Nuffnang Advertisement

Friday, July 31, 2015

Monthly Bills


Aku kalau buat monthly payment mesti boleh naik hantu. Padahal tiap2 bulan buat kan tapi tetap nak naik hantu. En Win mmg dah masak dengan perangai aku. Cukup bulan jer nak mengamuk...hahaha.

Korang tahu sebab apa aku mengamuk, sebab aku yang akan list bil2 yang kena bayar. Jadi aku tahu mana bil tetiba naik tinggi. Tapi selalunya naik tak pernah nyer berkurangan. Pagi ni naik hantu lagi sebab Bil Api dekat RM700.00. Tiap2 malam aku akan pergi bilik budak2 tutup aircond dan pasang kan kipas. Nanti senyap2 budak2 tu bangun dan pasang aircond balik...huaaaaaa. Astro ada dua bil aku nak potong satu En Win tak bagi sebab selalu bergaduh nak tengok rancangan masing2. Mmg lah aku ngan En Win bayar share2 tapi tak tahu macam panas jer hati ni bila monthly. Dasar kedekut kan. Bila aku membebel mula lah En Win membebel sama "Ooo u beli handbeg takpe, baru bayar bil dah bising, I jual handbeg u baru tahu" lepas tu acah2 nak tangkap gambar handbeg aku nak letak kat Mudah.com...hahaha. Terus aku senyap...nyampah suka jer nak gertak2 I.

Barang semua dah mahal...gi pasar boleh rasa berbezaan nya. Kalau dulu seminggu RM150.00 sekarang RM250.00 dah tentu dah. Itu belum lagi gi Giant beli itu ini. Mmg melampau sangat harga barangan sekarang ni. Belum lagi kena bayar tuition anak2 dengan kelas tambahan itu ini, belanja sekolah pun kena naik kan sebab harga kat kantin semua dah naik. Duit minyak jgn cakap jer asyik naik jer tak pernah nya turun. Untung lah siapa dapat BRIM..muahahah. Aku jarang guna Credit Card selalunya guna utk minyak jer. Monthly mmg bayar full payment. Nyampah ada utang2 ni.

Aku sejak kawin mmg jadi accountant kat rumah ni. Korang tahu lah perangai lelaki ni mana dia nak pedulik pasal bil2 ni. Dia tahu bagi jer duit kita uruskan. Tapi bila mintak lebih jer baru sibuk2 nak tanya itu ni. Dia start jer tanya terus aku aku forward gambar2 bil...hahaha.

Tapi itu lah perangai aku mengamuk sekejap jer. Bila dah bayar semua benda aku jadi lega. Otak yang stress tadi rasa lapang sangat. Ialah duit nak keluar kan mesti sakit hati...hahaha. Penat tau I kerja tapi duit keluar macam air. Ok lah itu jer nak cerita hari ni.





Sejuk sikit hati ni bila pandang benda yang kita suka. Dari kecik kumpul duit tapi tak cukup2 lagi. Nak jadi macam Kak Mah...pandai dia simpan duit kan!! 


Thursday, July 30, 2015

Sembang2 kosong


Hari ni kita sembang2 jer lah. Malas rasanya nak share gambar. Melambak giler gambar bercuti kat PD tu. Nanti2 lah aku tepek. Itu pun kalau kerajinan aku tahap tertinggi.

Sejak berhenti kerja dan berniaga sendiri. Kehidupan aku totally berubah. Bukan sikit tapi almost 80%. Kalau dulu bangun seawal 5.30 pagi dan habis kerja di office pukul 5.30 ptg. Tapi rasanya ada jer banyak masa terluang. Rasanya ada masa lagi untuk lepak2 dan berborak dengan kawan. Dulu ingat kalau berniaga sendiri lagi banyak masa untuk anak2 dan diri sendiri. Tapi angan2 jer rupanya...hahaha

Berlainan sangat dengan sekarang. Masa aku terlalu padat. Masuk office melambak kerja sedang menanti. Kepala ligat kena rancang itu ini. Korang tahu lah berniaga ni kalau korang senyap maknanya senyap lah bulanan tu nanti. Jadi kepala kitaorang bertiga ni kena sentiasa ada idea yang berbeza utk menaikan nama Ellfie Beauty.

