Nuffnang Advertisement

Thursday, August 27, 2015

Giler glamer ker?

 
Amboi bukan main glamer, kejap masuk suratkhabar kang bulan depan masuk majalah....hahaha. Bulan ni promote Ellfie Beauty. Bulan depan promote Mg Movers pulak. Nampak sangat giler glamer asyik muka kau jer kan.
 
Jgn lah buruk sangka walaupun hakikat nya akak suka...hahaha. Giler tak suka muka masuk majalah. Lepas tu senyum sorang diri. Tapi Kak Elly ada masalah sikit muka bila keluar kat majalah  mesti jadi gemuk 2 inchi. Akak kurus jer dik sebenarnya. Kahakahakah. Dalam majalah jer nampak tembam.
 
Tapi jangan lah salah sangka, bukan Kak Elly yang call wartawan mintak di interview. Selalunya wartawan akan hubungi untuk dapatkan bahan yang diorang tengah cari dan bahan cerita tersebut kena dengan bidang Kak Elly sekarang ini. Ini juga salah satu promosi utk diri dan company. Free marketing siapa tak nak kan.
 
Ingat lagi mula2 interview muka naik kebas sebab takut. Tu belum lagi kena bergaya depan camera terus akak kaku. Tapi sekarang dah berani sikit. Dah pandai demand nak cari make up artis sendiri, cari pakaian sponsor sendiri. Hebat sangat perangai kau kan...hahaha.
 
Kena lah berani kedepan kata businesswomen. Puiii...padahal peniga runcit jer..hahaha. Tapi selalunya kalau masuk majalah orang yang paling happy Abah lah. Selalu jadi orang pertama gi beli. Nanti dia simpan elok2.
 
 
Majalah Keluarga keluaran bulan September
 
Waktu photoshoot budak2 excited tapi dalam masa yang sama malu2 dan kaku. Cuba tgk mak kau ni konpiden jer rambut belah tengah...hahaha.
 
Penulisan yang sangat baik. Apa yang dikupas dan ditulis sangat menarik. Menceritakan bagaimana aku dan En Win memulakan peniagaan Mg Movers sehingga lah cita2 aku dalam bidang kecantikan tercapai.
 
Bukan sahaja mengenai bidang perniagaan tapi kehidupan harian kami sekeluarga. Bagaimana aku dan En Win membahagi masa walaupun kami berdua terlalu sibuk.
 
Serious sejak aku decide berhenti kerja dan ingin berniaga kehidupan aku bertukar menjadi super busy. Itupun curi2 masa bersama anak2. Luangkan masa dengan Yaya sebab UPSR semakin hampir.


 
Dulu kalau beli majalah selalu baca tentang kejayaan seseorang. Selalu berangan satu hari nanti aku nak masuk dalam majalah share tentang kejayaan aku jugak. Tapi aku belum lah berjaya lagi, masih jauh lagi nak menapak. Tapi boleh lah share serba sedikit tentang pengalaman sebagai seorang peniaga.
 
Tak ada lah cakap aku dengan En Win ni bagus sangat. Rasanya ada orang lebih bagus dan berpengalaman dari kami. Tapi mungkin pengalaman aku dalam bidang perniagaan ni boleh di share oleh golongan yang sama2 ingin meniti kejayaan.



 
Mg Mover mengambil masa hampir 3 tahun untuk dikenali. Aku tahu betapa susahnya En Win untuk mendapatkan kepercayaan dari orang diluar sana. Aku cuma membantu dari segi Admin sahaja dan selebihnya En Win berusaha sendiri bersama2 staff nya dan alhamdullilah sekarang dah semakin nampak hasil usahanya.
 
Sekarang masa aku pulak mula merangkak dalam bidang perniagaan. Ingin memperkenalkan sesuatu produk dan mendapat kepercayaan dari pelanggan bukan perkara yang senang dan sebab itu aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memberi tumpuan sepenuh masa dalam bidang kecantikan. Bidang yang aku suka dari dulu lagi. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha. Selebih nya Allah yang menentukanNya.
 
Nak masuk bidang perniagaan ni korang kena ada keberanian. Kena selalu berfikiran positive. Jgn fikir negative "risau takut rugilah, kalau rugi nak kerja apa, kalau tak berjaya malunya dengan orang sekeliling, kalau perniagaan rugi nak bagi anak2 makan apa? macam mana nak bayar hutang?. Berjaya atau tidak yang penting kita usaha dulu. Kalau tak berjaya maknanya rezeki kita belum ada lagi. Sebab tu aku cakap dari awal lagi perniagaan ni korang kena berani dan tekad. Jangan hangat2 taik ayam. Rugi sikit terus rasa menyesal. Takpe jatuh berkali2 itu adalah pengalaman yang sangat berharga. Kak Elly dan En Win berapa kali jatuh dan lingkup. Tutup kedai berniaga di downtown...biarlah orang nak gelak.  Bukan orang yang bagi kita duit. Kalau tak usaha mana nak nampak hasilnya. Selagi kuat badan ni kitaorang akan tetap berusaha sebab bidang perniagaan bidang yang aku dan En Win minati.
 
