Nuffnang Advertisement

Friday, November 20, 2015

REDHO DAN TERIMA JER LAH

 
Kak Elly share benda ni bukan sebab anak Kak Elly dapat keputusan bagus jadi senang2 lah bagi pendapat kat orang lain. Bukan ya...luahan dan pandangan ni jujur dari sudut hati Kak Elly sendiri.
 
Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa membesarkan anak2 dan memberikan pelajaran untuk mereka. Cara didikan dan ajaran juga berlainan mengikut cara didikan setiap orang. Jangan kita pertikaian cara orang itu betul atau salah.
 
Cuma Kak Elly rasa kita semua perlu ada sikap hati terbuka, terima apa sekali pun keputusan yang anak2 dapat. Zaman sekarang zaman teknologi mungkin ibu bapa rasa malu kot atau kesal sebab tak dapat up status kat FB "Mama bangga sebab anak mama dapat 5A". Perlu ke malu. Kak Elly rasa anak lebih berbangga kalau ibu bapa tulis "walaupun apa juga keputusan anak mama...mama terima sebab mama tahu anak mama dah buat yang terbaik"
 
 
Always positive tapi dalam masa yang sama sikap tegas kita sebagai ibu bapa perlu ada. Haritu terbaca status kat FB seorang budak tahun 6 ni sedih sangat sebab keputusan dia tak cemerlang. Dia malu dekat kawan2 dan guru. Dia rasa terlalu bodoh bila berdepan dengan kawan2 yang dapat keputusan cemerlang. Dia takut nak berdepan dengan ibu bapa.
 
Pada waktu ni lah peranan ibu bapa tu penting. Tahu korang juga kecewa dengan keputusan yang dia dapat tapi jangan lah korang hentam lagi dan tambah lagi kesedihan anak2 tu. Macam lah korang tak pernah alami situasi gagal ni.  Zaman dah berubah dan Kak Elly rasa ramai ibu bapa dah boleh fikir cara terbaik untuk menjadi kan anak2 lebih ke arah positive. Kita nak anak tahu yang kita tetap menyokong dan berada dibelakang mereka walau apa pun terjadi.
 
Kita sama2 berusaha,memberi nasihat dan beri pelajaran yang terbaik untuk mereka. Selain nya biar mereka tentu kan. Ada jer orang yang tak berjaya dalam pelajaran tapi berjaya dalam bidang pekerjaan. Kak Elly mmg tegas bab tuisyen dan markah dalam peperiksaan sebab Kak Elly nak lihat peningkatan dari mereka tapi dalam masa yang sama tak adalah Kak Elly terlalu bertegas sampai anak2 tertekan. Kalau berjaya kita sama2 bergembira, kalau gagal kita sama2 naik kan semangat satu sama lain.
 
Pendekatan Kak Elly senang jer...aku dah siap kan guru yang terbagus untuk mereka rujuk dan belajar, aku dah siapkan buku latihan yang terbaik untuk mereka ulangkaji, aku sama2 duduk dan ulangkaji dengan mereka. Kalau tak berjaya jugak nak buat macam sebab semua aku dah sediakan. Terima lah hakikat anak aku tak bijak macam aku jugak...hahaha. Dengan kata lain redho jer lah...hahaha.
 
Kak Elly tahu anak2 Kak Elly bukan dalam kategori anak2 yang bijak dan pintar. Bukan anak2 yang pandai ambik buku dan ulangkaji dalam bilik 2-3 jam. Anak Kak Elly jenis suruh baru buat. Jadi kena lah pekik dan mengamuk setiap hari baru bontot masing2 bergerak. Korang nak keputusan elok belajar sungguh2. Nasihat tu memang Kak Elly akan cakap ulang kali biar masuk sikit dalam kepala tu. Tapi macam tak masuk jer...hahaha.
 
 
 
 
 
 
 
Tak yah lah nak frust sangat. Anak kau dah bagi yang terbaik tu. Bersyukur jer lah. 4A tu pun dah kira banyak lah tu. Frust sebab anak tak dapat naik pentas??. Anak akak baru sekali ni jer naik pentas akak tak rasa apa2 pun. Cuba lah kau selami perasaan anak kau tu. Confirm dia takut tu sebab mak dia lebih garang dari cikgu. Kesian budak tu tertekan setiap kali ujian. Tak best kot ada perasan macam tu.
 
Aku suka cara mak aku dulu2...nak pandai belajar rajin2. Bodoh tu kau yang pilih. Nak jadi pandai ker nak jadi bodoh. pandai2 lah korang pilih. Terus rasa tak ada tekanan langsung dalam diri...hahaha.
 
 

Thursday, November 19, 2015

2nd Project


Alhamdullilah...banyak benda dapat diselesaikan sebelum aku dan Filla cuti. Nasib tarikh lain2 tapi dekat2 lah jugak.

Pekerja baru, Farra dah masuk untuk membantu Peej. Dah pandai jawab order dan buat postage. Peej kena monitor jer. Dropship semua Filla dah ajar semalam. Jadi Peej tak ada lah terbeban sangat nanti. Mmg masa yang tepat ambik pekerja baru sebab kitaorang nak kena focus untuk 2nd project pulak.

Untuk marketing plan bulan 12 ni pun dah siap semua tinggal nak jalankan jer. Ada Exhibition dan Exclusive Produk dari Ellfie Beauty. Semuanya dah siap. Untuk pengguna tegar Ellfie Beauty korang tunggu yaaaaa. Produk Exclusive akan datang tak lama lagi....