Tapi walaupun busy tahap gaban kehidupan aku sentiasa gembira walaupun kawan office aku ada Peej dengan Farid jer..hahaha. Gembira sebab aku minat dan aku suka dengan apa yang aku lakukan. Jadi setiap pagi rasa berkobar jer nak ke office. Kalau kerja dulu hidup asyik nak MC jer.

Cuma dari segi kewangan agak ketara bezanya. Kalau dulu boleh jer beli apa yang aku suka tapi sekarang kena fikir 80 kali. Ialah dulu cukup bulan cucuk ada jer duit tapi sekarang cucuk ada duit tapi kena banyak berjimat sebab aku sekarang berniaga sendiri. Banyak kemungkinan boleh berlaku. Kalau dulu gi hospital boleh claim, duit parking, duit phone semua company bayar tapi sekarang duit pocket sendiri.

Tapi kan...Alhamdullilah Ellfie dan mula melangkah setapak kedepan. Staff dah mula ada insurance, kwsp dan insyaallah akan ambik dua orang pekerja lagi untuk uruskan account company dan dropship. Setiap bulan kitaorang kena pastikan duit sewa office, bil2 dan gaji pekerja kena lepas dulu than baru kita fikir keuntungan. Setiap orang diberi target sales bulanan. Kena capai target yang diberikan. Nak capai target tu bukan perkara yang mudah...itu yang 24 jam berfikir jer sampai nak muntah.

Kitaorang bertiga ada cita2. Selalu syok sendiri ulang2 cerita cita2 yang kitaorang angan2 kan. Lepas senyum macam benda yang diimpikan tu ada depan mata...hahahaha. Bukan apa itu kan salah satu semangat untuk kerja kuat jugak. 

Eh! peej datang...hahaha chow

Tuesday, July 28, 2015

Raya kedua 2015


Nasib hari ni rajin sikit...hahaha. Dah menjadi rutin raya kedua jer mesti jalan sebelah family aku. En Win terpaksa redha sebab saudara sebelah dia kecik jer. Jalan 1/2 hari pun dah selesai. Sedara aku seminggu pun tak habis lagi beraya. Siapa suruh sebelah dia tak beranak ramai....hahaha.

Disebabkan saudara sebelah En Win ni kecik jadi tak meriah sangat sebelah diorang *matilah kalau laki baca*. Sebelah aku siap konvoi adik beradik serbu rumah mak saudara. Lepas tu bila bercakap masing kena suara tinggi sebab takut cerita masing2 tak di dengari. Anak2 aku dengan En Win duduk kat tepi sudut sebab tak tahu nak join siapa. Kitaorang cousin2 dan mak saudara mmg rapat boleh duk bercerita tak henti2. Tapi tu lah kan dapat jumpa setahun sekali jer sebab memasing busy dengan kerja dan anak2. So sad. Kadang2 bila borak tak ingat dunia siap kena sound ngan bapak aku "Cukup2 banyak lagi rumah nak raya". hahahaha.



Wah! kemain anak dara ni. Selalunya hari raya aku yang akan tentukan baju apa yang diorang kena pakai termasuk En Win. Awal pagi aku dah bangun dan sangkutkan baju diorang kat luar almari. Tak tahu sampai bila buat rutin macam ni. Nanti bila diorang dah besar mesti tak nak pakai pilihan mak dia kan. Mesti ada baju pilihan sendiri, pilihan colour sendiri sebab tak vogue katanya taste orang tu...gitu, tetiba teremo pulak.

Aku suka tengok anak2 pakai baju kurung dihari raya. Time jalan umah saudara, time open house, time nak beraya saya sini. Aku lebih selesa lihat anak2 berbaju kurung berbanding pakai seluar jeans. Baru lah rasa suasana hari raya tu kan. Nak pakai jeans or t-shirt, pakai bila nak gi Mall. Gi beraya mesti pakai baju kurung. Gitu...konsepnya.  




