Nuffnang Advertisement

Friday, October 28, 2016

Dah tua


Kelakar betul lah. Semalam abah called tanya pinggang aku dah ok ker? apa doktor cakap? lepas tu aku pulak tanya. Pinggang abah dah ok ker? lutut mak sakit lagi ker. Tiap2 hari itu lah topik perbualan kitaorang anak beranak. Bulan ni semua tak sihat. Semua sakit2 badan.

Belum lagi whatsapp aku, filla dan peej. Masing2 mengadu sakit badan. Kitaorang dah tak sekuat dulu. Masing2 tak boleh salah makan nanti angin satu badan. Tiap2 hari ingat kan sesama sendiri jaga kesihatan.

Bila fikirkan banyak kerja kena buat, berani kan diri pergi hospital check pinggang aku yang tak baik2 ni. Dah merata tempat pergi tapi still tak elok dan masih sakit. Sampai tahap batuk dengan gelak pun sakit pinggang. Sampai nak pakai seluar pun tak boleh angkat kaki. Nasib abang toyib pakai kan terus rasa dimanjakan...hahaha 

Kak Elly memang penakut sikit gi hospital. Takut kalau doktor jumpa macam2 penyakit. Nanti kena tahan kat ward. Kerja office dan kerja rumah siapa nak buat. Noooo i don't like.

Tapi gagahkan jugak pergi hospital sebab tak boleh tahan sakit. Lepas tu kawan2 FB semua paksa aku gi check takut makin teruk. Pucat2 muka akak tunggu giliran. 



Thanks Neena rekemen Doktor Jagdeep Singh di Prince Court. Sangat baik dan selesa bila borak ngan doktor ni. Bila dah check dia suh gi x ray nak tgk keadaan tulang. Alhamdullih cuma muscle cramp jer. Tak boleh angkat berat dan Kak Elly kena pergi fisio untuk 2 minggu. Bagi tulang masuk balik ketempat yang betul.

Mak2 ni tak boleh sakit. Banyak benda nak kena buat. Sakit jer mata tengok keadaan rumah nanti. Semalam Doktor bagi ubat suh aku berehat. Ya Allah sedap nyer dapat tidur dengan lena. Ini kadang2 tidur sambil otak berfikir. Tidur dari kul 3pm sampai 7pm. Rasa lega sangat2. 

Hari ni start kerja macam biasa balik. Isnin baru gi Fisio. Ingkatkan nak rehat lagi kat rumah. Tapi kena gaks pergi kerja sebab nak kena settled kan gaji staff Ellfie dan Fame. Dah lama tak sakit macam ni. Rasa teruk pulak kali ni. Kena gagahkan diri.

Hopefully abah ngan mak pun cepat sihat. Risau gaks dengan diorang tu. Dah lama tak teman kan diorang therapy. Semoga semuanya dipermudahkan.

Wednesday, October 26, 2016

PROMO DEEPAVALLI





HAPPY HOUR!! HAPPY HOUR!!

Bermula hari ini 26 October 2016 hingga 28 October 2016. 
Sempena perayaan Deepavali yang akan menjelang tiba, pihak Ellfie berbesar hati untuk mengadakan HAPPY HOUR kepada semua harga berikut:

*SET ELLFIE ESSENCE HANYA RM100 SAHAJA*

*ELLFIE GOLD SERUM HANYA RM110 SAHAJA*

Whatsapp 0132755197 dengan 


Happy Deepavali to all our Indian customers!!

Tuesday, October 25, 2016

REZEKI


Semalam lepas meeting pasal projek, perancangan yang akan dibuat sehingga sampai tahun depan tiba2 aku rasa nak muntah. Muntah memikirkan kerja yang akan kitaorang buat. Terus aku pandang muka Peej dan Peej pandang muka aku tak berkedip2. Tahun ni kitaorang akan ambik 2 tempat sekali untuk Exhibition hujung tahun ni. Satu di JB dan satu lagi di PWTC. Itu belum lagi kitaorang kena turun padang setiap negeri untuk bertemu stokis dan agen. 