  Photoshoot semua buat waktu kitaorang balik nanti. Mmg banyak kerja menanti balik bercuti nanti. Jadi kena bersuka ria dulu. Balik nanti bagi peluang Peej bercuti pulak.



Semalam dah final pilih colour Matte Lip Cream. Botol dah order kat China. Font untuk print kat botol semua dah confirmed. Company dah register. Tinggal nak bukak account dan register KKM. Insyaallah boleh buat minggu ni. Nama company kita tak guna Ellfie Beauty. Kita tak nak orang confuse dan mudah untuk account nanti. Satu company khas untuk skincare dan satu company khas untuk cosmetics. Banyak perancangan untuk skincare dan cosmetic jadi senang kalau asingkan dari awal.

Kotak lipstick dan sticker jer belum final lagi. Masih discuss lagi untuk pilih yang betul2 final. Idea tu dah ada cuma belum final lagi.

Rasanya dah boleh bercuti dengan lapang dada. Pertukaran sekolah anak semua dah submit. Hal company 80% dah settled. Fuh...lega sangat rasanya.



Waktu ni sessi pilih colour. Korang tgk mulut masing2 bertukar lipstick. Pening professor ni...hahaha. Bukan senang nak pilih ya kena fikir betul2.



Belum lagi Filla muncung2 depan cermin lagi...hahahah



Ini final colour yang kitaorang pilih. Semalam dah survey kat FB nampak ramai yang suka...alhamdullilah.

Hope semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Selamat bercuti ELLY!! hahaha



Tuesday, November 17, 2015

UPSR...TAHNIAH ANAK MAMA

 
Alhamdullilah...syukur Ya Allah. Tahniah kepada semua pelajar yang menduduki UPSR.
 
Rasanya ramai dah tahu keputusan Yaya. Yaya dapat 4A 1B dan B adalah Sains. Punya lah aku takut dengan keputusan BM dia..alhamdullilah bijak jugak kau menjawab soalan BM ya nak. Risau giler dengan penulisan Yaya sebab ayat karangan dia selalu buat aku gelak terbahak2 dengan En Win.
 
Kak Elly dan En Win ni bukan ibu bapa yang terlalu tegas dengan pencapaian anak2. Kena belajar tiap2 hari. Kena ulangkaji atleast 4 jam sehari. Kak Elly bukan jenis macam tu. Aslong pergi tuisyen dan ujian setiap bulan tak ada C dan D rasanya dah cukup baik. Kedudukan dalam kelas Kak Elly tak ambik pusing sangat yang penting markah dalam setiap subjek. Selalunya Kak Elly akan focus subjek dalam UPSR jer. Subjek yang lain Kak Elly kurang tekan kan...eh! boleh ker macam tu...hahaha
 
Yaya...jenis budak yang tak pandai bertanya dalam kelas. Dia faham atau tak dia akan diam jer. Kelemahan tu Kak Elly dah nampak sejak dia darjah satu lagi. Tanya lah macam2 soalan dia akan jawab ok jer.
 
Darjah 4, Yaya dah start home tuisyen. Kalau hantar tuisyen center rasanya tak berkesan untuk Yaya sebab dia sangat2 pemalu. 3 subjek jer Kak Elly ambik untuk Home tuisyen Maths, Sains dan BM. Anak2 Kak Elly ni bukan macam anak orang lain yang tahu ambik buku dan belajar. Budak berdua ni jenis aku jerit baru nak keluar buku.
 
Result Yaya setiap bulan tidak menunjukan peningkatan. Setiap kali exam mesti dapat 3A 2 B dan B itu semestinya BM. Lagi 3 bulan nak exam mmg beli banyak buku latihan untuk Yaya buat. Duduk dan buat latihan sama2 sebab Kak Elly tahu Yaya sangat lemah dalam Bahasa Malaysia. Korang bayangkan musim kemarau pun dia tak tahu, patik dan beta pun dia confuse mana lah tak risau.
 
Rasanya Yaya dah buat yang terbaik dan Kak Elly kena terima apa jua keputusan Yaya nanti. Kalau korang click kat sini boleh tahu betapa risaunya Kak Elly bila Yaya tak confident dengan jawapan BM yang dia jawab.
 
 
 
Hari yang di nanti2 kan. To be honest Kak Elly tak risau sikit pun tentang keputusan yang Yaya akan dapat nanti. Cuma Kak Elly takut Yaya akan kecewa. Kak Elly dan En Win akan sentiasa support anak2 dari belakang.
 
Sejak dari malam tadi dah bersedia dan  tak ada sikit pun tekanan dari Yaya dan Kak Elly sendiri. Cuma debaran tu datang bila tgk parents yang lain semangat menanti keputusan anak2 pagi ni.
 
 
 
Dalam pukul 10 pagi semua pelajar UPSR berhimpun di Dewan. Cikgu hanya announce nama2 pelajar yang mendapat keputusan 4A dan 5A sahaja. Waktu ni mmg takut giler...macam nak pecah jantung tunggu nama anak keluar
 
 
 
En Win menanti penuh debaran sambil mulut bebel kata kenapa nak kena announce kesian budak2 yang tak dapat keputusan cemerlang nanti
 
 
 
Ibu bapa yang menanti keputusan anak2
 
 
 
Akhirnya nama Yaya diorang announce dalam kategori 4A 1B. Terus airmata aku turun laju. Alhamdullilah...syukur
 
Sebelum nama Yaya keluar pun actually aku dah nangis sebab tengok parents berpelukan dengan anak2 diaorang. Perasaan tu aku tak dapat gambarkan mmg sedih sangat. Sampai En Win cuit aku tanya kenapa aku nangis padahal result anak aku tak keluar pun lagi.
 