En Win mmg suka pakai baju melayu. Dulu baru kawin bapak aku pelik sebab raya pertama sampai raya ketiga dia akan berbaju melayu...hahaha. Orang lelaki kan jarang pakai berhari2. Selalunya raya pertama jer kan. Tapi En Win kalau boleh raya kelima pun dia pakai baju melayu. Kadang2 siap bersamping bagai. Dah dekat 13 tahun beraya sama2 ngan En Win jadi aku dah terbiasa. So mmg kena cari yang sedondon utk pakai. Over sangat kan...haha. Biar lah I suka jer.

En Win pun sama bila nak jalan beraya aku dah siap kan awal2 baju, songkok dan butang baju melayu kat tepi almari. Dia tinggal nak pakai jer. Aku malas nanti terjerit2 cari itu ini. Baik sediakan awal2.



Ramai tanya aku beli baju ni kat mana. Akak beli kat Zalora jer dik. RM170.00 kalau tak silap. Tahun ni beli online jer. Tak sempat nak tempah sebab banyak kerja nak buat. 

Rumah pun tak sempat nak pasang carpet dan letak kuih raya lagi. Baru tahu berniaga sendiri ni tak cukup masa. Kepala ni asyik fikir pasal bisnes jer. Takpe lah baru mula kan...saya budak baru belajar



Me with Kiddos
  


Rumah pertama yang kitaorang pergi hari tu rumah atuk (actually nenek tapi panggil atuk) kat Puchong. Actually ni atuk tiri sebab arwah Atok kawin 3 tak silap aku.  Tapi rapat sebab dari kecik kitaorang datang sini. Bila mak nak jumpa arwah bapak dia jer mesti bawak kitaorang semua kat rumah ni. Atuk tak berapa sihat lately ni. tu yang terbaring jer waktu Raya.



Abah dan Atuk



Dah besar anak2 buah aku. Baju hitam tu adik aku. Tak kawin2 lagi...ada tak siapa2 yang bujang kat luar sana...hahaha



Hari tu beraya dekat 5 buah rumah. Tapi mintak maaflah gambar makanan dan gambar mak saudara semua tak ada sebab memasing bila berjumpa semua campak beg ketepi.



En Win with Kiddos


Beraya rumah kedua. Rumah Kakak bapak aku. Ini lah rumah terakhir kitaorang bergambar lepas tu nak simpan jer camera tu. Kelam kabut nak makan jer. Perangai sangat kan macam tak pernah jumpa makanan...haha 



Wah! mak pakai oren



Tak cukup lengkap...Kak Long dengan adik No. 4 aku tak ada dalam gambar ni. Eh! abah pun tak ada sebab malas nak layan kitaorang duduk kat tangga. Amboi..eksyen abah ya!!

Eh! peej datang...chow dulu. Hahaha

Sunday, July 26, 2015

Hari Raya 2015

 
Baru sempat nak updated blog. Minggu lepas office baru bukak jadi busy sikit. Merasa lah korang tgk gambar lotion tu sampai muntah...hahaha.
 
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. Andai tersilap kata, terasa hati apa yang ditulis, Kak Elly mohon ampun dan maaf ya.
 
Seperti biasa Kak Elly akan balik ke Melaka di pagi raya. Seawal 5.30 pagi kitaorang dah bertolak. Seronok beraya di kampung ni meriah. Sejak kawin dah 13 tahun inilah rutin kitaorang sekeluarga.
 
 
 
Yaya dan Adik
 
Redha jer bebudak ni aku tradisional kan setiap tahun. Pupuk kan sikit minat tu dari kecik. Tahun depan kita kekalkan lagi ya konsep ni...hahaha. Biar jadi kenangan bila dah besar nanti. Walaupun harga baju ni agak mahal takpe I sanggup asalkan boleh lihat anak2 di pagi raya kelihatan seperti dulo2. Tahun depan ingat nak siap sanggul kan budak2 ni...muahahaha. Masak lah dapat mak yang perangai mak2 sgt dihari raya.
 