2 minggu lagi, insyaallah kitaorang akan ke Kelantan dan selepas tu ke Singapore untuk memperkenalkan Ellfie Beauty dan Fame Cosmetics. Banyak benda kitaorang perlu bincangkan nanti. Rasanya lagi seronok kalau dapat berbincang berdepan dari asyik berwhatsapp sahaja.



Insyaallah hujung bulan 11 nanti Fame akan keluarkan 2 lagi produk baru. Barang semua dah hampir siap. Tengah prepare untuk photoshoot dan cara marketing.

Gambar2 kat atas tu projek2 yang sedang dijalankan. Kitaorang akan sentiasa berikan yang terbaik untuk pengguna Fame Cosmetics dan Ellfie Beauty. Insyaallah akan ada event dalam bulan 1 tahun hadapan. Tapi itu semua masih dalam perancangan.

Siapa yang tengah mencari duit tambahan dan masih tak tahu nak berniaga apa, jom join team kami. Insyaallah kita sama2 tambah pendapatan. Fame Cosmetics dan Ellfie Beauty akan pelbagaikan cara marketing kami supaya produk kami dikenali dan ia memudahkan team2 kami untuk berniaga. Kalau boleh Kak Elly nak kita berjaya bersama. Kitaorang akan sentiasa bantu agar team2 kami dapat menambahkan pendapatan.



Gaya tak nak kalah langsung...hahaha. 

Setiap hari Kak Elly kena fikirkan marketing strategic. Rasanya ramai dah boleh nampak orang menjual lipstick dan skincare macam cendawan tumbuh. Jadi kita kena tahu kekuatan dan kelebihan produk. Bersaing secara sihat. Apa yang boleh membuat produk Fame dan Ellfie menonjol. Ini lah salah satu cabaran yang agak sukar. Untuk bertahan bukan perkara yang mudah. Kuasa membeli terletak ditangan pengguna. Jangan terlalu sibuk untuk menjatuhkan produk lain. Anggap pesaing untuk adalah semangat kita untuk terus berjuang. Apa yang boleh kita lakukan jangan berputus asa dan berikan yang terbaik.

Kitaorang belajar dari pengalaman. Bekalan tak boleh langsung terputus kita tak nak stokis, agent dan customer menunggu. Customer ni blh bertukar fikiran sekelip mata jer. Kualiti produk, harga, packaging. Insyaallah kami akan perbaiki. Masih banyak yang perlu kami pelajari. Rolling modal sangat2 penting. Makesure duit sentisa mencukupi. Ini pun satu kesukaran utuk kami.




Alhamdullih selesai audit untuk tahun ni. Insyaallah Fame Cosmetics juga akan bertukar ker Sdn Bhd supaya akan menjadi lebih teratur. Tak sangka dari ingin menambah pendapatan keluarga. Tak sangka sekarang Fame dan Ellfie semakin berkembang. Aminnnn

Whatsapp 013-3760466 (Fame Cosmetics) dan 013-3962005 (Ellfie Beauty) untuk dapatkan syarat2 menyertai team kami.





Wednesday, October 19, 2016

Interview lagi


Kalau muda2 dulu korang tanya Kak Elly suka tak masuk TV or Magazine mmg Kak Elly boleh melompat2 suka sambil keluar bintang kat mata. Terlalu suka glamer tapi waktu tu tak ada pun orang kisah pun. Penat akak turun naik TV3 gi interview pengacara Nona....hahaha. Cakap 2-3 patah dah kena keluar. Penat akak buat rambut, sebelah mata pun diorang tak pandang...hahaha

Dah makin berusia ni mmg tak lah akak berani nak kena interview cakap depan orang. Terus rasa malu sangat. Lebih prefer kerja belakang tabir. Biarlah model2 jelita ker depan. Dah lah anak Kak Elly, Yaya suka kritik kaw2 jenis tak bertapis mulut. "Tak lawa langsung mama pakai baju tadi" sedih akak...hahaha

Tapi nak buat macam mana sekali sekala kena kedepan untuk perkenalkan produk. Jumpa orang Kak Elly suka. Memang tak ada hal boleh bercakap non stop. Tapi kalau bercakap depan camera terus gigil2 bibir. Tak tahu nak senyum sambil bercakap, bercakap tak nampak gigi ker, mata nak pandang mana, semua ni buat Kak Elly stress...hahaha



Haritu photoshoot dengan majalah Nona dekat studio. Kali ni dengan Majalah Keluarga. Topik Ibu dan kerjaya. Share pengalaman macam mana Kak Elly bahagi kan masa kerja dan family.

