Nuffnang Advertisement

Tuesday, September 29, 2015

Sharp Mite Catcher


Korang pernah tak duduk kat sofa, baring kat tilam ker atau guna selimut tiba2 rasa gatal2. Dah cuci banyak kali pun  rasa gatal2 tu akan dtg balik. 

Kalau baby korang letak kat baby coat tetiba tgk badan merah2 tapi bilik tak ada nyamuk. En Win kulit dia mmg sensitive duduk sofa valvet atau carpet yang banyak bulu2 tu mesti badan dia jadi merah. Korang pernah tak jadi macam tu? 

Ada kan!!! Kak Elly nak bagi 'Teaser' sikit produk terbaru dari Sharp yang dapat mematikan kuman atau hama yg terlekat di carpet, sofa, tilam, selimut dan lain2 lagi. 

Hama yang berada di tilam, sofa atau carpet ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar hanya Sharp Mite Catcher dapat menghilangkan hama yang melekat ditempat2 yang Kak Elly sebutkan tadi.




Ini lah dia Sharp Mite Chatcher


Kak Elly dijemput untuk ke Sharp Mite Catcher Launch di Tropicana Golf & Country hari ni. Nanti bila Kak Elly dapat info mengenai produk ini Kak Elly akan share ngan korang semua ya. 

Rasanya produk ni memang sangat2 bagus terutama yang ada anak kecil dirumah. Tunggu tau nanti Kak Elly share ya.


Monday, September 28, 2015

PAGI2 DAH MASUK DAPUR


Dah hampir 2 minggu MIL duduk ngan kitaorang. Dah boleh berjalan tapi still kena guna tongkat lah. Tak susah sangat jaga Mak, cuma kena sediakan makanan dan ubat2 jer untuk dia makan. Kain baju tu normal lah kena basuh tapi bukan banyak pun. Minggu lepas musim cuti sekolah lagi senang sebab ada budak2 tolong tengok kan.

Rutin harian ada sedikit perubahan. Selalunya Kak Elly akan masak waktu petang lepas balik kerja. Tapi sekarang kena 2 kali masak. Seawal 7.30 pagi dah masuk dapur sediakan sarapan dengan makan tengahari. Sediakan ubat untuk mak makan. Lepas tu kemas dapur siap2 masak nasi. Nanti tengahari Yaya akan panas lauk dan nasi.

Petang balik office. Kemas balik dapur. Mmg x bagi mak basuh pinggan sebab tak nak dia berdiri lama2. Korang tahu lah budak2 dia basuh macam2 tu jer. Bila dah kemas semua masak untuk makan malam sebab Abg Toyib suka makan panas2. Tak banyak pun cuma tambah 1 atau 2 lauk lagi jer. Malam mak tak makan nasi dia prefer makan roti dengan balance kuah yang masak pagi tadi.



Kari Ikan Bawal

Kalau dulu malas masak boleh makan kat kedai. Tapi sekarang macam tak sampai hati pulak nak keluar sekeluarga tinggal kan mak kat rumah. Kalau nak keluar pun dah siap2 bagi mak makan baru kitaorang keluar.



Semalam masak Mee Kari. Kadang2 bila asyik makan nasi pun rasa jemu gaks. Tapi stress ya sebab tiap2 hari kena fikir lauk yang berlainan.

Mak tak makan pedas. Cili kering bila gunting kena buang biji. Bila dah blend kena buang air cili tu. Jadi tinggal hampas2 cili jer. Semalam gi pasar Chow kit cari cili yang tak pedas. Nasib ada.



Malam tu baru masak nasi sebab Abg Toyib nak makan Ikan bilis Petai. Ingatkan baru nak bersantai kat atas katil. Tetiba dia cakap lapar...hahaha. Diet konon...puiii sehari jer bertahan. 



Amboi berselera kau makan Bang!! Walaupun penat asyik masak jer tapi bila tengok semua makan rasa puas hati.

Waktu buat entry ni Abang Toyib baru lepas called...nak makan Ikan sambal hijau, sayur kobis letak udang. Bukan main ingat restaurant ker Bang ooi.



Pagi tadi buatkan breakfast untuk budak2 sekali.



Sempat masak gulai lemak ayam pagi tadi. Ikan bilis petai mmg buat banyak semalam so boleh makan tengahari nanti. Bahan mentah mmg dah restock hari Sabtu lepas gi Pasar Tani Setiawangsa. Harga boleh tahan mahal gaks. Semua lah mahal sekarang ni...adoi.

Harap kerajinan Kak Elly boleh bertahan lah sebab kalau datang kemalasan tu berhari2 nanti tak masak. hahaha. Ok nak sambung kerja balik...
















