Nuffnang Advertisement

Wednesday, August 31, 2016

Lavender & Aromatherapy


Kak Elly mmg ada satu penyakit yang tak blh masuk kedai wangian lepas tu kalau nampak perkataan Lavender atau Aromatherapy blh jadi giler sekejap. Kalau tak beli akan rasa bersalah teramat sgt. Memang giler lah penyakit ni. Serious tak tipu tak tahu lah apa nama penyakit ni. Walaupun wangian tu ada banyak kat rumah tapi still nak beli jugak.

Sabun mandian, wangian bilik, wangian toilet, lotion, perfume, hand wash kalau blh semua ada kena mengena dgn lavender. 

Knp Lavender??? Sebab kalau bau wangian lavender ni rasa tenang jer. Stress blh hilang secara tiba2. Bila ada perasaan marah bau jer wangian Lavender blh jadi tenang jer...huaaaa kegilaan apa kah ini. 


Tadi gi Body & Wash kat curve nampak ada shampoo dan conditioner aromatherapy. Dah lama cari wangian rambut mcm ni. Baru lah rasa lengkap hidup...hahaha. Dulu waktu gi Marriott Hotel diorg mmg guna shampoo ni. Dah lama cari....hehehe dah jumpa akhirnya.

Dah cuba pun tadi, siapa yang suka bauan aromatherapy korang kena beli. Wangi jer rambut. Best sangat bau rambut akak. Lain dari yang lain. Terus hati bebunga2. Harga RM84 utk shampoo dan conditioner. 


Uncang Lavender ni kesayangan sangat. Sambil buat kerja kat toilet sambil cium uncang ni...hahaha



Ni produk terbaru dari Young Living. Suka3 sbb blh tidur dgn tenang. Letak jat tepi katil. Blh tidur sambil tersenyum.


Mmg rekemen sangat korang beli produk ni especially siapa yg ada baby yg selalu kena selsema dan batuk. Korang blh buka ig dan cari hastag #youngliving blh baca kebaikan essential oil ni.

Lately ni Kak Elly susah sikit nak tidur sbb badan terlalu letih. Jadi titik kan Essential Oil Stress Away tak sampai berapa minit tidur dgn aman. Bangun pagi rasa fresh jer badan.


Kadang2 Kak Elly akan pasang candle Lavender jugak. Saja suka2 poyo...haha. En Win jeling jer kalau akak pasang. Eh! biar lah i kan suka romantik. Kahkahakah 


Ini pun paberet hand lotion lavender. Wajib pakai sebelum ker office. Nanti sambil drive sambil bau tangan sendiri. Sebelum tidur pun Kak Elly akan spray wangian lavender dari L'occitane. Dah habis pulak kau tak blh tunjuk. 

Now Yaya pulak dah start guna wangian mcm ni. Adik kurang suka. Harap kegilaan ni jgn lah melampau. Tak sanggup nak masuk kedai yg jual wangian lavender ni. Blh habis duit nanti...haha




Tuesday, August 30, 2016

Flashmob dan Gym for Life


Morning....lama tak bersiaran. Sengaja jer Kak Elly biarkan entry Dato Red tu lelama biar korang baca 18 kali...hahaha

Weekend hari tu mmg sibuk giler. Dari pagi sampai petang. Kena support sekecik ni. Sabtu hantar kat Main Place di USJ. Adik buat 2 persembahan. Ameera ni kalau tak dapat gi gym boleh bergaduh ya dengan Kak Elly. Dia sanggup set alarm untuk bangun. Kalau gi sekolah bukan main liat lagi nak bangun. Adik dia terlalu suka. Aku pun pelik apa yang seronok sangat lipat2 badan ni...hahaha



Pukul 9am pagi semua dah bersedia untuk di make up. Fame sponsor Matte Lip Cream hari tu.


Bagus lah sebenarnya bila budak2 ada aktiviti macam ni. Weekend selalunya ada class 3-4 jam. Tak perlu risau sebab kita tahu kat mana anak2 kita berada. Macam Yaya Kak Elly jadi risau sebab 24 jam dalam bilik. Kak Elly yang bosan tengok dia sebab tak ada aktiviti. Dah puas masuk kan dia kelas itu ini. Semua benda dia tak minat.