Jawapan nyer tak terbahagi. Terlalu letih. Kadang2 bila sampai rumah nak jadi star fish. Tidur sambil terbukak mulut. Best kan kalau dapat buat macam tu...hahaha. Ni bila jemput jer anak dari rumah MIL, soalan pertama yang diorang tanya "Hari ni mama masak apa?" Tertelan2 ailio akak...hahaha

Kalau korang perasan sebelum melangkah dalam bidang bisnes setahun bukan main melancong 2-3 tempat. Ni nak gi PD pun tak dapat. Stress jer budak2 tu.



Ni pun kelemahan jugak bila suruh posing2. Kak Elly memang tak boleh ya. Kata lah cameraman tu suruh mata Kak Elly pandang ke bawah nanti dengan muka2 sekali tunduk....hahahaha. Jangan lah suruh buat muka senyum tak senyum tu  lagi akak konpius...hahaha. Lagi satu jangan suruh Kak Elly buat aksi peluk2 tubuh macam model tu mmg akak peluk tubuh yang tak relax tu. Faham tak, kejung jer tangan...hahaha



Macam ni akak berani. Interview lama2 pun boleh cerita pasal kerjaya dan produk. Dalam perniagaan ni kita kena sayang dan tahu tentang produk kita jual. Tahu mana kekuatan dan kelemahan kita. Prinsip kitaorang dari dulu lagi, berniaga tanpa perlu menjatuhkan produk orang lain. Tak suka jenis nak laku kan produk sendiri tapi kutuk2 produk orang lain. Not good like that. Macam Kak Elly kata kan tadi kita kena tahu kekuatan produk kita. Korang pernah tak tgk Mac compare produk dia dengan Nars. Kalau bersaing pun dari segi marketing. Itu nama jer persaingan yang sihat.

Kita kena tahu siapa pesaing kita. Itu sangat penting supaya apa yang kita lakukan tak sama. Eh...jangan bagi Kak Elly cakap pasal marketing nanti berjela2. Malas akak nak type...hahaha



Gulung2 rambut akak haritu. Terima jer apa diorang nak buat. Glamer ni sekejap jer. Paling penting kerja kuat. Nanti sambung lagi yek....





Monday, October 17, 2016

Mak dan Abah dah nampak tua


Dah hampir 4 minggu bawak mak ngan abah gi treatment pinggang ngan lutut. Nampak sangat mak dan abah semakin tua. Tak kuat macam dulu lagi. Jalan pun tak selaju dulu. So sad lah...huhuhu. Tapi suka tengok abah ngan mak selalu jer berdua. Sakit pun sama2. Masing2 sibuk bertanya sakit masing2. Ingatkan dah makan ubat ker belum. Hope aku ngan En Win blh sama2 macam tu bila dah tua nanti.

Abah dulu kerja kilang cat. Angkat tong2 cat tu bukan ringan. Bawak naik atas lori. Sakit tu terasa bila dah berusia. Dengan gaji yang tak seberapa tu lah dia besarkan kitaorang 6 beradik.

Mak pulak basuh baju berbesen2. Abah tak mampu beli washing machine pun waktu tu. Sehari 3 besen baju anak2 dia basuh guna tangan. Gosok, mengemas, masak lagi. Kuat betul tenaga mak dulu2. Waktu tulis ni pun menitik air mata aku kenangkan betapa susahnya kitaorang dulu.

En Win selalu eksyen kalau aku tak pernah makan itu ini. Bang ooi, kecik2 i susah ya. Nak beli sebuku roti pun tak mampu. Kalau bai roti tu datang orang beli macam2, kitaorang adik beradik mintak bai roti tu bagi kulit roti yang hitam tu untuk cicah ngan kopi. Bila cerita En Win gelak2 kan aku...nyampah.





Selagi ada rezeki, insyaallah Kak Elly akan pastikan bawak diorang untuk treatment setiap minggu sampai boleh kurangkan kesakitan yang diorang tanggung. Akak busy tak boleh selalu datang melawat. Weekend jer masa untuk bersama dengan diorang. 