Wednesday, September 23, 2015

HANYA BAYAR RM70 UNTUK 7GB SEBULAN


Teperanjat kan!! Bayar RM70.00 jer boleh guna 7GB sebulan. Murah giler kan Plan ni. Kak Elly guna pun sebulan almost RM100++ kot. Rasanya sangat berbaloi untuk orang yang guna internet 24 hours ni.

Postpaid Plan uMobile ni nama dia Hero P70. Wah! nama pun ala2 penyelamat dunia...hahaha. Serious plan ni memang murah giler. Sangat berbaloi kalau beli plan ni. Murah sangat2. Ini kalau Kak Elly pakai tengah bulan asyik kena kena tambah jer GB. Bila kira2 balik macam banyak sangat kena bayar ni.



Cuba korang tgk chart kat atas ni banyak beza sangat dengan apa yang Kak Elly bayar sekarang. Tgk tu beli 3GB baru RM28.00. Lepas tu dapat lagi 300 sms percuma. SMS korang sampai lebam...hahaha. Anak Kak Elly dua2 orang pakai handphone sekarang ni. Rasanya sangat2 berbaloi kalau ambik Plan ni.

Bila Kak Elly beli Plan Data Quote dan unlimited calls yang sama seperti Kak Elly guna sekarang ni dapat jimat banyak. Almost RM130.00 sebulan. Dengan penjimatan ni Kak Elly boleh beri kepada anak2 pulak dan membeli kan mereka Plan yang sama untuk mereka. Sangat2 berbaloi.



Nampak tu 'Panggilan tanpa had' lepastu boleh guna 7GB untuk sebulan. Mmg penjimatan sangat ni. Dah sekarang segalanya2 menggunakan internet mmg berbaloi ya. Kak Elly ni dah lah peniaga online rasanya lepas ni mmg kena bertukar kepada plan ni. 




Ada lagi yang best. UMobile ni sediakan Plan untuk Talian Ahli. Apa itu Talian Ahli??
Macam ni kalau korang beli Plan 7GB sebulan tu korang kena bayar RM70.00 jer kan. Untuk dapatkan Talian Ahli ni korang kena tambah lagi RM10.00. Jadi total korang bayar RM80.00 TETAPI  korang blh share internet dengan no tersendiri. Contoh anak Kak Elly ada 2 orang kan. Jadi Yaya dengan adik blh guna sama2.  Kiranya cuma bayar RM40.00 setiap sorang tapi boleh dapat internet 7GB.



Korang blh tengok sendiri perbezaan uMobile dan Telko lain.  uMobile beri 7GB, Telko lain hanya beri 5GB sahaja. 
Kenapa perlu bayar lebih kan. Bayar kurang tapi dapat penggunaan lebih itu lebih berbaloi kan!! Jom cepat2 dapatkan Postpaid Plan uMobile Hero P70.

Untuk keterangan lebih lanjut korang click https://www.u.com.my/postpaid


Tuesday, September 22, 2015

Website Ellfie


Alhamdullilah...banyak benda dah settled. Now boleh tumpukan kepada marketing 100%. Barang2 hampir 80% dah cukup. So semua benda dah ada depan mata tinggal nak deliver jer dekat customer. Barang2 di office pulak almost complete. No more tulis2, sekarang print jer order customer. Pos laju pun kita dah submit semua document, sekarang dalam proses dapat kan approval. Lepas ni tak payah Peej berangkut lagi barang2. Dropship pun dah menunjukan taring..hehehe. Agent semakin bertambah. Syukur alhamdullilah.

 Kalau dulu banyak benda tak cukup, susah hati sangat sebab tak suka buat customer tertunggu2. Duit dah ambik barang tak ada...sakit jiwa kitaorang bertiga.

Sekarang kitaorang dah boleh baca pergerakan company. Bila masa order akan banyak, bila masa order slow, bila masa boleh buat promotion...gitu. Sikit2 kitaorang kutip pengalaman ni.









Korang dah tengok tak website Ellfie Beauty . Kat website ni macam2 info korang boleh baca mengenai produk Ellfie Beauty. Macam mana nak jadi Agent, nak jadi dropship. Just click jer coloum yang disediakan. Boleh tgk testimoni yang disedikan. Jika ada sebarang pertanyaan click jer bahagian 'Help' tu. Sila2 lah ya click website kami....hehehe


Semalam botol dari China yang kitaorang order 2 bulan lepas telah selamat sampai di office. Lepas ni tak perlu lagi bergaduh dengan budak jual botol kat sini. Sakit jiwa nak menunggu turn bila siap. Kadang2 bila nak tanya telefon tak berjawab sbb dia tahu mulut Kak Elly laser jer nak marah...hahaha. Bila dah siap bukan main laju jer dia jawab panggilan.