 
 
Sampai2 jer di Melaka tgk ramai saudara mara dah berkumpul
 
 
 
Irfan's Family
 
Sebenarnya tema tahun ni, budak2 biru, Kak Elly ngan En Win warna hijau. Tapi baju yang tempah kat Melaka tu nyonya tu terjahit besar giler. Labuh sampai lutut. Frust giler rasanya. Dah lah tu baju idaman. Tempah dari bulan 1...tgk2 siap tak seperti yang di idamkan. Maka berduka lah seketika. Mana nak cari baju sulam, dah lah lagi seminggu nak raya. Teringat ada satu kedai sulam kat Great Eastern Mall, Ang Eng nama kedai tu. Mmg jual baju sulam dan kain batik. Alhamdullilah ada promotion 30% waktu tu. Maka rembat lah satu baju kat situ. Baju yang kat Melaka tu hantar alter sekali kat situ. Baru lah blh tersenyum kalau tak stress ya. Amboi...bukan main nak pom3 Hari Raya....hahaha.
 
En Win pakai baju tahun lepas sebab sama konsep warna macam tahun lalu. Dia tak nak beli yang baru, membazir katanya.
 
  
 
Aku ada simpan cita2 yang belum dapat dibuat lagi. Nak sangat tangkap gambar kat studio tapi konsep macam orang dulu. Gambar hitam putih. Pakai baju kurung tradisional dan berkain batik. Rambut sanggul macam zaman 50an. En Win pakai songkok tinggi. Baju Melayu dan berkain pelikat. Gambar tak yah senyum...muka focus tgk camera. Bila print gambar hitam putih tu nak effect kedut2 mcm gambar tu dah lama. Jom kita buat Pa tahun ni.
 
 
Suasana di Kampung 
  
 
 
Me and Yaya
 
 
 
Me and Adik
 
 
 
Tengok gambar ni meleleh ailio balik. Sedapnya....ada rendang itik, sambal daging, rendang ayam
 
 
 
Lemang & Nasi Impit
 
 
 
Family dari Melaka
 
 
 
 Us with Mak dan Ayah di Melaka
 
 
 
Anak2 dah semakin besar. Kitaorang semakin besar jugak....hahaha. Dulu pinggang ramping jer bergambar. Sekarang ukur lilit pun tak sampai.
 
 
 
Tahun ni En Win beraya tanpa Papa tersayang. Terasa sikit tahun ni. Papa suka makan suka gelak terasa sgt bila tgk lauk2 kegemaran Papa bila dihidangkan. Al-fatihah
 
 
 
 Takpe Mak...kitaorang akan sentiasa teman mak supaya mak tidak terasa sunyi
 
 
 
Holloh2 romantic sangat ni...haha
 
Lepas dah bermaaf2an, makan2 dalam pukul 11 pagi kitaorang bertolak balik ke KL. Nak beraya umah Abah ngan Mak pulak kat Puchong.
 
 
 
Hantar mak dulu balik Keramat. Beraya dan makan2 dulu rumah MIL. Amboi bukan main pakai baju kuning ya tahun ni.
 
 
 
 
 
 Mak with Cucus
 
 
 
Ini jer lah kawan si kenit ni...hahaha
 
 
 
Tampar kang muka tu....sengih2 jer, nak duit raya lah tu.
 
 
 
Ipar duai
 
 
 
 
Dah kenyang...dah berehat baru gi umah mak dengan abah kat Puchong. Sampai2 tgk umah tengah kena serbu dengan saudara mara. Tahun ni jer masak 15 ekor ayam dan 2 kilo daging. Mmg kitaorang dah prepare sediakan utk abah ngan mak supaya senang hidangkan kat tetamu nanti.
 
 
Tetamu datang non stop sampai pukul 12 malam. Tahun ni tak ada gambar elok pun sebab sibuk layan tetamu. Ini pun gambar paksa. Tak macam tahun2 yang lalu. Gambar adik beradik pun tak sempat nak ambik. So sad.....
 
Nanti sambung lagi cite pasal raya kedua...itupun tak tahu bila...hahaha
 
 

Monday, July 13, 2015

Vaseline Spray Body Lotion


Kak Elly bukan seorang yang rajin sapu2 lotion kat badan ni. Especially kalau lotion tu jenis yang melekit2 dan tak selesa bila pakai mmg kalau beli pakai sekali jer lah jawabnya. 
 
