Nuffnang Advertisement

Wednesday, February 24, 2016

Birthday


Terima kasih banyak2 yang ucap birthday kat Kak Elly semalam. Tak dapat nak reply satu2 kat FB dan Instagram. Thanks korang...I lap u lah...muuaahhh ciket.

Memang dah menjadi kebiasan setiap tahun kalau Birthday Kak Elly akan ambik cuti sehari dan wajib berpakaian baru. Poyo sangat perangai tu...itu dialog Peej dgn Filla. I malas nak layan sbb akak mmg poyo...hahaha. Kak Elly mmg suka dan nantikan birthday ni sbb akan dapat hadiah dari suami dan kawan2....hahahaha

Macam biasa tepat 12 malam, anak2 dan En Win akan berkumpul dan nyanyi lagu birthday ramai2. Kak Elly mmg tak suka makan cake so tak payah cake nyanyi dah cukup. Itu pun dah boleh buat tidur sambil tersenyum...hahahaha. Lepas tu Mak, Abah dan MIL akan called dan nyanyi2 pulak. 



Hadiah birthday tahun ni Kak Elly nak merasa pergi Spa yang best2. Biar Kak Elly yang called dan book. Biar Kak Elly pilih sendiri Spa mana nak pergi. Kalau dia pilih ntah mana2 Spa nanti dia book. Biarlah tak surprise janji hati puas. Walaupun hakikatnya I suka party terkejut2 ni tapi dah 13 tahun menunggu jadi terpaksa redha dengan perangai suami yang tak pandai surprise kan bini.



Paksa En Win ambik cuti jugak. U must spend time with me...gitu. Appointment Spa pukul 11 pagi jadi sempat lah breakfast kat Chawan, Bangsar.



Nampak macam sedap tapi tak sedap sebenarnya. Makan separuh jer nasi tu. 



Kak Elly pilih Spa di Hamman. 




Dah lama sangat tak manja2 kan diri bersama suami. Selalunya pergi spa yang biasa2 jer. Kali ni book package yang luar biasa sikit.


Cantik giler tempat ni. Ala2 Moroccon style. Belum urut pun dah rasa tenang.


Kitaorang ambik package 'Royal Couple Hammam' selama 2 jam 30 minit.

Hamman and Gommage
Moorish Body Envelopment
Aromatic Massage
Atlantic Sea Salt Bath

Sedap nak mampus. Walaupun agak mahal tapi sangat2 berbaloi. Sekali sekala boleh lah nak cuba yang special sikit. Package kat atas ni untuk 2 orang RM730.00

Dah settled Spa nampak En Win tulis kat Wassap Group ajak makan kat Avenue K. See tak surprise pun. Ajak kawan2 tapi i boleh baca.



Decide makan Dim Sum


Actually order melambak. Tapi tak sempat nak snap gambar. Selesai makan tgk meja sebelah waiter nyanyi2 lagu birthday. Nyampah...terus diorang pandang muka Win. "Win gi lah suh waiter tu nyanyi kan untuk Elly"..."A'ah lah aku lupa"

Seeeeee dia lupa. Terus i debar2 dalam senyuman.



"Happy Birthday Elly"



Aaaauuuuwwwww



Settled makan dengan kawan2 malam celebrate dengan anak2 pulak. Decide makan Tony Roma's kat Pavillion


Anak2 dah besar. Memasing dah pandai pilih makanan. 



Hari ni masuk office dapat kejutan. Wah..Adik Peej ngan Adik Filla bagi kita bunga. Ni baru terkejut. I likeeeee....