Tapi proses order barang kat China ni bukan mudah, kalau korang tak ada agent yang bagus mmg ntah apa2 jadi kat botol ni nanti. Nasib aku ngan En Win dah biasa dengan selok belok perniagaan di China. Cuma hari tu stress sikit bila harga ringgit jatuh.




Ini baru separuh ya. Rasa nak pitam sebab tempat tak cukup. Kena susun ikut kategori balik. Kalau tak susah nanti nak cari barang. Takpe itu kerja budak2 MG Mover nanti. Rugi lah kalau tak guna staff suami...hahahaha. Kena label kan semua barang.



kat depan pun ada lagi



Kotak Ellfie semua dah siap print.




Paper Beg Ellfie


Kotak utk Agent pun dah siap tersusun


Tu dia staff Mg Mover dah sampai. Tolong susun kan ikut kategori dan buang segala kayu2 dekat kotak tu. Bagi kemas sikit susunan nanti. 

Agent, Dropship dan Ellfie Team...apa tunggu lagi. Kasi promote lah....hahahah





Monday, September 21, 2015

PENGALAMAN BERLAKON


Wah! hebat sangat rasa diri sekarang...hahaha. Berani2 ambik job yang depan camera lepas tu kena hafal script. Eh...dah giler perempuan ni. Waktu orang RTM called laju jer jawab setuju. Berani sangat waktu tu bagi jawapan boleh. Dah lupa diri tu sebenarnya tak boleh depan camera...hahaha

Kak Elly dapat call dari sorang silent reader yang bekerja di rancangan Walla (RTM) rancangan macam 'Jalan2 cari makan bersama blogger'. Mintak Kak Elly join rancangan ni. Dia kata tak lama pun shooting dalam 3 - 4 jam macam tu bersama Brian (peserta Master Chef)

Kenapa Kak Elly setuju?? 
Saja nak cabar diri...cewah. Dari dulu mmg minat menulis berani kan diri ber blogging. 2 tahun lepas blogging banyak rezeki yang datang. Macam2 benda Kak Elly lalui...photoshoot majalah, buat iklan, pergi event sana sini, shoot untk video, berdepan dengan orang sana sini. Huaaa best sangat satu pengalaman yang berharga walaupun dalam hati rasa nak meletop jantung. Tahun ni dapat peluang shooting kat TV pulak. Rasanya kena ambik peluang ni sebab rasanya pengalaman yang sangat berharga. 




Shooting hari Selasa kat Kajang. Script diorang baru email pagi tu. Sekali bukak tgk ada dalam 5-6 page script kena hafal. Dah lah Kak Elly ni ada kelemahan menghafal. Baca lah dekat 80 kali pun mmg tak boleh hafal punya. Lembab nak mampus otak ni. Tak nak stress2 Kak Elly pandang gitu2 jer. Faham kan topik yang dibualkan jer. 



Make up kat office jer. Senang lah sikit. Sampai2 blh terus shoot...kahkahkah. Ayat macam pelakon fofular. Kejap lagi kejung lah kau sorang2 kat depan camera tu.



Eh! apa putih sangat muka ni. Harap2 jangan melepak putih dalam TV nanti. Nanti jadi Abg Ajis pulak dalam Seniman Bujang Lapok...hahaha

Sebelah Kak Elly tu lah Brian. Rasanya ramai yang kenal kot. Nasib Brian ni sporting giler. Senang bekerjasama. Mana yang terlupa dia tolong cakapkan...hahaha.

Tapi giler terror ok...sekali shoot jer tak yah repeat2. Walapun suara tiba2 keluar macam itik tetap Akak teruskan dialog...hahaha. Tak tahu lah nak senyum ker atau nak pandang camera. Last2 akak pandang muka Brian jer...hahaha



Rancangan Walla ni mengisahkan seorang Blogger mengajak Brian ke sebuah restaurant yang menyediakan makanan berasaskan Durian. Of course makanan yang banyak menggunakan tempoyak adalah makanan berasal dari Negeri Pahang. 



Kak Elly kena ceritakan menu2 yang ada di depan dan bahan2 yang digunakan dalam menu tersebut. Lepas tu sessi merasa semua makanan diatas meja dengan bersungguh2. Part ni akak suka..hahaha



makan lah saya dan brian dengan penuh selera sekali walaupun pedas sampai keluar air hidung.

Pengalaman yang sangat2 berharga. Nanti Kak Elly inform ya bila rancangan ni di tayangkan dan sila berjanji jangan jadikan bahan gelak di depan TV sebab ini bukan cerita lawak...hahaha.