Mg Mover dan Ellfie Beauty masih jauh lagi perjalanan. Selalu berdoa supaya semangat kami sentiasa kuat. Jauhkan perasaan hasad dengki kat orang dan hasad dengki orang kat kita. Jauhkan perasaan riak dan tamak. Kami cari rezeki untuk keluarga untuk bantu mak dan abah. 
 
Terima kasih Majalah Keluarga yang mengupas kehidupan kami dalam bidang perniagaan dan keluarga.
 
 


Wednesday, August 26, 2015

Pelan2 kayuh


Jangan lah muntah darah kalau Kak Elly share lagi kehidupan di Ellfie Beauty. Mana tahu apa yang Kak Elly nak share nanti boleh menjadi rujukan utk yang nak memulakan perniagaan. Jangan  bosan yer sebab ini lah kehidupan aku ngan Peej sekarang. Peej tgk muka aku, aku tgk muka peej. Itu belum lagi wassap memalam macam esok tak berjumpa lagi.

Walaupun pun kadang2 stress kerana kepenatan tapi hakikatnya aku happy jer dengan apa yang dilakukan. Banyak giler ok belajar benda baru. Kalau dulu mana ambik kisah pun pasal mata wang naik turun. Tapi since kitaorang order botol kat China sekali tgk balance bil mendadak naik. Terkedu kitaorang bertiga. Patut lah orang berniaga susah hati kalau ekonomi tak stabil. Kalau dulu aku pedulik apa janji cukup bulan dapat gaji. Ok now dah faham sikit.

Sekarang urusan jual beli semua kena bertulis sebab akhir tahun ada audit. Kalau dulu dapat duit jer sesuka hati boleh guna. Sekarang tak ada istilah dapat duit cash esok baru blh bank in. Hari ni punya kerja hari ni jugak kena settledkan. Especially yang ada kena mengena dengan kewangan. Masak nak menjawab dengan account nanti. Kerja lebih teratur dan sistematik. Baru lah boleh lihat keuntungan yang sebenarnya. Itu I like!!

Sistem order barang lebih teratur. Dah tak ada lagi main beli. Setiap bulan ada budget yang harus di ikut. Tak boleh suka2 nak beli itu ini. Kalau nak beri harga promotion atau nak bagi gift kepada pengguna Ellfie atleast kena ada dua orang yang menyokong. Kalau buat keputusan seorang diri mmg benda ni tak akan terjadi. Ialah siapa nak sign cheque untuk keluar kan budget nanti. Wah! suka2 banyak benda kitaorang belajar.

Meeting 3 bulan sekali. Kitaorang akan buat perancangan apa yang akan dilakukan dalam masa 3 bulan ni. Cara Marketing, penambahan produk, pembelian produk dan sebagainya. Target sales setiap bulan kitaorang akan lihat balik samada berjaya atau tidak. Kalau x berjaya cuba selesai kan dan cari punca sesuatu produk tu x boleh dijual. Disini lah marketing plan kena ditingkatkan.

Nampak macam poyo kan. Dulu2 kalau meeting budak berdua suka sangat gelak kan aku. Kata tak boleh tgk muka aku kalau serious macam bos2. Sekarang baru korang tahu ya....hahaha



Banner

Sekarang kitaorang cuba perluas kan lagi marketing untuk Ellfie Essence. Tahun ni target kitaorang nak join exhibition2 di seluruh Negeri. Kalau boleh nak orang tahu kewujudan Ellfie Essence. Website Ellfie Beauty dalam proses, insyaallah minggu ni akan siap. Lebih mudah untuk korang rujuk nanti.

Bila join exhibition macam2 korang kena prepare contoh macam Flyers, Banner, T-Shirt, Paper Beg dan Produk untuk dibawa. Insyallah bulan September ni ada 2 exhibiton Ellfie Beauty akan join. Nanti Kak Elly bagitau dimana yek. Salah satu tempat Exhibition nanti Ellfie Team akan turun padang.



Paper  Bag dah siap



Flyer dah hantar for printing. Tinggal t-shirt jer tunggu design dari Pak Radie. Tak sabar sangat ni!!




Walaupun busy uruskan itu ini tapi kerja tetap berjalan seperti biasa. Alhamdullilah sambutan Gold Serum sangat2 menggalakan. Now dah buat order yang kedua dari Kilang. Our target insyallah tahun depan nak keluarkan lagi satu produk. Sekarang dalam proses perbincangan.



Dari tak tahu apa...now kitaorang menapak satu lagi anak tangga. Semoga dipermudahkan segalanya.

Nanti kita sambung lagi yek!!




Monday, August 24, 2015

Cinta paling Agung

 
Korang dah tgk tak cerita ni? Kak Elly baru jer berkesempatan tgk semalam. Cerita ni kalau perempuan dah berkawin tgk akan mendatangkan runsing dihati.

Kau giler dah kawin bertahun2 tiba2 suami cakap nak kawin lagi. Bila isteri tanya kenapa? dengan selamba jawab dah tak ada rasa sayang lagi kat awak. Perghhh itu lah ayat yang paling ditakuti dan dengari kaum wanita. Sejauh mana tabahnya seorang wanita nak hadapi dugaan ini?
 
Kak Elly tak nak share synopsis cerita ni. Pepandai lah korang gi tgk..haha. Tapi Kak Elly nak share dialogue dalam cerita ni. Sangat memberi kesan kepada Kak Elly bila menonton cerita ini.
 