 
 
Mama dan Papa bangga dengan Yaya.
 
 
 
Bila dia turun pentas terus peluk2 sambil nangis. Macam jejak kasih pun ada...hahaha. Happy sebab kerja keras Yaya berbaloi. Walaupun sikit lagi nak dapat 5A tapi redho jer lah dengan keputusan yang anak Mama dapat.
 
Sebulan sebelum exam kitaorang berdua mmg stress. Especially bila aku tanda kertas latihan Yaya. Bila banyak salah aku dah start nak mengamuk nasib En Win selalu nasihatkan aku. Sebulan aku bawak dia duduk office lepas sekolah buat latihan BM sama2. Itu jer yang mama boleh lakukan. Ajar setakat yang mampu subjek lain mama tak berapa pandai especially sains dan matematik bab pecahan...hahaha
 
 
 
Anak bapak.
 
En Win very supportive. Result bagus atau tak dia akan sentiasa hug dan tepuk bahu anak2. Papa tahu Yaya dan Adik boleh buat. Walaupun result diorang boleh menaikan darah tapi En Win tetap positive. Jarang marah anak2 tentang pelajaran. Tak suka anak stress. Tapi aku yang stress sebab dia terlalu sempoi.
 
 
 
Kita cuba cari Sekolah yang terbaik untuk Yaya
 
 
 
Terima kasih kepada semua Cikgu di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa. Cikgu tuisyen Yaya...Cikgu Norzeri, Cikgu Bawani dan Cikgu Fauziah. Terima kasih kerana mengajar anak2 saya. Jasa cikgu tidak terbalas.
 
Next Ameera.....
 
 

Monday, November 16, 2015

TIPS UNTUK MENJADI PENIAGA


Ramai yang nak cari duit lebih tapi tak tahu nak berniaga apa?  Kak Elly cadangkan mulakan apa yang ada ditangan. Gunakan kepakaran korang dan gunakan pengalaman orang lain untuk membantu korang dalam perniagaan. Makesure buat sesuatu yang korang suka yang boleh mendatangkan keuntungan. 

Hari ni Kak Elly nak share Kepercayaan yang salah tentang bisnes.

Aku ni tak dilahirkan menjadi usahawan sebab mak bapak aku atau keluarga aku bukan orang yang kaki berniaga
Kalau korang ada kepercayaan macam tu mmg sampai bila2 lah korang tak berniaga. Berniaga ni bukan ikut darah atau keturunan. Paling penting kena ada minat dan usaha

Tak boleh berniaga sebab tak pandai dan tak ada luck
Macam mana nak ada luck kalau tak cuba. Setakat up satu status kat FB orang tak layan terus rasa malu dan rasa gagal. Terus rasa diri tak pandai berniaga

Business susah
Mana ada berniaga yang senang. Jual goreng pisang pun susah ya sebab kena cari pisang dan kena goreng guna minyak panas. Nak yakin kan orang tentang produk yang kita jual bukan ambik sehari dua. Memang kena bersusah2 dahulu

Gagal 3 tahun pertama baru berjaya
Benda ni selalu Kak Elly dengar kalau belum 3 tahun maknanya kita belum berjaya lagi. Ini yang buat orang takut nak berniaga, takut nak berhenti kerja sebab nak kena tunggu 3 tahun. Adatlah berniaga ada gagal ada yang berjaya. 3 tahun tu untuk kita kutip pengalaman. Kalau tak berjaya cuba bangkit dan cuba lagi

Nak berniaga kena banyak modal
Kalau tak ada modal mulakan dengan menjadi dropship dahulu. Guna produk orang lain untuk tambahkan pendapatan korang. Gunakan kepakaran yang kita ada. Berniaga benda yang kita tahu dan kenal. Jangan nak berniaga terus nak besar jer. Mula dulu dari bawah.

Nak berniaga kena start besar
Belum berniaga dah nak buat loan sana sini. Terus nak ada restaurant atau office. Tengok dulu kewangan yang masuk setiap bulan. Baru blh decide nak kembangkan atau tidak.

Nak ada business kena ada own produk
Nak ada own product ni bukan perkara yang mudah. Ambik masa, tenaga dan penting banyak duit diperlukan. Kak Elly cadangkan mulakan dengan produk orang lain dulu. Dapatkan pengalaman. Kadang2 dengan jual produk orang lain pun dapat membantu kewangan kita. Nak ada own produk ni korang kena fikir macam2 benda packaging, material, design dan bermacam2 lagi. Kalau tak buat betul2 blh separuh jalan jer nanti perniagaan korang.

Tak nak untung sikit nak untung sekali banyak
Dapat RM50.00 sehari pun dah kira cukup. Lepas duit pasar 2 hari. Dapat gaks pendapatan lebih. Kalau nak dapat banyak lagi usaha lagi gigih. Mungkin hari ni orang tak beli tapi mana tahu hari lain orang beli.  

Tak yakin dengan diri walaupun ada ilmu
Ini mmg satu kerugian. Contoh...ada orang pandai giler buat cake. Semua adik beradik dan anak2 puji. Tapi tetap tak yakin dengan diri sendiri. Tak berani mencuba. Rugi sangat tu. Allah dah bagi kelebihan kat kita jadi gunakan sebaik mungkin.


