Nuffnang Advertisement

Monday, December 14, 2015

Switzerland - Part 1


Kak Elly tahu ramai ternanti2 entry Swiss ni kan. Kak Elly sendiri pun tak sabar nak cerita pengalaman Kak Elly di Swiss. Kak Elly akan share sebaik yang mungkin. Insyaallah boleh jadi bahan rujukan untuk sesiapa yang nak pergi nanti.

Swiss mmg tempat pelancongan yang nak sangat Kak Elly pergi dari dulu lagi tapi nak pergi dengan anak2 dan suami. Kali ni rancang pergi 4 negara sekali. Alang2 berjalan biar sampai puas. Kak Elly ambik masa rancang percutian hampir 1 1/2 tahun. Kena budget betul2 dan tahu tempat yang dituju. Kali ni kitaorang decide jalan sendiri jugak. No more agent. Nak bercuti dengan tenang. Sesat boleh bertanya dan tak perlu bangun pagi ikut group...haha

Semua itinerary, flight, accommodation, train dan tour Kak Elly uruskan sendiri dengan bantuan reader2. En Win mmg tak ambik tahu langsung. Lagi elok dia tak ambik tahu sebab dia akan memeningkan kepala Kak Elly jer nanti. Permintaan En Win kali ni cuma nak transit flight. Dia tak nak direct flight. Boleh meroyan duk lama2 dalam Flight. Duit accommodation, train, flight dan tour Kak Elly tak bayar sekali gus. Kak Elly buat part by part agar tak terasa sangat. Contoh : 3 bulan pertama Kak Elly akan uruskan pembayaran accomodation dulu untuk semua negara. Next barulah uruskan duit train atau pun tour. Sebab tu lah percutian ni ambik masa 1 1/2 tahun untuk uruskan, 

Matta Fair bermula jer Kak Elly dah start compare2 semua harga flight. KLM, Etihad, Emirates dan MAS. Lepas dah compare semua harga tambang kitaorang decide pilih Etihad. 

Pergi
KUL>>Abu Dhabi>> Zurich

Balik
London>>Abu Dhabi>>KUL

Harga Flight RM3,005.00 per person. Perjalanan dari KUL ke Abu Dhabi ambik masa 7 jam 50 minit. Transit di Abu Dhabi selam 3 jam. Dapatlah jalan2, kopi2 sambil rehatkan badan. Perjalanan diteruskan dari Abu Dhabi ke Zurich mengambil masa selama 7 jam 5 minit. Nak puji sikit Etihad Airline. Makanan sedap dan banyak kali...hahaha. Sangat2 berpuas hati. Setiap perjalanan akan dimulakan dengan doa. Rasa tenang jer bila doa dibacakan. 

Sampai2 jer nampak kat tingkap salji turun. Terus hati berbunga Kekwa...hahahaha.



Settled ambik barang semua. Duduk jap keluarkan baju sejuk untuk anak2. Boleh terasa kesejukan bila sampai.



Mak2 mmg perangai macam ni. Pa...perut tu cover sikit.



Dari airport kitaorang ke Bern Station ambik MPV untuk ambik train ke Luzern. Tambang teksi CHF50.00 (RM235.00) walupun perjalanan tak sampai 15 minit. Kak Elly ada buat kesilapan sikit di sini. Korang baca important note kat bawah ni

*Important note*

Actually dari airport korang boleh naik train terus ke Luzern. Perjalanan mengambil masa 50 minit. Waktu di airport jangan lupa beli *Swiss Pass* berharga CHF251.00 (dalam RM1,179.00 seorang) kanak2 bawah 12 tahun percuma. Korang kena beli pass ni. Transportation semua menggunakan Swiss Pass jadi korang tak perlu beli ticket train lagi. Swiss Pass ni berbaloi kalau korang stay lebih dari 2 hari. Boleh naik train berkali2 pun tak apa. Tapi tak semua tempat train dia cover. Ada juga tempat korang kena beli ticket juga. Itu nanti Kak Elly cerita di entry hari kedua.

