Nuffnang Advertisement

Thursday, January 7, 2016

Amsterdam Day 1 & 2









Marilah kita sambung kisah percutian walaupun dah setahun berlalu...hahaha. Eh! lupa nak wish korang Happy New Year!! tak yah nak azam sangat orang pompuan ni azam diorang sama jer setiap tahun...hahaha

Dari Switzerland ke Amsterdam, Kak Elly decide naik flight jer. Kalau naik train agak lama. Naik KLM dalam RM500++ seorang. 1 jam 35 minit jer perjalanan. Kalau korang rajin boleh duduk depan computer search tambang murah. Banyak giler flight yang korang boleh pilih. Tapi kena tgk masa jugak. Walupun murah tapi korang kena round merata2 tempat nanti. Paling risau kalau beg hilang...itu bahaya nya.





Flight pukul 2.15 petang. 

Important note
Makesure korang makan diluar. Makanan kat aiport ni boleh buat korang terduduk. Satu pinggan nasi berlauk kan ayam goreng dan kuah dalam RM70.00. Tapi i terpaksa sebab anak2 kelaparan. Jgn risau banyak ada restaurant halal kat sini.



Sangat2 selesa naik KLM ni

Important Note
Kalau hotel korang di Amsterdam Central dari airport korang blh terus naik train. Blh naik lif turun bawah. tak perlu seret beg turun tangga. Kak Elly naik transport waktu ni sbb tak berapa pandai lagi. Agak mahal dalam RM250.00. Makesure korang naik train tau.



Kak Elly book apartment untuk 2 bilik. Kalau korang book hotel kat overseas jgn nak tipu2. Contoh ada 2 children 2 adult makesure waktu key in tu tulis betul2. Jangan nak tipu 2 Adult 1 children walaupun anak korang baru 2 tahun. Kalau diorang nampak mmg kena bayar extra nanti.

Kak Elly dan En Win decide duduk tgh2 town. Walaupun agak mahal tapi sangat2 berbaloi. Shopping mall, restaurant, train, tram, museum semua area sini. Kena ingat transportation bukan murah ya. Baik korang bayar mahal sikit duit accommodation tapi dah tak perlu bayar tambang train atau bus. Kalau gi berdua macam Kak Filla cari jer hotel atau apartment yang murah area town. Melambak kat internet tu.

Kak Elly book NH Barbizon Palace. Dalam RM950.00 semalam. Dua bilik, hall, kitchen dan extra bed. Selesa untuk kami berlima.

Malam tu tinggalkan budak2 dengan adik aku. Aku, Win, Radie dan Filla lepak kopi2. Gambar tak ada korang gi lah jenguk2 kat blog filla.  



Day 2

Tempat town macam ni mmg kesukaan En Win. Dia boleh ronda sampai kul 2-3 pagi. Aku malas nak layan. Berjalan lah kau sorang bang.

Building kat Amsterdam ni mmg unik dan sangat2 cantik. Rasa tenang jer bila berjalan. En Win sampai sekarang berangan nak pindah sini nak berniaga dengan Radie katanyer. Dia suka dengan suasana dan ke'sempoian' Amsterdam ni. Serious tempat ni pun korang kena masuk kan dalam wish list. Mata wang dia tak lah semahal pound. Cuma Amsterdam ni tak turun salji jer. Tapi tetap lah sejuk




Cantik kan.



Jangan bezakan kaki aku dengan kaki Yaya. Peha Kak Elly nampak besar sebab pakai seluar 2 lapis. Kalau pakai selapis mesti sama jer ngan kaki Yaya...haha. Eh! tak tipu lah kita cakap betul2 ni.



En Win dan adik



Bila dapat pakai baju sejuk baru lah rasa macam pelancong...haha



Eh! siapa ni?? kenapa dia ada dimana2 sahaja...hahaha. Trip Amsterdam, Paris dan London Kak Filla dan Radie join sekali. Kak Filla lah penyelamat duit Kak Elly. Aku ngan En Win mmg suka jer habiskan duit makan2 kat luar. Tapi Kak Filla selalunya ingatkan kena jimat sebab kita dah bawak makanan melambak dari Malaysia. Terus banyak balik simpanan I....haha

Serious kalau tak ada Kak Filla aku rasa banyak kot pembaziran aku ngan En Win. Kak Filla akan pastikan makan kat luar hanya sekali jer. Waktu tengahari dan kopi2 jer. Breakfast dan dinner makanan bekalan yang bawak. Muah sikit dik Filla.



Dari hotel aku ke Amsterdam Central ni 5 minute jer jalan kaki



Important note:
Untuk memudahkan perjalanan dan tour korang di Amsterdam. Korang kena beli Holland Pass di Amsterdam Central. Kat airport pun ada jual.

