Nuffnang Advertisement

Thursday, March 31, 2016

Pitam


Bila jadi blogger kena lah tahan kalau org hentam sana sini. Tapi kadang2 blh mendatangkan stress jugak. Pagi2 elok jer hati gembira tetiba dapat komen marah2, tuduh dan emo tak tentu pasal. Eh! dah kenapa pulak ni...haha

Korang ni dah kenapa suka2 hati tuduh melulu dan marah2....suka2 melenting. Padahal blog ni cerita pasal kehidupan harian jer tetiba nak emo2 dah kenapa? 

Kadang2 tu tak tahu hujung pangkal terus kena tuduh itu ini. Masalah nya kau tahu tak org yang kau marah tu betul ker dia buat salah. Pelik manusia ni suka2 hati lepaskan kemarahan dekat org yg korang x kenali...sian blogger tau.

Kang cakap bodoh marah...tapi apa perkataan yang lebih cerdik korang rasa nak bg kat org yg suka2 melenting dan bg komen mcm ni. Nasihat tu blh lah terima lagi ini tetiba melenting dan ngamuk2. Aku yg baca pun blh jadi terkedu. Melenting yang kau sendiri tak tahu hujung pangkal. Pelik sangat tu...suka marah2. 

Tak tulis blog kena hentam, tulis kena hentam, buat kelakar pun kena hentam. Sian I tau...haha. Suka sangat melaga2 org...tak baik. Tak puas hati tanya direct "kak elly betul ker apa yg saya dengar ni" Ini tak terus hentam kaw2...kata reader knp pulak malu nak bertanya. Marah2, tuduh2 lepas tu bg komen kaw2 x pulak rasa malu.

Akak ni pun manusia dik ooi...kita dah dewasa tak perlu maki dan tuduh2 org. Fitnah tu berdosa besar. Dengar dua2 belah pihak...ini dengan sebelah pihak menjongkit mulut tu marah2. Terus amukan kat comment.

Kak Elly blh jer nak hentam kaw2 tapi kita dah dewasa. Sebelum tulis fikir, sebelum luahkan fikir. Kalau blh Kak Elly dah tak nak tgk atau tak nak dekat dgn org2 yg negative ni. Kalau tak suka unfollow jer. Tak dapat apa pun marah2 org yang kita tak rapat ni. Kenal pun sebagai blogger jer.

Buang lah perangai budak2 tu. Doakan sesama kita berjaya dunia akhirat. Kak Elly ni jenis suka atau tak suka pendam kan jer. Tak pernah org yang Kak Elly x suka Kak Elly akan comment dan hentam kaw2. Tak pernah juga guna anonymous sebagai nama ganti diri. Kalau ada rasa benci jauh kan diri dari kita mendekati org yg kita tak berapa suka. Senang kan tak perlu ada comment marah2. 

Dah lama Kak Elly tak tegur atau mengamuk2 kat FB sbb Kak Elly rasa benda tu semua buang masa dan tak mendatangkan faedah. Kita hidup nak kedepan. Bukan hidup jln kebelakang mencari kesalahan org lain. Akak banyak benda nak fikir dik...akak menulis dan berniaga sebab akak minat.  Bagi peluang kat orang sama2 cari rezeki. Kerja akak bukan menulis atau berniaga yang boleh buat orang benci. Tak suka sila buang akak jauh2 dari diri adik ya. Jgn marah2 tau....

Itu jer nak share hari ni sbb akak tak suka kawan dgn org pemarah dan jgn buat akak tetiba marah...

Akhir kata...akak chow dulu ya




Wednesday, March 30, 2016

Penat berfikir


Dah tak tahu nak share apa kat blog ni. Nak cerita pasal bisnes pun rasa takut korang fade up. Tapi itu lah rutin yang Kak Elly kena hadap setia hari. Kalau pekerjaan dulu asyik fikir lunch nak makan mana? tapi now asyik fikir nak buat marketing macam mana? stress tapi kena hadap. Walaupun pun stress sebab tiap2 hari fikir benda yang sama tapi kepuasan tu tetap ada sebab kita promote produk kita sendiri.

Sorry2...tercerita pasal bisnes lagi...hahaha. Kak Elly akan bangun seawal 6.00 pagi, uruskan anak sekolah. Lepas tu balik rumah sambung tidur sekejap. Pukul 8 pagi bangun dan siap2 pergi kerja. Rutin harian pakai barangan Ellfie dan Fame dan snap photo sendiri untuk tujuan marketing. Huaaa...walaupun malu tepek muka sendiri kat instagram tapi kena buat bagi orang kenal dan tahu produk yang Kak Elly pakai. Harap korang tak bosan ya tgk muka syok sendiri.

Selalu nya masuk office Kak Elly akan check wassap dan email. Now dah ada staff yang uruskan postage dan jawab wassap. Kak Elly lebih kepada marketing. Selalunya Kak Elly akan arrange meeting dalam pukul 11am jumpa orang magazine, radio or tv stesen. Discuss apa yang perlu untuk tujuan marketing. Peej akan handle account dan FB Ads. Filla akan handle agent.

Dalam pukul 12.30 pm keluar ambik si kecik kat sekolah lepas tu sambung makan lunch. Masuk office check stock untuk Ellfie dan Fame. Kalau hari ni sales kurang kita try push apa yang perlu. Nampak macam mudah tapi tak semudah yang disangka kan sebab kitaorang kena sentiasa berfikir untuk kelainan. Especially part marketing untuk photoshoot, Videoshoot dan now copy writing untuk FB Ads.