Di Swiss mmg harga transportation agak mahal. Especially kalau bawak anak2 yang atas 12 tahun. Korang akan terasa beban sikit. Tapi korang boleh buat persedian beli ticket ni secara online. Itu baru harga train Luzern ker Interlaken ya. Belum termasuk harga train nak Jungfraujoch. Tungggguuuu itu esok kita cite..hahaha.

Tapi serious korang akan rasa sangat2 berbaloi bila korang sampai dan lihat sendiri keindahan alam. Sampai sekarang masih tersenyum bila tgk gambar2 yang diambil.



Bern Station


Sampai jer Bern Station Kak Elly dan En Win uruskan ticket Swiss Pass (blh beli jugak kat Airport)





Perjalan dari Bern Station ke Luzern mengambil masa 50 minit. Ramai yang prefer duduk di Luzern. Kat situ kawasan bandar sikit. Tapi untuk ker Jungfraujoch (top of Europe) mengambil masa 4 jam. Jadi Kak Elly prefer duduk di perkampungan di Interlaken. Untuk ke Jungfraujoch hanya ambik masa 2 jam sahaja. Begitu juga kalau nak ker Mountain Rigi hanya 2 jam sahaja. Interlaken ni macam korang duduk kat tengah2 tempat. Tapi kalau korang cuma nak pergi Mountain Rigi sahaja Kak Elly cadangan kan korang duduk di Luzern. Perjalanan dari Luzern ke Mountain Rigi hanya 30 minit sahaja.

Korang baca trip Swiss ni sampai habis than korang blh decide nak pergi mana. Tapi Kak Elly pergi 2 tempat jer. Banyak lagi mountain yg korang blh pergi sebenarnya.

Rasanya faham tak...boleh kot. hahahaha


Tengah tunggu train ker Luzern. Train sejam sekali.




Ini lah rupa Swiss Pass. Jangan hilangkan. Bawak kemana2 korang pergi.


Waktu perjalan dari Bern ker Luzern (perjalanan ambik masa 50 minit). Kitaorang dah mula teruja. Permandangan cantik kiri dan kanan. 



Sampai Luzern tukar train ker Interlaken pulak. Perjalanan ambik masa 2 jam lagi. Waktu ni semua dah lembik. bayangkan perjalan dari KL untuk ker Interlaken ambik masa hampir 22 jam. Nasib semua ok jer.


Huaaaaaa on the way ker Interlaken lagi cantik. Permandangan yang sangat2 berbeza yang tak pernah kitaorang nampak selama ni. 


kawasan di penuhi salji. Subhanaallah cantik sangat korang. Kepenatan selama 22 jam hilang serta merta



Sepanjang perjalanan kitaorang tersenyum







Kitaorang turun di Interlaken OST. Dari station OST ambik teksi ke tempat kitaorang tinggal di Interlaken West. Actually blh jer nak naik train tapi tak berapa pandai lagi. Bila tuan apartment cerita selok belok baru kitaorang tahu. Main station untuk kemana2 kena ambik di Interlaken OST.



Accommodation ni mmg Kak Elly rekemen sangat siapa yang nak menetap di Interlaken. Swiss In Hotel & Apartment. Ada 2 bilik , 6 katil, kitchen, dining dan hall. Harga RM550.00 semalam. Nak ker train pun jalan kaki tak sampai 10 minit. Terletak dipekan kecil. Banyak kedai2 dan shopping mall kat situ.



Sampai2 jer terus masak. Kelaparan tahap gaban


Satu beg penuh dengan makanan. Alhamdullilah bekalan cukup selama 14 hari. Eh! tak cukup sebenarnya nasib pesan Filla suruh top up banyak sikit makanan bila jumpa di Amsterdam nanti.



Makan maggi dulu


Gambaran luar di Apartment yang kitaorang duduk. Di kelilingi gunung ganang yang dipenuhi salji.



Lepas makan kitaorang jalan2 cari supermaket untuk beli telur dan sayur. Nak masak dinner nanti.


