Nuffnang Advertisement

Tuesday, December 15, 2015

Switzerland - part 2


Day 2

Lepas breakfast di apartment kitaorang teruskan perjalanan hari ni untuk ker Jungfraujoch (top of Europe). Waktu buat survey tentang tempat ni Kak Elly dah boleh bayangkan betapa cantiknya tempat yang kitaorang nak lawat ni.



Dah siap2 pakai baju tebal dan kasut yang bersesuaian. Oh..ya trip kali ni adik Kak Elly ikut sama. Bukan trip kali ni jer dia akan ikut Kak Elly kemana sahaja...hahaha. Orang bujang senang lah nak kesana sini.



Ramai yang tanya pasal winter jacket yang Kak Elly pakai. Baju kat atas ni Kak Elly beli di Zara dan winter anak2 beli di Universal dan Uniqlo




*Important Note*

Dari Interlaken West ke Jungfraujoch korang tidak boleh menggunakan Swiss Pass. Kena beli ticket lain untuk naik keatas. Diskaun akan diberikan kepada sesiapa yang menunjukan Swiss Pass. Harga train yang perlu dibayar CHF128.00 (RM601.00 seorang) dan kanak2 below 12 tahun adalah percuma. Mahal giler kan!! untuk transport sahaja cost yang Kak Elly ketepikan almost RM5,000.00. TETAPI banyak jugak tempat lain yang menarik yang korang boleh lawati. Kalau rasanya ianya membebankan banyak jer gunung salji yang lain korang boleh pergi. Contohnya Mountain Rigi yang Kak Elly akan ceritakan next entry nanti. Jangan risau semua tempat kat Swiss ni cantik. Terpulang mana yang korang nak lawati. Makesure dapat kan info yang tepat sebab transportation kat sini mmg giler mahal.

Korang kena pandai gunakan Swiss Pass yang korang dah bayar. Cari tempat yang nak dilawati yang tidak perlu menggunakan duit tambahan lagi. Tak ada lah over budget nanti.



Perjalanan mengambil masa 2 jam



Korang kena ambik train dari Interlaken OST. Akan berhenti di 2 station Lauterbrunnen dan Klein Scheidegg 

Maknanya kalau hotel korang di Luzern. Ambik train ker Interlaken>>Lauterbrunnen>>Klein Scheidegg dalam perjalanan agak jauh 4 jam 20 minit macam tu.



Permandangan sepanjang jalan 





korang kena tukar train 2 kali untuk sampai keatas







Mata tak berkedip2 tengok pemandangan kiri dan kanan


Ramai jugak pelancong yang menetap di pergunungan ni. Cuma tiada pekan kecil dan agak sunyi di waktu malam. Lauterbrunnen nama tempat ni.


Permandangan di hotel ni mmg meletup cantik



Tuan belog dan husband






Kak Elly mmg appreciate sangat2 kalau tengok pemandangan macam ni. Terlalu suka, terlalu kagum dengan ciptaanNya. Duduk dalam keretapi berjam2 pun Kak Elly sanggup. Actually Swiss bukan lah pilihan En Win dan anak2. Tapi ini adalah pilihan Kak Elly sejak dari dulu lagi. Untuk berlaku adil masing2 dapat memilih tempat yang diorang nak lawati. Semua tempat dapat kami penuhi untuk percutian kali ni. Ini lah tempat yang Kak Elly rasa sangat puas hati dan berbaloi. Sepanjang jalan Kak Elly tersenyum dan tersentuh.

Hidup Kak Elly dari kecik dipenuhi angan2...hahaha. Jadi bila sampai ketempat yang kita angan2kan dari dulu rasa satu kepuasan. Ayat poyo nak mampus tapi itulah realiti nya...hahaha.




korang boleh tidur ya. Mak kau ni teruja giler dalam train. Camera tak lepas kat tangan. Cuma tak sanggup jer nak tepek kat sini. Beribu ya gambar Kak Elly ambik



Rasa macam nak berlari lepas tu guling2 kan badan jer kat tempat ni


Dah sampai setelah 2 jam 20 minit perjalanan



Me with Kiddos






Sebelum tour kat dalam ni kita kopi2 dulu



Kagum2





Terowong ice. sukanyerrrr










Akhirnya kami sampai di Top of Europe. Terima ya Allah...alhamdullilah. Gunung salji di depan mata.