"Ujian seorang isteri apa bila suaminya tiada apa2. Tapi ujian seorang suami adalah apabila dia mempunya segala-galanya"
 
"Rasullulah SAW pernah bersabda tak termasuk golongan nya barang siapa penyebab runtuhnya sebuah masjid"
 
"Wanita itu tercipta dari tulang rusuk lelaki, bukan dari tulang kepala lelaki. Kerana wanita bukan untuk memimpim lelaki. Dan kenapa bukan dari tulang kaki? kerana wanita bukan untuk menjadi hamba abdi lelaki"
 
"Tiada satu pun rumah tangga yang tidak mempunyai masalah"
 
Kak Elly rasa sesiapa yang baca dialogue yang aku share kat atas  ni korang dah boleh bayangan kan perjalanan cerita ni. Dalam cerita Cinta Paling Agung ni Kak Elly rasa yang paling menarik sekali cara ibu bapa menyelesaikan masalah anak perempuan mereka yang bercinta dengan suami orang. Cara sangat lembut dan menasihati sehingga terkesan dipemikiran anak nya yang ingin menjadi isteri kedua.
 
Habis jer tgk cerita ni buat Kak Elly berfikir sejenak dan terus berdoa agar perkawinan kami hingga ke Jannah dan berharap kami dapat lalui ujian yang diberi olehNya dengan tenang dan sabar. Janganlah sesekali riak dan menunjuk2 dalam perhubungan kerana Allah akan menguji kita dengan sekelip mata sahaja. 
 
 
*Seseorang wanita tidak akan faham perasaan hati wanita lain sehingga lah ia menjadi seorang isteri.* 
 
 

TAK KAN GENTAR!!


Hari tu tengah lepak ngan anak2 depan TV ada satu rancangan bersiri baru di Astro Prima #takkangentar setiap hari Selasa, jam 9.30pm. Since tak ada buat apa2 hari tu jadi tengok jer lah. Lagi pun Ameera ni kalau cerita tentang sukan dia mmg cukup minat. Walaupun sukan apa sekali pun mata dia tak akan bergerak dari menonton. Semangat betul anak aku sorang ni.
Episode pertama #takkangentar memperkenalkan pemain2 Ombak FC bawah  yang berusia 14 tahun. Ombak FC ditubuhkan pada 2011 untuk melatih pemain berusia 8 - 16 tahun. Tapi tahun ni tumpuan diberikan kepada pemain yang berusia 14 tahun sahaja.
Dengan sokongan bantuan Milo latihan intensive diberikan kepada pemain.  
Pemain2 Ombak FC ini akan dilatih oleh Jurulatih bola sepak yang cukup professional, latihan diberikan dari segi fizikal dan mental.
Mari sini kita tengok trailer program ini..

Rancangan #takkangentar ini mengisahkan perjalanan dan cabaran setiap pemain. Kemenangan dan kekalahan yang mereka hadapi setiap kali perlawanan dan paling penting sokongan dari Ibu bapa dan Jurulatih yang tak pernah putus. Semangat ini lah kita perlu contohi. Ini kang kalau anak2 kalah jer dengan ibu bapa sekali bersedih. Bila menonton rancangan seperti ini, minda ibu bapa dan anak2 akan terbuka untuk menerima kekalahan atau kemenangan setiap kali perlawanan diadakan. Semangat dan dorongan itu penting utk setiap perlawanan yang mereka akan tempuhi.



2014 Ombak FC terlepas peluang dalam mengekalkan 8 tangga teratas dalam Liga 1MCC. Musim ini 1MCC ingin merubah nasib pemain2 Ombak FC. Adakah mereka akan berjaya. Tak sabar nak tunggu episode seterusnya.14 pasukan akan bersaing utk merebut Piala 1MCC. Dengan bantuan latihan insentive dari Milo, Kak Elly percaya mereka akan berjaya.
Buat masa ni Pemain Ombak FC menduduki tangga ke 8 dan belum ada sebarang kemajuan. Huaaaa tak sabar nak tengok pejuangan pemain Ombak FC.
Tapi yang paling best dalam rancangan ni Sokongan dari Ibu Bapa. Setiap kali perlawanan mereka akan sama turun padang bersorak untuk pasukan Ombak FC. Masing2 memainkan peranan. Ada yang menyediakan makanan, pakaian dan minuman untuk pemain2 Ombak FC. Sokongan macam ni lah yang patut kita contohi.
Kita orang sekeluarga teruja melihat ketekunan pemain bernama Azizi (Jersey 7) memberi full commitment semasa latihan dan bermain habis-habisan semasa pertandingan. Pemain lain pun bagus tapi eh! tersuka pulak kat Azizi...hahaha. Azizi bermain sejak berusia 9 tahun. Mendapat dorongan dan Abang dan Ayah nya.
Dalam episode ini juga dua perlawanan dapat di tonton. Tapi kemenangan tidak berpihak kepada Ombak FC. Walaupun pertandingan berakhir dengan keputusan seri, mereka tetap kehilangan 1 mata daripada perlawanan tersebut. Bagi yang terlepas menonton, tayangan ulangan adalah seperti berikut:
- Astro Prima & Maya HD: setiap hari Sabtu, jam 6 petang
- Astro Arena: Setiap hari Sabtu, jam 10 pagi dan setiap hari Isnin, jam 8 malam

Kepada mereka yang tak ada Astro, boleh juga layari Laman web rasmi Milo untuk episode-episode rancangan ini. Kak Elly pun terjumpa secara kebetulan apabila Kak Elly search kat Internet pasal rancangan #takkangentar ni..
Rancangan #takkangentar banyak mengajar dan menyedarkan anak2 dan Kak Elly sendiri. Sokongan yang tidak berbelah bagi dan sentiasa menyokong minat anak2. Sokong mereka sehingga berjaya. Dengan menonton #takkangentar banyak menyedarkan Kak Elly "being winner is not about being 1, it's about never giving up". Serious korang kena menonton rancangan ini. 