Belum lagi kena fikir budget bulanan, bayaran untuk restock barang, produk baru dan macam2 lagi. Satu benda yang berat untuk kitaorang yang baru merangkak ni tapi satu pengalaman dan sangat berharga. Tak semua yang kitaorang lakukan berjaya kadang2 terduduk jugak.

Petang...ambik budak2 rumah MIL dan kelam kabut masak. Kena makan sebelum pukul 8 malam sebab adik ada home tuisyen. Settled kerja rumah selalu Kak Elly dan En Win akan berbincang pasal rutin hari ni. Setiap hari kitaorang akan berborak pasal perniagaan. En Win akan share apa yang berlaku hari ni, hal staff dan pemindahan yang sedang Mg Movers lakukan. Jadi kena dengar dan sokong. Lepas tu Kak Elly punya turn pulak tanya pendapat itu dan ini.

Korang faham tak...maknanya 24 jam fikir pasal bisnes. Kadang2 borak kat wassap group kitaorang sampai rasa nak muntah. Especially kalau ada produk baru nak keluar. Kena fikir nama, packaging, material dan sebagainya. Tak sangka kitaorang boleh pergi sejauh ni tapi bukan suatu yang mudah. Kena sentiasa ada rasa bimbang, especially kalau sales menurun atas stockis dan agent tak bergerak pantas. So kitaorang kena push.

Sorry terbebel pasal kerja sebab tadi janji malas tak cerita tapi tercerita jugak...hahaha. Just nak share rutin harian ngan korang. Walaupun bukan penting sangat untuk korang baca tapi Kak Elly suka jer share...hahaha. Bertabah lah ya. 




Hai korang...hahahaha


Tuesday, March 29, 2016

Anak remaja


Susah betul bila anak dah meningkat remaja ni...semua benda dia tengok lepas tu complain. Especially kalau nak keluar jalan. Nanti Yaya akan masuk bilik tgk baju apa Kak Elly pakai "Mama pakai apa ni? tak lawa langsung" terus akak kemurungan. Kurang ajar sangat ni tegur mama dia punya fashion.

Kalau malam2 En Win ajak lepak kedai mamak, Kak Elly dengan pantas sarung jer seluar longgar2 dengan t-shirt. Nanti mulut Yaya bising suh Kak Elly tukar seluar jeans. Huaaaa teruk sangat ker  mama pakai nak ooi.

Habis semua benda dia kritik. Rambut tak lawa lah, make up tak cantik, baju old fashion, kasut tak sesuai. Eh...eh...eh dia punya baju lawa sangat. 24 jam pakai sport shoes lagi tak trend.



Fashion sangat lah ni. Baju beli kat online jer...ikut trend katanya. Kasut sport shoes trendy katanya. Berpasang2 kat rumah tu dia punya kasut jer. Keluar spray perfume satu badan. Rambut siap letak serum bagi lembut katanya. Rambut mama macam dawai tak cantik tak lembut. Rasa nak tampar jer....

Now pakai jeans koyak2, skinny jeans atau tight. Mama kalau pakai seluar skinny lepas sampai peha jer...haha

Iya zaman korang kan...zaman mama dah lama berlalu. Walaupun mama rasa dah hebat sangat fashion mama tapi tetap tak cantik di mata anak2 remaja...hahaha



Sabtu lepas kemas almari. Banyak baju dah tak muat. Walaupun zumba tapi zumba makan lagi banyak dilakukan. Nasib baik Yaya suka baju2 tradisional ni. Jadi turun kan baju2 semua ni kat Yaya. Mintak dia jaga elok2. Kak Elly still simpan kebaya nyonya yang budak2 ni. Mahal giler waktu beli walaupun baju budak2. Cantik sangat sulaman baju tu.

Sulaman baju uluwatu pun still Kak Elly simpan. Asal pergi Bali mesti beli sepasang dua buat kenangan. Sayang baju2 ni. Hope Yaya boleh jaga elok2.

Kemas handbag tapi jangan harapkan mama nak turun kan. Pinjam boleh ambik tak boleh...hahaha



Boleh rasa bila anak dah besar diri semakin tua. Kalau masuk kereta radio pun cari siaran melayu lama. Kalau ada lagu Ramlah Ram atau Fauziah Latif boleh lah terjerit2 menyanyi bersama...haha

Tapi bila budak2 berdua ni jer ada dalam kereta terus siaran bertukar. Siaran omputih...En Win blh tahan up to date jugak boleh nyanyi sama ngan anak2. I jer kesepian...terus kena gelakan sebab tak tahu lirik lagu. Nyampah...

Tapi tetap lah berusaha hafal lirik dekat you tube supaya tak ketinggalan...hahaha



Nengok ni...mama pun ada lah jeans koyak2 dan pakai sport shoes tau.  Aaauuuww remaja sangat ni!! hahaha





Monday, March 28, 2016

Horlicks NutriQuest



Siapa pembaca blog ni bagi anak2 mereka minum Horlicks angkat tangan. Tangan jer kaki tak payah...hahaha. Ada berita baik Kak Elly nak share untuk peminat no 1 Horlicks. Sebelum tu Kak Elly nak share kepada yang belum pernah memberi anak2 mencuba Horlicks. Nak share tentang kebaikan memberi anak2 minum Horlicks . Horlicks menawarkan 23 nutrisi penting bagi tumbesaran  dan berkembangan anak2. Horlicks menyediakan kebaikan nutrisi yang membantu mengisi kekurangan nutrisi dan menyokong tumbesaran fizikal dan mental yang optimum. Jadi apa tunggu lagi dapatkan Horlicks dan berikan kepada anak2 anda.