Jadi jangan takut untuk mencuba. Jadikan perniaga ini sumber untuk kita tambah kan pendapatan. Jangan fikir terlalu jauh, jangan fikir berniaga untuk jadi kaya. Kita cuba dulu apa yang ada depan mata. Contohnya menjadi agent atau dropship Ellfie Beauty.

Bagaimana nak menyakin customer?
Zaman moden ni korang kena aktif Instagram dan Facebook.
Untuk produk kecantikan korang hanya perlu gunakan testimoni yang ada. Pembeli lebih yakin jika sesuatu produk tu ada bukti keberkesanan. Contoh korang blh menggunakan instagram @ellfiebeauty untuk menyakinkan pelanggan produk yang korang jual. Guna gambar macam kat bawah ni.




Share berapa lama dah pakai produk ni dan tunjuk kan betapa berkesan nya produk ni. Share tentang kebaikan produk kepada pembaca.





Share testimoni yang terbaik dan sentiasa update pembaca dengan produk yang korang jual. Bila selalu orang baca dan lihat akan meningkatkan keyakinan pembeli. Tapi makesure korang kena tahu produk yang korang jual. Ellfie Team sedia membantu untuk memberi segala info mengenai produk.

Dari korang asyik baca jer FB or tengok gambar kat Instagram apa kata cuba promote dengan kawan2 di FB dan Intagram. Share gambar2 testimoni @ellfiebeauty . Insyaallah rezeki akan datang kalau kita rajin. Kerja korang hanya perlu promote jer kalau ada orang nak beli just bagi details payment. Bank in kepada kami harga dropship yang telah kami beri kepada anda. Lepas tu whatsapp kan nama. alamat dan contact no. Ellfie Team akan uruskan segala postage.

Untuk dapatkan syarat dan harga dropship lebih details lagi...Whatsapp 013-3962005







-

GRADUATION


Aku ni tgk anak graduation pun sebak. Bertakung jer air mata. En Win dah geleng2 kepala. Biar lah...I sedih tau tengok anak dah besar.

Jiwa aku mmg mudah tersentuh. Kalau aku demam tiba2 sekecik Ameera tu datang bawak air pun aku sebak...hahaha. Esok result keluar lagi lah aku sedih. Sekarang mood takut tu belum datang lagi. Aku redha jer lah. Cemerlang atau tak aku terima jer lah dengan hati terbuka. Kang kalau aku melalak stress pulak En Win...hahaha. 

En Win dah pesan aku siap2 jangan nak marah2 ker apa. Dia kata kalau boleh aku jangan pergi ataupun duduk jer kat kereta sampai result keluar. Dia cakap aku cepat mengelabah dan stress. Nanti Yaya jadi takut...hahahaha. Mana ada lah!! I tak giler lagi nak marah2 budak tu. I dulu pun bukan pandai bebenor. 



Waktu ambik gambar ni pagi tadi, mata aku dah terkebil2. Untung budak sekarang ni ya. Siap ada graduation. Aku dulu ambik result pun sorang2. Lepas dapat result terus merayau dulu ngan kawan2. Walaupun result tak sebagus mana tetap celebrate.. hahaha. Sampai mak aku risau ingat aku bunuh diri sebab tak balik2.

Petang sampai rumah membebel mulut mak aku. Siap kena tunjal lagi. Bila fikir balik...betul gaks kenapa aku tak balik tunjuk result dulu...hahaha. Keputusan aku waktu UPSR 3A 1B 1C....hahaha. 



Gambar kenangan dengan guru



Dah tinggi anak mama...semalam seharian cari baju kurung untuk graduation tapi tak jumpa pulak. Pakai jer lah baju raya. Tudung jer beli kat kedai Neelofa.

Bertuah betul budak sekarang ni. Aku dulu sebelum habis darjah 6 adalah cikgu buat jamuan. Makanan masing2 bawak dari rumah. Waktu result keluar aku sikit pun tak heran. Selamba jer datang tengahari. Kawan2 semua dah balik. Adalah 2 -3 orang kawan rapat yang ikut aku. Itu yang terus merayau bila dapat result.

Yaya lepas Graduation terus cikgu bawak makan kat hotel. Hebat sangat ni!!. I makan mamak jer dulu..haha



Kawan sekelas. Lepas ni semua dah Sekolah lain.



Acara penyampaian sijil. 



Nak nangis...huhuhu






Mama ngan Papa sangat bangga dengan Yaya. Kami doakan semoga Yaya berjaya dalam pelajaran dan berjaya dalam hidup. Ini lah harta yang kami boleh beri pelajaran dan kehidupan yang selesa buat kedua2 anak mama. Yaya dan Ameera adalah nyawa kami berdua. Love u so much....







HADIAH LUMAYAN RM1500.00 UNTUK PENGGUNA ELLFIE


Good Morning!! 

Ada berita baik untuk semua pengguna Ellfie. Hadiah lumayan menanti anda. Senang jer, korang hanya perlu buat video dan share tentang perubahan kulit wajah anda setelah memakai Ellfie Beauty (Ellfie Essence atau Ellfie Gold Serum atau kedua-duanya sekali) . 



Makesure video korang kreatif dan mampu membuat kitaorang tergoda...hahaha. Korang nak nyanyi pun boleh, bersajak pun blh aslong mesej sampai. Makesure bila nyanyi suara tu sedap...kahkahakah. 