Tapi adik ni terlampau suka lah pulak sampai hidup dia 24 jam berlatih dan tgk youtube mengenai Gymnastic. Tak pernah bosan ya. Takut dia leka Kak Elly pastikan setiap hari dia ada Home Tuisyen kecuali Sabtu dan Ahad. Biar seimbang sikit dengan pelajaran.


Holloh3 comei berlatih tengah2 shopping mall takut terlupa step waktu persembahan nanti.  Bagi Kak Elly aktiviti2 macam ni bagi utk kita exposure anak2. Keyakinan diri dan satu pengalaman baru utk mereka.

Kak Elly ni bukan ibu yang rajin sebenarnya. Tapi bila tgk parents lain bersemangat sokong anak2 jadi Kak Elly terikut sama..haha. Akak malas ya. Weekend kalau boleh nak terdampar jer atas katil. Tapi sebab nak sokong anak2 terpaksa gagah kan diri. Bukan main parents lain sediakan breakfast bagai. Akak bawak makan mamak jer. Terus rasa macam mak yang tak berguna. Tapi atleast Kak Elly dapat belajar dari permerhatian. Kak Elly juga bukan mak2 yang pandai ikat2 rambut atau tocang2 supaya anak kelihatan kemas. Lantak lah korang nak buat rambut macam mana pun.

Tapi kalau korang join aktiviti ni, rambut anak kena sentiasa kemas. Makanan kena jaga. Latihan kena datang on time. Especially kalau ada competition seminit pun korang tak boleh lambat ya. Diorang akan mula kan mengikut masa yang ditetapkan. 



Comel jer tgk budak2 ni. Ada yang muka takut jer nak jalan depan orang ramai tak bila pandang cikgu terus buat. Lepas tu ulang2 aksi yang sama dekat 10 kali sampai cikgu terpaksa tarik keluar...hahah



Persembahan Solo


Group performance.

Bukan senang nak melatih budak2 ni. Kena banyak kesabaran. Tapi yang paling bagus Kak Elly rasa aktiviti macam ni dapat bantu displin kan budak2.



Terus akak bangga tgk budak2 ni. Almost everyday berlatih 3-4 jam. Ligat anak Mama menari macam Mama waktu remaja dulu..ahaks



Kak Elly mmg tahu akan ada persembahan Flashmob ni tapi tak sangka ramai yang join. Dari budak2 kecik sampai remaja menari. Bestnyer....selalu tgk kat youtube jer Flashmob ni sekarang Adik pun dah join tarian ni. 



Serious fun giler tgk diorang menari. Semua enjoy tgk budak2 ni.



Ini lah cikgu2 yang bekerja keras untuk pastikan anak2 membuat persembahan terbaik.

Next


Sunday...hari ni competiton pulak kat Bukit Jalil. Club from Destar mengekalkan tarian yang sama. Ini pertama kali budak2 ni join competition Gym For Life. Last miute ada 3 orang budak terpaksa tarik diri sebab tak sihat. Kelam kabut cikgu cuba tukar beberapa step tarian.



Sampai jer kat Bukit Jalil ni terperanjat giler. Semua dah siap sedia dengan costume cantik dan meletup. Tarian lagi lah meletup semua yang badan melentik2 dan kepala boleh berpusing2...hahaha.

Boleh bayangka budak2 dari Destar pun terperanjat sama. Diorang dah lah biasa2 jer costume.


Ada 21 club join hari tu. Ada yang pakai Red Indian lah, Burung Merak Lah, Michael Jackson lah. Tanjat akak kat tepi sudut.



Bagus sangat competition ni bagi budak2 lihat dan belajar menjadi lebih baik.



Walaupun ada pertukaran step last minute tapi diorang dapat buat dengan baik. Penuh dengan senyuman dan paling penting diorang enjoy dengan performance yang dibuat.



Congratulations....next year kita kasi meletup ya. 