Horlicks telah melangkah ke arah inisiatif yang menarik dengan melancarkan kempen 'Horlicks NutriQuest'. Kempen ini memberikan kanak-kanak peluang untuk menyertai pengembaraan yang penuh dengan cabaran bagi menyelamatkan dunia dari saintis jahat Dr Greedy dengan 4 wira NutriQuest yang tall, strong dan sharp. Saintis jahat Dr. Greedy telah merampas Kilang Horlicks kerana tidak mahu kanak-kanak mendapat manfaat daripada khasiat Horlicks. 

Anak2 boleh menyelamatkan dunia dengan memuat turun aplikasi  Horlicks NutriQuest terus ke telefon mudah alih melalui Google Play atau Apple App Store dan kalahkan si jahat Dr Greedy dengan melalui  pelbagai peringkat cabaran di dalam dunia yang berbeza merangkumi Bandar, Hutan dan juga Kilang, di mana kanak-kanak akhirnya akan bertemu dengan si jahat Dr Greedy. Kanak-kanak boleh jadi Tall, Strong dan Sharp dalam usaha untuk mengalahkan Dr. Greedy dalam permainan Horlicks NutriQuest.




Ini lah peluang ibu dan anak2 main bersama2 selain menghilangkan dahaga dengan satu hidangan Horlicks. Permainan Horlicks NutriQuest inipasti akan menceriakan kanak-kanak dari pelbagai usia  melalui pengembaraan yang sangat mencabar. 

Serious seronok sangat game ni. Korang kena download game ni dan main bersama2 anak anda.






Kanak2 boleh mengumpul booster 'Tall', 'Strong', dan 'Sharp' sepanjang permainan Horlicks NutriQuest. Horlicks juga mengajak kanak2 untuk melibatkan diri dalam pengembaraan alam maya yang penuh keseronokan bersama-sama 4 wira iaitu Damien yang peramah, Omair yang bijak, Akin yang lasak dan Ida yang begitu genius bagi mengalahkan saintis jahat Dr. Greedy yang telah menguasai Kilang Horlicks.  



 Setiap pembelian pek Horlicks, pengguna akan mengumpul NutriCoins bergantung kepada saiz pek yang berbeza. Setiap pek  Horlicks 200g yang dibeli anda akan mendapat SATU NutriCoins, pek Horlicks  400g dan440g pula akan mendapat DUA NutriCoins dan pek Horlicks 1KG akan mendapat TIGA NutriCoins.

Anak2 juga berpeluang mengumpul NutriCoins bagi penembusan hadiah2 eksklusif melalui penebusan online di https://www.horlicks.com.my/nutriquest/prizes.html . Setiap NutriCoin dapat membantu kanak2 membuka cabaran baru dalam 4th Dimension.

Jadi apa tunggu lagi jom ramai2 kita kumpul NutriCoins dan bermain game Horlicks NutriQuest bersama anak2 anda.


Untuk muat turn aplikasi Horlicks NutriQuest, sila layari Google Play atau App Store.

Untuk maklumat lanjut mengenai Horlicks Malaysia sila layari https://www.horlicks.com.my. 


Untuk informasi mengenai kempen Horlicks NutriQuest, sila layari https://www.horlicks.com.my/nutriquest atau https://www.facebook.com/HorlicksMalaysia.





Thursday, March 24, 2016

Perempuan Cantik


Perangai aku dari dulu mmg suka tengok perempuan cantik. Nanti aku akan follow kat instagram. Suka tengok cara diorang make up, baju yang diorang pakai, style rambut. Tak rasa jeles langsung. Tapi rasa kagum kenapa cantik sangat diorang ni.

Satu lagi aku suka follow make up artist. Bila nampak muka orang tu dari biasa tetiba bila make up meletop macam model terus aku macam bangga...hahaha. Bangga kat make up artist tu kenapa terror sangat boleh buat orang jelita.

Tengok benda2 yang cantik bagi satu kepuasan, bagi semangat nak jadi cantik macam diorang jugak. Dulu pernah ada cite2 nak jadi mak andam tapi tak berjaya sebab tangan tak seni. Kalau gi shopping mall nampak orang cantik Kak Elly akan tenung jer. Hati mesti berdetik "lawa sangat ni...rajin dia make up"
Waktu Dato' Siti keluarkan Simply Siti terus kagum. Bagus 
idea Tok Ti ni, terus tanam cita2 nak jadi macam dia gaks. Bila gi counter MAC, Chanel, Bobbi Brown dll mesti round berkali2 sebab suka tengok colour2 dan packaging yang diorang keluarkan. 

Bila modal dalam simpanan mencukupi kitaorang decide nak jual Fame Matte Lip Cream. Terus rasa teruja especially bila pilih colour...terus terbayang pompuan bibir tebal. Wow...sexy sangat tu. 

Waktu buat photoshoot lagi bertambah teruja...cantik sangat ni Matte Lip Cream ni. Terus puas hati sebab boleh buat orang yang pakai jadi jelita. Lantak lah orang nak cakap syok dengan produk sendiri. Sebelum orang lain jatuh cinta dengan barang kita....kita kena jatuh cinta 100 kali dulu. 