Pasal restaurant yang lazat ni nanti Kak Elly cerita dekat next entry. Kak Elly akan bagi full info ya. Makanan super lazat. Siapa pengemar Tempoyak Patin, Sambal ikan bilis tempoyak, Sambal Hitam, Puding Raja mmg ini lah tempatnya. Alamat kat bawah ni kalau korang tengah tercari2 makanan berasaskan durian ni:-

Restoran Dapur Koi
2-G Jalan Putra 2
Taman Putra Kajang
43000 Kajang






Thursday, September 17, 2015

ORANG PENANG.....ORANG MELAKA. MEH LAH PAKAT RAMAI2 DATANG KE FESTIVAL

 
Nak habaq mai kat orang Penang. Meh lah ramai2 turun ke Festival Penang. Jom orang Penang pakat ramai2 beli Ellfie Essence, Loose item Cleanser Toner dan Serum. Pasal harga jap lagi Kak Elly share na...
 
 
 
Dari 18 - 20 September. Bermula dari 10 pagi -10 malam. Masuk ada lah percuma!! Booth No E3
 
 
 
MELAKA
 
 
 
Orang Melaka oooiiiii....hahahaha. Jom datanga ramai2 ke MITC, Melaka dari 19 - 20 September. Bemula dari 10 pagi sampai 12 malam.  Sila ke Booth N85
 
 
 
Ellfie Team akan berada di MITC, Melaka pada hari Sabtu (19 September) jam 8.30 malam. Meh lah kita berkenal-kenalan. Siapa nak belanja makan dialu-alukan...hahahaha
 
 
Pada sesiapa yang datang ke Festival Penang dan Melaka membeli Set Ellfie Essence dan Serum akan diberi kan harga istimewa.
 
 
Set Ellfie Essence
RM120.00
RM110.00
 
 
 
Ellfie Gold Serum
RM130.00
RM120.00
 
Insyaallah kita akan berjumpa disana!!
 
 

Tuesday, September 15, 2015

Operate Lutut


Alhamdullilah...Mak Win dah selamat Operation Lutut. Operate kat Hospital Tung Shin sebab kat situ banyak doktor pakar. Tapi agak mahal sikit sebab ni hospital swasta. Reason tak bawak mak gi Hospital Government sebab mak dah tak larat menunggu lama2. Bila berjalan rasa mencucuk2 kat bahagian lutut tu.

Tu lah aku selalu pesan kat En Win....kalau ada duit lebih make sure ketepikan untuk simpanan. Walaupun ada insurance tapi kita tak tahu satu masa nanti keluarga amat2 memerlukan. Tak kan mak sakit dia yang kena tanggung perbelanjaan sendiri. Anak2 juga perlu ada tanggungjawab. Mulut mak ni cakap jer tak nak tapi bila anak2 beri suka hati diorang ni. Muafakat share sesama anak2 dan mak dah selamat pun operate lutu Jumaat lepas.



Miracle sangat selepas 2 hari pembedahan, now mak dah blh berjalan. Walaupun masih guna tongkat tapi dah tak rasa sakit langsung.

Aku cakap dengan En Win bawak Mak balik rumah kita. Biar aku jaga sebab masa aku bersalin mak lah susah payah jaga aku. Dari kecik anak2 aku duduk dengan mak sampai lah sekarang. Ini lah masa aku nak balas jasa. Tak susah pun nak jaga. Bukan nya mak sakit terbaring pun.

Pagi tadi dah siap masakan untuk lauk tengahari. Tengahari nanti suruh Yaya panas kan balik lauk dan nasi tu. Breakfast dah beli kan siap2. Air nak minum semua dah letak kat tepi mak baru aku gi kerja. En Win tengahari aku suh dia balik jengok2 kan mak.

Itu jer yang aku mampu buat masa ni. Nak tinggal kan office tengah banyak kerja pulak. Tapi dah pesan dengan Adik dan Yaya. Apa2 call Mama.

Mak aku selalu pesan...mak mertua tu jaga macam mak sendiri jugak. Jangan beza2. Iyo mak semua orang sayang. Cuma tak pandai tunjuk jer sebab I malu...hahaha

Monday, September 14, 2015

Terubat rindu


Awal pagi Ahad dah telefon Abah kata nak datang rumah. Tapi aku sorang jer. En Win uruskan anak2. Abah kata hari ni mak masak Mee Kari jer. Alaaaa...ayam sambal tak ada ker?. Tak ada mak kau tak masak ayam sambal hari ni.