Yang pasti video tu kena kreatif. Tunjuk lah cara korang pakai produk ker, Share gambar sebelum selepas ker, bercakap pasal produk Ellfie yang telah merubah kulit wajah anda ker dan macam2 lagi mengikut kreativiti korang. Tapi video jangan lah lama sangat 1-2 minit cukup lah. Kang korang bantai sampai 15 minit pulak...hahaha

Tapi untuk yang nak join kat instagram masa terhad sikit hanya 15 saat. Kalau rasa nak share banyak benda baik hantar kat Facebook dan jangan lupa letak hashtag #iloveellfie 

Semua yang menyertai contest ni akan mendapat hadiah saguhati dari Ellfie dan hanya seorang sahaja pemenang akan dipilih dan memenangi wang sebanyak RM1500.00. Nak tahu lebih lanjut tentang syarat penyertaan blh baca kat bawah gambar ni:-



Share video anda di Intagram atau facebook dengan hashtag #iloveellfie untuk memenangi wang tunai RM1,500.00

Syarat peraduan:

      • Memegang produk Ellfie Beauty
      • Nyatakan perubahan kepada kulit wajah anda selepas menggunakan Ellfie
      • Video anda mestilah kreatif untuk dipilih sebagai pemenang
      • Terbuka kepada semua pengguna produk Ellfie Beauty (Ellfie Essence atau Ellfie Gold Serum atau kedua-duanya sekali)
      •  Pihak Ellfie berhak menggunakan vidoe-video penyertaan di rangkaian sosial kami
      • Setiap penyertaan akan mendapat Saguhati dari pihak Ellfie
      • Hanya seorang pemenang akan dipilih untuk memenagi wang tunai sebanyak RM1,500.00

Peraduan berlansung dari 
16 November - 30 November 2015 
Good Luck!!


Thursday, November 12, 2015

Giler banyak




Semalam bila share gambar beg travel aku kat Facebook ramai giler comment kenapa aku bawak beg banyak sangat...hahaha. Banyak ker?? En Win kata aku artis sebab nak angkut sampai 4-5 beg. Eh! dia mmg suka main cakap jer. Dia lupa agaknya ada anak gadis dan mak gadis nak travel sekali. Lelaki senang lah mana nak angkut segala make up dan sepit rambut semua. Anak aku tu kasut pun nak bawak 2 pasang. Eh! i pun...hahaha

I dengan Che Ta setaraf ya. Kasut dan beg tiap2 hari tukar ya. Tak vogue lah pakai baju yang sama dalam gambar...hahaha. Percutian kali ni dengan anak2. Pergi pulak musim sejuk. Jadi banyak benda kena bawak. Anak2 dah besar. Beg dah tak nak kongsi. Masing2 nak tarik sorang satu beg. Satu lagi penuh dengan makanan. Kak Elly dengan nasi mmg tak dapat dipisahkan. Jadi korang faham2 lah apa isi dalam beg makan tu nanti. 

Kalau gi Indon atau Thailand bawak baju 2 - 3 helai pun cukup. Kalau tak ada baju blh shopping kat sana jer. Tapi gi overseas rasanya tak berbaloi. Cuma berbaloi beli handbeg jer....hahaha. Travel ngan anak2 bukan perkara yang mudah. Segala ubat-ubatan, cream, makanan semua kena standby. En Win dia peduli apa sampai sana baru tanya itu ini. 

Cuma agak sukar sikit naik train. Tapi tu semua dah Kak Elly atur. Sampai lokasi naik teksi sampai apartment. Overseas diorang jarang ada lif kat tempat train. Jadi agak payah sikit kalau ada beg travel ni. Mmg dah ada budget kat situ. Hari tu waktu aku gi ngan En Win dah survey mana yang kena ambik teksi dan yang mana blh ambik train.

Kali ni pergi mmg untuk berjalan jer. Ada lah budget sikit untuk shopping. En Win dah pesan awal2 kali ni no handbeg. Tapi dia tak tahu aku dah letak duit kat tepi nak beli wallet...hahaha. Tahun lepas waktu pergi ngan En Win kitaorang mmg banyak habis duit beli souvenir untuk family dan kawan2. Tahun ni rasanya banyak untuk anak2 jer lah. Aku nengok budak berdua tu 24 jam asyik survey kat internet jer.

Tak sabar nak bercuti. Nak rehat cukup2. Nak kopi2 kat tepi jalan macam dalam cite omputih tu....hahaha


U MOBILE DATA STRONG NETWORK


Haritu Kak Elly dah share dengan korang pasal Plan Umobile kan? Hari ni Kak Elly nak share pasal Network Strength and Coverage U Mobile pulak.


 Kak Elly berkesempatan pergi ke Umobile Media Briefing di Damansara Uptown minggu lepas. U Mobile telah memperluaskan lagi 4G Coverage dan data speeds up sehingga 75Mbps di Klang Valley, Putrajaya, Seremban, Port Dickson, Johor Bahru dan lain2 tempat juga.




Mr Too Tian Jee, U Mobile Chief Technology Officer menyatakan bahawa Telco committed untuk labur didalam rangkaian telekomunikasi dan berjanji memberi 4G LTE & 3G Network yang terbaik untuk pelanggan U Mobile. Pelanggan tidak perlu bimbang lagi tentang Coverage dan kelajuan Data Network U Mobile.



