Nuffnang Advertisement

Saturday, October 31, 2015

Pengalaman bersama Dr Azizan Osman

 
Pengalaman berniaga banyak memberi pengajaran. Tapi dalam perniagaan tak cukup setakat pengalaman sahaja. Kena ada knowledge baru kita tahu cara yang betul untuk bertindak.

Kadang2 kita terlampau selesa dengan apa yang kita dapat. Melangkah setapak lagi kehadapan rasa macam berat jer nak bertindak sbb apa yang kita dapat selama ni rasa dah sangat mencukupi. Tapi cita2 bukan main tinggi melangit tapi bila nak bergerak tu lah kena ada orang tolak atau ketuk kepala baru nak bertindak. Duit dah tinggal sikit bila ada masalah baru tercari2 jalan penyelesaian. Itu lah sikap peniaga kita termasuk aku.

Semua dah ada di depan mata tapi pengalaman dalam perniagaan belum cukup untuk Ellfie Team bergerak maju. Cara pemikiran kami masih sama belum terfikir cara berniaga di luar kotak pemikiran. Korang faham tak apa yang Kak Elly maksudkan. Cara pemikiran Ellfie Team berniaga sama dengan peniaga yang lain tiada perbezaan langsung. Tiada pesaingan yang blh buat org nampak Wow.

Kenapa tak 'wow'??? sebab kita belum cukup knowledge lagi dalam perniagaan ataupun dalam marketing. Jadi Ellfie Team ambik keputusan mempelajari sesuatu supaya kami bertiga buka mata dan tahu lebih mendalam mengenai marketing dan dunia perniagaan.

Kami bertiga tidak ada leader utk menentukan perjalanan Syarikat. Kami bertindak atas dasar keputusan yang selalunya tidak berfikir secara mendalam. Marketing yang kami buat sama seperti org lain tiada langsung kelainan dan itu membuat kami bertiga terfikir utk berbuat sesuatu. Cari seorg mentor yang blh guide kami dalam dunia perniagaan.

Mentor atau Sifu itu adalah Dr Azizan Osman yang telah membantu beratus2 peniaga melayu menjadi 'Jutawan'. Ini adalah kenyataan dan banyak bukti yang Kak Elly baca tentang kejayaan peniaga melayu diatas bantuan dan membimbingan Dr Azizan Osman. Dengan syarat korang ikut segala tips dan guide yang diberikan oleh Dr Azizan. Tapi jangan lah korang ingat pergi satu kelas jer dah boleh jutawan. Kena lah ada usaha jugak dan jangan berhenti untuk belajar.
 


3 hari Kak Elly berkampung di PGRM, Cheras utk mendapatkan ilmu. Kelas seawal 8.30 pagi dan berakhir 11.00 malam. Sampai lembik badan tapi tengok kiri kanan penuh semangat membuat Kak Elly menjadi kuat.



Peniaga2 yang ingin mendapat bimbingan dari Dr Azizan. Dari merata2 negeri semua berkumpul utk mendaptkan ilmu. Seawal pagi semua dah berkumpul. Respect tengok diorang ni. Tapi diorang dah pergi beberapa seminar Dr Azizan. Kak Elly baru first time. Diorang dah bersedia dari mental dan fizikal.


 
 
Hari pertama attend class sangat2 menyeronok kan. Buat Kak Elly buka mata dan lebih berkeyakinan. Terus rasa semangat membara. Time break jer Kak Elly wassap Filla dan Peej belasah diorang cukup2. Tiba2 akak jadi garang. Sampai terkedu diaorang. "Kau dah kenapa Ly, buang tebiat ker?" hahaha
 
 
Luahkan apa yang terbuku, luahan pendapat dan tips Kak Elly dapat bersama2 mereka. Tapi bukan lah belasah diaorang tak tahu buat kerja. Belasah benda yang kita lalai selama ni. Marah kat diri sendiri kenapa aku tak berani untuk push diri sendiri menjadi seorang peniaga yang kuat. Ini asyik malu jer. Mmg tak kemana lah jawabnya. Pengasas tapi suka buat marketing kat dalam office jer. Apa ke hal nya? keluar jumpa orang, keluar bercakap depan TV, share apa yang kita ada. Pengasas Skincare tapi malas nak cantik kan diri. Asal kulit cantik cukup tapi gaya tak ada? macam mana tu? Macam mana orang nak yakin?? adoi macam mana ni.
 
 
Tips2 yang Dr Azizan bagi sangat luar biasa. Insyaallah kalau digunakan boleh buat pengguna buka mata...insyaallah.
 