Tuesday, August 23, 2016

DATO RED PENCINTA WANITA


Tajuk macam lagu pulak..."aku mmg pencinta wanita" lagu ni khas untuk Dato Red yang sangat2 mencintai wanita sampai 2 bini pun tak cukup...eh! Ada rasa emo disitu. Giler punya jantan tak pandai jaga hati bini. Sengaja buat tajuk2 panas supaya orang boleh viralkan...giler. Nak glamer pun agak2 lah. Padahal dulu jual kangkung jer kat pasar PJ. Sekarang dah kaya bukan main lelaki hot katanyer...nasib lah 

Terus semalam aku emo dengan En Win. Aku pandang dia kecik besar jer sambil makan nasi lemak...hahaha. Saiko bini macam ni. Betul lah kata orang dugaan lelaki akan datang waktu dia tengah senang dan banyak duit. Jadi jangan bagi laki korang pegang duit banyak2...hahaha

Pelik lah dua2 bini muda dan lawa lagi kot still nak cukupkan sampai jadi empat. Eh..kau dah kenapa Dato Red. Bangga sangat bini ramai. Ni yang akak risau ada anak perempuan ni. Dapat lelaki macam ni musnah hidup anak aku. Dah lah nak besarkan bukan senang. Aku perati jer status dia hari2. Bukan main puji diri melambung. Lawak pun ada gaks. Saiko jantan ni. Ingat mula2 dia masuk TV bukan main cakap "biarlah isteri saya sorang jer glamer" rupanya dalam hati dia memberontak nak fames jugak...hahaha

Mungkin strategi perniagaan dia macam tu kot. Bagi semua orang viral kan status dia. Jadi sebut Dato Red semua orang kenal. Dari situ nanti dia akan start marketing perniagaan. Tahu sangat peniaga macam ni. Rakyat Malaysia senang dipujuk....hahaha 

Dah tu jangan fikir pasal Dato Red yang menyakitkan hati tu. Baik korang tgk colour lipstick Fame. Sejuk hati nanti...hahaha. Dah lah murah RM29.00 bibir pun meletup. Suami pun sayang #pitam #jgnmarah



Code: Violet



Code: Party



Code: Candy


Code: Gossip


Code: Fuschia


Code: Desire


Code: Nude

Apa tunggu lagi...nak gaji ni. Hahahaha




ELLFIE PROMO MERDEKA DAPATKAN BAG PERCUMA!!


Siapa nak bag percuma angkat tangan. Kalau blh jerit sekali depan computer. Saya nak Kak Elly...saya nak...saya nak..hahaha. Ada berita baik. Sempena nak menyambut Merdeka ni dan Hari Malaysia ni Ellfie nak bagi bag secara percuma kepada semua pembeli2 Ellfie.




Beli 2 set Ellfie Essence atau Set Gold Serum dan PERCUMA SHOPPING BEG ELLFIE yang bernilai RM45.00

TETAPI

Korang juga boleh membeli Shopping Bag Ellfie ini dengan harga RM45.00 + RM8.00 postage



Stock sangat2 limited. Maknanya kalau dah habis kita dah tak akan jual lagi. Bag ni khas untuk Ellfie Promo Merdeka. Bermula dari 22 Ogos - 16 Sept 2016



Sesuai utk dibawa kemana sahaja. Especially ibu2 yang ada anak blh sumbat jer semua benda dalam beg ni. Shopping bag yang berkualiti tinggi, tebal dan yang paling best kalis air. Kalau kotor boleh lap jer. Tidak mudah terkoyak. Korang boleh pilih nak colour hitam atau hijau. Tapi beli jer lah 2 colour terus sebab dua2 cantik...hahaha



Hari tu gi Sunway Lagoon senang sangat isi macam2 barang kat bag ni. Mak Kak Elly pun suka dia kata senang bawak gi mengaji isi telekung.  