Rasa bangga bila tengok colour yang kita pilih orang dah mula pakai. Lepas tu orang yang pakai tu nampak jelita sangat dengan colour pilihan dari Fame Cosmetics. Macam dalam mimpi sebab hasil kami boleh buat semua wanita menjadi jelita. 



Pembeli dah mula share gambar2 diaorang pakai Fame. Tiap2 hari kitaorang terima gambar2 wanita jelita. Kalau tak caya korang boleh tengok kat ig fame_cosmetics

Sekarang ni kitaorang tengah repost satu2 gambar. Kalau korang pakai Fame Matte Lip Cream jangan lupa hastag ya #famecosmetics boleh kita sama2 berkongsi kejelitaan 




Huaaaaa...kenapa cantik sangat korang ni. Happy sangat bila tengok gambar2 macam ni. Thanks korang sebab buat hidup Kak Elly ceria setiap hari...haha. Eh! bukan bodek ya...sumpah tak bodek. Tiap2 hari Kak Elly happy bila buka ig. Terus esok tu Kak Elly teruja nak pakai sama colour macam diorang.



Insyaallah...kita tgh discuss untuk colour baru 'Sempena Hari Raya' supaya korang akan tampil jelita di rumah terbuka nanti...ahaks!!

Untuk pembelian Fame Matte Lip Cream boleh visit ig @agentfame dan pilih agent yang berhampiran dengan anda mengikut negeri.



Zumba...Zumba


Siapa baca blog Kak Elly dari dulu mesti kenal siapa Hazel. Dulu dia kerja satu office dengan Kak Elly. Satu kepala sebab masing2 boleh faham satu sama lain. Tahap gelak yang guling2 sampai terduduk. Rindu sangat kat kawan i sorang ni.

Hazel ni ada satu penyakit. Dia tak boleh langsung dengar muzik, confirm badan dia laju jer bergoyang. Muzik apa pun dia dengar bahu akan bergerak dulu. Semua tarian dia boleh buat ya...macam ulat bulu pun ada.

Kitaorang dulu selalu ada angan2 nak buat bisnes sendiri. Tapi cakap2 kosong jer lah mana ada modal. Hazel berhenti kerja dulu cari pengalama bahagian property. Tapi tak sesuai dengan jiwa. 

Tengah2 mencari kerja yang sesuai di join zumba class. Disebabkan dia berzumba lebih terror dari instructor...hahaha dia dapat offer untuk pergi training zumba. Dalam masa 3 bulan dia dah layak jadi instructor class zumba. Terror sangat pompuan ni.
    


Alhamdulillah cita2 dia nak buka studio tercapai. "Mak sangat bangga dengan kau nok". Ini mmg jiwa dia sebenar. Paling aku tak boleh terima..cuba korang tgk perut dia, tak ada lemak pun. Anak dah 2 orang ya. Giler sangat perempuan ni. (Hazel paling kanan sekali yang tunjuk perut meletup tu...nyampah)


Ingat lagi bulan lepas dia share berita gembira nak bukak studio. Hazel mintak pendapat macam mana nak rolling modal. Berapa budget yang perlu ada. 




Siapa yang berminat nak join class Hazel ni boleh start register ya. 

Groovy Fitz Studio
B-111, Block B, Persiaran Surian
Palm Spring @ Damansara
Kota Damansara 
(Landmark sebelah Nasi Kandar Palm Spring)

Contact
ZIN Hazel - 012 4443058
ZIN Rita - 012 2202039
ZIN Sara - 016 2305386

Kak Elly confirm korang sure enjoy nanti bila join class ni. 3 bulan confirm meletup badan uols. Nak raya ni...tak nak meletup ker? hahaha.





Korang boleh refer time table kat atas ni. Happy Zumba!!!

"Groove Your Moves"

Wednesday, March 23, 2016

Demi sesuap nasi


Orang cina di Guangzhou mmg kuat bekerja. Dari budak muda sampai orang tua diorang akan kerja non stop. Angkat barang berat2 selamba jer naik basikal. Jahit guni, tolak barang dengan trolley, angkut barang2 berat letak kat bahu macam tak ada hal jer. Kerja setiap hari, tak ada cuti langsung. Cuti pun waktu Tahun Baru Cina jer. Kedai sentiasa buka dari 10 pagi sampai 6 petang. 7 hari tak tutup langsung.

Mereka bekerja untuk menampung kehidupan harian keluarga. Mereka bekerja bukan untuk menjadi kaya. Kerja non stop untuk sara hidup. Tak nampak langsung budak2 muda lepak minum kat kedai kopi. Semua akan bungkus dan makan kat kedai. Kalau bandingkan budak KL dengan budak Guangzhou ni mmg sangat2 berbeza. Kehidupan kita sangat mewah berbanding mereka.

Tengok orang tua yang sama usia dengan Abah, angkat berpuluh kotak letak dibasikal kayuh dengan penuh tenaga buat Kak Elly betul2 insaf. Bukan senang nak cari sesuap nasi. Susah nak jumpa rumah mewah dan cantik kat sana, Semuanya rumah flat yang semakin usang. 