Hari kedua kelas Kak Elly demam, muntah2. Input banyak sangat masuk sampai jadi keliru tak tahu nak buat yang mana satu dulu...hahaha. Berdebar2 nak berdepan dengan Ellfie Team untuk share pengalaman. Waktu break 2 jam sewa hotel budget RM40 makan ubat dan tidur sekejap. Baru rasa lega. Bila keluar dari hotel budget ada Bangla pandang sampai geleng2 kepala. Eh! ingat pelacur ker? tampar kang nak!! hahaha
 


 
 
Kami peniaga melayu yang ingin berjaya. Banyak lagi yang kami perlu pelajari. Doakan kejayaan kami.
 
Thank you so much Dr Azizan Osman kerana membimbing kami. Rasanya belum cukup lagi ilmu dan pengalaman kami dapat dari Dr Azizan. Insyaallah kita akan jumpa lagi.
 
"Bila MINDA dan EMOSI kita berubah. Insyaallah keadaan hidup kita juga akan berubah"
 
 
 
 





Monday, October 26, 2015

EXHIBITION MATRADE


Sakit2 tulang belakang dan bahu semua. 2 hari 1/2 berkampung di Matrade. Tahap keletihan sampai Peej tak boleh fikir dan bercakap, Filla tahap mata kuyu jer...hahaha.

Walaupun letih tahap gaban tapi pengalaman yang cukup berharga buat kitaorang. Satu step lagi kehadapan untuk memperkenalkan Ellfie Beauty. Kitaorang tak fikirkan pasal keuntungan aslong dapat pulangan modal pun dah alhamdullilah. Our target nak perluaskan lagi tentang produk kami kepada orang ramai. 

Tapi tak sangka ramai juga serbu booth kami dan berganda2 pulak keuntungan...hehe. Alhamdullilah, syukur Ya Allah. Bukan perkara yang mudah untuk kita menyakinkan customer yang tidak tahu apa2 tentang Ellfie. Macam2 penerangan dan testimoni kitaorang share dan paling best hari ni orang dah start wassap dan order. Ada yang nak jadi agent terus pun ada. Jadi tak sia2 kitaorang edarkan hampir 2 ribu flyers. Walaupun tak semua baca tapi ada jugak lah yang tersangkut...hehehe



Kejadian hari Jumaat. Kitaorang berkampung dari pukul 6pm sampai kul 10 malam. First time buat jadi tak berapa tahu nak buat susunan lagi. Nasib Pak Radie banyak membantu.



Team work paling penting. 


Peej waktu ni dah bermandi peluh sebab buat kerja tanpa aircond. Holloh3 cian Oling basah satu badan.



Me and Filla


Sementara diorang buat susun atur Kak Elly cop semua flyers untuk di edarkan esok. 



Kelaparan....nasib Abg Toyib datang bungkuskan Mee Hoon Goreng. Bijak Abg Toyib walaupun tak disuruh. Maka bersungguh2 lah aku ngan Filla makan begitu juga Oling di bawah ni



lapar sangat tu Oling...hahaha



Tadaaa....Boleh lah kan. Booth kecik jer. Nak letak macam2 takut sempit nanti.



Gambar kenangan di Booth pertama kami. Eh! pasal apa ada kepala kecik sebelah kanan tu...hahaha



24th October seawal pukul 9 pagi kitaorang dah sampai. Exhibition bermula dari 10 pagi sampai 10 malam. Tapi korang tengok pukul 9 pagi orang dah beratur untuk registration sampai keluar bangunan. Debar2 kitaorang...haha



Alhamdullilah...non stop orang singgah. Mostly reader kami datang untuk mendapatkan harga runtuh dan free gift. Orang luar bila tengok orang serbu booth kami ia menjadi satu tarikan. Diorang singgah jugak untuk mendapatkan info mengenai Produk Ellfie. Itu yang aku ngan Filla bersama 2 orang pekerja jadi kalut sikit.



Bukan wanita jer berminat, lelaki pun ramai yang singgah untuk dapatkan produk Ellfie.



Ini baru sebahagian gambar pembeli Ellfie. Korang tunggu entry Kak Filla nanti. Gambar semua ada dalam camera perempuan tu. Team Ellfie mengucapkan terima kasih banyak2 kepada pembeli kerana percayakan Ellfie Beauty.