Bawak gi bekam, acupuncture, urut tengok mana yang sesuai. Abah tak berani gi Hospital. Marilah kita cari ubatan tradisional. Dah bawak abah gi x ray mmg doktor cakap tulang belakang abah ada terlari sikit. Untuk baik macam dulu kala mmg agak susah. Sekarang dah effect kat kaki. Terasa kebas dan abah ada kesukaran sikit bila berjalan. Jadi apa yang doktor boleh bantu dengan kurangkan kesakitan dan exercise supaya tak terasa kebas. 


Mak pulak sakit lutut. Nak duduk bangun pun susah. Sembahyang pun dah duduk jer sekarang. Bawak jugak mak gi treatment untuk kurangkan kesakitan.

Dari dulu abah tak pernah mintak anak2 dia bawak gi klinik. Kalau sakit pun abah masih boleh bertahan. Tapi kali ni mmg dah tak boleh tahan agaknya. Tu yang bawak gi berubat dia ikut jer.



Ahad lepas bawak abah ngan mak gi buat urutan china. Betulkan urat2 yang sakit dan buang segala angin kat badan. Nampak perubahan ketara. Dari mula2 bawak dulu. Macam Kak Elly cakap tadi asal dapat kurangkan sakit pun takpe. Kesian kalau tak tiap2 malam sapu minyak angin jer.



Semalam ramai2 gi betulkan tulang2 yang sakit kat badan. Bagi prap2 sikit satu badan. Berbunyi2 tulang leher, belakang dan kaki. Baru rasa ringan sikit seluruh badan. Kalau nak info tempat yang Kak Elly pergi leh tgk kat ig @ellyirfan. Kak Elly ada share location.

Harapan Kak Elly semoga mak dan abah pulih dan kuat macam dulu. Ameeennnn





Wednesday, October 12, 2016

Suami oh suami


Walaupun Kak Elly dah kawin 14 tahun dan sepatutnya Kak Elly dah masak dengan perangai En Win. Tapi hakikatnya walaupun dah masak tapi Kak Elly still masih tak faham. korang faham apa yang Kak Elly cuba sampaikan...hahaha

Eh...bila baca balik Kak Elly pun tak faham apa yang Kak Elly tulis..hahaha. Ok, macam ni cerita dia....

Dua hari lepas Kak Elly kemas bilik Ameera angkat barang berat lepas tu boleh dengan bunyi pinggang meletup. Giler sakit sampai rasa nak nangis. Tak boleh tunduk dan kaki sebelah kiri tak boleh pijak lantai. Terus En Win bawak gi urut. Lega lah sikit tapi still sakit bila duduk, baring dan tunduk.

Keesokan harinya Kak Elly gi satu terapi ni kat Wangsa Maju, Kak Elly gi sendiri mintak dia betulkan tulang yang meletup tu. Dah settled terapi rasa lega sikit. Tapi waktu malam still rasa sakit

Aku: Pa..pinggang I ni still sakit lah

En Win: Gi lah klinik, takut retak ker apa?

Esok pagi, sakit giler nak bangun, tapi still jalan pelan2 hantar anak kat sekolah

En Win: Ma, u ok tak? nak gi klinik

Aku: Takpe i boleh gi sendiri

En Win: Ok lah, i pergi kerja dulu

Korang faham tak apa yang Kak Elly rasakan. Dia nampak Kak Elly jalan perlahan giler. Dalam masa yang sama mengadu sakit. Cuba lah ambik berat, urut2 pinggang lepas tu ajak gi clinic sama2. Ini bila cakap blh gi sendiri terus dia cakap ok. Sedih lah I....

Terus whatsapp En Win, cakap dia tak sayang lah, tak ambik beratlah. Sampai mata bengkak nangis. Siap ayat last tu tulis  "lepas baca jangan call I" hahahahah emo sangat perangai ni

Tapi kenal sangat laki aku yang degil tu tetap telefon berkali2. Tengok2 dia dah ada depan Klinik tunggu Kak Elly.