Sekarang pergi ke mana2 confirm akan ada coverage dan Data Network U Mobile, korang pasti akan berpuas hati. Dah lah bayar kurang dapat pulak Kelajuan Data Network yang sangat2 memuaskan.

Kak Elly bukan cakap kosong ya...hahaha. Dengan menggunakan Sim Card U Mobile 3GB, Kak Elly dah buat test di beberapa kawasan yang berlainan. Buat SpeedTest tengok berapa kelajuan Data Network kat tempat yang Kak Elly pergi dan Alhamdullilah semuanya ok dan tidak mempunyai sebarang masalah pun.



Mula2 download dulu Apps 'Open Signal'



Waktu ni Kak Elly tengah breakfast di Old Town White Coffee Puchong. Korang sendiri boleh lihat SpeedTest yang Kak Elly tunjuk kat atas ni. Tiada sebarang masalah pun. Data Network di kawasan ni sangat2 laju.



Di Pavillion tengah makan Nando's. Data Network U Mobile area Pavillion pun tiada masalah.  



Ni pulak kat Area Ampang. Sekali lagi Kak Elly buat Speedtest U Mobile. Korang boleh tengok sendiri kelajuan Data Network. Memang terbukti U Mobile coverage ada diseluruh tempat.




Tempat terakhir mesti lah kat office Kak Elly area Setapak, Danau Kota. Kat tempat ni lah Kak Elly sangat memerlukan Data Network yang laju. Kak Elly ni peniaga online kalau Data Network macam siput mmg tak boleh lah bekerja. Alhamdullilah dikawasan ni pun Kak Elly tidak hadapi sebarang masalah dengan Kelajuan Data Network U Mobile. Now boleh senyum sampai ke telinga sebab kesemua tempat yang Kak Elly pergi tidak ada sebarang masalah. U Mobile ada dimana2 bersama Kak Elly...hehehe.

Pendapat Kak Elly setelah menggunakan Data Network U Mobile, Kak Elly tidak menghadapi sebarang masalah pun. Walaupun  tempat Kak Elly tinggal dikawasan berbukit tapi Kak Elly tidak menghadapi sebarang masalah. Memang service sangat terbaik dan  sangat2 berpuas hati. Dah lah harga package murah, Data Network pun tiada masalah. Kak Elly bagi 5 bintang!!





Jadi kenapa perlu bayar lebih?? Anak2, pekerja En Win dan Kak Elly semua dah bertukar kepada U Mobile. Banyak penjimatan dan paling penting kelajuan Data Network dan Coverage ada disemua tempat.
Korang jangan ambik masa berfikir sangat...hehehe. Memang sangat2 berbaloi. Korang boleh click http://www.u.com.my/4g more info mengenai coverage U Mobile dan Plan U Mobile.

Wednesday, November 11, 2015

ELLFIE TEAM


Sabtu lepas Ellfie Team decided keluar makan2. Rasanya dah lama giler tak keluar. Asyik kerja jer. Sampai naik stress kepala masing2. Lepas makan sambung karaoke pulak. Ini jer yang boleh buat kitaorang gembira setakat ini....hahaha

Tahun pertama dalam perniagaan mmg tak boleh relax lah. Banyak benda baru kitaorang kena belajar. Kalau setakat ambik order jer mmg lah senang. Tapi macam mana nak orang tahu pasal produk Ellfie itu yang buat kita kena belajar banyak benda.

Hendak atau tak nak kitaorang kena harungi benda ni. Itu yang kadang2 emo sesama sendiri. Workload makin bertambah. Apa yang kitaorang blh buat just support each others. 

Bukan senang ada 3 pengasas dalam satu produk. Cara kita handle sesuatu perkara kena pandai dan makesure semua pihak berpuas hati. Kalau boleh kita tak nak ada benda2 yang tak puas hati in future. Slowly kita belajar dari kesilapan dan pengalaman. 

Kitaorang dah mula tahu hala tuju Produk Ellfie. Alhamdullilah...marketing plan untuk tahun depan semua dah disusun atur. Insyaallah bulan 12 ni kita dah mula ambik pekerja grafik dan pekerja yang akan uruskan segala Exhibition nanti. Hari ni dah masuk lagi seorang pekerja baru untuk uruskan order dan postage. Aku ngan Peej dah boleh focus bahagian Marketing. Tahun depan nak round seluruh Malaysia untuk pekenalkan Ellfie. Mudah2an marketing plan kami berjaya.

Coming soon kita akan keluarkan Cosmetic. Jadi kita ada dua produk yang berlainan. Skincare dan Comestic. Semua dah disusun atur. Manalah masing2 tak stress nak kejar dateline. Kalau dengar macam mudahkan...orang order kita hantar. Tapi belakang tabir macam sotong dibuatnya.

Now dah start pergi mana2 kelas untuk tambah ilmu. Dah ada pekerja ni senang nak ke sana sini. Kita nak bantu orang diluar sana untuk tambah pendapatan. Tapi kita sebagai HQ kena aktif dalam marketing baru lah kita boleh tingkatkan jualan Stokis, agent dan dropship. Otak kena sentiasa bergerak pantas. 

Dengar dan baca pun letih kan. Itu belum lagi kena jaga quality produk. Makesure Material dan kotak sampai on time. Botol lagi kena order kat China. Penghantaraan semua kena jaga. Design Booth, Photoshoot lagi....bukan mudah ya. Kena ada sales target setiap bulan untuk cover semua expenses. Fizikal dan mental kena kuat. 

