Nuffnang Advertisement

Monday, September 26, 2016

Peneroka Kecik Bijak


Bila anak2 semakin membesar benda yang paling penting Kak Elly kena pastikan beri anak2 vitamin yang boleh membantu tumbesaran mereka. Waktu ni lah pelbagai soalan akan ditanya oleh anak2. Perasaan ingin tahu setiap hari semakin terserlah dan banyak benda baru yang mereka akan pelajari.


Kenapa Kak Elly memilih Scott's® DHA Gummies??  

Mudah untuk dimakan, ada 2 perisa yang sangat sedap oren dan strawberi dan paling cute ada tiga bentuk hidupan laut yang berbeza dalam bentuk gula2 kenyal.  Ia juga membantu ibu-ibu yang padat dengan jadual harian. DHA dapat membantu otak berfungsi dengan baik dapat membantu dari segi pelajaran, perhatian, ingatan dan penyelesaian masalah. 



DHA Gummies mengekalkan kebaikan minyak ikan tanpa bau dan rasa hanyir ikan. Memang Kak Elly tidak mempunyai masalah memberi anak-anak Scott's® . Senang letak kat meja masing2 dan diorang akan ambik setiap hari.



Si kecik siap pilih kehidupan laut mana dia nak makan...hahaha

Scott's® memperkenalkan satu lagi penyelesaian untuk menyokong perkembangan otak kanak-kanak. Scott's®  DHA Gummies merupakan satu sumber DHA (asid docosahexaenoic), sejenis asid lemak Omega 3 yang penting untuk pembentukan otak dan mata, serta vitamin D untuk pertumbuhan yang sihat. Khusus untuk kanak-kanak berusia empat tahun ke atas




Scott's juga melancarkan aplikasi 'Blippar' bagi memudahkan ibu bapa mendapatkan maklumat tambahan mengenai DHA. Terdapat juga aktiviti yang menyeronokan seperti puzzles dan anak-anak boleh memilih frame foto yang disukai.


Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Scott's®  DHA Gummies 'Peneroka Kecik Bijak dan aplikasi 'Blippar' boleh klik Facebook Scott's dan Website Scott's


Sebelum tu Kak Elly nak ajak ramai-ramai untuk sertai Scott's®  'Sleep with the Sharks' contest.  Beri anak2 anda pengalaman spending 24 hours bersama Sharks di Aquria. Ibu-ibu juga berpeluang memenangi RM100.00 AEON Shopping Voucher.


1. Bantu anak anda melukis gambar 'Happy Shark' mengikut creativity anak-anak anda.

2. Ambik gambar lukisan tersebut dan post dalam ruangn komen bersama slogan kata 'If I could sleep next to a Shark, I will ask Mr. Shark...... (tidak melebihi 25 patah perkataan)

3. 10 jawapan yang creative akan memenangi 2 tickets 'Sleep with the Sharks' dan ibu akan memenangi RM100.00 AEON Shopping Voucher.


Peraduan bermula pada 19th September 2016 dan berakhir 7th October 2016. Cepat-cepat sebelum terlambat. Klik Facebook Scott's more details mengenai contest. Terms dan condition click disini http://bit.ly/2cQewGk









Bali Girls Trip


Bak kata Filla akhirnya percutian ala2 princess dah berakhir. Giler princess kat sana. Ada orang sediakan breakfast. Lenguh berjalan jer urut. Rasa badan panas jer terjun swimming pool. Hebat sangat kan jadi princess ni....hahaha.

Dah lama rancang percutian. Reward kitaorang setelah penat bekerja. Stokis kita bagi reward bag. Kitaorng pulak reward bercuti. Dah book baru bagitau suami. Lepas tu semua takut nak cakap....hahaha, Nasib suami2 kitaorang ni sempoi. Tiap2 hari akan tanya Oling Peej berapa hari lagi nak ke Bali...hahaha. Gembira sangat hati bila nak ke Bali.