Peej paling gembira duduk kat Exhibition ni. Oling tak berhenti makan ya. Kejap kang makan pulut, tak sampai 5 minit sedut CikEdut pulak, Kang makan mangga...hahaha. Happy jer muka Oling makanan depan mata. Lauk gambar atas ni Kak Filla bawak dari kenduri tahlil. Siap ada sambal tempoyak lagi...maka bersila lah aku ngan Peej menjamu selera.



Akak ni pembaca tegar blog kami bertiga. Disebabkan Kak Pilla pandai pujuk sekali dia ambik 2 set dan 1 serum...hahaha, Terima kasih Kakak. 



Hari kedua di Matrade. Sebelum bekerja makan dulu nasi lemak. Breakfast pagi ni Kak Filla dan Pak Radie belanja.



Buka jer booth orang dah menanti nak beli Ellfie. 



Oling jaga cashier. Siap kipas lagi di tangan. Pak Radie tukang2 jerit nama Ellfie bagi orang semangat sikit nak datang.



Sempat bershopping gak kat Lovetulippe. Serious baju kat sini cantik2 ala2 batik Sarawak. Korang kena gi intagram Lovetulippe tgk koleksi baju diorang. Mmg sangat2 menarik.

 Semua dalam gambar ni adalah pengguna tegar Ellfie Beauty.


Amboi dapat Mic tak berhenti bercakap. Korang ingat aku berani ker. Diorang tolak aku suruh bercakap ya. Filla selamat sebab suara dia tak ada hari tu. Oling mmg dah awal2 cakap tak nak. Walaupun tangan gigil2 dan muka terasa kembang perjuang tetap diteruskan...hahaha

Waktu ni nak kasi tau kat pengunjung harga happy hour. Harga runtuh tu yang kena jerit2 sikit...hahaha. 



Pengalaman yang sangat2 best walaupun di saat2 akhir tenaga kami dah tak ada lagi. Mata masing2 dah tak boleh bukak. 2 hari tak jumpa anak. Alhamdullilah berbaloi...atleast ramai dah tahu tentang kewujudan Ellfie Beauty.

Perjuangan akan diteruskan pada bulan 12 ni bersama Duta Ellfie yang baru. Siapa dan dimana...tunggggguuuuuuuu!!




















Friday, October 23, 2015

HIBURAN ON DEMAND (OD) DARI ASTRO



Haritu Kak Elly berpeluang pergi ke Pelancaran Astro, On Demand atau OD.

Apa tu OD?? Nanti Kak Elly share lebih details lagi mengenai OD ni ya. Sebelum tu meh cuci2 mata dulu tengok gambar yang Kak Elly sempat ambik waktu pelancaran hiburan OD di Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia.



Sampai2 jer nampak bunting ni. Ni semua cerita wayangkan? Ada kena mengena ker dengan OD?. Ok takpe kita jalan2 dulu sementara pelancaran belum bermula


Tengah jalan2 ada zombi pulak...ok meh lah bergambar walaupun tak tahu mengapa zombi ada depan pintu masuk...hahaha



Eh! Dinosaur pun ada. Macam ada cerita menarik jer nanti. 



Fast & Furious 7 pun ada....ok dah makin teruja. Ini mesti ada kena mengena dengan rancangan terbaru dari OD ni.



Ok masa yang ditunggu2. Emcee telah menjemput Dato Rohana Rozhan, Chief Executive Officer of Astro untuk memberi sepatah dua kata



Tu dia...naik pentas dengan bodyguard Starwars lagi...hahaha


Setelah mendengar penerangan Dari Dato Rohana Rozhan baru lah Kak Elly faham apa itu OD.

Mulai sekarang korang berpeluang untuk memilih rancangan kegemaran dan menonton serta merta di TV dan juga di peranti. Korang boleh memilih cerita hiburan daripada filem-filem aksi terhebat Hollywood seperti The Avengers, Age Ultron dan Fast Furious 7 dan juga hiburan terbaik Asia seperti Memori Cinta Suraya, Ba Ba Qu Ba Er dan Rasikka Rusikka. Filem-filem kesukaan kanak2 pun ada seperti Minions dan Inside Out

Cerita seram pun ada ya. Berita baik juga peminat Drama Korea yang tengah meletup2 dan paling best korang boleh download dan menonton kesemua musim rancangan Game of Throne.

Macam tak caya kan boleh tgk semua ni! Hebat sangat ni cerita wayang yang best2 dah boleh tengok di TV. Tapi macam mana caranya???