Tapi masalah semua ni kita akan dapat atasi bila sesuatu yang kita lakukan adalah sesuatu yang kita suka. Masalah dan stress tu perkara biasa. Yang penting kita minat dan tahu tentang produk kita jual. Nasihat Kak Elly pada sesiapa yang minat berniaga apa kata korang jual dulu produk orang lain dulu atau guna kepakaran yang korang ada. Dah cukup duit baru korang keluarkan produk sendiri dan makesure korang tahu dan minat benda yang dijual.
  


Berbeza pendapat, masam muka, tak puas hati sering terjadi. Tapi sebagai pengasas, rakan dan share partner kami kena harungi masalah ini. Masing2 baru merangkak dan bertatih dalam dunia perniagaan. Kami masih belum berjalan dan berlari lagi.

Banyak pengorbanan dari segi masa dan tenaga. Kami kena kuat untuk harungi semua ini. Kami manusia biasa tidak boleh lari dari sikap emo, sedih dan rendah diri. Tapi yang pasti tujuan kami sama ingin berjaya dalam perniagaan dan membantu orang diluar sana sama2 maju bersama Ellfie Beauty.

Kami war2kan kepada orang di luar sana menjadi sebahagian dari warga Ellfie. Banyak marketing plan yang telah diatur. Insyaallah kita sama2 cari pendapatan tambahan. Jika berminat blh hubungi Kak Filla di talian 013-3962005.




Monday, November 9, 2015

MAKAN NON STOP


Rasanya hampir sebulan aku ngan En Win  kerja non stop. Weekend pun bekerja. Ada jer benda kena uruskan. Kerja mmg tak pernah habis. Kadang2 sebelum tidur sempat borak ngan En Win "Pa...kesian kat budak2. Kita sibuk jer bekerja anak2 asyik duduk rumah jer".

Aku mmg sensitive sikit kalau tak dapat borak ngan anak2. Tapi lately ni banyak kerja luar, jadi mmg terhad masa ngan anak2. Alhamdullilah...hujung minggu ni semua kerja dah settled. 2 hari kitaorang makan non stop. Mmg luangkan masa ngan anak2 jer. Lapang dada aku.   



Keluar pagi balik petang. Rehat jap malam keluar balik.  Bagi peluang kat anak2 cerita benda2 yang kitaorang tak dapat borak sebulan ni. Berlumba2 nak bercakap.




Sekejap betul masa berlalu. Dah remaja anak2 mama. Nak ajak bergambar pun susah. Kena dapat approval baru blh letak kat intagram. Amboi...bukan main lagi korang ya.



Breakfast kat Plaza Damas. Sambil tu boleh lah gi buat waxing dan cabut bulu kening. Dah lama betul tak cantik kan diri. Untuk diri sendiri pun tak ada masa. Orang nampak macam best jer ada duit tapi belakang tabir separuh mati bekerja....hahaha



Tak habis2 cari barang untuk travel. Semua dah settled tinggal nak beli makanan dan barang toiletries jer. Baju anak2 dah pack tinggal aku dengan En Win punya pulak. Esok cuti dah boleh pack rasanya.

Sebelum cuti mmg nak siapkan semua kerja. Kesian Peej nanti kat office sorang2. Minggu ni budak baru masuk. Boleh tolong Peej buat kerja nanti waktu aku tak ada.



Dah settled mencantik kan diri kat Plaza Damas terus pergi Pavillion. Budak2 nak makan Churros kat La Bodega. Lepak dan berborak lagi.



Hari Ahad, awal pagi dah keluar. Breakfast di Coliseum. Suka sangat tempat ni. Tempat makan style orang dulu2. 



Alhamdullilah Kak Elly dapat anak yang sangat senang dijaga. Cuma kadang2 diorang merungut jugak kalau aku ngan En Win terlampau busy. Adik macam biasa akan busy dengan aktiviti Gymnastic hujung minggu. 3 jam sehari jadi masa dia mmg habis di Gym sahaja. Balik dia akan duduk kat bilik dan praktis sampai dia letih. Adik tak minat membaca. Dia lebih kepada sukan.



Yaya tak ada aktiviti. Tapi sangat suka membaca Novel. Seminggu mmg akan peruntukan dia RM50.00 untuk beli novel. Suka dengar muzik dan menari. Lagu latest semua dia tahu ya.

Paberet dua beradik ni buat video. Menyanyi, menari, buat show semua diorang akan rekod. Nanti share kat group family. Kadang2 bila kat office terubat rindu tgk video diaorang.

Ya...aku ni cepat emo sikit kalau tak dapat borak ngan anak2. Cepat rasa bersalah kat anak2.



En Win lagi lah busy. Weekend pun keluar jumpa customer. Gilir2 aku ngan En Win duduk rumah. Haritu waktu aku gi seminar dah cakap awal2 ngan En Win supaya dia tak keluar mana2. Dia kena uruskan anak2 kalau aku tak ada. Macam tu jugak sebaliknya.

Dulu kalau tengok drama melayu rasa macam poyo jer. Busy sampai anak terabai. Amboi busy sangat ker? Sekarang aku dalam situasi ni. Bukan langsung tak ada masa. Tapi masa tu kurang. Kalau dulu dinner blh duduk dan makan sama2 tapi sekarang anak2 pun ada aktiviti sendiri. Jadi kena ada masa, boleh tak boleh kena ada limit kalau bekerja. Kena tahu aktiviti anak2. tak boleh lepas tangan macam tu saja.