Tahun depan I nak surprise lain pulak...hahaha




Monday, February 22, 2016

Ayam Serama


En Win ni pelik sikit sbb hobi dia suka bertukar2. Dia bukan hobi jer bertukar colour dengan minuman pun tak pernah ada paberet. Sampai sekarang aku tak tahu apa makan, minuman dan colour yang dia suka. Dia kata semua tu tak penting janji ada air utk minum...hahahaha

Mula2 aku kenal En Win dia giler memancing. Banyak giler joran dia beli. Siap pergi tengah laut utk memancing. Ada lah dalam 3 bulan giler memancing. Segala tasik dia pergi. Dengan aku sekali terbabit teman kan dia. Lepas tu dia beli Ikan Koi dalam 3 ekor. Selalunya orang akan beli Ikan Koi kalau ada kolam kat rumah. Tapi dia letak kat swimming pool budak2. Aku layan jer perangai dia. Dah boring dia bagi kat Cina sebelah.

Lepas tu joran ke mana laut ke mana. Dia start pulak hobi baru bela Sugar Glider. Sampai 3 ekor dia bela. Siap beli rumah, barang mainan binatang tu. Aku ni dah lah bukan pencinta binatang, stress ok. Ada satu malam tu, aku dah tidur diam2 dia bawak Sugar Glider tu masuk bilik. Dikeluarkan seekor letak kat tapak tangan sambil baring. Last2 dia tertidur. Korang tahu tak Sugar Glider tu pergi mana. Dia duduk atas muka aku. Aku menjerit macam orang giler ya sampai tercampak Sugar Glider tu. Merajuk 3 hari tak bertegur.

Lepas tu dia boring. Dia lepaskan Sugar Glider tu kat hutan rumah aku. Dia bela pulak arnab. Dia beli sepasang. Mula2 dia letak kat sangkar. Lepas tu dia tak sampai hati, dia lepaskan arnab tu dalam rumah. Dah taik bersepah2. Aku bising dia letak kat kawasan laundry rumah. Dia biar kan arnab tu bebas macam tu. Mmg habis lah wayar washing machine tu dia gigit. Berapa kali tukar, last kali arnab tu gigit wayar tu meletup sampai terbakar hidung terus arnab tu mati keras...hahaha. Eh! tergelak pulak.

Lepas tu lama dia senyap...aku dah lega. Semalam dia kelam kabut bangun pagi kata ada hal, kena pergi Kuala Pilah. Petang dia sampai rumah aku nampak dia bawak balik Ayam Serama. Adoiiii dia buat perangai balik bela binatang.



Satu jantan, satu betina supaya boleh bertelur. Ayam Serama ni bukam macam ayam biasa. Dada ayam tinggi giler...hahaha. Siapa lah nak jaga buang taik ni semua.



"Ma ayam ni tak boleh kena nyamuk nanti dia mati" penipuan apakah ini. Tak ada makna nak letak dalam rumah nya. Satu rumah bau taik nanti. Waktu ni aku tak ada nampak dia share kat group dia dah lepaskan ayam dalam rumah. kau dah kenapa bang ooi. Ini bukan kucing. Menitik taik ayam tu kat lantai. Eh! berak pulak ayam ni. Korang stress tak?? huaaaaaa



Aku dah pesan jgn letak dalam rumah. Pagi tadi kul 3 aku bangun sebab haus. Dalam diam2 dimasuk kan sangkar ayam tu dalam rumah. OMG!!!! sakit dada aku. Tolongggggggg. Berapa lama pulak di sayang Ayam Serama ni. Huaaaaa


Wednesday, February 17, 2016

Resign

 
Actually dari tahun lepas ramai mintak Kak Elly share macam mana Kak Elly boleh tekad nak resign setelah hampir 20 tahun bekerja makan gaji. Hampir 20 tahun selesa dengan gaji bulanan. Kerja sikit atau banyak still cucuk duit tiap bulan ada duit masuk. Kalau fikir balik dengan soalan korang jantung boleh jatuh balik. Umur macam Kak Elly tak sepatutnya buat keputusan yang drastic macam ni sebab dah ada commitment bulanan. Duit kereta, duit rumah, duit saving dan macam2 lagi. Kalau berhenti pun kena makesure pendapatan sekarang dengan pendapatan baru kena beza 40%. Kenapa Kak Elly tekad???
 