Pelanggan Astro boleh mendapatkan perkhidmatan OD menerusi decoder PVR yang disambungkan kepada internet di rumah. Caranya sangat mudah hanya tekan butang Home di remote. Tekan Setting, Network, pilih Wifi dan masuk kan wifi anda. Jika dah berjaya masuk kan wifi, korang dah boleh tekan On Demand dan pilih OD pilihan anda. OD Free, OD Plus ataupun OD Store. Senangkan korang dah boleh pilih movie yang korang nak tonton bersama keluarga



Pelanggan juga boleh memilih menerusi aplikasi Astro on the Go (AOTG) di telefon pintar, laptop atau tablet. Pengguna yang tidak melanggani pakej Astro, mereka masih boleh menikmati rancangan OD menerusi AOTG.

AOTG boleh digunakan di mana-mana dan rancangan boleh di muatturun ke peranti mudah alih untuk tontonan diluar talian.

Kalau korang kurang jelas atau faham cara penggunaan Decoder PVR atau AOTG korang boleh click http://www.watchod.com/ untuk more information.

 OD menawarkan 3 pilihan unik yang bersesuaian dengan setiap budget dan juga pilihan penonton

OD Free
Pelanggan Astro yang telah pun menyambung PVR mereka kepada Wifi di rumah boleh menikmati pelbagai rancangan kegemaran mereka secara percuma mengikut langganan pakej Astro masing-masing. Ya secara percuma....tiada bayaran yang dikenakan. Korang boleh menonton bila2 masa yang korang suka.


Pilih dan tonton episode terbaru siri TV popular seperti Empire, Scandals, The Walking Dead, Heroes Reborn, Quantico, The Tonight SHow Starring Jimmy Fallon,Game of Thrones, The Blacklist, The Voice dan bermacam2 lagi. Semuanya bersiaran serentak dengan hari tayangan perdana di Amerika Syarikat.

Korang juga boleh menonton kembali episode terbaru rancangan tempatan seperti Akademi Fantasia, Classic Golden Melody dan lain2 lagi. 


OD Plus
Astro menyediakan akses on-demand untuk rancangan tempatan dan antarabangsa termasuklah filem blockbuster, siri lengkap TV dan juga rancangan kanak-kanak, pada hanya RM15.90 sebulan. 






Rancangan2 seperti Grey's Anatomy, The Flash, Arrow, Gotham, How To Get Away With Murder, Agent Carter, Big Bang Theory dan filem-filem blockbuster Hollywood seperti Harry Potter dan The Lord of the Rings.

Rancangan Korea seperti Infinite, Challenge dan Just Married. Peminat animasi juga berpeluang menonton judul terbaru Animax dari Jepun dan kanak2 boleh menonton rancangan kegemaran mereka.


OD Store
Pelanggan boleh memilih dan membayar judul-judul terbaru yang ditayangkan di pawangam dan menonton serta merta. Dari Hollywood sehinggalah filem tempatan.

Fast Furious 7, The Avengers, Age of Ultron, Inside Out serta kapsul, Bravo 5, Jejak Warriors, Heart Attack dan The Killer boleh di dapati di OD Store



 Mudahkan....korang hanya perlu memilih mana2 OD untuk menonton rancangan kegemaran anda. Boleh menonton bersama keluarga. Anak-anak juga boleh memilih rancangan kegemaran mereka. Nampak tak karekter kat atas tu, semua ni korang boleh saksikan di OD.

Anak2 Kak Elly mesti teruja nak menonton Minions dan Inside Out. Tak sabar nak bagitau pasal pelancaran terbaru On Demand ni.

Oh ya!!

Pelanggan Astro yang menyambung PVR mereka ke Internet sebelum 31 Januari 2016 akan menikmati akses percuma selama 3 bulan kepada kandungan OD Plus. Untuk maklumat lanjut, sila layari website http://www.watchod.com/





Wednesday, October 21, 2015

OLIVINA RESIDENCES


Ada tak sesiapa yang tengah survey2 nak beli rumah atau tengah cari rumah untuk investment? 
 
Olivina Residences, Condominium tinggi yang pertama di TTDI Alam Impian. TTDI Alam Impian di majukan oleh NAZA TTDI. Kediaman ini paling ditunggu2 penduduk di sekitar Shah Alam dan pembeli dari luar juga.
 
Projek yang dimajukan oleh NAZA TTDI memang sangat2 popular dikalangan yang menetap di Shah Alam, Kota Kemuning dan yang berdekatan. Projek dari NAZA TTDI korang tak perlu bimbang kerana ia merupakan projek yang terbaik dan jarang mempunyai masalah.
 