Mmg sangat2 pemalas nak pakai lotion2 ni. Kak Elly lebih menjaga kulit wajah berbanding kulit badan. Kulit badan ni bila nak sapu ambik masa sedikit. Kak Elly jenis yang kelam kabut, lepas mandi lap2 badan terus pakai baju.
 
Tapi sejak usia meningkat ni terasa kulit sangat2 kering. Dah lah tak cukup minum air duduk pulak bawah aircond mmg kekeringan melampau rasanya. Especially bahagian tangan dan kaki. kadang2 bila garu boleh nampak debu2 putih keluar kat kulit...ngeri sangat.
 
Kena buat sesuatu...kulit kalau terlalu kering nampak tak cantik sangat. Nak cari lotion yang senang digunakan, tak melekit dan senang di sapu. 
   


Setelah survey beberapa tempat terjumpa Vaseline Spray Body Lotion. Senang sangat nak guna ni. Just Spray diseluruh badan lepas tu sapu jer. Cepat meresap ke dalam kulit dan serta merta kulit menjadi lembut dan cantik. Sangat sesuai orang yang pemalas macam Kak Elly ni.




Kak Elly beli 2 botol hari tu 

Vaseline Intensive Care  Spray Body Lotion - Dry Skin repair (Yellow variant)
 
Vaseline Intensive Care Spray Body Lotion - Aloe Soothe 
(Green Variant)
 
Senang boleh share dengan anak2 dan suami sekali. Kalau malas nak pakai biar Kak Elly spray terus kat badan diorang. Harga sebotol cuma RM25.00 (190gm) - tapi korang boleh cuba check out Watson dengan Guardian dari masa ke semasa untuk promotion. Kak Elly mmg rasa berbaloi untuk dapatkan produk ni.
 


Kak Elly selalu guna selepas mandi atau sebelum tidur. Sambil2 tengok TV boleh spray mana2 tempat yang korang suka. Sangat2 mudah digunakan. 
 


Cepat meresap ke kulit dan melembabkan kulit dengan sangat cepat dan dapat membantu memperbaiki kulit kering dengan segera. Semua ni berlaku dalam hanya beberapa saat sahaja!
 


Lepas pakai kulit akan terasa lembab sepanjang masa. Serious korang kena cuba. Sangat2 mudah digunakan.
 
More information pasal produk Vaseline ni korang blh click http://www.vaseline.com.my/ atau pun blh click kat FB Vaseline.
 
Memang Kak Elly recommend layari laman web rasmi Vaseline sebab sekarang ni korang boleh download baucer discount dari laman web tersebut...bolehlah bawak Vaselin spray ini sempena balik kampung.




Raya nak dekat dah...


Raya dah nak dekat..korang mesti tgh sibuk susun baju nak balik kampung kan. Untung lah ada kampung...hahahaha. Esok last day kerja lepas tu cuti sampai 22 July ni. Banyak kerja kot nak buat. Hari tu sempat kemas hall ngan dapur jer. Bahagian bilik belum sentuh satu apa pun lagi.

Rabu ni nak bawak mak ngan abah pergi pasar. Khamis dah sibuk memasak. Jumaat pagi2 nak balik Melaka. Cepatnya masa berlalu rasanya sekejap jer dah nak raya. Lepas raya ni lagi busy macam2 perancangan dah tersusun.




Hari tu ramai yang mintak resepi Udang masak sambal kering2. Resepi ni senang giler. Pejam mata jer boleh buat lah. Eh! eksyen sangat ni

Udang (cari yang besar sikit)
10 biji bawang merah
10 biji bawang putih
1 senduk cili kering
*bawang tu potong dadu*

Goreng udang tu dulu (letak garam dan kunyit). Goreng separuh masak. Tumis bawang merah dan putih sampai kuning. Lepas tu baru masuk kan cili. Masak dengan api yang perlahan sampai sambal tu jadi garing. Lepas tu baru masuk udang. 

Senangkan!!