Yaya



tengah jalan tiba2 salji turun. Terus jakun...terus jerit2...hahaha



Pengalaman yang tidak boleh diganti dengan wang ringgit. Alhamdullilah akhirnya kami merasa macam mana bila snow turun...haha. Orang semua lari cari tempat berteduh. Kitaorang boleh lompat2 kat tengah jalan raya.











Adik dengan En Win siap buka mulut nak merasa makan snow. OMG melayu sangat perangai ni...hahaha




Esok kalau free kak Elly up lagi entry part 2. Confirm hati korang meluap2 nanti nak kesini. Kalu tak caya korang tunggu lah nanti.

23 comments:

mamasuri said...

bestnyer...

ain.ya.nun. said...

Bestnya dapat pergi Swiss. Tak sabar nak tunggu update seterusnya!

A.I said...

Ya Allah...bestnyerrrrrr!!!

Wan Wafa said...

Masya Allah BEST NYER KAK....cepat cerita lagik!! silent reader akak ni, wafa.

ANNE SAN said...

SubhanAllah.... Cantiknya pemandangan yg x terungkap dengan kata-kata.
Salam kak Elly... tq sangat2 for sharing... menangis saya baca entry ni...dalam wishlist memang teringin nak pergi swiss dengan husband n anak juagk. Moga termakbul. Jelas terpancar kegembiraan n excitednya kak elly en win n anak2.Saya memang suka tempat bersnow.. tengok rumah2 pokok2 diselaputi salji memang hati melonjak kegembiraan kan kak. TQ kak... Sayang Kak Elly

f.i.e.z.a said...

kalau kita pun bukak mulut nak rasa snow kak elly!

seronoknyaaaa lahai :D

miss eimanhikmah said...

seronok nyeee ni...tp mahal la pulak nak prgi sana

Kamariah Abdul Samad said...

... uuuh... seronoknya tangkap salji dgn mulut...

Sianei said...

can't wait elly!

linda said...

Kak Ellyyyy...

Mekasih bagi tips yg sangat detail. I love u very stronggg

riea zakifaris said...

Subhannallah...cantiknyaaa...

kak ellyy...

bestnye tgk percutian kak elly ni.. nak jejak kaki ke sana tak tahu lah bila..
dpt tgk picture2 kak elly ni pun dah seronok...

paling lawak tgk en win nak rasa salji.. cepat2 sambung yee...

Norhidayu Abdullah said...

bestnya kak elly.. interlaken..
tapi nak merasa ke swiss ni,kena kumpul duit 5 thn kot

Chekgu Azrine said...

terbaikla kak elly...memang serius syiok...jeles sangat...hahhahaa

mama tisya said...

syok dpt tgk snow

mashelas said...

Ya Allah, Bestye Kak Elly!!! :D

aDie dALi said...

kalau guna product u tu leh jamin cantek mcm u tak??? hehehehe

aDie dALi said...

Sepanjang perjalanan kitaorang tersenyum

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

bestnyer...memang tak dapat la Fida nak merasa..banyak pakai duit tu...nampak kena main area dekat2 je la..

Syamimi Fatin said...

Ya Allah best gileeeee kak elly! teringin nak rasa haha

Cik Puan Eka said...

Syiokkk. Rasa senyum plak kak elly sebut spnjang prjlanan trsnyum. Nk pg mmg tak la kot. Tgok gambo pon jadi hihi

Azyyati Liah said...

MashaAllah wishlist Azie ni. Cantiknya lahai switzerland. Verangan dengan suami nak celebrate anniversary yang ke 10 tahun kat sana. Lagi beberapa tahun. Boleh ke nak mintak costing & itinerary sis. Kalau tak keberatan =)

Nurizzah Majif Biz said...

hahaha. lantak kan melayu tak melayu duit dah habis byk harus lah kita appreciate every single moment ye tak...bestnya tgok gmb2 kak elly...rs mcm dibawa melancong sama gitu.hehe

Nadya Zahid said...

bestnye sis...tp kire2 budget..erkkkkkkkkkkkkkkk..mmg xtau la bile dpt sampai cni