Khas buat Azizi. Kami penyokong tegar anda!! Jangan cepat berputus asa. Buat yang terbaik untuk pasukan Ombak FC. Caiyok!!

Buat Ameera....Mama yakin cita2 Ameera ingin keperingkat Antarabangsa Insyaallah akan berjaya. Kami sekeluarga akan memberi sokongan hingga kegarisan penamat. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.

More info korang boleh visit website http://www.milo.com.my/champions-never-give-up/
 

Sunday, August 23, 2015

Lexus Hibiscus Part 1

 
Hambek kau punya lah lama tersimpan gambar dalam draft tapi tak ada masa nak buat. Hari ni rasa free sikit boleh lah berceloteh.
 
Semua orang tahu tahun ni Bapak En Win meninggal dunia jadi sambutan hari raya tak ada lah meriah sangat. Emak En Win pun duduk rumah jer tak nak kemana sangat. So kitaorang decide satu keluarga ambik angin sikit kat PD hari Raya ketiga. Duduk 2 malam kat situ.
 
Seperti biasa urusan booking mmg aku yang uruskan. 2 minggu sebelum pergi aku dah book siap2. Itupun tinggal satu bilik jer. Adik ipar aku dapat duduk semalam jer. Kitaorang sekeluarga bertolak dulu ngan Mother in Law. Esoknya baru adik ipar aku join.
  
 
Disebabkan kitaorang pergi musim Raya jadi banyak kedai makan tutup.
 
 
 
 
Makan kat Subway dulu untuk alas perut sepanjang perjalanan
 
 
 
Kitaorang sampai dalam pukul 3pm macam tu. Tapi Ya Rabbi ramai giler orang ya. Check in counter beratur panjang. Lobby kat sini  cantik dan besar tapi urusan check in agak slow sedikit.
 
Waktu check in bilik tak siap lagi kena tunggu 1 jam macam tu.
 
 
 
Tapi hotel ni bagus macam2 acara disediakan supaya customer yang menunggu tak stress dan boring. Diorang bagi ice cream percuma, sediakan clown utk kanak2, siap ada orang menyanyi dan gambar kat atas tu staff hotel siap menari utk menghiburkan pelanggan. Ini Kak Elly puji.
 

 
 Lepas menunggu lebih sejam ini lah bilik yang kitaorang book. "Premium Pool Villa" harga promotion hari tu dalam RM680.00 nett without breakfast. Ada 2 king size bed. Sesuai utk yang berkeluarga
 
 
 
Bilik mmg besar
 
 
Area toilet
 
 
Ada private pool. Tetapi pool ni kecik jer. Masuk 4 orang dah penuh. Kak Elly rasa best lagi Pool kat Grand Lexis. Besar boleh mandi ramai2. Kurang sesuai sikit utk keluarga yang ramai kalau nak bermandi manda. Tapi kalau honeymoon couple mmg terbaik.
 
 
 
Permandangan dan bilik mmg cantik. Rasa sangat tenang. Cuma pesanan Kak Elly kalau korang nak book better request yang jauh sikit dari lobby. Kalau korang ambik bilik yang berdekatan dengan lobby kalau korang berendam dalam pool semua orang boleh nampak korang bermandi mandi.
 
 

 
Tak sampai 5 minit check in tetiba aku nak dengar bunyi air kat Swimming Pool. Laju korang terjun ya. Lantak lah situ mak kau nak membuta dan tenangkan fikiran
 
 
 
 Tugas menjaga anak2 di serahkan kepada En Win. Nampak tak bilik2 kat depan tu. Cantik kan. Kalau malam lagi cantik
 
 
 
Gambar tuan belog sebelum tidur
 

 
Kak Elly 2 hari kat sini tak mandi pun kat swimming pool ni. Dah tua2 ni malas nak berendam. Lagipun malu depan mak mertua....aaaauuuuwww
 
  
 
Amboi bukan main lambang 'Love' 
 
 
 
 Berendam sampai malam. Sudah2 lah Mak kau ni dah lapar
 
 
 
Malam ada acara abang api kat area lobby. Actually kat sini banyak aktiviti korang boleh laku kan . Itu Kak Elly akan cerita next entry ya.
 
 
 
Decide makan kat luar. Boleh round2 sekitar PD. Cari seafood yang halal. Biasa lah kalau gi musim perayaan tempat penuh sikit. Jadi kena bertabah lah nak tunggu lauk sampai.
 
 
 
Dah kenyang budak2 ngan Mother in Law dah mengantuk. Hantar diorang ker bilik lepas tu aku ngan En Win layan live band kat lobby. Boleh tahan gaks suara penyanyi ni.
 