Bukan main tiap2 hari cerita baju apa nak pakai. Pada hal tak cari pun sebab masing2 busy. Pakai jer apa yang ada. Angan2 tetap ada nak jadi Che Ta ada photographer konon...hahaha.



Kitaorang ambik flight pagi. Beg masing2 bukan main besar. Angan2 nak shopping tu tinggi.



Mmg dari awal perancangan kitaorg nak berehat sepuas2 nya. Nak cari villa yg cantik utk kitaorg duduk. Ala percutian mewah gitu. Nak jadikan kenangan dan ini lah reward setelah kerja keras kami. Alhamdullilah hajat nak bercuti tercapai.

Dah lama rasanya tak bercuti dgn kawan2. Kak Elly seorang yang mementingkan keluarga. Rasa bersalah bila berseronok tanpa keluarga. Tapi sekarang Kak Elly ada 2 keluarga yg sangat2 Kak Elly sayangi. Diorg kawan, keluarga dan adik beradik. Walaupan diorg ni degil dan selalu sakit kan hati Kak Elly tapi tetap pandai pujuk akak...hahah


Tugas mencari Villa diberikan kepada Filla. Aku ngan Peej mmg x ada masa lah nak cari sebab dari bulan puasa sampai sekarang agak sibuk uruskan order dan office agak kelam kabut dgn renovation. Jadi Filla ditugaskan untuk mencari.

Walaupun on the way  ke Villa kepala aku hampir berasap sebab jauh kedalam. Blh nampak muka Filla agak ketakutan waktu tu.



Tapi di maafkan sebab cantik giler. Impian percutian princess tercapai...hahaha. Good job Filla. Akak bg 10 bintang. Kalau korang nak duduk sini blh search kat Agoda Villa Zanissa


  
Ini bilik Kak Elly dgn Filla. Nyampah Filla ni penakut. Tak blh cakap sikit terus nak tidur dekat2. Tak kuasa aku nak tidur bertentang mata. Tak comel ya tidur peluk2 sambil bertentangan mata. 



Terus berangan nak rumah macam ni. Terus masing2 sembang rumah idaman. Semangat masing nak design itu ini...haha



Wow ada jacuzzi...hebat sangat ni. Rasa nak lompat bogel jer dari bilik. Tapi takut pulak oling ngan Kak Pilla pengsan. Diorg tu dah lah kalau kutuk giler2 tak pandai jaga hati langsung. Tapi lantak lah situ nak kecik2 hati ni bukan kitaorg ya. Nak kawan ngan kitaorg kena kental. Nangis lah korang tepi bucu bila kena kutuk nanti. Jgn salah cakap mampus kena kutuk 80 kali kat whatsapp.



Ini lah tempat kitaorg brekfast setiap pagi. Kul 9am ada wake up. 9.30 pagi breakfast dah terhidang. Hebat sangat ni. Terus makan sambil tersenyum.

'Mbak bisa bikin tea utk saya ngak'

'Bisa buk'

Wow bagi arahan terus tea depan mata. Terus teringat Marion Caunter, patut lah cantik sbb semua benda org buat kan. 



Kitaorg jarang lepak tgk tv kat sini. Sekali sekala jer terbaring lepas breakfast. Borak2 bila rasa panas terus terjun swimming pool. 



Lepas dah selesai urusan check in, kitaorg keluar cari makan. Nasib x berapa jauh, kalau jalan kaki ada jalan pintas. Bali ni makanan diorg semua manis2. Kak Elly kurang suka. Kalau pilih menu kena berhati2 takut ada vavi...hahaha


Lepas dah kenyang kitaorg decide nak lepak tepi pantai. Bila tanya semua cakap tak jauh. Padahal jauh nak mampus. Tak berani pandang oling sbb nafas dia dah macam kuda, peluh menitik2. Terus aku ngan Filla tak berani toleh belakang....hahah



Tempat idaman akak ni. Cantik nyerrrr


Terus Oling tersenyum. Lepak2 sambil minum2. Sempat tengok matahari terbenan. So niceee

Tempat ni korang wajib pergi. Serious cantik bangat. Blue 9 Beach Bar and Restaurant Seminyak


Us



Puas lepak kat pantai balik bilik sambung berenang. Dalam kul 10pm semua kelaparan. Keluar balik cari Nasi.