Kul 11.30 pagi aku dah terjerit2 depan gate. Mak, Abah...Tuan Puteri Buluh Betung dah sampai. Santapan dah siap ker...muahahaha. Nampak muka Abah tersenyum. Terubat rindu. Cari mak kat dapur. Tengah masak Mee Kari dan Ayam Sambal. Huaaaaaa Mak masak gaks Tuan Puteri punya lauk. Terus peluk ketat2.



Tersedap dalam dunia.

Ramai mintak Kak Elly sambung entry pasal dapur. Bukan tak nak update tapi abah ngan mak tak bagi. Jangan katanya...ok faham. Mintak maaf yek tak dapat nak share. Aslong diorang happy dan terima pemberian Kak Elly dah alhamdullilah.

Saja usik...Abah nak swimming pool tak orang buatkan kat belakang rumah...hahaha. Eh! senyum2 pulak. Orang main2 jer lah...hahaha



Sikit jer lah gambar Kak Elly share. Alhamdullilah tertunai hasrat nak bagi diorang selesa. Kalau ada rezeki lebih nak bawak diorang duduk sama. Cari rumah yang lebih selesa. Nak yang ada swimming pool blh abah berenang2 nanti...hahaha



Bantai makan ayam sambal sampai 2 pinggan. Lepas tu rehat borak2 terus tertidur. Lepas sejam terbangun makan Mee Kari pulak. Lepak2 lagi tertidur balik...hahaha. Sekali bangun dah ada kopi dengan kuih. Pitam ni melantak jer. Dalam pukul 6pm nak balik, Abah tanya bila nak datang lagi?? huaaaaa terus sebak. Insyaallah kalau boleh tiap2 minggu nak datang.  

Pada usia 6 tahun - "mak, saya sayang mak"
10 tahun - "mak, apa2 la"
16 tahun - "mak saya merimaskan"
18 tahun - " Saya nak tinggalkan rumah ini"
25 tahun - "Mmg betul cakap mak selama ini"
30 tahun - "Saya nak pergi rumah mak"
50 tahun - "Saya tak nak kehilangan mak"
70 tahun - "Saya akan lakukan apa sahaja untuk mak berada di sisi saya"

 Lumrah manusia kan. Sayangi ibu bapa kita selagi masih ada.



Sampai rumah En Win ajak keluar balik. Cari barang2 untuk bercuti bulan 11 nanti. Tak mampu nak beli semua sekali. Bulan lepas dah settled bayar duit train. Bulan ni cari barang utk pakai musim sejuk di Swiss nanti. Glove kena beli yang kalis air dan tebal sikit



Cari kasut utk pakai waktu snow kat sana. kasut biasa takut licin. Terlentang jatuh pulak kang. Nasib murah dalam RM100 lebih jer. Yaya dan Adik dah beli bulan lepas. Now beli untuk adik aku dan tuan belog punya.



Bulan ni beli winter jacket untuk adik



dan En Win. Aku ngan Yaya pinjam Kak Ngah punya sebab diorang melambak jacket. Mana yang blh save kita save. Duit tukar tunggu dulu. Tak berani nak tukar waktu mahal2 ni. Harap sangat turun sikit dalam bulan 10 atau 11 ni. Tolong lah Ajib...akak merayu sangat ni....hahaha











Thursday, September 10, 2015

Cepatnya masa berlalu


Cepat betul masa berlalu. Dah hampir 3 bulan aku bekerja sendiri. Life berubah dan aku jadi seorang yang giler bekerja. Ya aku giler sampai kepala ni tak berhenti2 berfikir. Apa nak buat? Marketing? Produk? Packaging?? Price? Budget? 

Tapi aku tak pernah rasa stress sebab benda ni aku suka. Nanti bila idea datang cepat2 share dekat group lepas tu keluar icon tepuk tangan dari group...hahaha. Bila idea diterima yang menjadi masalah nya macam mana nak 'jadi' kan dia sampai berjaya. Bila nak jadikan sesuatu benda tu berjaya maknanya kena kerja lebih lagi.

Aku dah jarang jumpa Abah ngan Mak sebab hujung minggu aku terlalu padat. Hanya sempat called jer itupun blh dengar suara merajuk abah.

Mak: Abah kalau tak dengar suara kau dua hari mula dia tanya. Lepas tu dia suruh mak call tanya kau buat apa? Kadang2 mak marah gak abah kau tu. Anak dia nak periksa busy lah agaknya tu.