Ok...esok kalau free kak elly sambung lagi yek
 
 

Wednesday, August 19, 2015

Sedih tetiba...


Korang pernah tak tetiba rasa sedih lepas tu menangis. Tapi tak tahu sebab apa menangis. Kalau ada maknanya aku normal...hahaha. Semalam rasa stress sangat. Tengah ambik anak aircond kereta tak berfungsi. Baru jer betulkan hari tu tukar apa ntah kena RM180.00. Sebelum tu tukar benda yang sama gaks. Tapi jadi balik. Rupanya compressor rosak. Huaaaa dalam RM1000++ jugak. Tengah2 panas En Win called kata loan lorry approved. Kena keluarkan downpayment. Lepas tu Yaya bagitau UPSR trial result dapat 4A 1B dan seperti biasa B adalah Bahasa Malaysia. Rasa nak pecah otak aku semua berita dalam satu masa. Tapi aku tak mengamuk lah aku diam kan jer. Tepuk2 bahu dia sikit. Cakap u can do it...hahaha.

Satu badan sakit2. Diet sampai kena gastrik teruk. Rasa nak muntah tapi keluar angin. Dari bulan February kitaorang bertiga kerja non stop. Otak berfikir jer. Mmg tak peduli langsung kesihatan diri. Peej darah tinggi naik mendadak sebab stress. Filla ngan lutut berbunyi2 bila berjalan...hahaha. Aku pun penat terkejar sana sini. Buat masa ni tak berani nak pass kat orang lain buat kerja bagi semua benda settle sikit2 dulu. Part ambik order aku mmg dah tak larat. Bukan cakap besar tapi otak aku dah letih. Decide kena lepaskan kerja ni kat orang lain. Itu pun tak percaya gaks tapi kengkawan paksa suh aku lepaskan. Dah parah sangat rupanya. Aku kalau bekerja jenis beriya2 buat. Tak berani nak biarkan customer tunggu lama. Kadang2 pukul 12 malam pun aku jawab soalan. Tengah 'membuang' pun bawak phone sekali. Parah sangat kan!!

Semalam dalam pukul 3 ptg tetiba angkat beg "Peej aku nak gi urut badan". Dah tak boleh berfikir sebab badan rasa tak larat sangat. Urut 1 jam jer lepas tu nak sambung kerja balik. Tapikan........hahahahaha.

Korang tahu tak sambil urut muka kan terlangkup kat bawah beriya2 aku nangis. Nangis tanpa sebab tapi bukan main sedih sangat meleleh air mata. Sampai tukang urat tu pun risau...haha. "Are u ok Maam". Tapi serious lepas nangis terus dada aku lapang. Dapat tidur 1/2 jam lega otak aku.

Dah terasa lapang sikit barulah wassap ngan group 'bini2 ku gangster" luahkan kepenatan. Masing2 support each other. Masing2 kena kuat. Cabaran perniagaan. Penat bermakna produk kita jual orang suka. Dari goyang kaki barang tak jalan lagi stress.

Betul gaks kan. Kadang2 otak kita ni tak boleh berfikir bila dah penat. Kat sini lah kawan2 kena mainkan peranan yang penting support each others. Aku bukan merungut tapi perasaan macam ni datang secara tetiba. Tetiba sayu jer...




Selain keluarga ini lah semangat aku untuk lebih maju. Kawan yang susah senang bersama. Kawan yang sentiasa support each other. Hope persahabatan ini akan kekal sampai bila2....amin





Tuesday, August 18, 2015

Kelazatan KFC Zinger Ayam Masak Merah Wrap


Memang menjadi rutin Kak Elly setiap hari memasak untuk anak2 dan suami. Kak Elly suka mencuba sesuatu yang baru dalam masakan. Kalau rasa sedap dan bila suami dan anak2 puji masakan tu baru lah Kak Elly akan share resepi kat reader semua. Kalau tak sedap tak berani lah share...hahaha.


Tapi sekali sekala ada lah makan kat luar. Kalau boleh cari yang ada kelainan sikit. Cari masakan yang tak selalu masak dirumah. Baru2 ni ada terdengar yang KFC memperkenalkan KFC Zinger Ayam masak merah Jumbo Rice wrap. Terus rasa macam nak cuba jer. Sekali cuba terus nak mencuba lagi...hehe


Nak share ngan korang semua tentang kelazatan KFC Zinger Ayam Masak Merah Rice Wrap. Ia mempunyai Sos dan perisa tambahan untuk menepati citarasa tempatan iaitu Masak Merah. Meh...Kak Elly tunjukan sikit gambar KFC Masak Merah Rice Wrap ni, bagi sikit korang telan2 ailio...hehe


Nak share ngan korang semua tentang kelazatan  Masak Merah Jumbo Rice Wrap. Rasa sosnya menepati citarasa. Meh...Kak Elly tunjukan sikit gambar KFC Masak Merah Jumbo Rice Wrap ni, bagi sikit korang telan2 ailio...hehe






Tu dia...kepingan Fillet Zinger di balut didalam tortilla bersama sos Masak Merah. Colonel Rice dan sayuran. 




Rasa pedas2 manis. Ada nasi dan sayuran kat dalam tortilla tu. Size Masak Merah Jumbo Rice Wrap agak besar


Dijual pada harga RM6.90 untuk Ala Carte dan Combo RM8.90 dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman ringan.