Nanti sambung lagi yek...













Monday, September 19, 2016

New Office


Tak tahu nak luahkan macam mana perasaan Kak Elly. Rasa macam nak nangis, terharu dan bangga dengan diri sendiri. Macam2 kitaorang lalui dan sikit demi sikit kitaorang cuba improved.

Masuk office tadi memang terkejut giler. Apa yang kitaorang idamkan selama ni jadi kenyataan. Macam mimpi jer. Huaaaaa serious sedih. Terima kasih Radie realisasi kan impian kitaorang bertiga. Titik peluh Ellfie dan Fame team nampak hasil akhirnya. Syukur Ya Allah. Banyak lagi yang kitaorang kena tempuhi.

Kalau dulu masuk office semangat dan sekarang bertambah semangat. Syukur sangat...alhamdullilah. Masih panjang lagi perjalanan kami. Doa kan yang terbaik utk Ellfie dan Fame Cosmetics.



Ni gambar mula2 kitaorang nak sewa office ni. Ada 2 meja jer. Lepas tu tambah rak dan pantry. Siapa yang dah baca dah baca blog Kak Elly mesti korang biasa tgk keadaan office kitaorang. Sekarang ada 1 office dan 1 store. 



Bila nampak sticker kat pintu bilik terus rasa tersentuh. Rasa macam tak percaya dari berniaga kat rumah Peej sekarang dah ada bilik sendiri.



Work station aku dan Peej


Cantik sangat ni...gambar2 yang Radie letak tanpa pengetahuan kitaorang pun. Frame ni semua Radie buat. Radie mmg nak suprise kan kitaorang balik dari bercuti. 



Gambar Oling Peej dan Filla


Meja Kak Elly



Meja Oling Peej tapi belum kemas lagi. Ni gambar pagi tadi.



Meja staff utk buat packaging



Meja Accountant dan rack2 utk letak file produk Fame dan Ellfie.


Pandangan dari bilik aku. 

Sekarang baru tahu bagaimana rasa bangga bila sesuatu yang kita buat nampak sikit demi sikit hasilnya. Banyak lagi target kami di masa hadapan. Harapan kami bertiga sangat tinggi dan insyaallah semoga dipermudahkan segalanya. Aminnn







Friday, September 9, 2016

PERANGAI PELIK


Kak Elly tak tahu nak kategori ni sebagai perangai pelik atau perangai pompuan giler...hahaha. Kak Elly akan rancang benda yang perlu dibuat setiap hari. Contoh bangun pagi Kak Elly akan set kan apa perlu Kak Elly buat sepanjang hari. Apa kena makan, sampai office nak kena buat apa, balik rumah apa yang kena buat dulu. Tahap pelik tu kalau nak kencing pun kena ikut aturan. Tak tipu ya, katalah Kak Elly dah aturkan apa yang nak dibuat tiba2 tak dapat buat sebab terlalu letih nanti fikiran Kak Elly akan berkecamuk dan sanggup bangun dan buat benda yang dalam list tadi sampai menangis. Gilerkan...ni pun dah banyak Kak Elly control. Agak tak dapat buat Kak Elly akan elak kan dari fikir. Perangai pelik ni memenatkan. Kadang2 dalam kereta Kak Elly akan bercakap sorang2. 

"Sampai rumah kencing, lepas tu tukar baju, keluarkan daging dengan ayam.......bla bla"

Lepas tu En Win akan tegur "Ma kena kencing pun u kena fikir ke?"