Huaaaaa sedihnya. Aku bukan sengaja. Bulan ni mmg masa mencemburui ku. Dengan adik latihan non stop. Ajak diorang datang rumah. tak suka pulak sebab dia kata rumah aku bosan sebab tak boleh borak ngan jiran. Selesai UPSR ni kita keluar ya. Ya, aku rasa bersalah sangat tapi aku kena settled kan satu2 dulu. Bisnes baru nak mula jadi workhard sikit. En Win jgn cakap lah mmg busy sebab bisnes dia alhamdullilah orang dah mula nampak. Jadi sekarang ni dia kena maintain semua pekerja. Korang tahu lah guna pekerja asing ni banyak document diperlukan.  

Nak kerja kuat2 nak kumpul duit beli rumah besar ajak mak dengan abah dengan mak mertua duduk sekali. Senang semua ada depan mata.



Saya mengaku saya rasa bersalah sangat dengan Mak dan Abah. Ingatan terhadap mak dan abah sedikit pun tak pernah pudar dalam hati dan kepala ni. Rindu sangat2 nak berborak dan mengusik mak. Hari ni selesai satu bab...insyaallah nanti kita jumpa makan2 ya. Nak peluk mak kuat2. Abah malu sikit nak peluk ni...hahaha. Tapi suka mengusik. Nanti dia tersenyum2. Rinduuuuu nya. Hujung minggu kita jumpa yek.


Tuesday, September 8, 2015

Pengalaman Pertama

 
Pengalaman ni betul2 menakutkan. Waktu Kak Elly nak ambik result pun tak takut macam ni...hahaha. Semalam tak boleh tidur set alarm sampai 2 phone takut tak bangun. Walaupun alarm dah set tetap kejap2 terbangun. Adalah dekat 4 kali asyik terbangun lepas tu terus tgk jam. Macam ni lah perasaan mak aku agaknya dulu.
 
To be honest mesti Kak Elly nak result terbaik dari Yaya. TETAPI Kak Elly always think positive dan Kak Elly tahu dimana kelemahan Yaya. Tak nak letak harapan terlalu tinggi sebab ia akan menakutkan Yaya nanti.
 
 
 
Kak Elly just tolong apa yang perlu, bagi tuisyen dan beli buku latihan dan sama2 duduk dan berbincang. Mmg dari dulu Yaya lemah sikit dalam Bahasa Malaysia. So bagi lebih latihan but still Yaya kurang faham. Especially part peribahasa dan simpulan bahasa.
 
Kalau kita dulu dibesarkan dengan drama2 melayu, topic perbualan dgn mak pun selalu guna ayat melayu yang tulen...hahaha. Bukan macam sekarang tgk cite melayu pun Yaya tak nak. Nak pulak cite dulu2 yang guna bahasa2 diraja ni. Lagi dia tak faham. 
 
Jadi selalu sematkan dalam hati kena redha sebab Kak Elly boleh nampak usaha Yaya sendiri. Insyaallah anak mama boleh buat!!
 

 
Lagi 2 bulan nak exam just bagi latihan untuk dia buat. Ini jer yang mampu Kak Elly buat. Akak pun bukan pandai sangat. Kalau ada kesalahan tapi Kak Elly tak tahu nak terangkan, sila lah rujuk kepada cikgu ya.
 
Tapi tu lah budak2 mana tahu risau. Diorang relax jer walaupun jawapan salah..haha. Korang pun dulu macam tu jugak kan!!


 
 
Pagi tadi En Win hantar gi Sekolah. Depan pintu tu peluk dia kuat2 bagi semangat sikit. Nasihat sikit suh di baca betul2. Dia pesan suh belikan nasi lemak..eh! budak ni ingat makan jer.
 
 
Kak Elly tunggu kat sekolah sampai habis paper. Over ker?? tak kot sebab ramai jer parents lain ada. Paper pertama BM selesai so tunggu kat kantin. Nampak mulut Yaya muncung dah kedepan. Terus muka aku pucat...hahaha. "Mama susah lah" huaaaa pitam nak dengar. Tapi terus hugs dia kuat2 "takpe Yaya dah buatkan, jawab next paper betul2 lepas ni". Dia angguk sambil makan. Korang sebenarnya rasa nak nangis waktu hugs dia tadi sbb kesian takut dia down. Kak Elly tak berani nak tanya sikit pun. Duduk urut2 belakang dia lepastu baru Kak Elly perasan, Kak Elly sorang jer dalam kantin. Parents lain duduk kat tepi jer...haha.
 
 
Habis makan terus masuk dewan balik utk sambung BM paper 2. Hugs dia sekali lagi. Lepas tu called En Win cite pasal Yaya. Tak sampai 15 minit En Win sampai...amboi risau gaks laki aku ni. Tunggu sampai dia habis paper BM 2 baru kitaorang balik. Kali ni biar dia borak ngan kawan2 kitaorang tgk dari jauh jer.
 