Harga Set Ellfie Essence
RM120.00 (SM)
RM130.00 (SS)

Harga Set Ellfie Gold Serum
RM130.00 (SM)
RM140.00 (SS)

*Free Postage seluruh Malaysia*

Beli 2 set dan dapatkan Bag Ellfie secara percuma


ATAU

Beli Ellfie Bag sahaja bernilai RM45.00 dan postage RM8.00 

Untuk order
Whatsapp 013-2755197







Monday, August 22, 2016

Keluarga


Kalau waktu remaja dulu dalam umur belasan atau 20an macam tu bila suh pilih antara kawan dan keluarga, mmg confirmed jawapan Kak Elly akan pilih kawan. Waktu tu lah kawan memahami segala2nya. Abah ngan Mak tak akan faham jiwa remaja. Hanya kawan jer lah menjadi pendengar yang baik. Sanggup tinggalkan segalanya demi kawan tercinta. Apa terjadi pun keluarga tetap bersalah, kawan jer betul waktu tu...hahaha



Sekarang bila dah berkawin, kawan ni nak jatuh no bawah sekali. Bukan dah menjadi keutamaan. Kalau ada masa boleh lah jumpa dan luangkan masa bersama. Tak macam dulu walaupun apa terjadi kawan kena diutamakan...itu dulu ya...haha

Kak Elly masih contact kawan sekolah rendah, menengah, kawan college dan kawan kerja. Masing2 sekarang ni busy dengan keluarga dan pekerjaan. Dapat keluar setahun sekali pun dah bersyukur. Kami tetap macam dulu cuma memasing masa luangkan bersama kawan2 tu dah tak ada.

Nak mengadap phone whatsapp tiap2 hari pun jarang berlaku. Tapi sesekali jumpa itu yang meriah sangat jadinya. Kawan berniaga Filla dan Peej pun aku jarang dapat keluar bersama. Memasing sibuk dengan tugas harian. Buat masa ni diaorang paling rapat dengan Kak Elly tapi kitaorang bukan jenis rapat yang 24jam berkepit. Pepandai lah memasing dah ada keluarga.

Cepat betul masa berlalu. Banyak betul perubahan kat diri ni. Kalau dulu waktu remaja tiap2 malam gi disco menari now semua tu kenangan. Now lebih suka menari dan bersilat kat dapur jer.




Kak Elly dan En Win kitaorang mmg suka bercerita. Suka share benda yang berlaku setiap hari. Semua benda En Win akan tahu. Susah betul nak sorok cerita. Mulut ni laju jer share nanti. Begitu juga dengan En Win, rutin waktu pagi sampai balik kerja dia akan cerita.

Jadi kesimpulanya Kak Elly lebih selesa bersantai bersama keluarga dari kawan2. Tapi tak lah sampai tak keluar langsung cuma ia sangat jarang berlaku. Tak sekerap dulu. 





Bukan cakap kawan tu tak penting, kalau tanpa kawan pun berniaga aku tak akan sejauh ni. Cuma masa dulu dan sekarang tu dah jauh sangat berbeza. Tipu lah kalau cakap tak rindu masa lalu, masa bergelak terguling2 dengan kawan2. Tapi itu semua dah berlalu. Nak taknak kena tempuhi sebab anak2 semakin membesar. Weekend jer masa untuk bersama dengan keluarga. Kalau dapat curi 1-2 jam kopi2 bersama kawan2 pun itu dah mengembirakan.

Nak dapat kawan baru sekarang ni pun dah payah. Bukan tak suka kawan baru tapi masa nak berkawan tu tak ada. Teruk sangat ni...hahaha. Dah bertahun rasanya tak bercuti dengan kawan2...insyaallah coming soon.


Friday, August 19, 2016

Pelancaran Scott's® DHA Gummies untuk Peneroka Kecik Bijak


Sebut jer Scott's® terus Kak Elly teringat zaman kanak2 dulu. Mak paksa kitaorg adik beradik makan satu sudu Scott's® Emulsion setiap hari. Nampak tak ayat kat atas tu paksa...hehe. Ya, Kak Elly memang takut nak makan sebab rasa hanyir ikan. Rasa hanyir ikan yang sangat kuat sampai melekat rasa tu kat tekak. 