En Win: Kenapa nak emo, kalau nak I hantar cakap lah terus terang. Ingat u ok lah tu yang I gi kerja. Lain kali jangan ingat i boleh faham bahasa kiasan. I tak faham ya. Kalau nak i bawak cakap terus terang. U tahu kan perangai i dari dulu macam ni. Nak kias2 tu kenapa?

Terus aku tersedar. Betul lah laki aku ni tak faham bahasa kiasan...hahahaha. Dah 18 tahun aku selalu hint nak surprise birthday sampai kesudah dia tak buat. Tu sebab kalau hadiah birthday aku mintak jer. Hint 18 kali dia tak akan faham ya.

Aku rasa bukan En Win jer tak faham bahasa kiasan ni. Semua lelaki kot. Kalau nak cakap jer terus terang. Jangan nak mengada2 cakap tak nak tapi sebenarnya nak....hahahahah




  


Monday, October 10, 2016

CANTIKNYERRRRRRR


Matilah orang kata syok produk sendiri...hahaha. Tapi memang cantik sangat colour Lipstick Fame Limited ni. Kitaorang memang cari colour lain dari yang lain untuk dijadikan Limited Edition.

Kak Elly tahu ramai yang tak berani pakai colour2 brown macam ni. Ada yang kata muka nampak garang macam nak telan boss...hahaha. Sedikit tips untuk siapa yang pakai colour ni.  

Korang kena make up, especially bahagian mata baru akan nampak colour bibir tu menonjol. Baru nampak vogue nanti muka tu. Barulah meletop pom3...hahaha. Serious kalau tak caya korang tengok gambar2 kat bawah ni. Mesti korang cepat2 ambik lipstick dan pakai.

Colour Fame Limited Edition ni kena ada dalam simpanan. Kalau nak nampak kelainan korang boleh pakai. Terus wajah berubah nanti. Selalu pakai warna2 pink jer, sekali sekala pakai brown terus nampak vogue...gitu



Topaz

Makesure korang simpan kotak limited tu. Senang nak bawak 2 colour sekali. Cantik kan mua ni pakai. Macam mana korang boleh kata nampak garang. Akak tgk sweet jer...haha



Kulit gelap pun sesuai jer pakai. Ni pun colour Topaz. Depend on bibir jugak. Ada yang pakai nampak gelap dan ada yang pakai nampak light brown jer.



Ni colour Glam


Glam

Pakai dengan lens warna grey terus macam omputih korang nanti...hahah



Topaz


Glam


Glam


Semua pakai Glam

Cantikan kan nampak lain dari colour lipstick yang biasa kita pakai. Nampak wanita yang garang tetapi seksi...eh hahaha 




Geng Topaz

Suka muka ala2 sombong macam ni. Nampak ada kelainan diwajah. Sekali sekali kena nampak garang vogue..hahaha. Siapa kata wanita bertudung tak sesuai. Cuba tgk gambar kat atas ni cantik kan.



Korang tak perlu pening2 nak pilih mana satu colour idaman hati. Fame Autumn Collection dalam satu box terus ada 2 colours. Topaz dan Glam. Colour ni hanya akan keluar sekali sahaja. Kalau habis kita tak akan keluarkan lagi. 

Harga
RM70.00 (sekotak)
Postage RM6.00 (SM) / RM10.00 (SS)

Boleh dapatkan dari Stokis dan Agent Fame yang berdekatan

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 013-3760466

Follow:
Instagram: @fame_cosmetics
Facebook: Fame Cosmetics HQ



Happy Birthday Ameera


Happy Birthday Sayang!! 

Walaupun selalu tak nak dengar cakap mama, degil, notty tapi tetap buah hati dan kesayangan mama. Kak Elly bukan seorang ibu yang lemah lembut dan tak pandai pun tunjuk kasih sayang dekat anak2 sebab Kak Elly jenis yang tegas sikit. Tapi sekali sekala nanti Kak Elly akan datang dan peluk budak berdua ni ketat2. Selalu akan panggil diorang gelaran yang manja. 