Membeli Olivina Residences ia merupakan satu pelaburan yang berharga bagi keluarga yang besar dan juga bagi pelabur2 tanah. Kak Elly nak share dengan korang serba sedikit mengenai Olivina Residences.



Pada sesiapa yang suka rumah kediaman yg berbentuk resort ini Olivina ada pilihan yang tepat. Selain itu terdapat banyak kemudahan yang disediakan seperti:-
*Rumah kelab 2 tingkat
*Kolam renang
*Gymnasium 
*Taman reakreasi 
*Dewan Serbaguna
*Tadika
*Kedai runcit

dan bermacam2 lagi kemudahan yang disediakan


Yang paling best kediaman Olivina ni fully furnished kerana setiap rumah telah siap dilengkapi. Ia dapat mengurangkan kos perubahan dan perabot jika anda membeli Olivina Residences. Tak perlu nak risau2 cari perabot. Semuanya sudah siap tersedia. Yang paling best pula unit-unit Olivina ini hak milik kekal!!

Bagi pilihan Olivina Loft (atas) terdapat 143 unit keluasan sehingga 950 kaki persegi yang boleh mengisi sehingga 2 generasi keluarga pada satu komuniti. Manakala pilihan antara tingkat 8 dan 9, Olivina Grande (bawah) terdapat 142 unit. Keluasan sehingga 1,380 kaki persegi.

  

Olivina Residences ini sangat sesuai bagi mereka yang sedang mencari rumah pertama mereka. 
Kebaikan membeli Olivina Residences
*kediaman gaya resort
*Fully Furnished
*Mempunyai Club House
*Pilihan bahagian atas (Olivina Loft) dan bawah (Olivina Grande)
*Ruang yang flexible dan mempunyai ruang tempat letak kereta dan mempunyai taman di hadapan dan tepi.



Jangan risau kerana Olivina Residences  ini  menghubungkan ke jalan-jalan dan lebuhraya utama seperti Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA). Ia menghubungkan terus dari kediaman ke Lebuhraya Federal dan Kesas. Tiada masalah yang berkerja di Kuala Lumpur, Subang Jaya dan Petaling Jaya. 


Exclusive Preview akan diadakan pada 24 & 25 October 2015, dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Cepat2 register jika korang mahu mendapatkan jemputan ke Exclusive Review dari Naza TTDI.
 
Kalau korang berminat untuk mendapatkan more information mengenai kediaman Olivina ini korang boleh click website http://www.olivina-residences.com/ ini. 
Jangan lupa mendaftar untuk 'Exclusive Preview' pada bulan October ini atau hubungi 03-2718 1778 untuk tujuan pendaftaran.  Unit2 kediamanan Olivina Residences ini sangat2 terhad. Cepat2 sebelum terlambat. Siapa cepat dia dapat!!




OH...RIZALMAN



Kak Elly dan Rizalman mmg berpisah tiada. Ayat ni kalau En Win tak habis baca mau perang besar ni...hahaha.

Kak Elly dan angan2 mmg tak dapat dipisahkan dari dulu lagi. Sebelum tidur mesti kena berangan dulu. Adalah dekat 3 bulan angan2 yang sama lately ni. Bila berangan terus semangat nak cari duit tu membara.

Suka giler hasil kerja Rizalman especially part design rumah. Kak Elly mmg tabik spring. Segala sentuhan dia macam menjadi jer. Semua cantik2 tapi harga jer tak cantik....hahahaha



Kak Elly suka jer share angan2 pasal rumah dengan En Win tapi dia angguk2 jer. Tak suka dengar lah tu. Itu yang ambik keputusan share ngan korang....hahaha

Satu hari Insyaallah, nak rumah cantik meletup macam ni. Penat bekerja, bila masuk rumah rasa tenang jer kan. Bukan tak suka rumah sekarang cuma nak upgrade lah sikit kalau ada duit..hehehe. 



Ruang kerja. Baru lah keluar idea pom3...hahaha.

En Win ada lah perli2 kalau aku cite ngan dia. "Kalau nak rumah cantik kurangkan lah beli handbeg. Duit beli handbeg tu simpan dapat buat bilik" amboi2


Target lagi 2 tahun...insyaallah.

Suka colour pastel2. Tenang dan damai bila masuk rumah. Anak2 pun dah besar, boleh letak perhiasan cantik2 sikit. Rumah nak ada berkonsep tak nak kelam kabut campur2 warna. Bilik anak2 nak design yang tak membosan kan. Design yang boleh guna sampai diorang kawin nanti...eh!