Kalau dibandingkan budak2 kat sini, kerja pun memilih. Kerja lebih masa merungut. Datang lambat tanpa rasa bersalah dekat boss. Suka2 jer buat peraturan sendiri. Displin dalam diri tak ada. Tapi kehidupan nak mewah. Bukan senang nak cari duit ni, kena berusaha baru rezeki tu datang. Rezeki tak datang bergolek tanpa usaha. Banyak duit macam bukit sekali pun kalau tiap2 hari ambik pun boleh surut. 

Hari tu lepak2 dengan geng bisnes di Guangzhou, masing2 berkongsi pengalaman. Ada tu dah jadi jutawan. Beli kereta dan rumah mewah. Tapi disebabkan terlalu mewah tak jaga perniagaan, harap kan staff uruskan. Now rumah dan kereta kena tarik dan back to normal berniaga ni Down Town. 

Senang pun ujian, susah pun ujian buat diri kita. Kak Elly dan En Win berniaga untuk tampung keluarga, untuk anak2. Cukup lah dapat memberi keselesaan untuk diri sendiri. Bekerja untuk menjadi jutawan belum lagi kearah itu. Kalau sampai ketahap tu, mintak2 diberi kesedaran.

Kadang2 kita perlu lihat semua ni untuk memberi kesedaran. Betapa susahnya untuk mencari sesuap nasi. Jangan lah terlalu memilih kerja. Ada kerja buatlah bersungguh2. Rezeki tu akan sentiasa ada untuk orang yang kuat berusaha.

Jangan ada hasad dengki melihat kejayaan orang lain. Mereka berjaya sebab mereka berusaha. Jangan sesekali pertikaian kesenangan orang yang berjaya. Itu adalah titik peluh mereka bekerja. Jadikan orang yang berjaya ni sebagai Idola supaya kita boleh maju kedepan.

Tipu lah kalau Kak Elly cakap tak ada perasaan takut langsung dalam bisnes. Dalam kepala ni sentiasa berjalan untuk kukuh kan perniagaan. Dalam perniagaan tiba2 boleh naik tinggi dan dalam masa sebulan boleh turun menjunam. Dengan kata lain kena sentiasa berusaha. Tiada istilah berehat dan goyang kaki. 

Tengok gambar2 orang di Guangzhou bekerja terus rasa hati berdetik. Sebenarnya kehidupan kita semua sama. Bekerja demi sesuap nasi :(


Tuesday, March 22, 2016

Baru balik Guangzhou


Hellooooo.... Ni how

Khamis lepas bertolak gi Guangzhou dengan Filla, Radie dan En Win. Banyak nak kerja kena settle kan sebelum menjelang raya nanti. Ada projek sikit nak kena siapkan...hehehe. Ajak Peej joint sekali trip ni tapi dia awal2 dah cakap tak nak ikut sebab tak larat nak berjalan dari 9 pagi sampai 12 malam. Dia sanggup jaga office dari jalan tak berhenti kat Guangzhou nanti. 5 hari 4 malam keluar berjalan tak henti2. Keluar pagi tengah malam baru balik. Berhenti pun untuk makan jer. Hari pertama Kak Elly ngan Filla jalan lutut bengkok sebab terlalu penat. Bila En Win dan Radie pandang kitaorang buat2 jalan biasa. Bila diaorang pusing balik aku ngan Filla bengkok kan lutut balik...ngeri sangat.



Hampir 3 tahun Kak Elly tak pergi Guangzhou. Tahun terakhir pergi waktu Kak Elly bawak group datang sini. Kak Elly ngan En Win stop sekejap sebab tak boleh nak handle terlalu banyak benda dalam satu masa.

Tahun ni kena start balik sebab banyak projek memerlukan kitaorang pergi ke Guangzhou. Aku ngan Filla kena survey apa2 yang patut dulu. Kerja office serahkan kat Peej sekejap sampai  selesai urusan di Guangzhou. 



Last month En Win dan Radie dah pergi untuk survey tempat. This month aku ngan Filla datang untuk tengok dan makesure semua berjalan dengan lancar. Ikut Radie dengan En Win ni boleh jadi giler. Berjalan non stop. Dah lah sekarang ni musim hujan. Tetap jugak berjalan dalam hujan2 tu.

Orang cina kat Guangzhou communication mmg susah sikit. Macam nak pengsan kena explain. I want like this....mula2 angguk lepas tu geleng. Huaaa nak pengsan kena ulang 80 kali. Aku ngan Filla sampai terjerit2 kat situ sambil buat aksi tapi still x faham jugak...hahaha. 

Kerja banyak tak settle lagi En Win dan Radie still kat sana sampai semua benda selesai. Tak tahu lah berapa lama lagi. Sian anak2 asyik tanya jer. Aku ngan Filla sempat lah shopping barang rumah sikit2. Bukan sikit banyak sikit sebenarnya...hehe. Murah giler sampai nak angkut semua benda. Furniture...OMG ala2 rumah Rizalman murah sangat ni. Tahun depan cancel Maldives, ingat nak kumpul duit bila furniture. Radie pulak ada waktu tu, macam2 idea keluar...terus teruja nak kumpul duit cantik kan rumah.

Hari ni balik office melambak kerja menanti. Lipstick hampir licin banyak colour nak kena restock sebelum stokis dan agent terputus bekalan. Ok nak sambung buat kerja...kalau sempat nanti Kak Elly share pengalaman di Guangzhou yek.

Korang....Kak Elly nak share you tube kat bawah ni dari Nisa Kay, good review tentang Fame Cosmetics...click tau supaya korang boleh lihat dan menilai nya.