Holland Pass Euro 42 seorang. Korang boleh jer pilih package2 yang ada jual kat situ.
*Hop on Bus atau tour cruise
*Zaanse Schans
*Free entrance 1 museum
*discount card untuk restaurant dan museum 




Pagi tu kitaorang gi Zaanse Schans. Naik kat Amsterdam Central. Cari platform C. Bus tu ada tulis Zaanse Schanns.



Lupa nak bagi  tau. Bila dah beli Holland Pass tu makesure korang tukarkan dalam bentuk ticket. 



Korang tukar kat counter yang korang beli tadi. Ini contoh ticket bus yang telah ditukar. 1 day bus untuk transport.



Dari Amsterdam Central ke Zaanse Schans dalam 20 minit jer. Last bus stop. Eh! siapa kat belakang tu...hehe. Bok jer...



Bak kata Kak Filla Kincir Air kat belakang tu..hehe





Kat sini jer gambar dah dekat 80 keping..haha




Macam perkampungan kecil yang sangat cantik



Tempat yang wajib korang pergi











Us



Actually ada satu tempat lagi yang korang wajib pergi jugak iaitu Keukenhof. Tapi tu pergi bulan 3 - 5 jer baru berbaloi. Tempat bunga tulip tu. Disebabkan kitaorang gi bulan 12 tak ada bunga yang tumbuh lagi. Jadi tak singgah lah kat situ.



First time gi overseas trip ngan kengkawan. Kalau ada Peej lagi seronok. Peej prefer pantai2 dari town. Oling mmg suka berehat dan bermalasan. Jalan2 ni dia nyampah sikit.



Permandangan kat sini mmg cantik. Radie ajak round satu kawasan. Eh! malas aku. Besar ya bulatan tu. Separuh bulatan tu pun aku tak sanggup.



Cheese mmg merata2 jual kat sini





Korang boleh taste dulu sebelum beli. En Win mmg hantu cheese habis satu kedai dia round. Beli gaks 2 ketul hari tu.



Yaya


Amboi Kak Pilla silang kaki dapat makanan



Banyak ayam gemuk kat sini. Nampak makanan jer dia datang. Kelam kabut Yaya lari. Ikut siapa lah takut binatang ni.



Penat aku keliling kawasan ni cari terompah besar ni. Selagi tak jumpa jangan balik ya.



Kiddos


Ok...puas hati dapat pakai terompah ni. Selalu asyik nengok jer orang pakai



Eh! pandai pulak radie angkat kaki. 



Ada kedai souvenir kat sini.



Lepas tu balik town. Jenjalan area town pulak




Budak2 jumpa kedai ni mmg kesukaan lah







Kak Filla dah pesan awal2 nak gi tempat banyak burung. Nak tangkap gambar pegang burung...haha



Pandai akak jinak kan burung



Eh! dah melampau ni naik atas kepala. Dah terlebih jinak ni.




Ni lagi terror. 35 ekor burung hinggap kat badan terus..haha


Ini terlampau pandai menjinak sampai kena berak...muahahaha



Dam Square kalau tak silap nama tempat ni



Kat sini korang tak perlu risau. Banyak kedai halal. Tinggal  pilih jer



Selain kedai halal...cookies ni pun melambak jual. Jgn berani2 cuba nanti tak jumpa jalan balik...hahaha



Permandangan yang biasa korang akan lihat kat Amsterdam ni







Ok...kalau free Kak Elly sambung lagi ya.




13 comments:

Nurzakiah Hanum said...

cantiknya
kena masuk dlm list

yana2605 said...

kak elley yg cookies tu ada ganja ke??

Norma NML said...

Nice place :)

Irfa said...

Oiiii rindunya tpt ni
Kbai

Farah Farhana said...

salam kak..selalu silent reader jer..just nak tanya, seluar ngan kasut beli maner?hehehe..kitorang gi Amsterdam bulan 2 nnt

miss eimanhikmah said...

cantik nyeeeee

Elly said...

@farah - ada yang beli online dan ada yang beli kat Zara

@yana - ya...hehe

Haffizul Iskandar said...

cannabis cookies?? wow!! ahahaha

nisa nass said...

Time sy pergi bln 4 so dkt keukenhof tu mmg tulip tgh mengembang dgn jayanya..hehe
Tp mak incik xminat bunga,membazir je pak incik ckp.byar mahal2 cari kerusi nak duduk.hahaa..

She said...

Salam kak elly pass entry keukonhoff ade skali tak kt airport? Mana ok beli online ke kt airport? Hehe

Elly said...

Hai @She u blh package yang ada ke tempat keukonhoff. Ya kat airport pun jual

Cik Puan Eka said...

Cantiknyaa. Gambo yg kak elly sorg atas batu bulat tu cunnnn

Dr Rina said...

Hi elly..Semua coretan u i suka..i baca sambil senyum sorang sorang....