Kak Elly nak ubah kehidupan Kak Elly dan keluarga. Kak Elly nak jadi orang yang berjaya. Boleh pergi kena masa sahaja dan membeli apa sahaja dengan duit hasil titik peluh sendiri. Kalau makan gaji rasanya Kak Elly tak dapat nak pergi jauh. Untuk merubah gaya hidup Kak Elly kena ambik risiko yang sangat tinggi. "untung sabut timbul, untung batu tenggelam" gitu.....  
 
Pertama sekali sebelum buat keputusan untuk berhenti kerja Kak Elly kena makesure saving untuk bulanan boleh cover utk setahun. Maksudnya kalau sebulan Kak Elly memerlukan RM5000 utk bayar bil2 dan expenses. Jadi Kak Elly kena makesure simpanan kena cukup cover expenses selama setahun.
 
Kedua...Of course Kak Elly kena berbincang dengan suami, anything happen apa plan B yang Kak Elly kena buat.
 
Ketiga...Kak Elly kena yakin dan suka dengan kerja baru yang Kak Elly buat. Kena makesure duit dalam Syarikat dah boleh rolling dalam jangka masa 6 bulan.
 
Keempat.....kena redha dengan apa yang berlaku
 
Gaji kerja dulu dan sekarang mmg sangat2 berbeza. Beza bukan lebih tinggi ya tapi beza yang sangat2 rendah. Tapi Kak Elly tekad kerana Kak Elly yakin kitaorang boleh naik kan nama Ellfie.
 
Keputusan untuk berhenti kerja pada mulanya buat Kak Elly rasa takut untuk berbelanja. Perbelanjaan berpusing hampir 180 darjah. Kalau dulu boleh beli sesuka hati sebab fikir ada bonus dan gaji bulanan. Tapi setelah berhenti kerja banyak benda dan aktiviti terpaksa Kak Elly dan En Win kurangkan. Kalau dulu bukak aircond sesuka hati now lebih berjimat. Mula2 mmg x boleh terima hakikat sebab dah terbiasa hidup dengan 'gaya mewah' tapi lama kelamaan kami sekeluarga dapat melatih diri.
 
Syukur alhamdullilah keputusan yang Kak Elly ambik adalah tepat. Now back to normal walaupun 5 bulan pertama a bit stress. Slowly Ellfie dan Fame mula dikenali. TAPI bukan perkara yang mudah kitaorang kerja non stop utk maintain kan nama Ellfie. Berfikir dan terus berfikir untuk perkenalkan Ellfie. 
 
Kalau dulu berkerja untuk orang tapi sekarang bekerja untuk company sendiri. Tak boleh leka, tak boleh goyang kaki, kena sentiasa belajar dari pengalaman dan sifu2.  Walaupun stress tapi happy dengan apa yang Kak Elly buat. Ini lah benda yang Kak Elly nak buat selama ni. 
 
Hakikatnya hidup sekarang lebih tenang. Tenang dari segi pengurusan masa. Tak perlu takut2 lagi kalau boss marah. Boss Kak Elly dulu garang, kalau nak apply cuti kena tunggu dia cuti jugak baru blh approved. Kalau gi holiday kalau benda tak settle dia akan call dan tanya. Nak cuti pun rasa tak tenang jer. Now...rasa free jer....hahaha
 
Company sendiri ni kena kerja kuat, kena kerja lebih masa. Bila rajin promote rajin buat marketing korang boleh nampak duit masuk pun cantik jer dalam acct. Kalau malas....malap jer nanti...hahaha
 
Jadi korang kena suka dengan kerja atau business yang korang buat. Paling penting sebelum buat keputusan untuk resign saving korang mencukupi atleast utk setahun dan korang kena tahu berniaga ni bukan perkara yang mudah. Korang kena kerja kuat dan semangat pun kena kuat. Bagi masa kat diri korang untuk 3 tahun pertama. Kena ikut rentak...kalau rasa boleh pergi jauh teruskan. Kalau rasa cukup2 makan better fikir plan B.
 