Anak2 boleh keluar tapi aku still kena ikut. Aku still ambik dan hantar diorang. Memang tak benarkan diorang tidur rumah kawan. School trip pun aku tak bagi ikut. Biar diorang depan mata. Senang aku nak kawal. Nak tengok wayang dengan kawan2 boleh tapi biar aku hantar sampai masuk panggung..hahaha



Malam keluar lagi makan

Budak2 ni mmg ada sorang satu handphone. Tapi aku ngan En Win akan pantau. No password kat phone. Aku boleh ambik bila2 masa phone tu. Semua password FB, Intagram aku kena tahu. Sms, wassap aku boleh baca. Kalau berani sorok lah. Mmg rampasan akan berlaku.

Dua hari masa aku dipenuhi bersama anak2. Rasa lapang dada aku. Semalam sempat tgk movie dan karaoke. Rindunya dah lama tak buat aktiviti macam ni. Tak sabar nak holidayyyyy


Friday, November 6, 2015

PROMO DEEPAVALI




HAPPY HOUR!! HAPPY HOUR!!

Satu hari sahaja. Bermula hari ini 6 Nov 2015 dari 10 pagi hingga 10 malam sahaja.

Sempena perayaan Deepavali yang akan menjelang tiba, pihak Ellfie berbesar hati untuk mengadakan HAPPY HOUR kepada semua harga berikut:

*SET ELLFIE ESSENCE HANYA RM100 SAHAJA*

*ELLFIE GOLD SERUM HANYA RM110 SAHAJA*

Whatsapp 0132755197 dengan 
CODE: Deepavali Promo 

Happy Deepavali to all our Indian customers!!


Thursday, November 5, 2015

RAMBUT KELIHATAN TEBAL DAN BERMAYA DENGAN DOVE


Korang ada tak masalah rambut kering dan nipis?? Rambut macam tak bermaya walaupun dicuci setiap hari tetap rambut akan menjadi kering dan nipis. Kak Elly pun mengalami masalah yang sama. Cantik sekejap jer lepas dicuci lepas tu ia akan kembali nipis dan kering. Dah macam2 syampu telah Kak Elly cuba tetap tak jumpa jalan penyelesaian nya. Jadi terpaksa ikat rambut sepanjang hari. 
Kadang2 terpaksa bersanggul semalaman supaya esok pagi cantik beralun. Itupun sekejap jer lah. Kak Elly perasan kebanyakan wanita memiliki rambut yang nipis agar sukar menyuburkan rambut dan membuatkan rambut mereka kelihatan tebal. Kecuali kalau pergi ke saloon rambut buat hot curl yang besar2 tu, barulah lah nampak rambut tu banyak sikit..hehehe.TAPI sekarang ni Kak Elly dah jumpa jalan penyelesaianya. Macam mana nak buat rambut tidak lagi kelihatan kering dan nipis.
 
Dove Volume & Nourishment dapat membantu menyuburkan rambut serta menjadikan ia tebal menerusi Syampu dan Perapi Dove Volume & Nourishment. Rambut semakin mudah di rapi dan semakin cantik.  Mesti korang tak percaya kan?? Ok Kak Elly nak share gambar sebelum mengguna kan Syampu dan Perapi Dove Volume dan gambar selepas menggunakannya.

 


Ni gambar waktu ambik anak sekolah. Rambut Kak Elly Nampak sangat nipis dan kering kan. Bila nipis nampak tak cantik dan sukar dibentuk.


Ni gambar selepas menggunakan Dove.

Huaaa...suka macam magic rasanya. Rambut Kak Elly kelihatan tebal dan bermaya. So far Kak Elly tak pernah jumpa mana2 produk lagi menyelesaikan sekali 2 masalah iaitu rambut kering dan nipis. Tapi dengan Dove kedua-dua masalah ini sudah tiada lagi. 

Alhamdullilah...tiada lagi masalah kering dan nipis. Dove menggunakan Teknologi Oxyfusion dimana formulasinya mengandungi gabungan unsur oksigen. Rumusanya akan menyerap kedalam rambut dengan segera dan akan memberi kelembapan mendalam di samping menjadikan rambut kelihatan tebal dan bermaya sehingga 95% tanpa membuat rambut berasa berat. Teknologi Oxyfusion ini terdapat dalam Syampu dan Perapi.   


Syampu Dove Volume & Nourishment


Mengandungi Teknologi Oxyfusion untuk memberikan khasiat dan menjadikan rambut kelihatan tebal dan bermaya sehingga 95%. Membersih dengan lembut dan menyuburkan rambut pada setiap kali cucian. Gunakan pada rambut yang basah, urut perlahan pada rambut dan kulit kepala, kemudian bilas.

Perapi Dove Volume & Nourishment


Perapi inu menyuburkan rambut dan kembalikan kelembutan dan kelicinan tanpa menjadikan rambut terasa berat, paling best menjadikan rambut yang kering dan nipis kelihatan lebih tebal dan bermaya. Gunakan pada rambut yang basah, fokus pada pertenghahan hingga penghujung rambut dan bilas.

Guna Dove Volume & Nourishment sudah tiada lagi masalah rambut nipis dan kering. Sekarang confident jalan mana2 lepas rambut. Dah tak ada rambut ngeri lagi. Dah tak perlu tocang atau sanggul rmabut sepanjang hari untuk mendapatkan rambut yang menawan. Terima kasih Dove!!

More info korang boleh click website Dove ni.