Tapi sekarang Scott's® dah ada bermacam2 perisa buah-buahan. Nak bagi kat anak2 pun dah senang. Kadang2 tak payah suruh. Diorang sendiri ambik sudu terus masukan dalam mulut.



Weekend lepas Kak Elly dan anak2 berpeluang ke Pelancaran Scott's® DHA Gummies untuk 'Peneroka Kecil Bijak' di Aquaria KLCC




Scott's® menawarkan satu lagi penyelesaian untuk menyokong perkembangan otak, kini dalam bentuk gula-gula kenyal perisa oren dan strawberi. Scotts's®DHA Gummies mengekalkan kebaikan minyak ikan tanpa bau dan rasa hanyir ikan. Memang ibu-ibu lepas ni tidak mempunyai masalah memberi anak-anak Scott's selepas ini.

Scott's® DHA Gummies merupakan satu sumber DHA (asid docosahexaenoic), sejenis asid lemak Omega 3 yang penting untuk pembentukan otak dan mata, serta vitamin D untuk pertumbuhan yang sihat. Khusus untuk kanak-kanak berusia empat tahun ke atas



Bertambah senang lah anak-anak nak makan nanti. Tidak melekit dan tidak disaluti gula. Bentuk gummies ni pun menarik ada bentuk ikan, ketam dan sotong. Bukan kanak2 jer suka Kak Elly sendiri pun rasa tak boleh stop makan...hahaha

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Scott's® DHA Gummies dengan Peneroka Kecik Bijak dan aplikasi 'Blippar' boleh klik Facebook Scott's dan Website Scott's

Salam Jumaat


Jangan lah bosan kalau tiap2 hari Kak Elly cerita pasal kerja jer. Dah ini yang kena hadap setiap hari. Mana tau boleh bantu bagi idea kat luar sana yang minat berniaga jadi boleh lah sama2 share pengalaman. Kak Elly suka tgk cara Vivy berkerja. Selalu berangan nak jadi macam dia. Tiap2 hari buka ig nak tgk aktiviti Vivy terus nanti Kak Elly akan jadi semangat...hahaha. Terus rasa i pun busy macam Vivy...hahaha giler2. Berangan berpisah tiada.




Next project insyaallah kitaorang akan keluarkan Limited Edition. Colour mmg meletup dan tidak akan kecewakan pembeli. Nama pun Limited jadi colour akan keluar sekali jer. Kalau habis Fame tak akan ulang lagi colour ni. Jadi siap sedialah untuk membeli sebab keluaran sangat terhad.




Alhamdullilah 80% dah siap tinggal tunggu lipstick jer sampai. Tak sabar nak share colour terbaru nanti. Macam biasa bila colour baru nak keluar kena start buat photoshoot dengan videoshoot.

Kali ni sebelum buat photoshoot kitaorang discuss dulu dengan budak studio apa yang kita mahukan. Belajar dari kesilapan yang dulu. Kat sana baru sibuk nak fikir pose2 semua. Bazir masa jer nanti.



Akak pun memilih lah gambar2 yang harus di pose oleh model2 nanti. Terus terasa diri seperti art director. Memang dah nampak perubahan dulu dengan sekarang. Kalau dulu main belasah jer pose2 semua. Sekarang ni dah tahu apa yang kitaorang perlu lakukan dan perlu kitaorang sediakan.



Kali ni ambik 3 orang model sekali. Senang tukar2 colour dan tak buang masa.

*Nota penting: Kalau nak photoshoot makesure korang ambik yang berpengalaman. Tak buang masa. Senang kerja nanti sebab diorang dah tahu nak buat pose yang kita mintak. Kalau yang tak berpengalaman ni agak kaku depan camera. Makesure jugak make up artist yang dipilih boleh buat model jadi meletup....gitu.




Kali ni kita cari kelainan. Cari model berwajah unik, kulit hitam manis dan bertudung supaya senang korang nak pilih colour nanti untuk dipakai. Lama gaks semalam photoshoot dari 9 pagi sampai 4 petang. 



