej dan Filla kadang2 hitam bawah mata tak cukup tidur...hahahaha





Monday, November 7, 2016

Pengalaman Baru


Rasa lemau sangat badan hari ni. Tapi bila tengok Stokis dan agent melambak order naik semangat tu balik. Alhamdullilah betul lah kata pepatah "bukan senang nak senang' 

Hujung minggu lepas aku ngan Filla turun ke Kelantan untuk perkenalkan Fame Cosmetics dengan Mua di Kelantan. Alhamdullilah dengan kerja sama orang2 Kelantan kita berjaya kumpulan 100 Mua dalam satu majlis. Hari Ahad pulak kitaorang pergi ke Felda Kemahang 1, Tanah Merah untuk berkongsi tips kecantikan dan dalam masa yang sama perkenalkan Fame Cosmetics. Orang2 Kelantan ni pandai berniaga jadi seronok bila dapat turun padang sama2 bertukar fikiran tentang perniagaan.



Di Kelantan kalau siapa tak pakai tudung akan disaman. Tapi di kawasan2 tertentu sahaja. Jadi kak Elly menghormati syarat di negeri itu. Terima kasih lah yang komen baik2 tentang Kak Elly pakai tudung. Insyaallah doakan Kak Elly ya.

Flight kitaorang ambik haritu pukul 6.30 pagi. Mmg nak pergi awal supaya kitaorang dapat lah shopping sekejap sebelum bertolak ke Tanah Merah. Jadual mmg sangat2 padat kat sana. Jadi ada masa singgah lah sekejap untuk shopping keropok...hahaha. Eh...bukan keropok jer tapi macam2 jugak...muahahaha



Ramai cadangkan makan kat Kopitiam Kita. 


Sempat tengok iklan2 kat kedai makan ni. Betul lah orang Kelate ni mmg suka berniaga. Macam2 produk korang boleh tengok. 



Roti Titab mmg fames kat sini. Eh...tertelan ailio tengok gambar ni.


Kat kedai ni korang boleh tengok bermacam2 jenis lauk. Pelik pagi2 makan gulai lemak ikan masin. Tapi sedap jer Kak Elly makan. Makanan dan Kak Elly berpisah tiada...hahaha. Tapi serious nasi berlauk mmg banyak giler kat sini. Nasi ulam lah, Nasi Kerabu, Nasi Dagang, Nasi Minyak, Nasi tumpang..eh macam2 lagi lah



Lepas makan terus gi Pasar Siti Khadijah




Cari kaftan utk mak dan oling




Beli samping sbb adik lelaki Kak Elly akan nikah tahun depan. Jadi carikan utk abah jugak. Dah lama rasanya abah tak tukar samping. tiap2 tahun pakai samping yang sama.


Kalau gi Kelantan tak borong keropok rugi ya.



En Win pertama kali sampai ke Kelantan. Jadi dia sedikit teruja kat sini...haha

Lepas dah shopping hampir 2 jam. Terus kitaorang bergerak ke Tanah Merah untuk attend event disana. Perjalanan dari KB ke Tanah Merah dalam 50 minit.



Tema malam tu Hitam dan pink. Tapi Kak Elly kurang sikit warna pink ni. Jadi prefer pakai hitam. 


Walaupun hati debar2 nak jumpa mua2 di Kelantan tapi kena kuatkan semangat. Pengalaman yang berharga buat kitaorang.



Sampai kat sana mmg kitaorang terperanjat giler. Tak sangka diorang buat event ni meletop nak mampus. Ingat biasa2 jer. Sekali siap ada stage dan dinner tepi swimming pool. Hebat sangat ni. Semua datang bergaya giler. Kak Elly tgh tunggu gambar dari photographer. Tak sabar nak share dengan korang.




Meletup kan. Bayangkan Fame penaja utama tapi tak sangka event meletup macam ni. Kitaorang just discuss melalui whatsapp tentang event ni tapi bila datang tak sangka hebat macam ni.

Alhamdullilah 100 mua turun padang. Dapat lah kitaorang perkenalkan produk Fame Cosmetics. Paling best semua datang dengan pakaian yang sangat2 meletup.


Macam2 acara malam tu. Ada karaoke, lucky draw, pakaian tercantik dan solekan paling menarik.


Kak Elly tak dapat nak share banyak gambar sebab gelap. Tak sabar tunggu dari photographer. Selesai majlis dalam pukul 12 malam.


Esoknyer seawal 8.30 pagi dah bangun sebab nak bertolak ke Felda Kemahang. Sempat breakfast makan nasi kerabu dulu.



Kitaorg blh terlupa yang hari Ahad orang Kelantan bekerja. Jadi tak berapa ramai sangat dapat datang haritu. Takpe insyaallah nanti kita turun lagi kat sini. Sambutan orang2 kat sini pun cukup baik. Siap sediakan makanan semua.



Ada demo make up class sambil tu kitaorang memperkenalkan Fame Cosmetics. Suka sangat sebab ramai makcik2 yang sukakan lipstick Fame dan sambutan BB Cushion sangat2 hebat.

Dalam pukul 1pm kitaorang kena balik sebab flight pukul 6.30pm. Takut tak sempat. Perjalan dari Felda ke KB dalam 1 jam 30 minit 



Tak sempat pun nak cari laksam tapi sempat merasa makan maggi kari ketam. Boleh lah tak berapa sedap sangat.

Satu pengalaman yang sangat2 seronok. Turun padang jumpa orang2 kampung perkenalkan produk kami. Walaupun letih tapi sangat2 berbaloi. Brand awareness sangat2 penting. Jangan marah orang tak beli tapi yang paling penting orang tahu tentang kewujudan Fame. Mana tahu satu hari Fame masuk tv "Haaaa...ini lah budak yang datang jual liptick hari tu" hahahahaha

Insyaallah next Fame tour akan ke Singapore pulak