Hahahahahah. Pitam kan. Lepas tu Kak Elly suka target benda yang nak dibeli atau pergi. Contoh macam holiday kata lah target tahun ni nak gi London. Giler mahal kan tapi Kak Elly akan cuba capaikan target tu sampai berjaya. Bagi Kak Elly kalau tak ada target Kak Elly tak akan dapat pergi kemana2. Bila kita ada target kita akan berusaha. Jadi benda akan menjadi rutin setiap tahun. Kak Elly dah tahu apa yang perlu Kak Elly buat sepanjang tahun...hahaha. Orang luar tgk macam kaya kan tapi hakikatnya kerja macam giler sebab nak capai target.

Macam tu juga kalau nak beli barang, kalau dah suka Kak Elly akan pastikan sampai dapat beli barang tu. Kalau dah set barang tu kat kepala mmg Kak Elly akan cuba dapatkan. Macam Peej atau Filla kalau diorang suka sesuatu benda diorang akan sabar dan berfikir perlu atau tidak diorang beli benda tu. Akak cannot kalau nak, kalau dah suka mesti dapatkan. Tak bagus ya perangai macam ni...hahaha. Kak Elly jenis suka ikut trend, apa yang orang pakai Kak Elly suka ikut. Tidak dinafikan tak elok perangai macam ni tapi susah sikit nak lawan. Itu yang En Win menyampah jer ngan perangai aku...hahaha

Puas hati bila sesuatu benda yang kita suka berada ditangan. Rasa macam berbaloi kerja kuat nak dapatkan sesuatu barang yang kita inginkan. Rasa kepuasan tu seronok. Apa yang korang target dan korang ingin bila dapat rasa macam satu kejayaan..haha. Siapa yang ada perangai macam Kak Elly mungkin korang faham dan siapa yang rasa perangai ni agak pelik mesti korang tuduh akak giler...hahaha

Ok lah...tengah teruja ni sebab office hampir cantik. Nanti story pasal office baru yek.




Tuesday, September 6, 2016

REWARDS STOKIS FAME


Rezeki dikongsi bersama..cewah. So happy dapat reward stokis yang bekerja keras selama ni. Bukan cakap stokis lain tak bekerja keras cuma rezeki diorang mingkin lebih sikit tahun ni. Semua stokis Fame hebat2 belaka order non stop dengan HQ. Alhamdullilah itu lah target kitaorang utk sama2 kongsi rezeki.

Kitaorang HQ mmg bantu 100% dari segi marketing. Utk dapatkan reward ni kitaorang ada bagi target sales yg diaorang kena capai dalam masa 3 bulan.  Alhamdullilah 4 orang stokis berjaya capai target sales yang diberikan. Hebat korang sampai tertelan2 ailio tgk korang restock. Kitaorang HQ jadi pening kepala nak kena restock laju2 dari kilang. Itu belum lagi kena order casing. Sama2 kena pantas bekerja.



Pada siapa yang minat berniaga tapi tak ada pengalaman langsung Kak Elly cadangkan korang start dengan agent dahulu. Belajar selok belok dunia online. Bukan tak bagi korang terus berniaga tanpa pengalaman agak sukar untuk memulakan sesuatu perniagaan.

Kena pandai rolling modal, kena pandai tackle customer, kena pandai media social dan macam2 lagi. Kitaorang dah dalam bidang online ni hampir 2 tahun dan sampai sekarang kitaorang masih berpeluh utk rolling modal perniagaan.

Jangan bisnes utk kaya. Tapi jadikan bisnes korang ni sebagai minat dan sumber rezeki setiap bulan. Bersaing secara sihat dan jangan sekali2 kita menjatuhkan perniagaan orang. Itu prinsip yang aku, Peej dan Filla pegang. Berniaga untuk sama2 kongsi rezeki dengan orang luar.

Pagi tu sebelum hadiah rewards diambil sempatlah kitaorang share tips dan dengar masalah2 stokis.



Untuk menjadi stokis atau agent korang tak boleh harap customer yang cari korang. Kena rajin promote, kena rajin reply komen customer, kena rajin COD customer. 