 
Masa dengan keluarga dan anak2 mmg akan kurang. Ini hakikat yang korang kena terima diawal perniagaan. Bukan awal jer sehingga kini kerja non stop mendatang. Urusan kewangan kena bijak. Kitaorang still makan gaji, keuntungan tak berani pun nak usik lagi. Biar duk diam2 dalam acct dulu. Kumpul asset seberapa banyak yang boleh. Paling penting kembangkan perniagaan.
 
Kak Elly pun baru setahun. Nak nasihat lebih2 pun tak boleh...business ni bukan boleh dijangka. Kena selalu tuntut ilmu dan belajar dari pengalaman. Kena ada target jangan main belasah jer. Aku, Peej dan Filla mmg tak bijak tapi semangat kitaorang mencuba tu kuat. Redah jer apa yang perlu. Satu kepuasan buat kitaorang. Takut tu kena sentiasa ada dalam diri...jgn cepat selesa. Tiap2 hari kena fikir benda yang baru.  
 
Kak Elly nak pesan kalau korang was2 depan keputusan nak berniaga ni cuba buat part time dulu. Kalau betul2 yakin dan rasa kukuh baru korang fikir langkah seterusnya. Jangan ikut orang, makesure kita tahu tahap kemampuan kita.
 
   Nak capai kejayaan bukan mudah...now still merangkak walaupun umur nak masuk 40 an. Nak buat macam mana, ini jalan yang aku pilih. Berjaya atau tak itu lain cerita. Paling penting kerja keras. Suami kena sentiasa menyokong, keluarga kena faham situasi yang kita lalui sekarang. Kak Elly kena atasi masalah ni dulu baru boleh melangkah seterusnya.
 
Bukan senang ya...sila fikir masak2 sebelum korang buat keputusan. Kak Elly pun tak tahu nasib Kak Elly macam mana nanti. Doa banyak2 semoga semangat ni sentiasa membara...
 
 

Monday, February 15, 2016

ELLFIE ONE YEAR


Alhamdulillah....4hb Februari genap usia Elffie Setahun. Maknanya 4hb Februari kita mula berniaga, mula promote Ellfie di blog. Still boleh ingat lagi debaran kitaorang waktu nak publish entry tu. Filla, Peej aku sepakat up entry tepat kul 10 pagi...huaaaa kenangan  sangat tu. Cuba2 nasib, waktu tu berani jual 500 set jer. Sambutan dari reader sangat hebat 3 hari licin. Hari pertama Peej sampai nangis tulis borang. Aku jawab wassap sampai terketar tangan. Filla war2 di Instagram dan blog sebab masa tu kita tak ambik agent lagi. Pukul 5 ptg hari pertama aku kerumah Peej bantu buat postage. Berbekalkan modal pusingan kitaorang cuba nasib lagi order untuk 1000 set skincare. Licin dalam masa 2 minggu...alhamdulillah. Gaji pertama kitaorang RM1,000.00 seorang. Itupun dan melompat gembira balance dalam acct untuk modal pusingan.

Macam mana wujud nya Ellfie?? 
Waktu tu kitaorang bertiga tengah fikir nak cari duit tambahan. Macam2 kitaorang fikir. Since Peej ada pengalaman dalam bidang jualan skincare, kitaorang ambik keputusan untuk mencuba. Hampir setahun jugak kitaorang cuba dapatkan skincare yang terbaik. Test kat muka sendiri. Percubaan pertama gagal. Satu muka Filla dan Peej naik jerawat. Ngeri ok. Sedih jer bila tunjuk muka memasing kat wassap waktu tu. Tukar formula untuk kali kedua masih gagal dan percubaan ketiga baru berjaya. Lepas tu baru bagi kawan2 rapat mencuba dan Ellfie memberi kesan yang sangat positif kepada pengguna.

Kenapa nama Ellfie? 
Nama gabungan kami bertiga 
Ell - Elly 
Fie - Filanie (Filla), Fiezah (peej)

Modal
Kami menggunakan simpanan yang ada di bank. Tak nak buat mana2 pinjaman pun. Risau tak boleh bayar nanti kalau tak maju. Tekad untung atau rugi kita tanggung sama2.