Eh! tadi tidur ni melampau pulak teruja. 24 jam asyik kena snap gambar dia jer...hahaha



Happy kiddos. Teruja first time dapat pegang dan lihat







dah puas tangkap gambar anak2 dan abg toyib barulah Kak Elly berpeluang untuk bergumbira pulak



saya mengaku saya jadi jakun disini.



bukan saya sahaja tapi keluarga saya juga...hahaha






dia lagi....tadi tidur





us





Yaya waktu ni dah tak boleh tahan dengan kesejukan kat sini. Kaki dah start kebas



Adik seperti biasa sentiasa ceria



Eh! dia lagi



Huaaaaa...dapat tangkap gambar kat tempat ice..hahaha



Hampir sejam kitaorang lepak kat tempat salji. Jom lah gi makan. Tak boleh tahan kesejukan kat luar tu



Shopping chocolate kat dalam tu



Perghhhh...giler lah. Makan sambil pandang gunung yang dipenuhi salji. Macam cite omputih sangat ni. Peej dengan Filla tahu sangat perangai datin2 aku ni...hahaha. Minum nak ada teko jer...muahahaha



Sangat2 puas hati walaupun harga train dia mahal giler.



Bye2 Jungfraujoch



akan ingat dan simpan kenangan ni sampai tua nanti. Nak pergi lagi rasanya tidak lah. Cukup lah sekali dalam hidup.



Tak boleh bayangkan bila tengok gambar ni bila dah tua nanti. Sempat pesan ngan Yaya dan Adik "kalau korang dah berjaya dan banyak duit nanti tak bawak mama ngan papa jalan siap korang" hahaha



Terus gelak tak berhenti...eh! macam tak nak bawak jer



Inilah pekan Interlaken West. Rasanya sangat sesuai kalau korang nak duduk kawasan ni.








cantikan pemandangan Interlaken ni



cari bahan untuk masak dinner



Banyak kedai souvenir 






Siapa tahu cite apa ada loceng ni???



nanti sambung lagi ya...story pasal Mountain Rigi pulak.

19 comments:

Chekgu Azrine said...

Bestnya kak elly..
Loceng tu teringat cerita DDLJ..hehehe

Irfa said...

Perghhhhh gila cntik semua gmbr
Tu je nk komen

Nazima said...

Kak Elly! Best gilerrrrrrr..Subhanallah..Cantik sangat!!

miss eimanhikmah said...

cantik nyeeeeeeee

Juliana OTHMAN ABADI said...

BESTNYER..XSABAR NAK TGU NEXT UPDATE.. =)

Farah Waheda Wahid said...

cantiknyaaa seronoknyaaa...bilalah nak sampai situ...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

percutian yang hebat.. tahniah Elly, kerana anagan2 menjadi kenyataan. Itulah berkat usaha, kalau berangan jer takde usaha memang tak kemana kan...

mama tisya said...

cantiknye...dh smp kt atas tu main salji syokkkkk...gmbr beribu upload la kt fb..nk tgkkkk..kt blog kn terhad skit nk upload byk2222..tk dpt pegi dpt tgk gmbr beribu lemon pn jd la hehe

ain.ya.nun. said...

Thank you kak Elly, bawa kami ke Swiss sama dengan gambar yang dihidangkan. Nak sampai entah bila, dapa sama-sama baca cerita ke Swiss pun dah happy. Gambar semua lawa dan cantik.

-iLLa- said...

lagik gambar kak......cepat2 ya update..keke

Zie Azi said...

semua view cantik, dapat tengok gambar pun jadilah

eynda said...

Cantik sangat pemandangan kat sana :-)

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnya
pergi musim salji

Azura Aziz said...

wow bestnya kak elly... bilalah nak dpt g tempat mcm ni..

A.I said...

cantik sangat2 la beb. rasa nk nangis tengok. aku ni kann..masa gi cameron haritu pun dah habis hati dah. sampai rasa sayang nk lelap mata tido. kejap2 aku bangun berdiri kt branda hotel murah tu tengok pemandangan, rasa sejuk nyaman tu. kalau aku dpt pegi puncak gunung mcm ko tu tak tau la aku camne. bukan takat jakun je..hehe

Cik Puan Eka said...

Perghh cntik. Tu je nk ckp haha

norfarhan mohd assa'ad said...

loceng dipasang kat lembu/kambing. so bila musim spring ke panas gitu, lembu kambing turun dari gunung berbunyik2 loceng
macam ade festival masa tu

nurul harnani kasmari said...

Subhanallah. Tq for this review. Dpt merasai kedinginan salji

nurul husna abd bashid said...

slm kak elly. nnti tlg contact sy kt 0189180633. thn dpan bulan 8 nk pgi.