Cantik sangat ni...itu lah yang malam berangan tak habis2. 



Nak bilik macam ni...baru lah mimpi indah2...hahaha. Tengah type ni pun muka senyum2 jer. Dapat tengok2 gambar macam ni rasa tenang jer. Berangan ni mmg seronok kan. Kalau dapat lagi seronok...hehe

Terima kasih kerana melayan saya hari ni. Puas hati I dapat share. Ok, nak sambung kerja.



Tuesday, October 20, 2015

EXHIBITION FIESTA MUSLIMAH PADA 24 & 25 OCTOBER


Jom korang turun ramai2 Sabtu dan Ahad ni (24th & 25th October) di Pusat Pameran & Konvensyen Matrade (MECC)

Team Ellfie akan berada disana juga dan untuk pengetahuan korang sesiapa yang membeli Set Ellfie Essence dan Set Ellfie Gold Serum akan mendapat Free Gift dan Harga Istimewa khas untuk pembeli di Exhibiton sahaja. Sangat2 berbaloi. Rugi kalau tak datang...hehe





Dari 24 - 25 October 2015

Booth No. 30 (Ellfie Beauty Sdn Bhd)
Sabtu, 24th October - 10.00 pagi - 10.00 malam
Ahad, 25 October - 10.00 pagi - 8.00 malam



Macam2 ada di Fiesta Muslimah ni. Boleh datang cuci mata atau cuci wallet sekali. Tapi jgn lupa singgah ker Booth kami ya. Booth No 30. Kitaorang setia menanti. Dan Free Gift sangat2 terhad.



Insyaallah kita jumpa disana ya!! 

Monday, October 19, 2015

MEETING



Holloh2....meeting konon. Bila dengar ayat meeting macam nak menanah telinga...hahaha.

Siapa sangka dari suka2 nak nak cari duit tambahan, dari kerja kat rumah sekarang dah jadi sumber pendapatan.  Waktu mula2 keluarkan produk kitaorg berani keluarkan duit untuk 500 set jer. Itu pun takut2 nak keluar duit kat bank. Tapi tekad sebab kalau tak cuba tak tahu takat mana kemampuan kita. Dalam masa seminggu 500 set licin...huaaaa suka2. Continue order 1000 set. Dalam masa 3 minggu dapat feedback dan testimoni. Ramai bagi good feedback. Lagi lah rasa teruja. Lama2 order semakin bertambah dan kami bersetuju nak keluarkan loose pulak. Lepas 2 bulan dah boleh nampak hasilnya. 

Setelah berbincang sedalam2nya kitaorg pakat nak besarkan lagi bisnes ni. Nak buat proper sbb dah boleh nampak Ellfie Beauty  boleh pergi jauh...amboi....hahaha.

Tekad dan sebulat suara nak naik kan nama Ellfie Beauty supaya dikenali di serata dunia...insyaallah. Dulu waktu time kerja ada arrange kan boss punya Board Meeting. Selalunya Board Meeting  ni akan discuss pasal markerting dan keuntungan Syarikat. Aku arrange jer meeting tu tapi apa yang diorang discuss mmg tak lah aku tahu.




Now...bila dah ada company sendiri baru tahu pasal Board Meeting. Nampak macam main2 jer discussion ni sebab semuanya kawan2 kan. Asyik bergelak jer. Tapi kau ingat Abang Toyib tu suka gelak2 dalam meeting. Minutes meeting kena submit kat Company Secretary. Budget, Marketing, Staff, Salary semua kena bentangkan. 

Sesuatu pengalaman yang baru. Dalam meeting discuss banyak benda macam mana nak rancang kewangan syarikat, berapa budget untuk marketing, bila increment patut bayar, bila dividen boleh di keluarkan. 

Bentangkan kewangan Syarikat, rancangan marketing untuk setahun, reward untuk agent dan sebagainya. Bukan perkara yang mudah. Semua kena transparent tak ada selindung2. 



Ada lah dekat 3 jam meeting hari tu. Banyak perancangan dah buat, tinggal nak jalankan jer. Apa yang dibincangkan kena buat minutes dan hantar kepada Company Secretary.

Dari tak tahu dan semakin tahu. Kewangan dan budget lebih teratur. Masing2 ada tugas yang perlu diselesaikan. Hopefully semuanya dapat berjalan dengan lancar.

Esok Kak Elly nak share first exhibition yang kitaorang nak join. Hope korang support yek.