Hari pertama produk diserahkan, ingat lagi aku ngan Peej ambik kat kilang. Debar2...bukak packaging dalam kereta. Terus rasa nak nangis. Still keep lagi gambar pertama produk kami di dalam kereta. Terus share dekat wassap group...bagi semua suami2 tengok. Huaaaaa sedihnya bila ingat balik.

Bulan 3, pengguna mula share testimoni setelah menggunakan Ellfie selama sebulan. Kebanyakan testimoni semua positif. Ingat lagi testimoni dari Fatimah. Muka dia penuh jerawat yang menanah. Tapi bila dia hantar gambar selepas aku, Peej dan Filla hampir pitam...hahaha. Muka Adik Fatimah tu licin tinggal parut sikit2 jer. Terus rasa bangga sebab kita dah bantu orang menyelesaikan masalah kulit.

Bulan 4, kitaorang dah mula ambik agent. Dari 5 Agent yang mendaftar dan sekarang Ellfie ada hampir 70 agent lebih. Semakin hari Ellfie semakin maju dan kitaorang mengambil keputusan untuk berniaga secara serious. No more part time job. Bukak company dan berniaga dengan lebih serious lagi. Aku tekad berhenti kerja untuk berniaga secara full time.

Bukan keputusan yang mudah...sebulan aku fikir nak letak jawatan. Buatnya tak laku aku nak makan apa nanti. Setelah discuss dengan En Win dan aku yakin Ellfie boleh maju dan support dari keluarga buat aku bulat hati untuk berhenti kerja. Alhamdullilah...keputusan yang aku ambik sangat2 tepat. 

Bulan 12, kitaorang decide ambik Duta untuk perkenalkan Ellfie dengan lebih meluas lagi. Kami memilih Eira Syazira sebagai Duta Ellfie yang pertama. 

Dari seorang pekerja now kita dah ada 3 orang pekerja. Soon kita akan ambik lagi 2 orang pekerja. Dari satu produk now kita dah ada 3 produk. Ellfie Essence, Ellfie Gold Serum dan Matte Lip Cream dibawah nama Fame.



Alhamdullilah Ellfie dah setahun. Kitaorang decide nak sambut kegembiran ni dengan keluarga dan agent yang banyak membantu menaikan nama Ellfie




Aku pun tak tahu macam mana kitaorang berani nak masuk dalam dunia perniagaan ni. Pengalaman pun tak banyak tapi kitaorang tekad nak cuba. 




Dari tak tahu apa2 now dah terror sikit buat marketing, dah berani kedepan, dah pandai uruskan company. Dalam masa setahun kami kutip macam2 pengalaman.




Hari2 kami cuba perbaiki kelemahan kami. Cuba improve dan perbaiki kelemahan Ellfie. Sampai sekarang macam tak percaya kami lah Pengasas Ellfie. Pengasas yang siang malam masih bekerja untuk company. Walaupun penat kami sangat2 puas hati dengan hasil kerja kami selama ni.



Me and Filla


Cake Cutting ni aku yang nak buat. Peej dah termalu2 nak potong cake. Eh! kena lah buat, sejarah tau Ellfie setahun. Ingat senang ker i ambik keputusan berhenti kerja. Satu kejayaan tu, walaupun baru setahun tau...



Cookies Ellfie


Decide buat kat Floral Cafe. Salah satunya sebab senang. Flora Cafe dah tak perlu decoration. Cuma tambah sikit2 jer



Us with Agent. Baju merah tu actually my lecturer waktu di College. Tak sangka dia still support student dia hingga kini. Lap u Puan Halina



Tak semua agent dapat datang haritu. Ramai yang bercuti dan ada juga tinggal di Negeri lain. Insyaallah kalau ada rezeki mungkin kita boleh berjumpa ya







Eira dan Azad

Duta yang sangat sporting dan memberi kerjasama 100% untuk Ellfie. Sama2 turun padang bila ada exhition. Especially Azad yang sentiasa bantu memperkenalkan Ellfie di Instagram dan Facebook. Wow...tengok muka Kak Filla...senyum sangat tu.