Kita ada seorang stokis yang tak bekerja suami isteri. Dia cakap nak cuba berniaga Fame. Cuak kitaorang bertiga, boleh ker Fame bantu dia untuk jadi kan sumber pendapatan setiap bulan. Kalau tak boleh macam mana? kesian kan sebab modal menjadi stokis agak besar. Syukur, alhamdullilah dia salah seorang stokis capai target. Haritu borak2 dia cakap, pendapatan Fame lebih banyak daripada pendapatan dia kerja dulu. Lapang dada bila dengar....hehehe

Ada seorang stokis juga, aku tolong dia hantar barang kat bawah sebab waktu tu staff tak ada nak bantu. Sampai kat kereta stokis tu bersuara "Kak hasil duit berniaga Fame dan Ellfie saya berjaya beli kereta" huaaaa terus rasa nak nangis. Terus rasa nak peluk stokis tu.



Ini lah reward kerja keras selama ni. Harap boleh naik kan semangat stokis2 lain untuk bekerja keras lagi. Insyaallah kita akan pikirkan reward lain nanti...hehehe



Boleh nampak muka masing2 teruja. Kitaorang bertiga lagi lah teruja.



Sampai tak tahu nak buat pilihan.



Pilih...pilih...pilih


Pengasas hanya mampu bergambar sahaja di cermin LV



Dah pilih bag mari lah bergambar beramai2



Tahniah kepada Suraiya, Usmi, Nana dan Letchumy. Korang memang terbaik. Harap kerja keras korang diteruskan ya.



Selesai semua barulah kitaorang lepak bertiga. Lunch together2. Kali ni lunch dengan gembira tak ada cerita pasal business. Cerita pasal keluarga dan anak2 jer. Semoga persahabatan kami kekal selamanya dan tiada hasad dengki, tamak dan rasa kurang selesa. Harap semua bersikap terbuka. Sayang korang...muaaaaahhhh.  

****************************************


Jangan lupa dapatkan Fame Matte Lip Cream Limited Edition set fot Autumn 2016 Collection for only RM70.00 (excl. postage). Dapatkan dari authorized agents @agentfame









Monday, September 5, 2016

FAME LIMITED EDITION


Seperti di war2kan sebulan yang lalu, memperkenalkan 2 warna Fame Autumn Collection iaitu Glam dan Topaz.

Kitaorang dah buat survey dan ini lah colour pilihan yang terbaik. Insyallah colour ni tak akan mengecewakan pembeli. Colour ni ada sedikit kelainan dari 7 colour Fame Matte Lip Cream yang ada.

Siapa peminat colour2 vogue dan berani pakai warna2 gelap inilah pilihan terbaik untuk korang beli...hehe



TOPAZ

Huaaa suka sangat colour Topaz ni. Kalau korang pakai terus muka jadi vogue, ala2 garang gitu. Kena pulak dengan make up yang bersesuaian confirm nampak kelainan dan meletup.



Matte Lip Cream by Fame Cosmetics ni teksturnya sangat "creamy" semasa disapukan di bibir supaya sapuan menjadi licin dan mudah untuk membentuk bibir. Selepas beberapa saat warna akan menjadi MATTE di bibir dan mampu bertahan dari pagi hingga ke petang. 




GLAM

Actually warna Glam ni agak gelap tapi depends kepada bibir setiap orang. Bila Peej pakai warna Glam ni jadi gelap tapi bila model ni pakai kelihatan agak terang. Kat bawah nanti ada contoh colour sebenarnya bila diletakan ditangan.



Colour ni wajib ada dalam collection setiap orang. Untuk Fame Lover wajib beli untuk collection.



Kiri : Glam
Kanan: Topaz



Macam Kak Elly bagitau tadi, ini lah warna sebenarnya kalau letak ditangan TAPI depends juga pada bibir setiap orang. Kadang2 akan kelihatan gelap dan ada juga warna akan menjadi sedikit terang. 