Keadaan office buat masa ni. Happy sangat dah ada bilik nanti. Staff nak jumpa sila ketuk pintu ya....hahaha.



TAPIIIIIIIIIII.....Ada lagi berita yang mengembirakan. Tunggggguuuuuuuuuuu



Monday, August 15, 2016

Kerja dan anak2


Penat last week travel tak habis lagi, weekend ni kerja lagi. Banyak benda nak discuss. Singgah office kejap tgk renovation. Alhamdullilah...tercapai gaks nak buat office cantik2. Buat tempat packaging proper sikit. Senang staff cari barang atau nak buat packaging untuk courier nanti. 


Kotak, bubble wrap, sampul postage, lipstick semua blh letak kat rak ikut colour. Sedih sgt dulu letak dlm kotak jer. Ada 2 meja besar nanti. Satu tempat buat packaging, satu tempat staff buat kerja. Office kitaorang dlm proses. Insyaallah next week start buat....sukanyerrrr. 



Nanti dinding semua buat wall paper, lampu tukar. Kalau ada duit lebih nanti pantry nak buat cantik2. Cuma meeting room jer tak ada sbb tempat x cukup. Kat depan pun tunggu dulu. Kita buat part by part....hehe



Konsep semua pakai pallet. Idea seperti biasa dari Radie. Alhamdullilah slowly nampak perubahan office ni. Dulu ada 2 meja office jer pun dah cukup buat kitaorang gembira.



Last week busy audit. Menakutkan betul. Dulu waktu kerja tgk jer org acct kelam kabut cari resit. Now baru rasanya stress mcm mana. Dah lah aku ngan Peej suka2 jer beli barang...haha.

Banyak betul kitaorang belajar. Income tax company, socso, kwsp semua kena betul. Nasib budak acct ni banyak bantu. Kalau tak aku ngan peej kira2 tulis kat buku jer...haha

Lepas tgk office renovation terus gi coffee house sambung meeting. Meeting room x ada terpaksa lah meeting kat luar. Tunggguuuu macam2 perancangan sampai bulan 2 nanti. Semua best2....haha

Next week whole week busy. Ada photoshoot utk new colours....mesti korang suka nanti. Colour pom3...pitam puji produk sendiri. Tapi ini tak tipu mmg cantik...haha. 



Semalam dah kerja, Sunday luangkan masa untuk anak2 pulak. Sian sabtu pun tak kemana. Nasib En Win rajin melayan anak2. Breakfast jauh sikit kat Taman Tun.



Huaaaa Yaya dah makin besar. Aku perati jer. Remaja sangat ni. Mesti tak lama lagi ada boipren. Lepas tu curi2 keluar. Dah pandai pakai make up. Eh...cepat sangat membesar ni. Aku dulu form 1 main kejar2 lagi dgn kakak aku.

Ni aku tgk bukan main cool lepak dlm bilik. Gi Kinokuniya pun siap order buku. Aku pun tak tahu rupanya blh order next week ambik...haha. Ketinggalan zaman sgt mama ni. 

Dah order buku gi pulak Sephora beli make up...


Bila masa dia tahu benda2 mcm ni. Patut lah lipstick Fame banyak kat bilik dia. RM165 kecik macam ni jer...huh. Guna duit raya korang ya tak ada mama nak bayar ya mahal2 macam ni.



Sambung balik cerita brekafast. Dotty's ni kalau korang hantu dessert kat sini mmg sedap giler. Kat atas gambar Big Brekfast #mustorder



Smoked Salmon sandwich



Ni paling sedap


Huaaa semua sedap  



Kak Elly macam mana busy pun tetap akan peruntukan masa utk anak2. Kesian diorg asyik kat rumah jer. Memasing sibuk jadi macam mana busy kena ada sehari untuk keluar dgn anak2. Weekdaya mmg x dapat bercakap langsung. Borak pun benda penting jer.

Macam magic budak2 ni...sekali terpandang semua dah macam2 perubahan. Ada jer perubahan kat diri diorang. Tak sabar nak bercuti December nanti. Nak rehat cukup2 dengan budak2 ni.