*harga berbeza di sesetengah lokasi seperti Sabah, Sarawak,Genting,Legoland, Langkawi dan di Airport*





Memang sangat2 memberi kepuasan terutama bagi yang gemarkan citarasa tempatan. Inti yang sangat padat dan boleh buat anda tersenyum kekenyangan. Senang untuk dibawa dan boleh  makan di mana2. Terutama yang rushing nak kejar masa...sampai jalan pun boleh suap kat mulut.


Tapi kan korang KFC Masak Merah Jumbo Rice Wrap ni hanya boleh didapati untuk masa terhad.  Kak Elly memang rekemen korang cuba.  Sangat-sangat lazat dan confirm korang puas hati.  Mmg korang akan ketagih macam Kak Elly dan anak2 nanti.

Jangan lupa cuba tau!!!

Friday, August 14, 2015

Abang Toyib


Dah lama tak share cerita pasal Abg Toyib ku sayang...aaauuuwww. Tetiba sayang...macam nak pujuk jer pasal kes semalam....muahahahaha.

Aku ngan Abg Toyib lately ni kurang bercakap. Bukan sebab gaduh ker apa tapi memasing busy dengan urusan masing2. Dia mengadap computer aku uruskan anak2. Sepatah aku cakap sepatah dia jawab. Tapi aku rasa masing2 sedar dengan kesibukan masing2.

Kadang2 kalau dia ada survey rumah customer waktu malam dia akan angkut aku dan anak2 sekali jadi dapatlah berborak2 dalam kereta. Sampai tahap macam tu. Kalau dulu ada masa lepak kopi2, karaoke dan tengok wayang sekarang macam dah jarang sangat berlaku. Semakin ramai pekerja semakin kuatlah kena bekerja. Kalau tak macam mana nak bayar gaji staff semua.

Kalau korang tanya aku lebih suka kehidupa dulu atau sekarang. Aku akan pilih sekarang walaupun dahulu banyak masa terluang bersama. Tapi kehidupan sekarang kitaorang dah semakin matang dan tahu hala tuju masing2 demi anak dan keluarga.

Ada satu tahap tu aku ngan En Win tak bercakap langsung sebab terkejar sana sini. Ambik anak, masak, uruskan kerja. Bila badan dah letih masing2 tahap malas nak keluarkan suara. Nak ubah tak boleh sebab keletihan menguasai diri...hahaha.

Bila keadaan macam ni...Abg Toyib yang akan cepat tersedar dan berubah. Dia akan curi2 masa lunch atau bekpes dengan aku. Walaupun waktu makan dia sibuk jawab panggilan customer tapi aku tak kisah asal kan dia ada depan mata. Kalau aku busy Abg Toyib akan luangkan masa dengan anak2 begitu lah sebaliknya.

Tapi hakikatnya aku rindu segalanya. Kalau dulu boleh kopi2 dan borak macam2 tapi sekarang semakin kurang. Insyaallah our target lagi 2 tahun lepas tu nak goyang kaki. 




Kami cepat memahami. Asal kan apa yang dilakukan biarlah jujur dan untuk keluarga



Kalau bergaduh sekarang sendiri pujuk hati masing2 sebab dah tua2 malas nak muncungkan mulut. Istilah pujuk2 ni dah lama hilang. Kalau gaduh pun tak sampai 10 minit bercakap macam biasa balik walaupun hati sakit. Tapi memasing terpaksa telan.



Banyak berkomunikasi melalui wassap dan telefon sahaja. Cukup sekadar bertanya dah makan ker belum dan bagitau aktiviti yang dilakukan. Tak ada istilah bergayut berjam2 lagi.



Abg Toyib seorang suami yang baik. Dalam apa juga keadaan sekali pun dia akan dahulukan anak2 dan keluarga. Sebelum keluar bekerja dia akan pastikan anak dan isteri dah makan. Waktu balik dari bekerja pun dia akan telefon anak2 untuk bungkuskan makanan.



Komunikasi kami sekarang lebih kepada anak2 dan pendapat masing dalam bidang perniagaan. Cerita pasal gossip artis dah lama ditinggalkan. We alwiz support each other dari apa segi pun. Kalau tetiba En Win balik ngamuk2 sebab stress dengan pekerjaan  selalunya aku kena bercakap dengan lembut dan tenangkan En Win. Begitulah sebaliknya...kalau En Win nampak aku balik dalam keletihan dia akan uruskan anak2 ke tuisyen dan bungkusan makanan utk aku dan anak2.

Dalam perkawinan ni tolak ansur dan saling memahami diantara satu sama lain sangat penting. Turun ego sesama sendiri. Dia suami kita dan dialah Syurga kita.

I Love U pa...Miss u lah.






Thursday, August 13, 2015

Nak mintak tolong...


Aku dah tahap tak tahu nak tulis apa kat blog ni. Asyik mengadu busy, letih, banyak kerja kang korang menyampah. Tapi itu lah yang aku lalui setiap hari sampai satu badan sakit2 sebab kerja non stop.