Ahad lepas gi pasar order bahan2 blend utk mak dengan mak mertua. Senang Rabu ambik jer nanti. Tak payah beratur pun. Sambil2 tu beli stock makanan utk seminggu. Dah siap cuci semua, asing2 kan masuk kan dalam fridge. Rabu ni tinggal nak beli barang utk masak pagi raya jer nanti.



Dah selesai gi pasar jenjalan cuci mata kat Great Eastern Mall pulak. Huaaaa apa hal ni cantik sangat. Saya insan yang lemah bila tgk baju2 tradisional macam ni. Terus jeling kat En Win tapi dia buat muka dek jer macam tak ada apa2 perasaan. Nasib dah beli baju sulam kat Melaka hari tu terubat lah gundah gulana dijiwa. 

Tapi baju ni tetap terpahat di dalam hati. "Baju2 awak tunggu kita tau. Jangan gi mana2 duduk dulu dalam cermin sampai akak dapat duit kutu ya". Korang kalau ada perasaan nak beli baju ni, pergi lah cari tempat lain. Baju ni akak nak yaaaaaa yang kebaya tu kalau nak boleh ambik. Tapi bukan belah kiri tu ya.



Tapi nak sedapkan hati sambar gaks kain sarung kat situ...hahaha. Kak Elly mmg tak boleh kalau tgk2 baju lama2 macam ni. Anak aku dah sampai fade up sebab tiap2 tahun kena pakai kain batik. Eh! ingat aku kisah...pakai ya. Kalau korang tak pakai siapa lagi nak pakai. 

Aku suka kain batik ni sebab arwah nenek aku dulu kalau keluar berjalan mesti pakai kain batik dengan baju kain kasa. Tak tahu korang tahu ker tak kain kasa ni. Cantik sangat baju tu keras jer sebab arwah nenek aku suka rendam dgn kanji. Mmg cantik jer tegang kain tu nanti. Rasanya kesukaan nenek aku jatuh kat aku agaknya. Tapi tu lah kesal sangat waktu tu tak terfikir pun nak ambik baju arwah. Iya lah zaman hip hop waktu tu mana nak ingat.

Ok...esok sambung lagi. Kita bermaafan sebelum raya yek.




Thursday, July 9, 2015

Paris Shopping Heaven


Nama tak seindah service yang ditawarkan. Kak Elly dapat banyak komen dan email mintak Kak Elly up kan satu lagi special entry khas untuk peniaga online yang suka menipu pelanggan. Nama Instagram peniaga online tersebut @paris_shoppingheaven.

Mintak korang janganlah terjebak membeli sebab peniaga online ni banyak menggunakan artis untuk promote barang jenama mewah seperti handbeg, kasut dan barangan rumah. Peniaga ni tipu bukan sikit2cecah ribu2 ya. Korang blh click entry Kak Elly yang lepas pasal kes di tipu peniaga online ni Bad Service kat entry ni korang boleh baca komen2 orang2 yang telah ditipu. Ada juga  yang wassap Kak Elly personally mintak pendapat macam mana nak mintak duit balik dari peniaga ni.

Ada juga customer yang dah buat report polis tapi tangkapan belum dilakukan dan mereka masih berniaga dan menipu pelanggan setiap hari. Korang blh baca kat IG ni @kamibencikakitipuonline01 banyak tulis pasal penipuan Paris Shopping Heaven (PSH) ni. Hope korang lebih berhati2 bila membeli.

Ramai yang tertipu sebab PSH ni menggunkan artis seperti Rozita Che Wan, Scha Alyahya, Nana Mahzan dan beberapa artis lagi untuk promote barangan mewah mereka. Bila korang dah beli dan bayar deposit, mmg berbulan lah barang tak dapat. Bila ditanya tentang status barang bermacam2 alasan akan diberi. Janji manis yang selalu  diorang beri barang dah sampai tapi belum sempat pos lagi, barang sekarang dah ada kat kastam tak sempat nak ambik lagi dan macam2 lagi alasan. Siapa yang bernasib baik akan dapat wang deposit tu balik. Ada juga yang hangus macam tu sahaja. 