Cantik kan Box Limited Edition ni. Rugilah siapa tak beli. Fame Autumn Collection ni akan dikeluarkan sekali sahaja. Nama pun Limited Edition kalau habis Fame tidak akan ulang lagi colour ni. Cepat2 order sebab keluaran sangat2 terhad sehingga musim luruh sahaja.  



Korang tak perlu pening2 nak pilih mana satu colour idaman hati. Fame Autumn Collection dalam satu box terus ada dua colour ni, Topaz dan Glam. Sekali lagi di ingaktan colour ni hanya akan keluar sekali sahaja. Apa tunggu lagi!!!

Harga

RM70.00
Postage RM6.00 (SM) / RM10.00 (SS)

Dapatkan dari Stokis Fame dan agent yang berdekatan


Sebarang pertanyaan boleh whatsapp  013-3760466

Follow:
Instagram: @fame_cosmetics 
Facebook: Fame Cosmetics HQ






Wednesday, August 31, 2016

Lavender & Aromatherapy


Kak Elly mmg ada satu penyakit yang tak blh masuk kedai wangian lepas tu kalau nampak perkataan Lavender atau Aromatherapy blh jadi giler sekejap. Kalau tak beli akan rasa bersalah teramat sgt. Memang giler lah penyakit ni. Serious tak tipu tak tahu lah apa nama penyakit ni. Walaupun wangian tu ada banyak kat rumah tapi still nak beli jugak.

Sabun mandian, wangian bilik, wangian toilet, lotion, perfume, hand wash kalau blh semua ada kena mengena dgn lavender. 

Knp Lavender??? Sebab kalau bau wangian lavender ni rasa tenang jer. Stress blh hilang secara tiba2. Bila ada perasaan marah bau jer wangian Lavender blh jadi tenang jer...huaaaa kegilaan apa kah ini. 


Tadi gi Body & Wash kat curve nampak ada shampoo dan conditioner aromatherapy. Dah lama cari wangian rambut mcm ni. Baru lah rasa lengkap hidup...hahaha. Dulu waktu gi Marriott Hotel diorg mmg guna shampoo ni. Dah lama cari....hehehe dah jumpa akhirnya.

Dah cuba pun tadi, siapa yang suka bauan aromatherapy korang kena beli. Wangi jer rambut. Best sangat bau rambut akak. Lain dari yang lain. Terus hati bebunga2. Harga RM84 utk shampoo dan conditioner. 


Uncang Lavender ni kesayangan sangat. Sambil buat kerja kat toilet sambil cium uncang ni...hahaha



Ni produk terbaru dari Young Living. Suka3 sbb blh tidur dgn tenang. Letak jat tepi katil. Blh tidur sambil tersenyum.


Mmg rekemen sangat korang beli produk ni especially siapa yg ada baby yg selalu kena selsema dan batuk. Korang blh buka ig dan cari hastag #youngliving blh baca kebaikan essential oil ni.

Lately ni Kak Elly susah sikit nak tidur sbb badan terlalu letih. Jadi titik kan Essential Oil Stress Away tak sampai berapa minit tidur dgn aman. Bangun pagi rasa fresh jer badan.


Kadang2 Kak Elly akan pasang candle Lavender jugak. Saja suka2 poyo...haha. En Win jeling jer kalau akak pasang. Eh! biar lah i kan suka romantik. Kahkahakah 


Ini pun paberet hand lotion lavender. Wajib pakai sebelum ker office. Nanti sambil drive sambil bau tangan sendiri. Sebelum tidur pun Kak Elly akan spray wangian lavender dari L'occitane. Dah habis pulak kau tak blh tunjuk. 

Now Yaya pulak dah start guna wangian mcm ni. Adik kurang suka. Harap kegilaan ni jgn lah melampau. Tak sanggup nak masuk kedai yg jual wangian lavender ni. Blh habis duit nanti...haha