Waktu balik just tanya everything ok tak? dia jawab ok lepas tu terus masuk bilik. Paper BM yang Yaya bagi aku terus simpan. Tak nak tgk pun soalan dan jawapan. Tak guna nak check2.
 
 
"Mama doakan yang terbaik utk Yaya, semoga diterangkan hati dan dapat jawab dengan tenang. Jangan terlalu risaukan keputusan. lulus atau gagal. Buat yang terbaik, Yaya tetap kesayangan kami walaupun apa keputusan sekali pun. We love u so much"
 



Monday, September 7, 2015

SEMINAR BORONG CHINA DARI MALAYSIA TANPA MODAL KE CHINA


Kak Elly received banyak email bertanyakan pasal trip ke China. Memang nak sangat buat tapi masa Kak Elly dengan En Win sangat2 terhad. Now we are back!!!!  korang masih berminat lagi tak?? Bagi siapa yang ada modal lebih mungkin korang boleh join trip bulan NOVEMBER ini. Utk package ker China nanti Kak Elly share next entry ya. Ni Kak Elly nak share sikit bg sesiapa yang nak berniaga tapi tak ada modal nak ke China...macam mana lah agaknya kan. Meh baca kat bawah ni....

Bagi yang tak ada modal tapi nak sangat berniaga, tepuk tangan dulu sambil berdiri...hahahaha. Kak Elly ada BERITA BAIK. Korang tak perlu ke China hanya order barang dengan kami dan barang akan sampai terus depan rumah. Suka lah tu.....

Kali ni Kak Elly dan En Win dah dapatkan orang yang sangat berpengalaman untuk membantu korang selok belok perniagaan di China iaitu Anas Fattal. Anas dan hampir 15 tahun berpengalaman dalam urusan memborong di China. Mudah untuk korang berurusan dengan Anas nanti.

Serious yang minat sangat nak berniaga dan nak tahu selok belok perniagaan ni China korang kena join Seminar ni. Cuma RM100.00 sahaja setiap seorang macam2 tips korang akan dapat nanti.




BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBORONG DI CHINA HANYA DARI RUMAH & PRODUK SAMPAI TERUS DEPAN RUMAH?
[√] Jom buat duit dalam masa 1jam 
[√] Jual barang tanpa barang di tangan
[√] Hanya bermodalkan RM1000
[√] Dapat memulakan perniagaan sejurus selepas habis menghadiri seminar ini

Insyaallah dengan join Seminar ni korang akan diberi penerangan lebih terperinci mengenai urusan perniagaan barangan China secara theory dan practikal

JOM SERTAI SEMINAR MEMBORONG DARI CHINA YANG PALING BERKESAN SECARA THEORI DAN PRAKTIKAL!!! [ 6 & 20 SEPTEMBER 2015]

KENAPA ANDA PERLU MENYERTAI SEMINAR BORONG KAMI?

Berpengalaman melebihi 15 tahun dalam urusan memborong di China
Mempunyai pejabat operasi di China dan Malaysia
Mempunyai lesen perniagaan yang sah di China & Malaysia 
Mempunyai staff di China yang fasih dalam bahasa inggeris dan melayu
Menjadi pembekal kepada syarikat besar seperti ANA MUSLIM SDN BHD
Pakar dalam bidang TEXTILE selama 10 tahun
"Personal coaching" dan Menjadi perunding bagi mendapatkan harga terendah sehingga anda      berpuas hati.
Memperkenalkan pembekal di China yang boleh dipercayai.
Berpengalaman dalam menolong usahawan dalam mendapatkan barang dengan harga MURAH dan BERKUALITI
Perkhidmatan shipping yang TERMURAH, CEPAT & SELAMAT
Dan banyak lagi !!

*Click di sini untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan kami http://usahawanborong.com/perkhidmatan/

 Kami juga akan mengajar cara membeli online dari China dengan cara yang mudah. Anda memerlukan bimbingan dan panduan mengenai ilmu-ilmu perniagaan dari MENTOR yang BETUL supaya anda tidak bermula langkah-langkah yang salah dan bakal merugikan anda.
 Kami akan memudahkan usahawan dalam urusan jual beli dari China dengan menerangkan kegunaan ezicargo.com kepada usahawan-usahawan. 
Apa itu 
ezicargo.com?? Jom layari website http://ezicargo.com untuk maklumat lanjut.