Kita ni nak berniaga biar lah jujur. Tak baik menipu bukan dapat apa2 pun...kalau mewah pun sementara waktu jer. Hidup dalam keresahan. Seronok ker macam tu. Pelanggan maki2 setiap hari. Allah dah buka pintu rezeki untuk kita berniaga, buat lah elok2. Kenapa perlu menipu. Hidup dalam ketakutan setiap hari.

Kalau owner PSH baca entry ni Kak Elly mintak pulangkan duit2 pelanggan yang telah ditipu. Kesian kat diorang yang dah bayar beribu ringgit tapi barang tak dapat. Tak elok menipu tak berkat peniagaan yang kita buat nanti. 

Untuk pelanggan yang telah ditipu makesure korang dapatkan duit korang balik.Tak perlu nak merayu2 lagi dah. Buat polis report dengan segera. Simpan segala bukti yang ada. Dah melampau sangat diorang ni, suka2 jer ambik duit orang. 

Peringatan sekali lagi. Jangan shopping kat @paris_shoppingheaven PENIPU BESAR ni!!




Wednesday, July 8, 2015

Downtown Danau Kota


Weekend hari tu En Win ajak jalan kat Downtown Danau Kota. Giler ramai orang. Adalah dekat 1/2 jam cari parking. Aku dah mula fade up. Tapi disebabkan budak2 kata boring duduk rumah gigih gaks cari parking. Jauh gaks lah kena menapak sebab tempat parking agak jauh sikit.

Sampai jer kat Danau Kota terus mengimbas kenangan lalu. Siap yang dah lama baca blog Kak Elly mesti tahu yang Kak Elly dan En Win pernah berniaga kat sini.

Kitaorang mula berniaga kat sini setelah 3 kedai kami di Sungei Wang dan Bukit Bintang tutup. Tak mampu nak bersaing dengan peniaga cina kat sana. Bila kedai tutup baju melambak2...hendak tak nak kena jual bagi habis. Waktu tu pulak aku baru ambik kasut di China. Ada lah dekat 200 pasang. So En Win decide berniaga di Danau Kota. Sewa satu tapak kat sana. Sewa tapak pun waktu tu agak mahal gaks...kecik nak mampus. Rasanya dalam RM1200.00.

Seawal 5 petang kitaorang dah buka kedai sampailah pukul 3 pagi. Ambik 2 orang pekerja. Aku sekali sekala jer datang sana. En Win suh jaga anak2 kat rumah. Sian sangat En Win waktu tu...untung tak seberapa tapi penat jangan cakaplah. Penat sebab nak simpan dan atur barang setiap hari. Orang mmg ramai tapi sales sangat2 kurang. Akhir Ramadhan kitaorang lelong semua baju dengan harga modal...kumpul sikit2 tu yang dapat beli lori 1 tan...hahaha. Sejak hari tu dah x berniaga lagi baju. Terlalu banyak saingan sekarang ni. 



Eh! sambung lagi. Dalam masa En Win berniaga aku pun sama berniaga sebab nak tolong buat tambahan duit. Aku berniaga baju kurung kanak2 kat Curve. Alhamdullilah dalam masa 2 minggu baju licin. 

Dalam berniaga ni korang kena banyak bersabar. Jangan cepat putus asa. Aku dengan En Win dah berapa kali jatuh terlentang dalam dunia perniagaan tapi lepas tu kitaorang bangkit balik. Bukan senang nak senang. Pengalaman banyak mengajar kami erti perniagaan. Kitaorang suka berbincang. Walaupun perniagaan yang En Win buat sekarang aku malas nak ambik tahu tapi still En Win akan tanya pendapat aku. Kalau aku nampak dia berkasar sangat dengan staff aku akan tegur. Begitu jugak dgn En Win kalau nampak aku stress bila balik rumah dia akan tanya masalah dan cuba selesaikan.

Dalam perniagaan ni tak perlu nak tunjuk siapa pandai. Perbincangan dan terima pendapat orang lain tu perlu. Bersaing secara sihat jangan sesekali ada hasad dengki. Korang ingat tak letih ker berniaga ni, satu badan sakit. Banyak benda atas bahu ni kena pikul. Rajin kerja banyak lah masuk...kalau malas merundum lah jawabnya. Orang kat luar nampak seronok jer tgk kehidupan kita...padahal kat belakang rasa nak terlentang jer badan kat lantai.

