Nuffnang Advertisement

Wednesday, December 16, 2015

Switzerland - part 3


Day 3

Hari terakhir kami di Swiss dan esok bertolak ke Amsterdam pulak. Berat jer hati bila nak balik. Amsterdam adalah tempat pilihan En Win. Seronok bebenor bila dia tahu esok dah nak bertolak balik.



Hari ni kitaorang ker Mountain Rigi. Kali ni hanya menggunakan Swiss Pass sahaja. Tiada bayaran train dikenakan. Tempat Kak Elly tinggal di Interlaken West jadi kena naik train untuk ke Interlaken OST (main train utk kemana2) hanya satu station sahaja dari Interlaken West.

*Important Note*

Naik train dari Interlaken OST ke Luzern (perjalanan 2 jam). Sampai station Luzern naik train satu lagi ke Art Goldau (Perjalanan 20 minit sahaja). Korang boleh tanya information counter kat station tu. Bila sampai ni station Art Goldau korang kena naik Cogwheel untuk ke Mountain Rigi (perjalan dalam 20 minit). Untuk naik Cogwheel ni korang kena jalan kaki sikit dari station Art Goldau. Tanya jer orang2 dekat situ nanti diorang akan bantu. Semua train yang korang naik blh guna Swiss Pass sahaja.




Ini lah Cogwheel yang akan membawa korang ke Mountain Rigi 



Kami sudah bersedia untuk panjat gunung sekali lagi



Are u ready?? sekali lagi kita tengok keindahan di Swiss



Permandangan on the way nak nak naik ke Mountain Rigi









kat sini lah tempat seluruh dunia berkumpul untuk bermain Ski. Selalunya aktiviti Ski akan dimulakan pada bulan 12 sahaja. Tapi tahun ni snow turun awal. Rezeki kami anak beranak.



Dah sampai!!



Dah perangai remaja sangat sekarang ni. Kalau tangkap gambar suka sangat control2...



Semalam tak puas main. Hari ni sambung lagi main.



Wow...abang toyib yang tak berapa nak Sado



Dah terasa hebat sangat tangkap gambar sambil baling ice. En Win mulut bebel2 kat belakang tu takut aku tergelunsur jatuh kat bukit tu...hahaha 



Dulu baru kawin suka sangat tangkap gambar peluk dari belakang. Dah lama betul x buat aksi ni...hahaha



Me and Kiddos



Mampu tengok jer. Tak larat nak panjat sampai ke atas



Dah puas tangkap gambar kitaorang naik cogwheel turun di Kalbad pulak



Cogwheel ker Kalbad berwarna merah 



Kawasan di penuhi salji. Makesure kalau datang tempat ni kena cari kasut yang bersesuaian, takut basah nanti kasut yang korang pakai. Cari kasut kalis air. Yaya terpaksa beli kasut baru sebab kasut basah teruk dan kaki kesejukan. 



Waktu main tak ingat dunia lepas tu mengamuk sejuk



Tengok kasut I tengelam pun tak ada hal lah



kasi peluang kat anak2 main salji sepuas-puasnya. Esok dah nak balik. Tak tahu bila lagi dapat pengalaman macam ni. Lama sikit kitaorg lepak di Kalbad ni.









Omputih nengok pun heran...hahaha





Swimming air panas namanya. Macam best jer kan





Waktu ni kasut En Win dan Yaya kebasahan. Aku ngan adik awal2 beli kasut kalis air. Waktu suh diorang beli tak nak. Yaya kata kasut tu tak cantik. Sekarang rasa kan kaki kebas...muahahaha



Ambik peluang makan kat tempat mahal sikit. Walaupun dalam kesejukan. Cantik sangat permandangan kat sini. Of course nak merasa makan sampai melihat view gunung salji



Ameera tak puas2 lagi main salji



Now mampu tersenyum bila lihat gambar ni balik. Mmg first and last rasanya dapat makan tempat ni. 



Bye Mountain Rigi



Balik kitaorang decide tak nak naik Cogwheel. Dari Kalbad boleh ambik cable car ke Weggis turun ke bawah. 




Pemandang lagi cantik dari atas



Gayat giler



Dah sampai station Weggis kitaorang ambik boat untuk ker Station Luzern. 



Sementara tunggu boat...meh lah bergambar dulu



boat ke Luzern



Boat ni korang boleh gunakan Swiss Pass juga. Tak perlu bayar apa2.



Dari Weggis ke Luzern dalam 1/2 jam jer



Asyik salji jer kali ni pemandangan laut pulak





Cantik kan



Esok nyer seawal 7 pagi kitaorang dah check out. Takut terlepas flight nanti. Waktu nak check out Snow turun lagi. Sayu giler rasa hati nak tinggal kan tempatkan. Huaaa sedih nyerrrr



Gambar terakhir kami di Swiss. Pa...nak datang sini lagi boleh. Suka giler tempat ni



Bye...bye Swiss. Hello Amsterdam!!


16 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnya :) teringin nak ke sana

Raihanah Ahmad said...

syoknya tengok gambar2 semua ni, memang best habis

Azli Ali said...

best nya Kak Elly..salji trn ucap slmt tgl..

Azli Ali said...

bestnye Kak Elly..salji trn ucap slmt tgl..

Irfa said...

Cntiknya gmbr2
Pkai hp @ camera cap apa ni?

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

best sgt..tapi tak dapat la nak pergi..makan duit banyak tu...semoga kak Elly dapat pergi lagi

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

riea zakifaris said...

seronoknya kak elly... xpernah rasa lagi salji..
Doakan org dpt merasa pergi tmpt yg ada salji yer..

ain.ya.nun. said...

Tengok gambar-gambar salji, teringat cerita Frozen.

Semua tempat yang akak pergi cantik dan berbaloi utk bergambar.

shana ena said...

kak elly best nyer..bkeh x upload byk skit gmbr?mcm xpuas je tgk....hehehhee

CIK PUAN ZUGHAI said...

Cantik sangat ni!! Tertelan2 ailio tengok gambar kak elly n family. Hopefully boleh bawak anak2 pergi sini jugak nanti. InsyaAllah aaminn.
Sementara tu jom pasang angan2 dulu. Berangan tu kan free ;)

JMR said...

syok giler..

Cik Puan Eka said...

Cantik dan syiokkk gileeee

Aja cputeh said...

Bestnya kak elly..msti bckp pn kuar asap dr mulutkn, sbb sejuk salji..terbaekla..

fathiyah jamaludin said...

Thanks kak elly share gambar2 ngn readers. nak.nangis tgk salji sbb x pnh merasa lg.. Kak elly doakan Saya dpt gi sana gak nk kumpul duit baper tahun ni

Bizarre Touch said...

part 4 lame lg ke?