APA KATA PESERTA SEMINAR BORONG YANG LEPAS
Klik di sini : 
http://usahawanborong.com/testimonial/

APA KATA PENGUNA EZICARGO
Klik di sini: 
http://ezicargo.com/index.php/testimonial/

SPEAKER
1. ANAS FATTAL @ MA MAI YI (Usahawan muda dari Taiwan)
Usahawan yang berdarah kacukan Taiwan dan Syria
Fasih berbahasa CINA, MELAYU, INGGERIS dan ARAB
Berpengalaman dalam bidang perniagaan di China melebihi 15 tahun
Menpunyai syarikat berdaftar di China & Malaysia
 http://usahawanborong.com/profil-syarikat/

Siapa nak join seminar ni korang boleh baca info kat bawah ni:-

INFO SEMINAR

Tarikh  : 6hb SEPTEMBER 2015 (Ahad)

            : 20hb SEPTEMBER 2015 (Ahad)


Masa : 10.00am – sehingga peserta berpuas hati 

Yuran : RM 100/seorang  (PERCUMA kepada ahli-ahli Ezicargo)

Tempat : 36-3 Jalan Setiawangsa 11A, Taman Setiawangsa 54200 Kuala Lumpur

Penyertaan : Terhad kepada 40 peserta


Kalau berminat korang wassap no nie 011 52930703 
(sebut korang nie reader Kak Elly tau)



TOPIK SEMINAR YANG AKAN DIKONGSI 
Mengenali bandar Guangzhou dan Yiwu – PUSAT BORONG TERBESAR DUNIA
Penerangan tentang pemilihan hub memborong di Guangzhou
Teknik memborong jika tiada modal
Bagaimana cara penghantaran duit ke China
Bagaimana membuat tempahan yang tinggi tetapi hanya mengeluarkan modal yang sedikit
Pendedahan secara menyeluruh mengenai sistem perniagaan di China
Menerangkan langkah-langkah penghantaran (shipping)
Memahami pengiraan kos penghantaran (shipping) dari kilang ke stor seterusnya ke malaysia
Kos tersembunyi shipping
Pengiraan jumlah modal yang perlu dibawa ke Guangzhou
Penerangan mengenai langkah-langkah pembelian barangan terus melalui kilang dan secara terus       melalui pasaran dalam jumlah yang kecil atau besar
Tips dan kos penghantaran balik barang dari China ke malaysia
Teknik dan strategi berkesan apabila berunding dengan pembekal di plaza memborong
Memberi sebab mengapa perlu memilih kami sebagai konsultan untuk pergi ke China
Menerangkan pakej yang ditawarkan oleh kami
Memberi pendedahan persediaan yang perlu dilakukan sebelum ke china
Berkongsi idea dengan para usahawan dalam perniagaan yang dijalankan
Menjawab segala persoalan yang diajukan


ADAKAH ANDA ORANG YANG KAMI CARI?

Peniaga online & offline.
Mahu meningkatkan keuntungan sehingga 200%.
Ingin menghasilkan dan menjual design anda sendiri
Ingin berjumpa secara terus dengan pembekal dan pengilang
Ingin meluaskan perniagaan ( to whole new level )
Bijak mencari peluang untuk mendapat lebih ilmu dan pengalaman 
Baru ingin menjinakkan diri dalam bidang perniagaan
Sudah mempunyai perniagaan tetapi mahu menggandakan keuntungan
Ingin mencipta jenama tersendiri dan menjadi supplier seluruh Malaysia 


JIKA ANDA ORANGNYA, TERUSKAN MEMBACA DI BAWAH INI.

MANUFACTURING PRODUK YANG DICADANGKAN
Tudung & shawl
Dress
Blouse
Shirt
Jubah
Baju kurung & kebaya
Handsocks & inner magic
Tshirt muslimah
Tshirt & shirt lelaki (local brand)
Jeans & slack
Uniform
Baju kanak-kanak/bayi
Dan banyak lagi
Click di sini untuk lihat sedutan video Textile Manufacturing :
http://usahawanborong.com/perkhidmatan/

PENDAFTARAN
Boleh mendaftar seminar melalui:-

1)
WhatsApp <nama> jarak <No.telefon> ke 011 5293 0703 (Cik Nadiah)

2) PM <nama> jarak <No.telefon> - :
https://m.facebook.com/messages/thread/437002999768987

3) Anda juga boleh terus layari: 
http://usahawanborong.com/ untuk maklumat lengkap 
dan http://usahawanborong.com/pendaftaran-seminar/bagi pendaftaran seminar.
Dengan berpegang kepada konsep TIADA LAGI RAHSIA jika memborong di China kerana kami akan membongkarkan satu persatu sehingga para peserta seminar berpuas hati.




DAFTAR SEKARANG ! TUTUP LEBIH AWAL JIKA KUOTA PENUH. CEPAT2 SEBELUM TERLAMBAT