Kak Elly ni anak dah besar pun tetap anggap diorang macam budak kecik. Tetap sediakan baju untuk diorang pakai dan cium ubun2 kepala selepas mandi. Tapi teruk lagi En Win sampai sekarang suap anak makan. I jeling jer dari tepi...hahahaha

Kak Elly bukan jenis cakap lemah lembut dengan anak2. Tapi Kak Elly hati tisu kalau bercakap tentang anak2 mesti sayu jer hati. Anak dah lah 2 orang jer, diorang lah tempat bermanja dan teman bergaduh.



Huaaaa comelnyer anak mama. Adik ni kelahiran dia pembawa rezeki. Mula2 mengandung hidup Kak Elly dengan En Win susah sangat. Business butik pengantin Kak Ellly tutup sewaktu usia kandungan 3 bulan. Sampai lah 9 bulan Kak Elly tak ada pekerjaan. Comot jer duduk rumah. Gaji En Win cukup untuk setengah bulan jer. Semua benda dia tanggung sorang. Teringin nak makan roti canai pun terpaksa kira duit syiling dalam poket. Ingat lagi waktu tu roti canai 50 sen. Cukup2 beli sekeping jer. Memang sepanjang mengandung berendam air mata. Waktu bersalin pun guna duit mak En Win...so sad.


Adik lahir jer, alhamdullilah En Win naik pangkat. Dalam pantang hari yang ke 30 hari Kak Elly keluar cari kerja dan alhamdullilah diterima jadi Secretary kepada Tan Sri. Hari demi hari keadaan kami semakin selesa.

Setiap anak ada rezeki masing2. Yaya menceriakan hidup kami sekeluarga. Syukur Ya Allah....




Memang wajib setiap kali birthday kitaorang akan celebrate walaupun dengan hanya sepotong cake. Ini lah masa bersama2 dengan keluarga. Tepat pukul 12 malam mesti nyanyi lagu birthday dengan bersungguh2. Lepas tu baru tidur..hahaha



Adik ni terlalu sukakan kuda. Terlalu ya sampai aku pening. Apa yang best sangat kuda ni sampai suka sangat...hahaha. Jadi nak gembirakan adik buat lah Cake Horse utk dia.

Menjerit dia nampak cake ni. Terus suh simpan dia kata sayang nak potong..hahaha. 



Bawa cake tu untuk adik celebrate ngan kawan gym

 

Gembira sangat ni dapat cake Horse. Asyik peluk mama jer lepas tu jerit2 gembira...haha



Sayang nak potong sebab mmg cantik sangat Cake Horse ni. Rasa nak simpan jer. Budak2 semua excited bila nampak cake ni.

Adik ni ada dia agak tegas sikit. Dia tahu apa yang dia nak dalam hidup. Kalau tak suka dia akan cakap terus terang. Dia tahu apa yang dia perlu buat. Paksa lah macam mana pun kalau dia tak nak dia tak akan buat. Tu sebab Kak Elly malas nak gaduh sebab dia jenis yang degil. Tapi lembut hati, mengamuk sekejap jer nanti dia akan datang nak pujuk balik.




Happy Birthday Sayang. Semoga menjadi anak yang soleha dan diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. Aminnn.

Friday, October 7, 2016

Seronoknya dapat main permainan tradisional



Rasa gembira sangat bila Kak Elly dan keluarga berpeluang pergi ke 'OLDTOWN Timeless Picnic'' di Taman Tasik Shah Alam. Macam Kak Elly war2 kan di instagram ada macam2 permainan tradisional korang boleh main nak cuba hari tu. Alhamdullilah sambutan sangat meriah. Ramai yang datang bersama keluarga dan rakan2.



Ni gambar yang mula2 Kak Elly ambik waktu sampai kat event ni. Cute kan van OLDTOWN White Coffee ni. 



Kak Elly sampai dalm pukul 1.30 petang. Walaupun cuaca agak panas tapi orang ramai tak berganjak pun. Semakin lama semakin ramai yang datang bersama anak2 dan keluarga. Setiap khemah ada satu permainan disediakan.

Sampai jer kat tempat permainan tu korang akan diberikan satu card setiap sorang untuk collect point. Kalau korang berjaya main game yang disediakan nanti card tu akan di cop bintang. Kalau banyak bintang yang di collect lagi  besar hadiah korang nanti. 