Yaya exam dah semakin hampir. Aku tertekan dia pun tertekan. Tahap kerisauan melampau tapi aku control jer. Aku mmg tak boleh tgk dia duduk bersuka ria nanti aku stress...hahaha. Tapi tahan jer lah tak nak bising2 sebab suara aku ni macam petir. Sekarang tengah trial UPSR. So far dah 2 paper dapat A tunggu lagi 3 result belum dapat lagi. Aku risau BM jer, berdoa lah dia boleh jawab nanti.

Korang tahun depan ingat nak masuk kan Yaya dan adik sekolah Convent Bukit Nenas tapi susah sikit sebab duduk jauh. Takut bila mohon nanti diorang reject dan bagi Sekolah yang berdekatan. Huaaaaa tak suka kalau boleh nak Convent jugak. Ada sesiapa boleh tolong tak??? berharap sangat. 

Adik pun nak tukar kan jugak. Senang nanti dua2 Sekolah yang sama. Kalau sesiapa yang boleh tolong nanti PM yek kat FB. Saja tanya jer kalau boleh lah :).



Wednesday, August 12, 2015

ELLFIE GOLD SERUM


 Bismillahirahmanirahim
 
Ellfie Beauty melangkah setapak lagi dengan mengeluarkan satu lagi produk terbaru iaitu Ellfie Gold Serum yang bertindak sebagai produk kecantikan tambahan kepada skincare sedia ada.  
 
Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk menggunakan Ellfie Gold Serum.  Sebenarnya anda masih boleh mengekalkan set skincare sedia ada, function serum ialah sebagai booster untuk mempercepatkan lagi proses kecantikan kulit wajah.  


 
Satu set Ellfie Gold Serum mengandungi 3.5ml untuk setiap botol.  Terdapat 10 botol didalam satu set dan ia boleh bertahan lebih dari satu bulan.. Bergantung kepada cara penggunaan, 1 botol Ellfie Gold Serum boleh digunakan untuk tempoh 5-6 hari.
 
Set Ellfie Gold Serum telah mendapat kelulusan KKM bernombor pendaftaran : NOT150703734K. Set Gold Serum ini selamat digunakan kerana ia diperbuat dari ekstrak buah-buahan dan Gold 24K.


Ellfie Gold Serum dapat membantu masalah kulit dari segi
* Mencerahkan kulit wajah
* Menghilangkan garis halus
*Menghaluskan dan melembutkan kulit wajah
*Menjadikan kulit lebih sekata
*Mengurangkan kulit muka berminyak
* Memudarkan parut
* Membaiki sel-sel kulit mati
* Menegangkan kulit
* Menjadikan kulit lebih berseri
*Anti penuaan



 Cara pemakaian Ellfie Gold Serum
 
Day
Cleanser, Toner, Ellfie Gold Serum dan Day Cream
 
Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih. Selepas itu lap seluruh muka dengan menggunakan kain atau tuala yang bersih. Sapukan toner keseluruh wajah. Biarkan sehingga toner tadi kering. Sapukan Gold Serum diseluruh wajah dan biarkan kering. Akhir sekali baru sapukan Day cream. Selepas itu anda boleh menggunakan loose powder dan make up seperti biasa.
 
* anda juga boleh menggunakan skincare yang lain dan pastikan anda menggunakan Ellfie Gold Serum selepas Toner
 

Night
Cleanser, Toner, Gold Serum, Night Cream
 
Cuci muka dengan Cleanser dengan menggunakan air yang bersih. Selepas itu lap seluruh muka dengan menggunakan kain atau tuala yang bersih. Sapukan toner keseluruh wajah. Biarkan sehingga toner tadi kering. Sapukan Gold Serum diseluruh wajah dan biarkan kering. Akhir sekali baru sapukan Night Cream. 
*Avoid eye area*


Testimoni
Gambar di sebelah kiri Kak Elly hanya memakai Set Ellfie Essence sahaja dan gambar sebelah kanan pakai Set Ellfie Essence plus Ellfie Gold Serum. Nampak tak perbezaan kulit. Sebelah kanan nampak lebih cerah lagi kan. No Filter mmg kulit muka asli ya. Serius teruja dalam masa 2 minggu muka dah nampak perubahan yang sangat ketara.


Ok ini gambar without make up bagi korang lihat lebih jelas lagi kulit muka Kak Elly yang sebenarnya. Gambar kiri tu gambar tahun lepas. Waktu ni belum pakai lagi produk Ellfie Essence. Korang boleh nampak dengan jelas kulit muka tak sekata dengan jeragat penuh kat pipi. Muka kusam sangat.
 
Huaaaa tgk gambar kanan bersih kan. Dah tak ada jeragat, kulit muka putih berseri, pori semakin mengecil. Kesan parut jerawat pun dah semakin pudar. 




Ellfie Beauty akan beri 1 botol Ellfie Gold Serum secara percuma bagi setiap pembelian Set Ellfie Essence bermula 12 August 2015 dan terhad 200 botol sahaja.


 

Harga Promosi / Pengenalan!!
Jangan risau Ellfie Essence mampu dimiliki. Untuk harga pengenalan Ellfie Gold Serum terhad untuk 500 set sahaja
RM120.00 (Semenanjung Malaysia)
RM130.00 (Sabah Sarawak)
*Free Postage*

How to Purchase
Whatapp : 013 2755 197
 
 
 
Jangan lupa follow:
Facebook: Ellfie Beauty
 

Friday, August 7, 2015

Mata Wang


Mmg jadi rutin En Win pagi2 dia akan tengok tukaran mata wang kat suratkhabar. Kalau turun cepat2 gi tukar. Ialah mana aku mampu nak tukar sederap macam tu. Ada duit lebih sikit tukar lah kat money changer. Kumpul sikit2 sampai bulan 11 nanti.