Thursday, March 17, 2016

Picnic


Lama giler tak ber'picnic' atau beriadah kat taman. Dulu masa anak kecik2 setiap petang hujung minggu sini lah tempat kitaorang bawa anak2 untuk bermain. Sekarang Yaya dah 13 tahun dan Ameera dah 11 tahun ajak gi taman jer masing2 mulut muncung. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam sekelip mata jer budak2 ni dah besar. Diorang lebih suka main computer dari main buai kat taman...so sad.
 
 
Haritu En Win gi China ada belikan budak2 ni Hooverboard. Kawasan rumah kecik tak puas berlegar2. Jadi decide main kat taman. Yehaaaaa....terus I excited dapat gi taman...hahaha.


 
 
Ahad pagi kejutkan budak2 gi beli Big Breakfast dulu kat McD. Akak tak rajin ya nak masak nasi lemak pagi2. Senang beli jer McD badan pun tak letih. Kak Elly siap bawak tikar sebab excited nak gi taman...hahaha. Macam kat London pulak rasanya.
 
 
McD Big Breakfast memang pilihan kitaorang dari dulu. Tak sama dengan mana2 restaurant yang lain. Senang cakap complete set untuk breakfast ada Big Breakfast, Hotcakes, Hash Brown, Sausage McMuffin with Egg, Coffee or Tea. Memang recommend kat family yang tengah cari breakfast yang complete set.
 

Walaupun lepak kat taman rumah jer tapi sekali sekala santai macam ni rasa seronok jer. Bukan selalu dapat buat macam ni. Hari biasa masing2 busy dengan hal masing2. Budak2 kalau beli McD Big Breakfast ni benda yang diorang rebutkan dulu mesti Hash Brown akak tenung jer diorang makan...haha. Kak Elly suka giler Hotcakes dari McD ni. Lembut dan sedap...akak bagi 5 bintang. 




Seronok kan, tu lah selalu mama ajak tak nak pergi. Sekarang baru korang tahu bila tengok orang kiri kanan beriadah.

"Mama...mama tiap2 minggu kita datang sini nak....adik sukalah Mama"



Terus Kak Elly emo sbb tengok anak2 dah semakin membesar. En Win datang senyap2 bisik kat telinga Kak Elly "kalau ada baby kan best"...OMG!!! hahaha



Aman dan tenang jer rasa. Dah lama tak rasa seronok macam ni. Dah lama tak buat aktiviti macam ni.


Dari 8.30 pagi sampai panas terik baru kitaorang gerak balik. Seronok sangat budak2 dapat keliling taman main Hooverboard. En Win cakap minggu depan kita gi Taman Titiwangsa besar sikit taman kat sana. Boleh jogging sekali...itu I like.




Sebelum balik habis kan McD Big Breakfast tu dulu. Korang cantik tak tikar yang Kak Elly pakai tu. Korang nak tak?? hahaha. Nak lah tu...boleh nampak senyum2 depan screen computer.




Tikar McD
 
 
Kalau korang nak dapatkan Tikar McD ni secara percuma, sila pergi ke taman2 yang akan Kak Elly list kat bawah ni. Masa dari 8.40 pagi hingga 9.20 pagi. Tikar McD akan diberikan secara percuma TETAPI anda di kehendaki menjawab soalan yang diberikan dari Hot FM Zoomers. Jangan risau kacang sangat soalan yang diberikan. Contoh: Berapa harga McD breakfast, menu breakfast dan lain2. Senangkan...jom tgk list2 taman2 yang Hot FM Zoomerz akan pergi.

19th March
Kepong Metropolitan Park
(McD MMR2 1.5km)

20th March
Taman Botani Negara, Shah Alam
(McD Sek 3 Shah Alam, 5km)

26th March
Penang - Bontanical Garden
(McD Sunrise Tower, 3.5km)

27th March
Perak- Taiping Lake Garden
(McD Taiping Lake Garden, 500m)

2nd April
Johor- Taman Reakreasi Bukit Indah
(McD Bukit Indah, 700m)

Tapi kalau Kak Elly bagi percuma Tikar McD ni ni korang nak tak?? Kalau nak kena jawab satu soalan dulu :)

Kenapa korang nak Tikar McD ni untuk bawak pergi picnic bersama family?

Sila jawab kat komen box ni ya. Tinggalkan email address anda. Nanti kalau berjaya Kak Elly akan hubungi korang melalui email ya. Selamat memcuba. Oh ya...jgn lupa tarikh kat atas tu ya!!








Tuesday, March 15, 2016

Perihal anak2


2 anak 2 karakter yang berbeza. Tapi degil tetap sama..haha. Dah senang sangat jaga budak2 ni sebab masing2 dah besar. Cuma Kak Elly jer anggap diorang budak kecik lagi. Kalau boleh Kak Elly still nak mandikan dan pakai kan diorang baju lagi. Seronok jer syampu kepala budak2 ni. Baju still Kak Elly yang decide kena pakai apa. Teruk sangat perangai ni kan tapi Kak Elly tak leh sebab dah terbiasa. Tak elok perangai macam ni...slowly Kak Elly kena ajar diorang berdikari. Makanan pun macam tu. Sekali masak kena ada 3 lauk. Lauk Yaya, lauk adik dan lauk aku. En Win semua lauk dia boleh makan. Tak sampai hati bila tgk anak2 bukak tudung saji tak ada makanan kegemaran diorang. Kak Elly nampak jer garang tapi hakikatnya akak ni lembut hati sangat2. Eh! ya ker? hahaha



Selalunya setiap pagi Kak Elly akan uruskan adik dan En Win akan uruskan Yaya kesekolah. Pukul 6.20 pagi dah keluar rumah sebab takut jem. Walaupun dari rumah ke sekolah 15 minit jer. Sampai sekolah Kak Elly akan biarkan dia tidur dalam kereta dulu sampai pukul 7 pagi. Tengok dah ramai datang baru gerak kan adik. 