First game yang anak2 dan suami main, dam ular. Kelakar ya sebab dadu tu besar giler. Adik dah hampir menang tersalah baling dadu turun balik kebawah...hahaha



Nampak teddy bear besar tu dah ada orang menang. Huaaaa terlepas peluang. Game ni senang jer korang kena baling bola sampai melekat kat point merah tu.


Setiap khemah memang ramai beratur. Seronok tengok anak2 bersaing dengan ibu bapa. Jerit2 bagi sokongan.




Huaaaa cutenya. Lari dalam guni. Rasanya kali terakhir Kak Elly main game ni waktu sekolah rendah. Mengimbas kenangan betul. Susah nak jumpa permainan macam ni lagi. Syabas OLDTOWN White Coffee menyediakan permainan2 tradisional macam ni.



Harus akak tunjuk skill main batu seremban. Tutup mata pun boleh sambut...hahaha. 


Anak2 berpeluang main congkak. Bersaing antara kakak dan adik. Seronok dan bangga sangat bila anak2 tahu permainan tradisional ni. Hope permainan macam ni akan sentiasa diingati dan diteruskan dari masa kesemasa. 


Amboi En Win pun nak tunjuk skill main sepak bulu ayam


Lompat dik lompat sampai 32 kali. 



Eh....macam bapak yang teruja lebih dari anak2. Semua game jer dia main...hahahah



Eh...dia lagi. Tapi serious kalau korang datang sini memang teruja nak main semua benda. Macam Fun Fair pun ada gaks. Cuma kat sini korang tak peru bayar. Main lah sepuas hati. Ruginyer siapa tak datang...hahaha



Anak Kak Elly sampai tak nak balik. Semua permainan diorang main. Dah lama tak rasa seronok macam ni. Setiap hari busy dengan tugas masing2. Bila dapat main games sama2 seronok sangat rasanya.


Hot FM pun ada hari tu. Meriah sangat dengar celoteh DJ Hot FM haritu.


Kitaorang berjaya menang hadiah...yehaaaa




OLDTOWN White Coffee bila minum boleh tenangkan perasaan Kak Elly bila seharian penat bekerja. Rasanya sangat unik, berkrim dan lembut jer bila minum. Kak Elly memang pengemar coffee no 1. Tak dapat sehari rasa OLDTOWN White Coffee ni rasa tak lengkap hidup.

Bila dapat minum OLDTOWN White Coffee ni hilang segala stress, rasa tenang jer. Kepala yang berserabut pun boleh hilang secara tiba2. Makesure bila korang minum coffee korang kena enjoy dan menikmati kenikmatan coffee tersebut 'Timeless Great Taste'

More info mengenai OLDTOWN White Coffee korang blh click website ni https://www.facebook.com/OldTownWhiteCoffeeMalaysia/







Wednesday, October 5, 2016

CARA MUDAH MELEGAKAN KESAKITAN


AMMELTZ YOKO YOKO HEAT PATCH FOR NECK & SHOULDER PAIN


Kerja Kak Elly memang sentiasa mengadap Computer dan Handphone. Rasanya bukan Kak Elly seorang jer kena hadap dua benda ni setiap hari. Rasanya 80% kerja diluar sana pun kena mengadap benda yang sama. Rasanya apa yang Kak Elly lalui semua pun rasai iaitu sakit leher dan bahu. Kadang-kadang sebelah tangan menaip dan sebelah tangan lagi urut leher. Rasa tegang di bahu dan leher boleh buat Kak Elly jadi stress. Boleh jadi moody seharian. Kadang2 sebulan 2 kali Kak Elly terpaksa massage leher dan bahu untuk melegakan kesakitan.

Minyak angin memang sentiasa ada atas meja tapi Kak Elly kurang suka sebab berminyak dan berbau. Tapi sekarang Kak Elly dah jumpa cara menyelesaikan masalah sakit leher dan bahu. Sangat mudah digunakan dan sangat-sangat berkesan. 




Ia dapat melegakan kesakitan. Sangat mudah digunakan. Koyak dan tampal sahaja ditempat yang sakit. Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch For Neck & Shoulder Pain memang sentiasa ada dalam bag Kak Elly. Rasa jer sakit terus tampal. Terasa panas kat tempat yang tampal tu. Jangan bimbang kepanasan Yoko Heat Patch ni selamat digunakan. Temperature kepanasan Yoko Heat Patch ni 40 C dan bertahan selama 8 jam. 