Tapi sekarang giler vavi naik tinggi. Tak sangka mendadak macam ni naik nya. Aku rasa benda ni akan berterusan sampai hujung tahun ni. Silap tahun lah aku pilih untuk holiday. Tapi nak buat macam mana semua dah bayar sejak bulan tiga haritu.



Cuba korang tgk Mata Wang Pound dengan Euro. Tahun lepas aku gi London baru 5.5 jer masa tu. Sekarang ni cuba korang tgk, rasa nak tikam2 dada ni. Apa ker giler ni. Aku mmg dah tanam kat kepala awal2 kena bawak makanan gi sana. Boleh lah masak2 nanti. Tujuan nak berjalan jer. Shopping pun tgk2 kalau barang murah.

Serious nak menangis tgk tukaran mata wang sekarang. Stress ok!!!


Wednesday, August 5, 2015

Pengalaman


Slowly aku, Peej dan Filla belajar banyak benda. Dari tak tahu kita kena ambik tahu. Dari Trading company kita orang cuba jadi kan Sdn Bhd. Eh! dah giler rasanya..register kepada Sdn Bhd banyak giler kena belajar. Audit, Account, Income Tax, GST semua kena ambik tahu. Semua kena prefect. Serious bukan perkara yang mudah. Tapi korang boleh lihat dengan jelas proses kewangan company. Kalau dulu ada duit lebih masuk dalam account bukan main tepuk tangan kuat2 sebab itu dikira keuntungan. Tapi sekarang kalau ada keuntungan pun kena tgk jer tak boleh guna dulu sampai lah ada closing account nanti baru dapat dividen. 

Oooo macam ni dunia perniagaan sebenarnya. Semua kena ada perancangan, semua kena record duit keluar masuk. Pengalaman yang cukup2 berharga. Kitaorang lah kuli kitaorang lah boss. Ambik order, beli barang, tulis order, pos barang semua kitaorang lakukan sendiri dan dibantu dengan seorang pekerja. Pengalaman ni mmg tak akan kitaorang lupakan sampai bila2.




Kitaorang mula beroperasi di office bulan May tahun ni. Ada duit lebih sikit baru berani tambah itu ini. Kerja semakin bertambah. Slowly kitaorang cuba perbanyakan produk tapi kena lah ikut perancangan yang kitaorang buat. Bukan suka2 jer nak keluar ya  boleh buat customer confuse nanti. 

Setiap produk baru yang dikeluarkan kena buat flyer, photoshoot dan marketing. Nak memperkenalkan sesuatu produk dan menyakin customer bukan perkara yang mudah. Kena banyak marketing kena lakukan. 



Kalau tengok nampak macam mudah kan. Ambik order lepas tu pos. Tapi dibelakang tabir setiap hari kena handle customer yang bertanya itu ini. Belum lagi jumpa supplier kotak, supplier produk, supplier botol dan macam2 lagi. Kena monitor setiap hari mana barang yang dah habis, mana barang yang nak ditambah. Handle supplier mmg kerja aku. Bahagian postage dan acct Peej akan handle. Filla pulak jaga agent dan dropship.

Kalau barang sampai kena check satu2 dan kira. Barang yang ada defect kena reject. Pekerja kena peka sebab kita tak nak customer dapat barang yang defect.



kat sini lah tempat kami luahkan perasaan dan discuss tentang marketing. Discuss mengenai new produk yang akan dilancarkan. Budget yang ada kena digunakan sebaik mungkin. Tak boleh main suka2 jer keluar duit nanti kerugian pulak.



dah 3 bulan beroperasi dan semakin yakin. Baru lah decide ambik pekerja account dan beli system supaya kami mudah untuk monitor duit keluar masuk dan yang paling penting untuk monitor stock yang ada




Huaaaa...bangga sekejap kat diri sendiri. Dari kosong sekarang kita di isi sikit demi sedikit tentang dunia perniagaan yang sebenar. Selalu kalau duduk bertiga akan terkenang macam mana kita mula berkawan dan macam mana kita mulakan perniagaan.



Peej mmg minat bahagian acct. Kita bagi dia peluang utk belajar. Aku ngan Filla mmg tak pandai tentang angka2 ni. Lembab jer sepanjang masa...hahaha.

Peej dah banyak berubah. Dah tak jadi burung hantu lagi. Sekarang dah tidur awal. Datang office paling awal ya. Filla pulak semakin sibuk sebab permintaan agent dan dropship semakin meningkat.
Aku pulak kena jaga semua supplier, photoshoot, sales dan bahagian HR. Doakan lah kejayaan kami ya.

**************************************************




Jom kita berniaga sama2. Cari duit lebih untuk keluarga. Bagi siapa yang teringin sangat nak berniaga tapi tak ada modal. Korang boleh bermula dengan menjadi Dropship Ellfie Beauty. Untuk more info pasal Dropship boleh wassap no ni 013-396 2005.

Kalau nak jadi Agent Ellfie Beauty boleh email:
agent.ellfiebeauty@gmail.com