Adik ni aktif dalam sukan tapi dalam pelajaran dia agak slow sikit. Cikgu tuisyen selalu complain "Puan..ameera kalau saya ajar bab ni dia mmg tahu buat, tapi bila saya ajar bab lain dia akan lupa bab yang sebelumnya" huuuuaaaaa ini macam pun boleh ker

Hari tu habis exam masuk jer kereta dengan happy adik cakap "mama maths adik 14 jer salah" 14??? tak tahu nak bagi reaksi macam mana "ok..good next exam mama nak 10 jer salah"..."10?? banyak tu 12 boleh" terus urut dada

Satu malam tu dia datang kat aku tetiba dia bersuara "mama...adik tak pandai macam Yaya tau. Adik rasa UPSR nanti adik dapat 3A 2B 1C. Mama jangan lah marah adik".... "kenapa C apa yang C"....."Matematik lah" 

Walaupun ada slow sikit dalam pelajaran tapi adik ni sangat2 aktif dalam Gymnastic. Mmg minat dia dari dulu lagi. Berlatih tiap2 hari non stop. Kalau weekend tu semua orang dah tidur kadang2 boleh dengar dia practice kat bawah sorang2 sampai pukul 1 pagi.

Sebagai seorang ibu Kak Elly tak akan bezakan anak2. Kak Elly akan support semua yang anak minat. Kalau Yaya dulu ada home tuisyen, adik pun Kak Elly sediakan benda yang sama. Tiada perbezaan siapa yang pandai siapa yang tidak.

Cuti seminggu ni tiap2 hari dari pukul 9 pagi sampai pukul 6 ptg ada latihan Gym. Dengar pun dah penat tapi dia macam tak hal jer...hahaha. Semangat kuat budak kecik ni. Kak Elly mmg sentiasa support minat anak2 dari dulu lagi. Tak reti nak garang2 ni suh anak belajar sebab Kak Elly tahu kemampuan anak2 Kak Elly.




Yaya ni bukan lah genius sangat tapi dia suka persaingan. Dia tak boleh kawan2 lebih pandai dari dia. Kalau boleh dia nak lebih tinggi atau sama level dengan kawan2 dia. Bagi aku itu satu benda yang sangat baik.

Sekarang ni dah tak payah suruh, dia sendiri akan beli buku latihan dan buat. Pemalas bersukan tapi lebih suka membaca novel dan mendengar muzik. Kadang2 nak keluar makan pun bawak novel tebal2 untuk baca. "Yaya tak yah nak poyo sangat yer baca novel" hahaha i cannot ya sebab dulu aku selalu kutuk budak2 skema macam ni...tengok anak aku pun sama...hahaha

Yaya degil tapi senang dipujuk. Adik degil tapi tak makan pujuk. Masing2 mempunyai hobi yang berlainan. Tapi diorang ni boleh bersatu bila dengar muzik. Kak Elly still ingat diorang buat banyak video kat you tube "Ameera and Danea Show". Kak Elly tak ingat lah nama apa diorang letak kat you tube. Nanti Kak Elly tanya diorang balik dan share kat sini.

Eh! tetiba rindu zaman diorang kecik2...jap nak call tanya pasal you tube tu. 



Monday, March 14, 2016

BUKAN SUSAH NAK CARI DUIT TAPI KENA RAJIN


Tajuk tu jangan baca dengan nada yang garang. Baca lah dengan nada yang lemah lembut ketipang payung ya...hahaha.
 
 
Lipstick ni dah menjadi satu keperluan untuk semua wanita. Tak lengkap rasanya kalau keluar rumah tak ada colour dibibir. Sebut pasal keperluan boleh dikatakan 95% akan memakai lipstick. Tak kisah lah colour apa tapi kena pakai. Betul tak??
 
 
Korang pergi lah mana2 shopping mall, counter yang akan sentiasa ada orang ada lah counter lipstik. Dari peringkat remaja hingga yang dah berusia semua akan pilih colour mengikut citarasa masing2.

 
Bila ia menjadi keperluan korang rasa senang tak nak jual? Tak payah nak fikir sangat, jawapan dia MEMANG SENANG. Kalau tak caya cuba tangkap gambar muncungkan bibir dengan colour lipstick yang menarik dan masuk kan kat FB dan IG. Rasanya melambak komen kat FB atau IG nanti tanya colour apa yang korang pakai.
 
Tengah borak2 ngan kawan office, cuba korang share colour lipstick yang korang minat. Lepas tu cuba keluar kan Fame Soft Matte Lip Cream depan diaorang. Konpom berebut nak beli. Senang kan nak cari duit lebih sebab wanita mmg mudah tergoda....hahaha

 
Untuk pengetahuan korang Soft Matte Lip Cream masih baru dipasaran. Orang perempuan ni memang suka sesuatu yang baru untuk mereka cuba. Lagi senang untuk korang jual nanti.
 