Serious korang akan rasa lega bila tampal Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch di leher ataupun bahu. Membantu melancarkan perjalanan darah, melegakan kesakitan pada bahu dan leher. Paling best tidak berbau pun. Tak perlu risau untuk letak dimana-mana. Letak lah berapa lama pun akan sentiasa jer panas.



Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch For Neck & Shoulder Pain sangat senang digunakan, berkesan dan selamat digunakan.




Tengah sibuk2 kejar dateline terus rasa leher macam tegang jer. Dah tak perlu gi massage lagi. Tampal jer Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch for neck dan shoulder ia dapat membantu melancarkan perjalanan darah, melegakan kesakitan pada bahu dan leher. Ia juga dapat melegakan dari keletihan. Berangin jer selama 8 jam. Senang nak pakai sebab sizeYoko Yoko Heat Patch tak lah besar sangat berbentuk 4 segi, saiz 13 cm x 9.5 cm jer. 


More information korang blh clik website ini http://kobayashi-my.com/

Product ni pun Kak Elly nak bagi give away untuk korang cuba dan rasakan kelegaan setelah menggunakan Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch for neck and shoulder. Tapi kena jawab dulu soalan kat bawah ni diruang komen dan sertakan email anda.

1. Berapa temperature Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch for neck and shoulder dan berapa lama ia bertahan setelah ditampal?

2.  Bagaimana Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch for neck and shoulder membantu melegakan sakit anda?

3. Share dengan kami, kenapa anda mahukan Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch For Neck & Shoulder Pain?


*********************************************************************************

AMMELTZ YOKO YOKO HEAT PATCH MENSTRUAL PAIN

Masalah senggugut atau period pain ni tak pernah hilang sejak Kak Elly remaja lagi. Perut sentiasa cramp bila hari pertama dan kedua period. Selalunya Kak Elly akan biarkan jer. Tak berani sentiasa ambik ubat tahan sakit. Selalunya Kak Elly akan sapu jer minyak angin kat bahagian yang cramp tu.


Tapi sekarang dah jumpa cara yang paling mudah untuk melegakan kesakitan. Tampal jer tempat yang sakit tu Kak Elly akan merasa lega.

Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch Menstrual Pain  mengurangkan kesakitan Senggugut (period pain) dengan terapi hangat tanpa perlu rawatan. Tampal jer bahagian yang sakit dan boleh digunakan bila2 masa sahaja dan dimana-mana. Temperature kepanasan Yoko Heat Patch ni 40 C dan bertahan selama 8 jam. 

Saiz kecik jer dalam 14cm (H) x 7cm (W) sangat senang dibawa kemana2. Jangan risau Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch Menstrual Pain senang dibawa, berkesan, selamat tanpa perlu rawatan. Paling best ia tidak berbau dan  dan boleh di simpan di dalam beg tanpa meninggal sebarang bau. 

Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch Menstrual Pain dapat membantu melancarkan perjalanan darah, melegakan kesakitan senggugut yang korang hadapi. Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch Menstrual Pain ni murah jer  RM11.50. Dalam sekotak ada 2 Yoko Yoko Heat Patch ni. Boleh didapati kat mana2 Pharmacy, Watson, Gusrdian dan Caring.

Ingredients yang terdapat dalam Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch Menstrual Pain seperti Iron Powder, Water, Activated Carbon, Vermiculite, Salt, Super absorbent polymer.

Kak Elly nak bagi product give away untuk korang cuba dan rasakan kelegaan setelah menggunakan Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch Menstrual Pain. Tapi kena jawab dulu soalan kat bawah ni diruang komen dan sertakan email anda.

1. Berapa temperature Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch Menstrual Pain dan berapa lama ia bertahan setelah ditampal?

2.  Bagaimana Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch Menstrual Pain  membantu melegakan sakit anda?

3. Share dengan kami, kenapa anda mahukan Ammeltz Yoko Yoko Heat Patch Menstrual Pain?


Selamat mencuba!! :)