Pengacara malu2 kucing. Puas pujuk mintak dia jadi MC hari tu. Sekali bila buka mulut 80 pantun keluar. Majlis dimulakan dengan Doa Selamat dari Ustaz (gambar tak ada)



Next

Ucapan dari Peej. Ini lah kali pertama kitaorang berdepan dengan Agent dan keluarga. Awal berucap Peej dan mula menangis...aku mmg tak boleh ya orang nangis2 ni. Sedih bercampur gembira. Menceritakan pengalaman setahun bersama Ellfie. Nampak mudah tapi sebernanya sangat2 sukar. Peej luahkan segalanya2 dari bekerja dirumah now dah jadi seorang pengasas yang punya produk sendiri.



Lepas Peej berucap next Kak Filla, tapi x ada pulak gambar.  Last baru Kak Elly berucap. Nampak tak mata merah tu...i mmg ratu air mata. Kami masih baru, baru setahun Ellfie berada di pasaran tapi kami bangga dengan apa yang kami kecapi. Susah senang kami bersama2. Tinggal anak dan suami bekerja weekend dari pagi hingga malam. Kami ingin berikan yang terbaik untuk Agent dan pengguna Ellfie.

Nak ucap terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga yang sangat2 memahami, kepada agent yang bertungkus lumus menaikan nama Ellfie dan kepada pengguna Ellfie dan reader yang sentiasa support kami.

Untuk Moon thank you so much sebab banyak bantu kami dari dulu lagi. Moon seorang sahabat yang sangat baik. Selalu bantu dan support kami.


Ucapan dari Duta Ellfie



Semua keluarga berkumpul. Buat pertama kali Mak dan Abah jumpa keluarga Peej dan Filla. Mak dan Abah tak aktif FB jadi dia kurang kenal kawan2 yang berniaga dengan aku. Dia tahu nama2, muka dia tak tahu...hahaha. Hari tu lah baru berkesempatan kenalkan dengan abah dan mak



Cantik sangat cake ni


Selesai makan kitaorang bagi reward utk agent terbaik sepanjang tahun 2015. Letchumy pemenang tempat ketiga



Rosline tempat kedua


Usmi tempat pertama


Alhamdullilah dah setahun Ellfie. Semoga Ellfie terus maju dan semoga persahabatan kami kekal hingga ke akhir hayat. Takmo gaduh2 tau











Ini lah tulang belakang kami. Sentiasa beri semangat bila kami mula patah semangat. Sama2 menaikan nama Ellfie. Sama2 bekerja untuk Ellfie. Sama2 bantu dan ada disisi kami.



Selesai majlis,  kitaorang ada buat meeting utk agent meluahkan pendapat, memberi pandangan untuk meningkatkan jualan Ellfie. 
Agent terbaik sama2 share pengalaman mereka.  



Tips marketing kitaorang share bersama. 



Me


Kawan yang susah dan senang bersama. Selalu ingatkan sesama sendiri, kalau ada rasa tak puas hati jgn simpan dalam hati. Jangan ada sikit pun rasa hasad dengki. Kawan kena tulus. Apa yang terbuku luah kan. Jangan ada sampai rasa tak selesa dalam jiwa. Itu semua blh merosakan persahabatan. Hargai dan sayang sahabat yang susah dan senang bersama kita.



Suami


Ini pun orang penting di Ellfie. 


Me dan Abang Toyib

Pa..thank you so much. Alwiz support apa yang i buat. Sentiasa bagi I peluang untuk mencuba sesuatu yang baru. Tak pernah mengeluh sikit pun kalau I tak ada masa untuk U dan anak2. Sentiasa menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Love u...muahahahaha



Terima kasih yang tak terhingga dari kami. Doakan perniagaan kami ya. Thanks korang...moga ada Ellfie Two Year dan Year2 seterusnya...amin