Jadi siapa yang baru mula berniaga, Kak Elly nasihat kan jangan segan bertanya. Jangan takut dengan kegagalan. Jangan cepat putus asa dan yang paling penting makesure kita suka dan minat dengan benda yang kita lakukan. Jangan nak ikut orang...orang nak berniaga awak pun sibuk nak berniga tapi satu benda pun tak tahu.




Friday, July 3, 2015

Helloooo


Pagi ni rasa tenang sikit. Kurang busy jadi sempat lah intai2 blog kengkawan yang dah lama tak baca. Sempat jugak intai blog sendiri. Intai2 lauk berbuka puasa tahun lepas. Sedih ok...tahun lepas macam2 lauk rupanya Kak Elly masak siap ada dessert lagi. Meriah sangat lauk buka puasa tahun lepas. Tahun ni agak hambar...masak jer apa yang ada. 2 minggu ni aku busy giler. En Win jangan cakap lah bulan2 puasa ramai pulak orang pindah rumah.

Pukul 10 malam aku ngan En Win dah terbongkang tidur. Kalau dulu sempat lah merempit malam2 gi sana sini tahun ni nando langsung. Nak sangat bisnes sendiri kan...rasa kan...hahaha. Tapi i suka jer

Kuih raya pun tak order lagi..barang2 rumah pun tak beli lagi dan tak terfikir pun nak beli. Kalau dulu bukan main ada list to do tapi tahun ni tak ada apa2 pun lagi dalam senarai. Ingat minggu depan kalau sempat nak colour kan balik rambut. Tak nak dah rambut omputih ni. Nak gi Hammam...rasa berdaki sangat badan ni. Nak urut2 dan manjakan diri. Tapi tak tahu lah sempat ker idak. Hope sempat lah buat semua ni.

Sabtu lepas seperti biasa ada treatment di Marie France, Great Eastern Mall. Sempat lah jenjalan kat bawah tu....  



Huaaaa cantik nyerrr. Nak rembat kusyen cover jer tahun ni bagi berseri sikit rumah di pagi raya. Tak ada lah boring sangat asyik benda yang sama jer bila tgk nanti. 



Cantik kan colour2 kusyen cover kat sini (British India). Kalau dulu sebelum puasa Kak Elly dah siap2 beli alas meja dan cadar baru tapi tahun ni tak sempat nak berjalan pun. Sedih nya kisah akak kan dik....hahahaha



Baju En Win pun baru nak cari. Sangat bukan diri Kak Elly sekarang ni. Kalau dulu semua dah complete sebelum puasa. Tahun ni lebih kepada nak kukuhkan Ellfie. Ellfie penting sangat buat masa ni.

Sian En Win semua baju dia tak berkenan. Dah banyak kedai pergi satu pun dia tak suka. Rasanya pakai jer lah baju tahun lepas. Dia bukan nya kisah sangat. En Win kalau korang tengok sekarang ni macam tak terurus sangat, bawah mata dah naik sembab...sibok bebenor gamaknya. Takpe lah kerja untuk keluarga kan.



Budak kecik ni pun bukan main pandai ajak kengkawan buka puasa kat luar. Aku tetap lah peneman setia walaupun di meja sebelah. Tak berani nak tinggalkan budak2 macam tu jer. Minggu ni Danea punya turn pulak...macam2 lah budak2 ni. 

Pengumuman Penting!!



Sampul Raya dah habis. Alhamdullilah dalam masa 2 minggu habis 1000 packet untuk 1000 customer yang beli Set. Insyaallah next year kita buat banyak2 ya. Tapi promotion utk hari Raya tetap berjalan seperti biasa RM110 (SS) dan RM120 (SM)

Ada satu lagi pengumuman

Pihak poslaju akan stop collect barang2 bagi tujuan pengeposan bermula 10 July ni. Jadi kalau korang nak order Ellfie makesure sebelum 10th July ya. Kalau lepas 10th July kemungkinan besar barang akan sampai selepas Raya jer nanti.