 



 
Untuk permulaan Fame Cosmetics telah mengeluarkan 5 colour yang sangat bersesuaian dengan kulit Asia dan sesuai dengan semua peringkat usia.
Buat masa ni Stokis dari Negeri Penang, Kedah, Sabah dan Sarawak masih kosong. Negeri lain semua dah mempunyai stokis. Agent-agent akan mendapatkan produk mereka dari stokis di negeri masing-masing sekiranya terdapat stokis di negeri tersebut. Bagi mana-mana agent yang masih belum ada stokis di negeri mereka, agent tersebut akan mendapat stock dari HQ. Korang boleh refer Instagram @agentfame untuk mengetahui berapa agent dah berada di bawah Fame Cosmectics
 
Agent juga dialu-alukan untuk menjadi "Team" kami. Jangan bimbang HQ akan membantu dari segi Marketing untuk promote Fame Cosmetics dan semua pembelian dari pembeli akan diberikan kepada Agent mengikut negeri dan kawasan berdekatan.
 
HQ akan post gambar2 di Instagram untuk tujuan marketing bagi memudahkan lagi penjualan. Insyallah, Marketing dari HQ akan sentiasa berjalan untuk orang luar lebih tahu tentang kewujudan Fame Cosmetics. Dengan cara ini dapat membantu Stokis dan Agent meningkat kan jualan. 
 
Dalam masa terdekat ini Insyaallah Fame akan keluar di Majalah dan menggunakan artis untuk meluaskan marketing Fame.Kat bawah ni gambar2 terbaru yang kami ambil untuk tujuan promosi Fame Cosmetics.


 
01 - Candy
 
 

02 - Nude
 
 
03 - Desire
 
 

 
04 - Party
 
 
 
05 - Fuschia
 
 


 
Untuk memohon sebagai Agen dan Stokis, sila email permohonan anda ke
 
famecosmetics.my@gmail.com
 
Name:
Telefon:
Kawasan Jualan:

Thursday, March 10, 2016

Terubat rindu


Sebelum pergi Sungai Petani, mak ajak datang rumah makan birthday dia kata. "Mak tak tahu nak beli kau hadiah apa, mak tahu kau suka makan, mak masakan kau datang ya". Terus berkaca2 mata. Mmg tak sempat nak pergi sbb malam budak2 tuisyen. Janji dengan mak settled exhibition kat Sungai Petani aku datang.

Sabtu lepas saja usik mak, dah beli ayam ngan ketam ker belum, Elly nak makan banyak ni. "Abah kau dah beli, semua ada dalam peti ais tu...dia sibuk nak buat kan kau pecal, dia tau kau suka makan". Terus sedih balik.

Kalau dengar Ampang dengan Puchong tu macam tak jauh kan. Tapi hakikat nya masa aku tak ada. Anak2 penuh dengan aktiviti. Aku pun tak cukup masa untuk diri sendiri. Rambut dah macam dawai sebab lama dah treatment. Sempat called jer tanya khabar.

Semakin berusia ni, semakin tinggi kasih sayang aku kat mak dan abah. Semakin risau dengan kesihatan diorang. Alhamdullilah mak dan abah sihat buat masa ni. Aku cuba tunaikan apa juga kemahuan mereka. Aku cuba lengkap lah apa yang tak cukup untuk mereka. Aku akan pastikan mereka dalam keadaan baik. Itu dah buat aku cukup gembira. 




Sampai jer kat rumah mak tgk atas meja semua dah terhidang. Rindunya nak makan air tangan mak. Abah yang buat pecal tu. Siap potongkan buah betik dengan tembikai.

"Elly kau duduk sampai petang ya, nanti mak buat kan cucur ikan bilis".

Aku ni mmg suka melawak dari dulu, tapi hakikatnya hati aku ni sensitive. Makin dah tua ni cepat sangat tersentuh. Tengok abah sibuk potong buah pun aku sedih. 



Aku tambah 2 kali. Sampai terpaksa bukak butang seluar jeans. Sambil makan sambil abah nasihat 

"kau berniaga tu elok2...jangan cari musuh, kita tak tahu orang dengki atau tak suka dengan kita"

"Kau berniaga laku nanti belikan abah BMW cukup lah" Eh...lawan tokey ni....hahahaha

"Apa sangat BMW Abah, Lorry terus Elly belikan" hahahahaha


Dah kenyang tengok frame abah baru gantung kat rumah. Huaaaa gambar rumah kampung aku duduk dulu. 25 tahun duduk kat sini. Ini lah rumah En Win masuk meminang aku dulu. Rumah ni Kerajaan dah ambik sebab nak besarkan jalan. Aku duduk dengan Atuk sebab abah tak cukup duit nak sewa rumah lain. Abah kerja kilang cat jer dulu. Mak tak kerja. Berapa sangat gaji kerja kilang ni. Nak besarkan kami 6 beradik. Kalau raya tu kalau ada orang bagi baju suka sangat. Hidup kitaorang tak ada lah susah sangat tapi mewah tu tak ada lah. Sampai umur aku 22 tahun baru ada kereta, itu pun aku belikan duit kerja aku pertama. Kereta second hand Kancil Hijau. Ingat lagi, happy sangat Abah waktu tu. Bayang kan kalau nak berjalan 8 orang naik bus dulu. Tapi itu semua kenangan yang tak akan Kak Elly lupa sampai bila2.

Banyak giler kenangan rumah ni. Nanti kalau free Kak Elly share ya.